Tongi 2002 - bayan hidayat maulana saad

19/01/2002

Perhimpunan ini begitu besar, berkumpul dgn satu maksud. Ini bukan satu temasya atau pesta. Kita berkumpul disini atas maksud nabuwwah dan dari sini kita akan keluar dgn maksud nabuwwah. Oleh itu, saya minta tuan-tuan dengar apa yg saya hendak sampaikan dgn penuh tumpuan dan tawajjuh. Tuan-tuan dengar dan bawa dlm dakwah tuan-tuan dan sampaikan kpd org lain. Kalau iman tidak dtg dlm dakwah, iman tidak akan dtg kepada tahap yakin. Keistimewaan dakwah ialah ia akan wujudkan yakin. Agama tidak dtg melalui maklumat, agama dtg dlm kehidupan melalui yakin dan yakin dtg melalui dakwah. Dengar dgn penuh tumpuan dan sampaikan kpd org lain. Kita sampaikan dgn tujuan utk dapatkan yakin. Org yg dengar bertanggungjawab utk sampaikan kpd org lain. Dlm setiap dakwah Rasulullah s.a.w, semua yg disampaikan kpd umat dari mula sampai akhir adalah t/jawab umat ini utk sampaikan. Siapa yg hadir sampaikan kpd mereka yg tidak hadir. Dengar dgn tawajjuh dan dgn niat sebagai amanah utk sampaikan. Kita dakwah utk dpt hakikat kalimah, hakikat iman. Dgn dakwah, keyakinan kpd perkara-perkara yg kita dengar akan dtg dlm diri kita. Agama dtg dlm diri kita melalui jln yakin. Utk dapatkan yakin ini kita kena dakwah.

Adalah pasti bahawa tidak ada amal akan wujud tanpa yakin. Tidak ada amalan yg boleh dibentuk tanpa iman. Tanpa iman kita tidak akan dpt ganjaran utk amal. Tanpa iman kita tidak akan istiqamah atas amal. Perkara ini adalah satu kepastian, tanpa iman amalan tidak dapat dibentuk, begitu juga tanpa dakwah pasti tidak akan dpt yakin. Dakwah akan wujudkan iman. Iman ini kita belajar melalui dakwah iman. Melalui dakwah kita akan faham apa itu iman. Iman, dari segi terjemahan ialah kita terima apa yg disampaikan oleh org, kepercayaan pada org yg menyampaikan dan kita terima dgn yakin. Mula-mula kita belajar iman. Lepas itu dgn dakwah iman kita dapat iman. Bila dpt iman, segala tanda-tandanya akan dizahirkan. Para sahabat, mereka belajar iman dahulu. Apa-apa yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t, “lailahaillallah muhammadurasulullah” kita yakin atas Baginda s.a.w dan terima apa yg disampaikan oleh Baginda. Inilah yg dikatakan agama, iaitu kita tasdiq. Apa yg kita nampak atau percaya, itu bukan iman atau agama. Iman ialah yakin atas benda yg ghaib tanpa kita melihat atau diisyaratkan.

Syarat utk bina iman ialah kita kena dakwah iman kpd org yg beriman dan kita niat dakwah iman utk diri sendiri. Dakwah iman adalah utk org yg beriman. Salah faham yg besar di zaman ini ialah kita anggap dakwah iman adalah utk org bukan Islam. Kita kena buat keputusan, dakwah iman adalah utk org yg beriman. Allah s.w.t berfirman, ‘Yahaiyuhallazi naamanu aminu”, wahai org-org yg beriman, berimanlah. Iman jadi lemah kerana kita tidak anggap dakwah iman utk diri sendiri. Utk org bukan Islam kita dakwah dia kpd Islam. Asbab pertama agama telah keluar dari umat, lalai terhadap akhirat, cinta kpd dunia kerana org yg beriman telah tinggalkan dakwah iman dan org beriman tidak anggap dakwah iman utk diri mereka.  Mereka anggap dakwah kalimah ini utk org lain, utk org bukan Islam. Org yg ditetapkan atas kalimah ‘lailahaillallah’ merekalah yg berhak atas kalimah ini.

Mula-mula sekali yg Rasulullah s.a.w ajar para sahabat ialah kalimah dan dakwah kalimah. Ajar iman dan dakwah iman. Bila iman telah dibentuk, lepas itu iman diuji. Mereka diberitahu bahawa kamu hendaklah tetap dlm iman ini. Kamu telah dapat makrifat. Seorang sahabat sedang tidur, nabi s.a.w kejut dan tanya, ‘bagaimana keadaan pagi kamu?’ sahabat jawab, ‘saya berpagi dlm keadaan beriman’. Nabi tanya, ‘apa dalil?’ sahabat kata, ‘saya lihat dgn mata saya sendiri ahli syurga ziarah-menziarahi, saya lihat arash didepan mata’. Rasulullah s.a.w kata, kamu telah dpt makrifat dan hendaklah tetap dlm keadaan iman tersebut’.

Halaqah iman dan percakapan tentang perkara-perkara yg ghaib ini telah keluar drp umat ini. Agama tidak akan dtg melalui jln maklumat. Agama dtg melalui yakin. Ilmu akan memberi panduan, ini halal, ini haram, ini harus, ini sunat, ini bida’ah. Ilmu cuma panduan tetapi yg menggerakkan kita atas perintah Allah ialah yakin. Kalau kita tidak ada iman, kita adalah macam org yg tahu jalan tetapi tidak ada kemampuan utk berjalan, lemah, tidak ada kekuatan. Mula-mula sekali, kerja umat ini ialah dakwah iman. Dakwah iman kpd org beriman dan dakwah Islam kpd org bukan Islam. Melalui dakwah iman, iman akan dtg. Bila Islam sudah wujud, baru kita dakwah Islam. Islam akan wujud mengikut kadar iman dan iman akan wujud mengikut kadar dakwah.

Rasulullah s.a.w tanya, apa itu ikhlas dlm kalimah? Nabi kata ikhlas dlm kalimah ialah kalimah ini, ‘lailahaillallah’, menahan dia daripada yg haram. Kita beriman dgn Quran maknanya apa-apa perkara yg telah diharamkan dlm Quran, kita kena ada kekuatan utk menyelamatkan diri kita drp perkara yg haram itu, walaupun seluruh dunia dgn kekuatannya dtg hendak bawa kita kpd yg haram, halang kita drp yg halal, tetapi tidak akan dpt bawa kita kpd yg haram. Inilah tuntutan iman, inilah tanda iman.

Ada seorang sahabat telah mengumpat, Nabi s.a.w kata kamu tidak beriman dgn Quran. Org yg telah halalkan benda yg diharamkan dlm Quran melalui perbuatannya, maknanya org itu tidak yakin dan tidak beriman dgn Quran. Kalau dia beriman dgn Quran, dia tidak akan mengumpat. Perkara yg telah diharamkan oleh Quran tetapi melalui amalan dia dia telah tunjuk bahawa dia telah halalkan, inilah tanda dia tidak beriman dgn Quran. Kalau dia beriman dgn Quran, amalan dia tidak akan zahirkan yg haram. Inilah tanda iman yg paling lemah, iaitu org itu benci perkara yg mungkar. Selepas itu, tidak ada iman lagi i.e tidak anggap dosa sebagai dosa. Sekurang-kurangnya benci dosa dan anggap itu adalah dosa, kalau ini pun tidak ada, semoga Allah pelihara kita, dia tidak ada sezarah iman pun.

Iman yg paling lemah ialah kita anggap dosa sebagai dosa. Iman paling tinggi ialah walaupun seluruh dunia berusaha utk suruh dia buat yg haram, dia akan bagi nyawa atas perintah Allah, inilah tanda iman. Inilah iman para sahabat, inilah iman yg dituntut. Allah kata kamu beriman spt mana para sahabat beriman. 13 tahun di Mekah usaha atas iman. Perintah-perintah Allah dtg di Madinah. Iman spt satu bekas utk menyimpan sesuatu benda dan amal spt sesuatu benda yg disimpan dlm bekas itu. Iman para sahabat telah dibentuk begitu sekali, selepas itu amalan dtg dgn sendirinya. Apa sahaja perintah Allah terus diamalkan.

Mula-mula sekali kelalaian kita ialah terhadap iman, kemudian baru kelalaian terhadap agama/akhirat. Di zaman rasulullah s.a.w, dari mula usaha atas iman, dakwah iman, majlis iman, percakapan tentang nizam Allah yg ghaib, sehingga benda-benda yg ghaib nampak boleh dilihat dan benda-benda yg boleh dilihat pada pandangan mata tidak ada nilai langsung. Rasulullah s.a.w begitu banyak cakap pasal nizam Allah yg ghaib. Semua ini membentuk yakin utk org yg beriman.

Keadaan tidak bergantung pada asbab. Keadaan tidak bergantung langsung atas kebendaan. Allah s.w.t jadikan asbab hanya utk mengenalkan diri Dia, bukan utk memberi faedah. Semua yg ada atas langit, bawah bumi, diantaranya, semua ini adalah hanya utk mengenalkan kebesaran Allah. Faedah adalah dari zat Allah melalui perintah-perintahNya. Syarat yg pertama utk ini ialah iman/yakin. Utk mendapat faedah drp kudrat Allah, melalui perintah-perintah Allah, hanya org yg yakin sahaja boleh buat. Sesiapa yg tidak yakin dgn perintah Allah boleh dapat kejayaan, maka dia tidak akan dpt faedah drp kudrat Allah. Utk mendapat faedah drp khazanah Allah, syaratnya ialah mesti ada yakin atas perintah-perintah Allah atau janji-janji Allah. Janji Allah adalah atas perintahNya, bukan atas ciptaanNya.

Asbab dijadikan dgn kudrat. Kita fikir kudrat Allah di bumi, di langit, di matahari, di bulan, di bintang, di malaikat, di atas nabi-nabi. Sebenarnya tidak. Kudrat Allah ada dalam zat Allah. Semua nizam ini dijadikan dengan kudratNya. Untuk mendapat faedah, Allah s.w.t bagi kita perintah-perintahNya. Untuk dapat faedah daripada kudrat dan khazanah Allah, direct, hanya melalui perintah-perintah Allah, ini adalah benda yang pasti. Hanya orang yang yakin sahaja boleh buat. Banyak perkara berlaku bertentangan dengan zahir kepada sahabat. Di zaman ini kita fikir apa yang berlaku di zaman sahabat tidak akan berlaku sekarang. Tidak! Kudrat Allah, sepertimana dahulu, sekarang, bila-bila pun, kudrat Allah sama sahaja. Setiap zaman, setiap masa boleh berlaku bertentangan dengan zahir kepada orang yang yakin. Sekarang pun Allah s.w.t boleh buat kepada orang yang beriman sepertimana Allah s.w.t buat kepada nabi dan rasul. Oleh itu kita kena tahu janji Allah bukan atas asbab. Kudrat Allah bukan dengan asbab. Asbab dijadikan dengan kudrat  Allah. Kita kena yakin bantuan Allah dengan perintah-perintah Allah. Janji Allah akan ditunaikan kepada mereka yang yakin atas janji-janji Allah dan menunaikan perintah-perintah Allah dengan yakin atas janji-janji Allah, bagi merekalah Allah akan beri faedah secara ‘direct’.

Faham tuan-tuan?

Asbab bukan untuk memberi faedah. Asbab dijadikan oleh Allah untuk mengenalkan diriNya, untuk kenalkan kebesaranNya, kudratNya. Orang yang yakin atas janji-janji Allah melalui perintah-perintah Allah, mereka akan dapat faedah direct daripada zat dan kudrat Allah. Kudrat Allah dalam zatNya. Semua benda yang diciptakan oleh Allah adalah dalam genggaman kudrat Allah. Perkara yang berlaku bertentangan dengan zahir adalah kepada mereka yang yakin atas janji Allah dan menunaikan perintah Allah sebagaimana Allah telah buat terhadap nabi dan sahabat.

Tanpa iman kita tidak akan faham nilai asbab yang sebenarnya. Kenapa asbab dijadikan? Fahaman secara umum sekarang ialah Allah s.w.t jadikan asbab untuk sempurnakan hajat kita. Allah telah hubungkan hajat dengan asbab dan untuk sempurnakan hajat Allah s.w.t beri asbab kepada kita. Inilah pemahaman secara umum. Hakikat sebenarnya ialah Allah s.w.t jadikan asbab dan simpan dalam kudratNya. Untuk dapat faedah, Allah bagi perintah-perintahNya. Bukan maknanya amal untuk akhirat, asbab untuk dunia. Bukan! Untuk Iman dan amal soleh, Allah akan bagi kehidupan baik dalam dunia dan lepas itu, sebagai balasan, Allah akan bagi syurga di akhirat nanti. Ganjaran akan diberi oleh Allah di syurga.

Tuan-tuan kena faham dengan betul. Apa nilai asbab sebenarnya. Asbab adalah untuk ujian. Asbab dijadikan untuk menguji orang beriman. Asbab untuk kesenangan orang bukan beriman. Untuk orang beriman kesenangan dan ketenangan mereka adalah dalam mentaati perintah Allah. Orang beriman tidak boleh jadi tenang dengan asbab kerana Allah s.w.t jadikan asbab untuk menguji mereka. Allah s.w.t hendak lihat dengan asbab ini, siapa di antara kita yang buat amal yang paling baik, samada kita tawajjuh pada Allah atau pada asbab.

Allah s.w.t telah letakkan perintah-perintahNya, samada kita anggap dunia ini sebagai darul asbab dengan rupabentuk atau dunia ini darul asbab dengan amal. Untuk orang bukan Islam dunia ini darul asbab untuk hajat mereka tetapi untuk orang yang beriman dunia adalah darul asbab untuk amal. Siapa yang yakin akan faham perkara ini. Allah s.w.t bagi asbab untuk orang yang tidak beriman dan untuk orang beriman, Allah bagi perintahNya. Kejayaan orang beriman adalah dalam menunaikan perintah Allah. Allah akan tundukkan nizam dunia ini kepada orang yang beriman, yang beramal dengan yakin. Bagi orang yang amal tetapi tidak yakin atas amal, dia tidak akan dapat lihat perkara yang bertentangan dengan zahir. Dia buat amal, tetapi tidak yakin atas janji-janji Allah, walaupun dia buat amal, tetapi bila asbab bertentangan dengan amal, orang yang lemah iman, dalam keadaan ini, mereka akan tinggalkan agama. Agama mereka agama sementara, kerana mereka tidak yakin bahawa agama akan beri kejayaan bertentangan dengan zahir.

Tuan-tuan yang mulia,

Kudrat Allah bersama dengan orang yang yakin. Semua peristiwa para sahabat telah menunjukkan kudrat Allah telah dizahirkan bertentangan dengan zahir. Abu Darda r.a telah diberitahu bahawa rumah kamu telah terbakar tetapi Abu Darda kata, rumah saya tidak terbakar. Tuan-tuan yang mulia, saya hendak beritahu pada tuan-tuan, siapa yakin betul, maka mereka punya sangkaan pada Allah pun betul. Siapa yang sangka pada Allah baik, Allah s.w.t bersama mengikut sangkaan hambaNya.

Rumah Abu Darda tidak terbakar kerana dia telah diberi asbab yang pasti iaitu doa. Abu Darda telah dapat yakin bahawa rumahnya tidak akan terbakar. Allah s.w.t telah berikan saya satu doa dan saya telah baca doa tersebut. Bila saya baca doa tersebut maka rumah saya tidak akan terbakar. Tidak timbul soalan langsung bahawa rumahnya akan terbakar. Allah s.w.t telah janji rumah tidak akan terbakar bila baca doa tersebut, dan Allah s.w.t tidak memungkiri janjiNya. Siapa yang yakin, Allah akan zahirkan janjiNya. Siapa yang syak, Allah s.w.t tidak akan zahirkan janjiNya. Sangka yang baik dengan Allah, maka Allah akan berurusan dengan hambaNya mengikut sangkaan hambaNya. Bila yakin betul, sangkaan manusia pun jadi betul. Bila sangkaan manusia betul, hubungan dengan Allah pun jadi betul. Contoh, Abu Darda r.a, bila sudah baca doa, orang datang bagitahu berulang-ulang kali rumah kamu terbakar, dia kata rumah saya tidak boleh terbakar kerana saya telah diberi satu doa dan saya telah dijanji bahawa siapa baca doa ini, rumah mereka tidak akan terbakar. Saya yakin atas berita yang telah diberitahu kepada saya. Kamu yakin atas apa yang kamu telah lihat atau apa yang kamu dengar. Saya yakin atas janji yang telah diberi pada saya, saya yakin rumah saya tidak akan terbakar. Allah pasti akan tunaikan janjiNya. Janji Allah akan dizahirkan pada mereka yang ada yakin atas janji Allah s.w.t.

Perkara yang kita yakin, perkara itulah yang kita akan bentuk dan kemukakan pada Allah. Perkara yang kita tidak yakin, kita akan rosakkan perkara itu. Oleh kerana itulah, agama rosak kerana asbab telah bertambah. Solat rosak dan perniagaan bertambah. Haji rosak, pertanian sedang maju. Zakat rosak, kilang-kilang dibina. Kerana apa? Benda yang kita yakin, kita akan bina. Benda yang kita tidak yakin, kita akan rosakkan. Umat ini ke arah ini. Umat ini, mereka bina asbab dan minta daripada Allah. Mereka bina asbab dan lepas itu minta kejayaan daripada Allah. Saya telah buat asbab dan Allah s.w.t akan bagi kejayaan. Ini tidak betul. Perantaraan untuk Allah bagi kejayaan bukanlah dengan kita bina asbab. Kaedah utk Allah bagi kejayaan ialah dengan kita membina amal. Inilah cara perantaraan utk dapat kejayaan iaitu dengan amal. Allah s.w.t tidak hubungkan doa dengan asbab. Arah umat ini, mereka ingat, bina asbab dan Allah akan bagi kejayaan. Sebenarnya, tuan-tuan yang mulia, siapa sahaja yang tidak beriman pada Allah, yang buat kemungkaran, yang buat syirik pada Allah, dia pun cakap benda yang sama. Saya telah buat asbab zahir, orang bukan Islam pun cakap perkara yang sama. Apa-apa asbab zahir yang telah saya buat, saya telah buat, lepas tu orang atas (Allah) akan buat yang lain. Inilah yang kita nampak, inilah yang kita dengar. Org Islam pun cakap perkara yang sama spt org bukan Islam. Orang Islam kata bina asbab tanggungjawab saya dan Allah akan selesaikan masalah.

Tuan-tuan kena ingat dengan baik, utk Allah s.w.t selesaikan masalah orang Islam ialah bukan dengan kita membina asbab. Cara Allah s.w.t selesaikan masalah orang beriman ialah dengan bila kita yakin dan tunaikan perintah Allah dan kita kena bina amal dan kemukakan pada Allah. Cara utk kita dapat faedah daripada zat Allah bukan melalui asbab tetapi adalah melalui perintah-perintah Allah. Utk dapat faedah direct daripada zat Allah, Allah s.w.t bagi kita perintahNya.

Allah s.w.t jadikan siapa yang tunaikan perintah Allah, Allah akan tundukkan asbab pada orang itu. Apa sahaja makhluk Allah akan tunduk pada manusia yang tunduk pada perintah Allah. Mereka yang langgar perintah Allah, Allah s.w.t akan tundukkan mereka pada makhlukNya.

Kita bina asbab sebab kita yakin. Kita rosakkan amal sebab kita tidak yakin. Oleh itu, solat rosak, zakat rosak, haji rosak, tetapi kilang maju, pertanian maju, perniagaan maju, kerana kita yakin dengan semua itu kita akan dapat kejayaan.

Tidak ada syak lagi bahawa walaupun amal ada di dunia ini, sedikit sebanyak, tetapi dengan amalan ini, orang yang beramal telah puas hati dengan amalan yang ada. Selepas buat amal, kalau janji Allah tidak ditunaikan, maka mereka akan syak atas amalan mereka. Mereka solat, kenapa masalah tidak selesai. Mereka pergi haji, kenapa masalah tidak selesai. Saya telah bagi zakat, kenapa masalah tidak selesai. Dengan mengamalkan agama mereka tunggu supaya Allah tunaikan janjiNya tetapi mereka tidak yakin bahawa Allah akan sempurnakan janji. Dia akan syak terhadap amalan dia. Dia syak tentang Islam. Dia was-was tentang Islam. Dia akan kata mungkin dizaman ini janji Allah yg dizahirkan dulu tidak akan dizahirkan sekarang. Lepas tu, dia akan buat keputusan bahawa zaman sekarang adalah zaman asbab. Zaman amal sudah berlalu. Peristiwa yg berlaku zaman sahabat akan jadi cerita dongeng.

Tuan-tuan yg mulia,

Saya hendak beritahu pada tuan-tuan selagi kita tidak ada yakin atas amal, maka Allah s.w.t tidak akan tunaikan janjiNya utk amal-amal tersebut. Agama bukan utk hajat kita dan amal agama bukan supaya dapat dunia. Amal agama kerana ia adalah perintah Allah. Kita beribadat kpd Allah, utk Allah, kerana Allah. Kita takut pada Allah kerana Allah. Sebut nama Allah utk Allah. Satu ialah kita hubungkan agama dgn hajat, dan satu lagi kita hubungkan agama dgn perintah. Kita beramal dgn agama utk menunaikan perintah Allah, maka Allah akan tunaikan janjiNya. Bila tidak yakin atas janji Allah, maka banyak alasan diberi utk tidak amal agama. Kalau ada keinginan baru hendak amal agama. Ada hajat baru hendak datang pada agama. Agama bukan utk keadaan atau hajat. Ini agama sementara. Amal agama kerana ia adalah perintah Allah. Ini akan jadi tuntutan. Iman akan tuntut dia buat amal tanpa tengok pada keadaan. Agama tidak akan tunduk pada keadaan, pada kerajaan, pada hajat, pada suasana. Agama tunduk pada perintah Allah. Ini agama yg sempurna. Agama yg tunduk pada keadaan, ini agama sementara dan tidak ada janji Allah.

Kita kena ada seluruh agama dlm kehidupan utk Allah sempurnakan janjiNya. Keseluruhan agama akan dtg dlm kehidupan dengan jalan yakin. Kalau kita hanya pegang pada mana-mana bahagian agama, ianya adalah agama yg tidak sempurna dan keadaan akan rosak. Satu, tidak ada agama dan satu lagi agama yg tidak sempurna. Agama tidak sempurna kerana kita banding agama kita dgn org yg tidak  ada agama. Sebenarnya kita kena banding agama kita, solat kita, amal kita dgn para sahabat. Kalau kita bandingkan solat kita dgn solat nabi, maka kita akan tengok begitu banyak kekurangan dlm seluruh agama hingga kita akan anggap bahawa saya adalah org yg tidak ada agama. Kita jangan bandingkan iman & amal kita dgn syirik, kita kena bandingkan iman & amal kita dgn iman para sahabat. Baru akan nampak iman & amal kita lemah. Hari ini kita senang dgn iman kita, kita senang dgn agama yg ada dlm diri kita. Kita kata dia org musyrik, saya org beriman. Di zaman sahabat, mangaku beriman sahaja tidak memadai, iman perlu masuk ke dlm hati baru iman tersebut akan diterima oleh Allah.  Oleh itu, seluruh agama perlu datang dlm kehidupan. Seluruh agama akan dtg dlm kehidupan bila kita dakwah seluruh agama. Iman akan dtg dlm hati bila kita dakwah iman dgn syarat kita kena bandingkan iman kita dgn iman para sahabat. Keadaan akan rosak kerana tidak ada agama dan juga agama yg tidak sempurna.

Solat sahaja bukan seluruh agama. Menunaikan perintah Allah dlm semua bahagian kehidupan kita, itulah agama. Kalau kita tidak yakin atas janji Allah dimana-mana bahagian kehidupan kita, maka perkara haram akan masuk ke dlm kehidupan kita. Haram masuk ke dlm kehidupan kita melalui asbab. Perniagaan adalah asbab. Bila kita yakin atas perniagaan, maka kita telah bawa haram dlm perniagaan. Bila yakin dtg dlm muasyarat, maka haram dtg dlm muasyarat. Mereka tidak boleh amalkan sunnah kerana bertentangan dgn adat. Mereka tidak yakin atas sunnah.

Solat adalah satu amal yg penting dlm agama. Ia adalah satu perintah Allah yg penting. Kita adalah hamba dan tuntutan pada seorang hamba ialah dlm semua bahagian kehidupan kita kena amalkan agama. Bukan hanya solat sahaja. Menunaikan setiap perintah Allah dlm semua aspek kehidupan kita itulah yg dikatakan ibadat. 10 perkara ibadat iaitu solat, puasa, haji, zakat, zikir, tilawah quran, dakwah, perniagaan, tunaikan hak jiran dan jaga sunnah. Tunaikan perintah Allah dlm semua perkara ini, org inilah yg dikatakan beribadat. Kalau mana-mana satu drp 10 perkara ini tidak diamalkan, maka dlm ibadat dia ada kekurangan sepertimana satu org solat tetapi dia tidak rukuk atau tidak sujud, maka solat tidak sempurna. Begitu juga ibadat org itu tidak sempurna.

Solat tapi bohong dlm perniagaan. Solat tapi tidak puasa. Puasa tapi langgar perintah Allah dlm muasyarat. Tunai perintah Allah dlm muasyarat tapi langgar perintah dlm muamalat. Bila seluruh umat tidak dtg pada seluruh agama, umat ini tidak boleh keluar drp kerugian, kesusahan dan kehinaan. Kisah 3 org yg terperangkap dlm gua. Tiap-tiap org telah mempersembahkan amal mereka kpd Allah, muamalat, muasyarat dan akhlak. Batu yg menutupi gua bergerak sedikit demi sedikti selepas setiap amal dipersembahkan kpd Allah yg merangkumi muamalat, muasyarat dan akhlak, ini berlaku bila agama yg sempurna dipersembahkan pada Allah. Umat akan berada dlm kerugian, kesusahan bila agama tidak sempurna. Umat akan jadi buruan org lain. Ada agama tetapi kenapa keadaan tidak jadi baik? Ada agama tetapi kenapa tidak dapat kemuliaan? Ada agama tetapi kenapa tidak dapat kejayaan? Walaupun ada agama tetapi bila keadaan susah datang, kita akan tinggalkan agama kerana kita fikir dlm agama tidak ada kejayaan, padahal kesusahan dtg kerana agama yg tidak sempurna. Bila dtg kepada agama yg sempurna, Allah akan sempurnakan janjiNya.

Faham tuan-tuan?

Dua sebab kenapa umat ini dlm kerugian dan tidak boleh keluar daripada kerugian. Pertama, agama tidak sempurna. Kedua, tidak ada dakwah agama. Selagi 2 perkara ini tidak hidup dlm umat ini, dakwah kpd seluruh agama dan amal seluruh agama, selagi itulah umat  tidak akan keluar drp kerugian. Islam bukan nama satu bangsa, satu kaum. Islam boleh dilihat dlm kehidupan setiap org, dlm perniagaan, dlm pertanian, dlm perbicaraan, dlm muasyarat, dlm muamalat, Islam dlm bazar, dlm masjid. Setiap individu ada seluruh Islam dlm dirinya dgn sempurna.

Islam secara amali akan jadi dakwah kpd org lain. Hari ini Islam ditulis sahaja, ada dlm kitab tetapi tidak nampak. Agama yg sempurna akan dtg melalui yakin. Yakin dtg melalui dakwah. Keistimewaan dakwah ialah ia akan wujudkan yakin. Kalau kita hendak yakin atas mana-mana perkara, kita kena bawa sifat tabligh dlm perkara itu. Kalau kita hendak wujudkan sesuatu dlm diri kita, kita kena dakwah org lain kpd perkara itu. Bila umat ini tinggalkan dakwah, agama akan keluar drp umat. Asbab yg menjadikan iman lemah dan agama lemah. Umat telah tinggalkan dakwah iman dan amal soleh, oleh itu agama dan iman telah keluar drp umat ini.

Banyak kisah dakwah para sahabat. Bagaimana dgn satu org punya dakwah, seluruh kabilah telah beriman, seluruh kabilah masuk Islam. Satu org dakwah dari pagi sampai petang, mahul/suasana telah berubah. Dakwah ada kesan utk mengubah yakin dan mahul kita. Tanpa dakwah hidayat tidak akan datang dlm umat secara umum. Perkara ini lebih jelas/terang dari matahari. Nabi datang, dakwah dibuat, agama datang. Nabi wafat, dakwah tidak ada, agama pun habis. Ini adalah karguzari setiap zaman. Perkara ini begitu jelas. Asbab utk agama kekal dlm umat iaitu dakwah iman dan amal soleh.

Rasullah s.a.w jadikan setiap sahabat da’i. Bila umat ini buat dakwah, agama wujud dlm umat. Bila dakwah tidak dibuat, maka agama keluar drp umat. Bila dakwah ditinggalkan, murtad dtg dlm umat. Bila dakwah kekal, murtad tidak akan dtg dlm umat ini. Ini adalah hakikat. Tidak ada penyelesaian drp murtad selain drp dakwah. Bila dakwah secara umum wujud dlm umat ini, maka org akan masuk Islam dan pintu kemurtadan akan ditutup. Kerugian yg paling besar kpd umat kerana dakwah ditinggalkan. Jln utk masuk Islam telah jadi sempit. Jln utk keluar dari Islam telah jadi besar. Hidayat ditangan Allah, dan Allah boleh bagi hidayat pada sesiapa yg Dia suka dan pada yg Dia tidak suka, Dia sesatkan. Ini percakapan org yg tidak ada fikir & risau. Ini perkara yg mana kita tidak ada risau langsung padahal hakikatnya Allah s.w.t jadikan umat ini asbab utk hidayat utk seluruh umat. Umat ini jadi asbab utk hidayat bukan melalui perniagaan, pertanian, pemerintahan. Umat ini jadi asbab hidayat utk seluruh umat bila umat ini jadi da’i. Tanpa dakwah umat tidak boleh jadi asbab utk hidayat.

Seperti sahabat tadi, pergi dakwah kabilah dia dari pagi sampai petang. Suasana berubah, satu kabilah masuk Islam. Dengan dakwah dia, mereka telah belajar kalimah, mereka telah belajar solat, mereka dirikan masjid, mereka azan dan solat berjemaah. Satu hari punya karguzari. Satu hari punya dakwah. Ini kesan dakwah. Dakwah akan ubah yakin org yg bagi dakwah dan dakwah akan ubah suasana keliling. Zaman ini, salah faham telah wujud iaitu dakwah utk org lain. Org yg beriman, mereka sendiri perlu didakwah. Islam dakwah kpd org bukan Islam tetapi iman dakwah kpd org yg beriman. Kita kena faham dakwah utk diri sendiri. Amal maa’ruf adalah utk diri kita sendiri, utk wujudkan kemampuan utk tunaikan perintah Allah. Nahi mungkar adalah utk diri sendiri, utk wujudkan kemampuan utk tinggalkan kemungkaran. Setiap individu umat ini adalah dijadikan sebagai asbab utk hidayat seluruh umat. Tanpa usaha dakwah umat tidak boleh jadi asbab utk hidayat. Bila umat ini digunakan sebagai asbab hidayat, maka Allah s.w.t akan bagi mereka iman dan amal soleh.  Salah faham kita hari ini ialah kita anggap dakwah utk org bukan Islam. Sebenarnya dakwah iman adalah utk org beriman. Dalam Quran telah diberitahu dgn jelas bahawa tanpa memberi dakwah iman & amal soleh, umat tidak akan keluar drp kerugian.

Allah bersumpah dgn masa, mereka yg akan keluar drp kerugian ialah mereka yg beriman, beramal soleh, dakwah org lain kpd iman dan amal soleh, dan bawa org lain kpd iman dan amal soleh. Bukan hanya dgn kita memberitahu sekali atau 2 kali, tetapi kita kena buat usaha agama berterusan mengikut kemampuan dan kekuatan yg ada. Dakwah perlu kita cakap berulang-ulang kali. Dakwah utk diri sendiri. Kalau kita anggap dakwah utk org lain, kita hanya akan cakap 2 kali, 3 kali, lepas tu kita akan tinggalkan. Kalau dakwah utk diri sendiri, maka setiap masa dia akan dakwah samada org yg didakwah terima atau tidak.

Tuan-tuan yg mulia,

Iman, amal soleh, berpesan dgn hak dan berpesan dgn sabar iaitu bawa iman dlm diri sendiri, bawa amal dlm diri sendiri, bawa setiap org yg beriman kpd iman dan dakwah setiap org beriman kpd amal soleh. Inilah 4 asbab utk kita dapat kelepasan, keluar dari kerugian. Tidak memadai hanya dgn buat iman dan amal soleh sahaja. Perkara yg kedua, kenapa umat ini dinamakan umat? Siapa yg dikatakan umat? Seluruh org Islam dikatakan umat, dan satu individu pun dikatakan umat. Umat ialah siapa yg mengajar agama kpd umat. Umat ini diberi tanggungjawab utk mengajar agama. Walaupun kita tahu satu ayat, maka t/jawab kita utk sampaikan kpd org lain. Utk tabligh, utk dakwah tidak ada syarat mesti belajar ilmu. Berapa banyak agama yg dia tahu, melalui dakwah dia sampaikan kpd org lain. Dengan dakwah iman, maka yakin akan dtg dlm diri bahawa kejayaan dlm iman dan amal soleh. Ini bukan masalah diri sendiri tetapi t/jawab yg diberi. Kita adalah umat rasulullah s.a.w.

Bila beramai-ramai umat dtg kpd dakwah, maka Allah s.w.t akan beri hidayat sepertimana hidayat dtg pada zaman nabi dan para sahabat. Allah s.w.t akan buat keputusan utk hidayat secara umum dan jln utk tinggalkan Islam akan jadi sempit dan jln utk masuk Islam akan jadi luas. Nabi telah jadikan setiap sahabat da’i. Siapa sahaja yg terima dakwah, mereka pergi utk dakwah kabilah mereka. Bukan hanya manusia, jin pun akan pergi buat dakwah dikalangan kaum dia selepas dengar dakwah sahabat. Dakwah adalah umum, samada org biasa, org khawas, terpelajar, buta huruf, alim, bukan alim, setiap org menyeru kpd agama yg ada dlm diri mereka.

Satu org yg bawa perahu/sampan, Allah s.w.t telah jadikan dia sebagai asbab utk Ikramah masuk Islam. Ikamah hendak lari dari Islam, telah naik perahu utk pergi ke Yaman, bila datang ribut, org yg bawa perahu itu suruh beliau baca kalimah ikhlas supaya kamu berjaya. Ikramah tanya, apa itu kalimah ikhlas? Org yg bawa perahu itu jawab, ‘lailahaillallah’. Ikramah kata, sebenarnya saya hendak lari dari kalimah ini. Dengan dakwah kalimah ‘lailahaillallah’, Ikramah anak kpd musuh Islam, Abu Jahal, telah masuk Islam. Dia berjanji selama ini dia telah banyak menghalang Islam, maka dia akan buat usaha 2 kali ganda utk bangunkan Islam. Kesan dakwah, org yg hendak lari telah dtg kpd Islam. Asbab hidayat beliau ialah seorang tukang bawa perahu. Dlm negara kita ada berapa ramai org bawa perahu, kalau mereka semua buat dakwah, ramai org akan dpt hidayat.

Satu org telah tutup telinga dgn kapas, tidak mahu dengar ayat Quran, kerana dia tahu kalau dengar ayat Quran , dia akan masuk Islam. Bila masuk Islam dia telah buat dakwah pada kabilah dia, 80 keluarga dalam kabilah telah masuk Islam. Ini kesan dakwah.Bila kita dtg kpd dakwah, dakwah akan jadikan hidayat umum dlm umat ini. Dengan dakwah umat ini akan dimuliakan. Oleh itu, tuan-tuan buat usaha dakwah dgn yakin, bahawa tidak ada jalan utk umat ini dtg kpd hidayat selain daripada dakwah. Kita buat dakwah dgn penuh yakin dan penuh basirah. Buat dakwah utk betulkan yakin dan bawa semua org Islam kpd yakin yg betul. Kita kena hidupkan dakwah ini. Lagi banyak kita dakwah, lagi banyak yakin kpd akhirat akan datang, nilai dunia akan keluar drp hati kita, dan kita tidak akan cinta dunia. Cinta kpd akhirat, fikir akhirat, dan kita akan maju dlm amal.

Kita kena niat tukar maksud hidup. Bukan setakat ambil bahagian sahaja dlm kerja ini dan anggap ini kerja org lain. Ini kerja saya dan saya kena buat kerja ini dan jadikan maksud hidup saya. Siapa anggap ini kerja dia, maka dia akan istiqamah. Kalau anggap ini kerja org lain, maka kita akan buat sementara sahaja. Kita belajar, bangunkan kerja ini, faham kerja ini, dan buat usaha agama berterusan sebagai maksud hidup.

Daripada majmak ini, bangun bagi masa 4 bulan, 6 bulan, 1 tahun, diri sendiri dan sediakan org lain.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir