mesyuarat malaysia 2015 - 6 sifat adalah fardu

Maulana Muhammad Saad Kandahlawi dalam Bayan Hidayat kpd Ahli Mesyuarat Malaysia pada 13 Okt 2015 di Nizamuddin berkata bahawa ENAM SIFAT bukan hanya sekadar muzakarah sifat tetapi ia adalah "faraid" atau fardhu keatas setiap org islam untuk mengusahakannya.

Usaha atas kalimah adalah menjadi fardhu kepada setiap orang islam, sembahyang adalah fardhu kpd setiap org islam untuk menunaikannya. Menuntut ilmu adalah fardhu ain bagi setiap org islam, menunaikan hak hamba-hamba Allah adalah fardhu keatas orang islam, ikhlas atau membetulkan amalan bagi setiap orang islam adalah fardhu begitu juga khuruj fisabillillah adalah menjadi kefardhuan besar bagi setiap orang islam.

Hari ni kita kata Maulana Saad muzakarah Enam Sifat sebagai adat saja, tanpa menitik beratkan kefarduannya. Oleh itu ramai yg telah membuat usaha agama bertahun-tahun tetapi hakikat Keenam Enam Sifat tersebut belum lagi menjadi darah daging.

Kita mengucap kalimah tetapi tidak boleh melepaskan perkara yang haram, solat kita tidak boleh mencegah fasad dan mungkar, zikir kita selalu lalai, ilmu yg kita tahu tidak dapat kita amalkan, hak-hak manusia pula tidak dapat ditunaikan, amalan masih ada riak dan khuruj tidak dapat beristiqamah.

Pencatit : Hj Othman Sipol

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir