mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim

08/09/97

Allah s.w.t datangkan agama dari langit.  Di mana juga manusia tinggal ia perlukan agama. Kejayaan setiap peringkat manusia adalah dalam agama. Jika manusia tidak bawa agama ia akan tertipu di dalam asbab.  Mereka menyangka kejayaan mereka pada asbab. Sebagai contoh seorang peniaga menyangka perniagaannya yang memberi kejayaan. Mereka menganggap perniagaan mereka seperti madu yang manis, tetapi terdapat racun di dalamnya.  Allah s.w.t  jadikan dunia ini manis untuk semua orang, yang mana semua orang suka kepada kemanisan.

Amalan akan menjadi amalan apabila manusia bawa agama dalam kehidupan mereka.  Ahli dunia mengatakan semua kerosakan di dunia ini disebabkan agama.  Keadaan ini sama seperti Firaun yang mengatakan kerosakan di Mesir adalah disebabkan agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.  Agama akan membawa nur, rahmat, keberkatan, kasih sayang dan bukannya membawa kerosakan.  Tanpa agama, manusia tidak akan mendapat kejayaan sama sekali.  Tanpa agama manusia akan menjadi mayat.  Usaha dakwah dikatakan seperti mengairkan tanah untuk tanam tumbuhan.

Allah s.w.t  memberi ganjaran kepada mereka yang amalkan agama dengan niat dan tertib yang betul. Amalan itu akan membawa kejayaan. Manusia hari ini  mengetahui nilai harta, oleh itu mereka sanggup meninggalkan negara mereka untuk pergi ke negara lain untuk dapatkan harta, sebaliknya mereka menyatakan tiada masa untuk membuat usaha membina kehidupan akhirat mereka.

Allah s.w.t  telah perintahkan kepada nabi-nabi untuk mendakwahkan kebesaran Allah di dalam hati-hati manusia.  Sebagai contoh kisah Nabi Musa a.s yang dirancang untuk dibunuh oleh Firaun tetapi keputusan Allah s.w.t menghidupkan Nabi Musa.  Satu kuasa pun tidak boleh ubah keputusan Allah s.w.t.  Apabila agama datang dalam kehidupan manusia setiap amalan akan ada kemanisan.

Hari ini kita perlu membuat usaha ke atas iman, kerana iman kita tidak boleh menegah/menghindar diri dari fahsyak dan mungkar. Contohnya jika iman manusia kuat  ia boleh membawanya mendokong perintah Allah s.w.t seperti sembahyang, sama keadaannya ia boleh datang  ke pejabat, membuka kedai, berladang dan berbagai corak kehidupan.  Kita masih tidak dapat menganggap sembahyang itu satu yang difardhukan, sebagaimana fardhu atas kita pergi kerja pejabat.  Orang yang imannya kuat akan menganggap dosa seperti duri yang akan menembus kulit.  Tidak akan berkumpul iman dan dosa.  Iman akan mengeluarkan dosa dari diri kita. 

Maulana Ilyas memberitahu usaha dakwah ialah usaha tahrikul iman iaitu usaha menggerakkan agama yang matiKerosakan di seluruh dunia begitu laju seperti keretapi mel.  Usaha dakwah boleh dikatakan usaha ke atas hati orang beriman yang sedang tidur supaya sedar kembali.  Kerana orang yang sedang tidur halal-haram sama sahaja bagi dirinya.  Usaha ini juga boleh diertikan usaha untuk mengeluarkan manusia dari lembah kegelapan kepada hidayat.  Dalam mentaati perintah Allah s.w.t ada bantuan Allah s.w.t, sebaliknya dalam keengkaran tiada bantuan Allah s.w.t.

Maulana memberitahu bahawa iman kita seperti bara api di bawah orang, yang perlu ditiupkan supaya ia dapat membakar nafsu. Oleh itu manusia perlu dibawa keluar ke jalan Allah s.w.t untuk sucikan nafsu-nafsu jahat yang penuh zulumat.

Apabila urusan dunia kita bawa perintah Allah maka dunia itu akan memberi menafaat kepada kehidupan kita.  Nabi-nabi dakwah manusia bukan untuk tinggalkan dunia, tetapi hendak membawa agama dalam urusan dunia.  Contohnya seorang  menteri apabila sakit akan meninggalkan tugas untuk berubat.  Dengan ini orang Islam yang sakit iman perlu tinggalkan dunia dia sementara untuk berubat.  Iman yang dihasilkan dari pengorbanan akan mencegah manusia dari perkara fahsyak dan mungkar. Hidayat akan tersebar dengan mujahadah.

Allah s.w.t menjadikan manusia bukan untuk melakukan dosa, tetapi perlu  memasukkan hatinya dengan nur iman supaya dengan ini ia akan tawajjuh dengan Allah s.w.t.  Barang siapa betulkan hubungan dia dengan Allah s.w.t , maka Allah s.w.t akan betulkan hubungan dia dengan makhluk.  Apabila manusia korbankan hak untuk Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan korban  untuk manusia.  Apabila manusia korban untuk agama, orang lain akan mendapat menafaat termasuk orang kafir .

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir