mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim
08/09/97 Allah s.w.t datangkan agama dari langit. Di mana juga manusia tinggal ia perlukan agama. Kejayaan setiap peringkat manusia adalah dalam agama. Jika manusia tidak bawa agama ia akan tertipu di dalam asbab. Mereka menyangka kejayaan mereka pada asbab. Sebagai contoh seorang peniaga menyangka perniagaannya yang memberi kejayaan. Mereka menganggap perniagaan mereka seperti madu yang manis, tetapi terdapat racun di dalamnya. Allah s.w.t jadikan dunia ini manis untuk semua orang, yang mana semua orang suka kepada kemanisan. Amalan akan menjadi amalan apabila manusia bawa agama dalam kehidupan mereka. Ahli dunia mengatakan semua kerosakan di dunia ini disebabkan agama. Keadaan ini sama seperti Firaun yang mengatakan kerosakan di Mesir adalah disebabkan agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Agama akan membawa nur, rahmat, keberkatan, kasih sayang dan bukannya membawa kerosakan. Tanpa agama, manusia tidak akan mendapat kejayaan sama...