mesyuarat malaysia 2015 - hayatus sahabah

maulana saad
10/10/2015 - nizamuddin

tuan-tuan yg mulia,

Allah telah tetapkan usul tarbiyah iaitu dgn cara nabi dan cara sahabat
kalau kita menyimpang dari jln tersebut maka agama akan dtg sebagai satu adat sahaja
demi Allah, dgn cara adat tidak ada apa-apa janji Allah pun utk dpt hidayat/petunjuk
kalau satu org sebarkan agama dgn cara adat resam, ia tidak akan tersebar
org yg tidak ada taqwa adalah org yg tidak ada otak
Allah telah kurniakan kpd kita dgn cara sahabat hingga hari kiamat
Kalau kita ikut cara mereka, Allah telah janjikan hidayat dgn penuh penekanan
Wal lazi najahadu fi nah lanah dian nahum subulana
Pasti Allah akan bagi hidayat
Hari ni org mengadu kita ada usaha tabligh tapi tiada usaha tarbiyah
Siapa yg buat usaha tabligh?
Usaha Dakwah tabligh ialah usaha cara rasulullah dan para sahabat
Cara adat biasa utk menyampaikan agama tiada apa-apa janji dari Allah dan bukan keputusan/pilihan dari Allah
Berapa banyak cabang-cabang agama -  taklim, dakwah, pengajian, semua cabang2 agama ini menjurus ke arah adat resam.
Dlm cara adat resam mudah
Dlm cara sunnah mujahadah
Oleh kerana kita suka cara yg senang maka kita telah mengutamakan cara adat biasa dan tinggalkan cara sunnah
Kta telah beri keutamaan kpd cara selain sunnah, Oleh sebab itu tidak ada tarbiyah
Jln2 tarbiyah telah hilang kerana kita sibuk dgn cara yg mudah dan senang
Kita kena ingat, tarbiyah umat ini ada dlm cara sahabat
Maulana yusuf telah kumpul usul2 kerja para sahabat
Dlm hayatus sahabah ada satu tajuk tentang majalisul iman i.e majlis2 iman
kumpulkan org dlm majlis iman
maulana yusuf kumpul amalan2 sahabat - Abdullah rawahah, muaz bin jabal, umar khattab, abu huirairah – mereka jumpa org ramai dan mengajak org dtg ke masjid utk belajar iman
marilah kita duduk sebentar muzakarah iman
tapi hari ni kita merasakan cara nabi dan sahabat adalah cara yg asing
kalau kita bercanggah dari cara tersebut maka kita telah bercanggah dari nas dan hadis
Allah sebut dlm quran :
Innama yak muru masajidalllah hi man amanabillah hi wal yau mil akhir…
Kerja org beriman sahajalah yg memakmurkan masjid
Maulana yusuf telah menukilkan kisah abdullah bin rawahah, bila dia jumpa mana2 sahabat dia kata mari kita duduk sebentar muzakarah iman seketika
Sedangkan kedudukan iman sahabat sangat tinggi
Bila muzakarah tentang kebesaran Allah, maka iman akan bertambah
Org ingat nazqurullah ialah berzikir semata-mata
Tetapi makna tazkirah ialah mengingat-ingatkan mengenai Allah s.w.t
Satu zikir, satu lagi tazkirah
Mengingat-ingatkan mengenai hukum2 Allah
Mengingat-ingatkan mengenai sunnah2 nabi secara ijtimai
Memberi peringatan kpd perkara2 yg baik
Dlm riwayat yg lain, abdullah rawahah telah pegang tangan abu darda r.hu – dia kata wahai abu darda mari kita duduk dan beriman seketika
Begitu cepat sekali hati kita akan berubah dlm halaqah iman drp periuk yg tergelincir dari tungku
Umar r.hu pegang 2 org sahabat dan kata, bangun dan mari bersama kami ke masjid.
Wujudkan halaqah iman di masjid. Ingatkan mengenai Allah s.w.t
Seorang tabiin berjalan bersama muaz r.hu berjalan ajak org ke masjid dan duduk dlm halaqah iman
Asasnya ialah kita mendustakan/menginkari akan musyahadah kita.
Ini adalah khasiat/keistimewaan usaha ini
Masjid yg tidak ada halaqah mengingatkan mengenai tauhid kpd Allah, sifat2 Allah – maka masjid itu kosong
Kalau usaha ini ada nama – maulana ilyas akan letak tahrikul iman (pergerakan iman)
Mendustakan yg musyahadah merupakan asas dlm bayan kita
Bayan jgn kosong dari 2 pekara ini - Menceritakan tentang sifat2 Allah dan tauhid Allah
Amalan masjid adalah wujudkan halaqah iman
Amalan para sahabat ialah wujudkan halaqah iman di masjid
Maulana yusuf buat satu tajuk mengapa masjid di bina & apakah amalan2 para sahabat
Masjid bukan utk solat semata-mata
Wujud dan Sibukkan dgn amalan2 masjid dan bila sampai waktu solat, mereka solat
halaqah masail wujudkan ilmu yg sempurna
halaqah fadail wujudkan keyakinan pd janji Allah/ihtisab
mereka sibuk dgn amal
bersama amal mesti ada ihtisab
kalau tak ada ihtisab tak ada ganjaran dari Allah
abu said khudri kata, muawiyah r.hu telah pergi ke masjid dan tanya apa yg kamu buat – mereka jawab kami duduk semata2 utk mengingat2kan Allah
halaqah dlm masjid, bukan di luar masjid
hari ni kita buat halaqah bercakap di rumah, di kedai, di pejabat – cara adat, bertentang dgn sunnah
muawiyah kata nabi pernah tanya soalan yg sama dan nabi kata: demi Allah, utk itu sahaja kamu duduk, jibrail telah dtg dan berkata, Allah berbangga2 dgn halaqah iman ini di depan para malaikat
dlm riwayat yg lain, nabi masuk ke dlm masjid dan nampak sahabat sedang duduk dlm halaqah iman. Nabi kata Allah telah buka satu pintu yg belum pernah dibuka sebelum ini. alangkah baiknya kalau Allah tunjukkan kpd kamu pintu tersebut.
abu hamrah berkata, kami sedang duduk dlm halaqah di masjid nabawi, tiba2 baginda dtg dari salah satu rumah baginda. Baginda telah duduk di halaqah quran. Nabi bersabda, Allah telah perintahkan saya utk duduk di halaqah ini.
abu hurairah r.hu kata, dia telah pergi ke pasar madinah dan berkata, wahai org2 pasar, apa yg menghalang kamu. Warisan pusaka nabi sedang dibahagi2kan di masjid. Kamu disini. Mereka berlari ke masjid. Org pasar dtg balik kpd abu hurairah dan kata tiada apa2 pun yg dibahagikan. Apa yg ada? Ada org sedang solat, sebahagian sedang belajar quran, ada muzakarah halal dan haram. Inilah warisan nabi s.a.w
umar r.hu kata, saya mahu org dtg ke masjid dan belajar solat, belajar masalah2 yg lazim
bukan hanya hidupkan masjid dgn 5 amal bahkan perlu ada halaqah utk ajar agama pd org lain
tidak perlu syarat utk jadi alim
balli ghu anni walau ayah..
di masjid nabawi ada bermacam-macam halaqah – ada muzakarah agama, ada muzakarah kebesaran Allah
kalau kamu sentiasa berbuat demikian, maka kamu di dlm kebaikan
kita sibukkan buat amalan masjid dgn sempurna
semua azam in sha Allah

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir