M3BM - Muzakarah markaziyat

04/11/2019 - Hj saadon

Bila Tamim Dari r.a dipanggil oleh Umar r.a, suruh halau api, walaupun ada sahabat2 awwalin yg lain dlm masjid, dia kata, ‘man ana, wama ana’. Aku ni siapa, apalah aku. Umar r.a desak dia jugak dan dia halau api masuk balik dlm lubang dan sampai sekarang tak keluar2. kita pun sama, siapalah kita, apalah kita. Kita pun tak ada apa2. tapi bila kita buat ikut mesyuarat dan nehej yg betul, maka Allah yg akan sempurnakan. Bukan sebab kepandaian kita. Walaupun kita tak ada apa, Allah pilih kita, kita syukur, kita kena tambah korban. Kita buat kerja spt mana yg dikehendaki. Tujuan jemaah amla yg dibentuk ini ialah supaya kerja2 di seluruh m’sia dpt dilonjakkan/ditingkatkan. Kerja semakin maju. kena buat keja bertepatan ikut sunnah dan sirah. Kisah nabi tashkil siapa sedia utk security, satu org sahabat telah sedia, nabi suruh ronda antara dua lembah dan jgn turun dari tungganggan. Bila balik bagi karguzari, dia buat spt mana yg nabi suruh, tak turun dari tungganggan kecuali dlm dua keadaan sahaja, solat dan qada hajat sahaja. Nabi kata, wajib syurga utk kamu. maknanya sahabat menyempurnakan takazah ikut tepat, sikit pun tak tambah, sikit pun tak kurang sehingga Allah redho dan suka. Kita pun nak buat kerja tepat ikut kehendak elders. Perkemas dan selaraskan kerja betul2 ikut kehendak elders, maka pasti Allah akan bagi hidayat. Kita sama2 belajar. Bukan sebab kita lebih tahu, lebih baik, lebih korban. Semoga Allah islah, tarbiyah dan tazkiyah diri kita semua.

Utk kesempurnaan safar, maka beberapa perkara perlu dibuat:.

tajwis awal:

1. Semua syura, otj, amla, ulamak dpt bersama. Bentuk fikir. Bagi kepentingan. Bukan bagi arahan. Usaha utk bina ijtimaiyat secepat mungkin. Sehingga hari ni kita masih lagi bergerak secara individu. Bila org tertentu tak ada, kerja tak jalan.  Ijtimaiyat sangat penting. Nusrah Allah bersama ijtimaiyat. Allah akan buat perubahan dgn kudratNya.Sediakan mereka utk jadi org yg mutaharik dan tambah korban. Peringkat markaz, halqah dan mohalah. Jadi org yg kendalikan org yg buat kerja.

2. org mutaharik sahaja jadi amir mesyuarat. Peringkat markaz, halqah dan mohalah. Supaya ijtimaiyat kekal. Markaziyat kekal. faisala bukan ikut rotation. Bila org tak mutaharik jadi faisala, kerja dibuat ikut pengalaman. Kalau faisala tak mutaharik dan amla mutaharik, amla kena berani bagi syor dgn hikmah. Bila faisala nak buat keputusan tak menepati nehej, amla kena bagitahu faisala, oleh kerana pandangan kita berbeza, apa kata kita rujuk sri petaling. Sebelum keputusan yg silap dibuat. Wujudkan rujuk markaziyat. Ini t/jawab. Tak boleh duduk diam kerana ia akan menyebabkan seluruh kerja markaz/halqah/mohalah jadi cacat. Amalan2 mimbar di markaz2 juga putus org2 yg mutaharik. Ada 6 sesi yg kita boleh war2kan perkara ini iaitu semasa tajwis awal, mlm markaz, pecah halqah, jor bulanan markaz, jor bulanan halqah dan mesyuarat mingguan markaz.

3. bentang takazah. Mcm mana semua takazah ini boleh sampai ke setiap masjid/surau dan setiap individu

Dlm 5 hari, jemaah amla akan berjumpa dgn Mlm markaz, mesyuarat bulanan markaz, jor bulanan halqah, mesyuarat mingguan markaz. Kita semua nak belajar dan berlatih.

Malam markaz:

1. tajwis mlm markaz. Kebanyakan markaz sebelum asar. Dlm tajwis apa nak buat? Semua otj halqah/kelompok kena hadir. Yg terbaik, semua azam halqah ada di depan kita. Apa azam dah ambil, apa dah sempurna, apa baki. Otj yg duduk dlm pecah halqah kena duduk dlm tajwis. Hatta, ulamak yg nak baca hayatus sahabah mlm tu pun kena duduk dlm tajwis. Baki takazah yg dikenalpasti, itulah yg jadi pembentangan takazah mlm markaz. bayan asar, maghrib dan subuh akan jadi selaras. Wujudkan jemaah istiqbal. Sambut org yg dtg mlm markaz. Ambil kehadiran sebelum bayan asar. Utk majukan kerja, kita kena sampai ke tahap manzil yg telah ditentukan oleh elders kita. Yg terbaik, 100% halqah dan 100% mohalah hadir pd waktu asar. Cuba tanfiskan sebagaimana kehendak elders.

2. duduk secara halqah lepas bayan maghrib/bentang takazah. Kenalpasti siapa mutaharik kena duduk bersama. Org halqah itu sendiri. Ambil kehadiran. Halqah tak hadir, kena ziarah. Halqah yg tak ada pergerakan/tiada karguzari, kena ziarah. Terus pergi jumpa. Jgn tunggu minggu depan. Ambil karguzari mingguan. Peningkatan amal 1 minggu. Collect azam takazah yg diambil. Sekiranya semua keluar pd minggu tu, Otj halqah mesti kena dtg jugak. Tak boleh ada satu halqah pun terputus dgn markaziyat. Semua halqah kena dtg pd mlm markaz. Kena tahu semua pergerakan halqah dlm masa seminggu. Halqah kena bergerak utk menggerakkan mohalah. Selepas tu, baru duduk dlm kelompok. Keesokan hari terus ziarah halqah yg tak hadir. Tujuan ambil karguzari utk gerakkan halqah. tiada tafakud pd mlm markaz. Bayan subuh adalah bayan kerja.

Mesyuarat bulanan markaz:

1. tajwis

2. karguzari, perkara yg perlu ditanya:
Faisala (yg mutaharik), berkembar, nusrah jemaah,  masturat, taklim mingguan, 3H masturat, rumah baru terima masturat, jor  6 bulanan masturat. Jor masturat bukan arahan dari markaz. Halqah buat usaha dan tentukan tarikh bila nak buat jor masturat. Ulamak dilibatkan dlm kerja. bukan setakat baca hayatus sahabah. Kehadiran mlm markaz. Pengendalian mesyuarat mingguan halqah. Takazah yg diambil dari jor bulanan halqah, apa dah sempurna, apa baki. Mohala tak dtg, pergi ziarah. Org yg dtg mesyuarat mingguan ditarghib utk jadi mutaharik dan tambah korban. Tambah masa utk pergi ke mohala2.

3. tengok azam setiap halqah. Apa azam, apa dah capai. Apa baki. Mcm mana buat usaha. Tak capai mungkin sebab cara usaha yg salah. Buat usaha tapi salah cara.

4. bentang takazah. Bentang semua. Jgn bahagi-bahagi. Takazah umum spt 4B IPB, 40H dlm negeri, setiap 1st gasht kena azam. Paling kurang 1 jemaah. Cth: halaqah yg ada 10 gasht pertama, sepatutnya azam 10 jemaah 4B IPB. Ada kemampuan tapi fikir tak terbentuk. Cth: Halqah yg ada 7 jemaah 3 hari, kena bentangkan 14 jemaah masturat 3 hari dlm masa 3 bln secara masjid. semasa bentang takazah kena tekankan perkara ini. Wujudkan jasbah.

Jor bulanan halqah:

1. tarikh jor bulanan halqah. Markaz kena tahu
2. pengendali jor bulanan halqah. Markaz kena tahu. Ini penting supaya perkara yg tepat dpt disampaikan
3. kehadiran. Agenda utama. Setiap mohala tashkil jor halqah setiap kali gasht, dlm mesyuarat harian, dlm mesyuarat mingguan. Himpunan kerja 1 bulan. Apa usaha dibuat.
4. tajwis. Tengok apa mohala punya azam bln lepas. Apa pencapaian. Apa baki
5. karguzari. Terperinci. Khuruj & kerja tempatan. Ulamak, pelajar, foreign, khidmat, etc
6. bentang takazah. Azam yg sesuai dgn kekuatan mohala. Pengendali kena tahu.
7. hayatus sahabah

Mesyuarat mingguan markaz:

1. tajwis. semua takazah, khuruj, kerja tempatan, khidmat. Jgn satu pun miss.
2. Ambil karguzari. Semak semua takazah. Brape dah sempurna.
3. Takazah yg tak sempurna jadi umoor mesyuarat mingguan. Umoor utama ialah takazah yg diambil dari M3BM.
4. Ada halaqah yg buat usaha menonjol, cth: jor bulanan halqah dari 10 org meningkat kpd 40 org, halaqah mcm ni suruh bagi karguzari lepas maghrib. Cth: ada mohala yg dpt keluarkan jemaah 4B jln kaki. Mohalah mcm ni bagi karguzari.
5. Markaz kena ada takwim takazah, halaqah dan mohalah juga kena ada taqwim takazah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir