mesyuarat malaysia 1997 - maulana yaakob

05/09/97


Maulana memulakan bayan dengan mengalukan semua karkun lama yang datang dari Malaysia dan mendoakan mereka yang telah dipilih itu diterima oleh Allah s.w.t. Seterusnya Maulana menyatakan karkun lama itu adalah mewakili negeri-negeri mereka dan karkun-karkun di negeri mereka sedang menanti sesuatu yang akan dibawa pulang dan disampaikan kepada mereka.


Amalan yang dibuat ini mengikut Maulana adalah mirip yang dibuat oleh sahabat Nabi di zaman Rasulullah s.a.w di mana para sahabat telah datang untuk bersohbat dengan Rasullullah. Maulana menasihatkan semua karkun lama yang hadir perlu satu fikir dan jangan berpecah.  Fikir yang perlu dibawa ialah bagaimana kebesaran dakwah Rasulullah s.a.w dapat dihayati oleh semua karkun.  Beliau mengingatkan karkun lama jangan terperangkap dengan tarikan bazar di luar Masjid Banglawali. 

Suasana dakwah di Nizamuddin sekarang terbentuk adalah hasil pengorbanan dan susah payah orang-orang lama seperti Maulana Ilyas, Maulana Yusuf dan Maulana Inamul Hassan.  Dakwah dikatakan adalah satu nikmat, kita perlu meminta kepada Allah s.w.t semoga memberikan hakikat dakwah kepada kita.  Asas dakwah yang telah dibangunkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah pengorbanan dan susah payah.

Maulana memberitahu maksud satu hadith, “Allah s.w.t tidak akan memasukkan dua fikir pada seseorang pada satu masa”.  Jika karkun lama yang datang ke Nizamuddin fikir dunia seperti ingin membeli belah maka fikir akhirat tidak akan masuk ke dalam hati.  Karkun yang membuat usaha dakwah dengan penuh fikir, mengikut Maulana, pasti Allah s.w.t memperbaiki hal dunia dan akhiratnya.

Maulana meminta semua karkun lama menyibukkan diri dengan program ijtima’i dalam masjid dan jangan berada di luar masjid sehingga orang di luar masjid tidak mengetahui siapa yang datang ke Masjid Banglawali.  Mengikut Maulana karkun datang ke Nizamuddin, yang membawa fikir dunia akan memberi kesan kepada orang di sekitar Nizamuddin.  Tetapi apabila mereka datang membawa fikir risau akhirat maka fikir risau sedemikian akan memberi kesan kepada orang di sekitar masjid dan orang yang bukan Islam akan datang kepada agama Islam.

Sahabat-sahabat Nabi apabila membuat usaha dakwah dengan pengorbanan maka Allah s.w.t telah membuka hakikat dunia kepada mereka.  Maulana menceritakan kisah sahabat di zaman pemerintahan Umar r.a, apabila beliau melantik gabenornya, beliau sering memanggil gabenornya ke Madinah untuk mengetahui ehwal pemerintahan mereka.  Seorang gabenornya di Syria telah lama tidak menemui beliau di Madinah.  Khalifah Umar telah menulis surat kepada gabenor itu, apabila menerima surat tersebut beliau terus datang ke Madinah dengan berjalan kaki.  Ini disebabkan sifat ketaatan yang ada pada beliau.  Beliau datang tidak menaiki kenderaan.  Apabila sampai ke Madinah bajunya penuh debu dan rambutnya kusut masai.  Khalifah Umar menyatakan mengapakah orang Syria tidak menyediakan kenderaan bagi amer mereka.  Gabenor tersebut memberitahu khalifah bahawa rakyatnya bersembahyang subuh ketika beliau berangkat ke Madinah.  Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan ehwal gabenor itu dan mengutuskan 2 orang sahabatnya menyelidiki rumah gabenor tersebut dan telah bermalam selama 3 hari.  Sepanjang masa selama di rumah gabenor tadi sahabat tersebut telah dilayani dengan sempurna dengan diberi makan minum dengan secukupnya.  Sesungguhnya gabenor tersebut telah menggunakan kesemua wang sara gajinya melayani makan minum sahabat tadi dengan keadaan dirinya dan keluarganya dalam kelaparan.

Pengajaran :
Beginilah ehwal kehidupan sahabat Nabi apabila mereka melaksanakan satu-satu amanah, tiada kepentingan dunia.  Mereka sentiasa melihat kepentingan akhirat.  Keadaan seperti inilah menyebabkan negara dalam pemerintahan sahabat dalam keadaan makmur.

Maulana memberitahu karkun lama yang datang ke Nizamuddin hendaklah berikhlas semata-mata kerana Allah dan balik ke negeri masing-masing membawa kebesaran Allah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir