Posts

mesyuarat malaysia 2015 - bayan nasihat maulana saad

15/10/2015 - nizamuddin Tuan-tuan yg mulia, kita hendaklah berusaha bagaimana keenam-enam sifat dpt dtg dlm kehidupan kita berserta dgn hakikatnya secara sempurna. 6 sifat ini bukan semata-mata sifat bahkan 6 sifat ini adalah perintah Allah s.w.t yg fardu atas kita semua. Perintah Allah dan fardu atas setiap kita utk dilaksanakan. Perintah yg pertama adalah utk beriman pd Allah s.w.t. Ini adalah kefarduan atas setiap manusia. sebagaimana solat adalah fardu, begitu juga iman adalah fardu. Sebagaimana solat ada cara utk ditunaikan, begitu juga usaha atas iman ada cara dia. Bila tunaikan solat dgn cara yg dikehendaki barulah ianya akan diterima oleh Allah s.w.t. Begitu juga dgn iman, dgn cara usaha yg betul baru diterima oleh Allah s.w.t. Ini satu perkara yg sangat penting yg kita semua kena faham. Cara usaha yg betul ialah sebagaimana cara yg diajar oleh nabi kpd para sahabat. Nabi s.a.w telah perintah para sahabat utk memperbaharui iman mereka. Nabi telah ajar para sahabat ...

mesyuarat malaysia 2015 - hayatus sahabah

maulana saad 10/10/2015 - nizamuddin tuan-tuan yg mulia, Allah telah tetapkan usul tarbiyah iaitu dgn cara nabi dan cara sahabat kalau kita menyimpang dari jln tersebut maka agama akan dtg sebagai satu adat sahaja demi Allah, dgn cara adat tidak ada apa-apa janji Allah pun utk dpt hidayat/petunjuk kalau satu org sebarkan agama dgn cara adat resam, ia tidak akan tersebar org yg tidak ada taqwa adalah org yg tidak ada otak Allah telah kurniakan kpd kita dgn cara sahabat hingga hari kiamat Kalau kita ikut cara mereka, Allah telah janjikan hidayat dgn penuh penekanan Wal lazi najahadu fi nah lanah dian nahum subulana Pasti Allah akan bagi hidayat Hari ni org mengadu kita ada usaha tabligh tapi tiada usaha tarbiyah Siapa yg buat usaha tabligh? Usaha Dakwah tabligh ialah usaha cara rasulullah dan para sahabat Cara adat biasa utk menyampaikan agama tiada apa-apa janji dari Allah dan bukan keputusan/pilihan dari Allah Berapa banyak cabang-cabang agama -...

mesyuarat malaysia 2015 - 6 sifat adalah fardu

Maulana Muhammad Saad Kandahlawi dalam Bayan Hidayat kpd Ahli Mesyuarat Malaysia pada 13 Okt 2015 di Nizamuddin berkata bahawa ENAM SIFAT bukan hanya sekadar muzakarah sifat tetapi ia adalah "faraid" atau fardhu keatas setiap org islam untuk mengusahakannya. Usaha atas kalimah adalah menjadi fardhu kepada setiap orang islam, sembahyang adalah fardhu kpd setiap org islam untuk menunaikannya. Menuntut ilmu adalah fardhu ain bagi setiap org islam, menunaikan hak hamba-hamba Allah adalah fardhu keatas orang islam, ikhlas atau membetulkan amalan bagi setiap orang islam adalah fardhu begitu juga khuruj fisabillillah adalah menjadi kefardhuan besar bagi setiap orang islam. Hari ni kita kata Maulana Saad muzakarah Enam Sifat sebagai adat saja, tanpa menitik beratkan kefarduannya. Oleh itu ramai yg telah membuat usaha agama bertahun-tahun tetapi hakikat Keenam Enam Sifat tersebut belum lagi menjadi darah daging. Kita mengucap kalimah tetapi tidak boleh melepaskan perkara yang haram, s...

mesyuarat malaysia 2015 - bayan maulana saad

nizamuddin -12/10/2015 terjemahan - ust hazim Sebelum Allah swt pilih seseorang utk jadi utusan Allah, dia akan datangkan ujian. Ujian demi ujian akan dtg pada dia. Jika dia lulus barulah dia akan dipilih untuk buat usaha agama. Inilah imtihan yg Allah berikan pada para nabi dan rasul. Setelah mereka lulus barulah mereka diangkat jadi rasul. Sepertimana seorang pekerja apabila dia hendak mendapat kerja, dia haruslah menjalani temuduga terlebih dahulu, diuji dgn soalan-soalan. Jika dia lulus barulah dia diambil bekerja. Seperti mana Allah swt uji nabi Ibrahim a.s utk korbankan anak yg dia sayang, bila Nabi Ibrahim a.s lulus ujian itu, barulah Allah terima Nabi Ibrahim a.s sebagai rasul. Maksud ayat Quran 'inni jailu..' bukan setakat diangkat jadi imam, tetapi dipilih jadi khalifah dan menjadi ikutan sekalian manusia. Di masa kini, kita anggap usaha agama ini hanyalah dengan menghadiri mesyuarat, ghast, jaulah, amal masjid sahaja. Tetapi usaha agama ini sebenarnya lebih ...

Tongi 2002 - bayan hidayat maulana saad

19/01/2002 Perhimpunan ini begitu besar, berkumpul dgn satu maksud. Ini bukan satu temasya atau pesta. Kita berkumpul disini atas maksud nabuwwah dan dari sini kita akan keluar dgn maksud nabuwwah. Oleh itu, saya minta tuan-tuan dengar apa yg saya hendak sampaikan dgn penuh tumpuan dan tawajjuh. Tuan-tuan dengar dan bawa dlm dakwah tuan-tuan dan sampaikan kpd org lain. Kalau iman tidak dtg dlm dakwah, iman tidak akan dtg kepada tahap yakin. Keistimewaan dakwah ialah ia akan wujudkan yakin. Agama tidak dtg melalui maklumat, agama dtg dlm kehidupan melalui yakin dan yakin dtg melalui dakwah. Dengar dgn penuh tumpuan dan sampaikan kpd org lain. Kita sampaikan dgn tujuan utk dapatkan yakin. Org yg dengar bertanggungjawab utk sampaikan kpd org lain. Dlm setiap dakwah Rasulullah s.a.w, semua yg disampaikan kpd umat dari mula sampai akhir adalah t/jawab umat ini utk sampaikan. Siapa yg hadir sampaikan kpd mereka yg tidak hadir. Dengar dgn tawajjuh dan dgn niat sebagai amanah utk sampaika...