mesyuarat malaysia 1997 - maulana ahmad lat

06/09/97

Maulana memberitahu bahawa setelah beberapa tahun semenjak zaman khulafak Rasyidin, usaha dakwah secara ijtima’i telah ditinggalkan sehingga Allah s.w.t membangunkan semula usaha ini melalui usaha yang dibuat oleh Maulana Ilyas rah.  Usaha dakwah adalah mudah tetapi ia halus dan terlampau tinggi, kerana ia mempunyai hubungan terus kepada Allah s.w.t dan Muhamadurrasulullah s.a.w. Oleh itu sudah tentu mempunyai tertib dan peradaban tersendiri.  Tertib kerja yang mulia ini telah diamalkan oleh para ambiya a.s.  Dengan ini, dalam melaksana kerja dakwah seseorang itu perlu mempraktikkan sifat-sifat ambiya.  Sejajar dengan hadith Rasulullah s.a.w bermaksud, “Kamu tidak akan menjadi seorang mukmin sehingga cara hidup kamu berdasarkan apa yang saya bawa”.

Dalam usaha dakwah Nabi, mizajnya/tertibnya adalah seperti berikut : 
1. Melakukan apa yang dipercakapkan terlebih dahulu.
2. Melakukan kerja dengan penuh ummumiyat.
3. Menghargai orang dibawah dengan penuh kasih sayang dan ikram.
4. Dalam pengorbanan   atas agama , mendahului korban berbanding dengan yang lain.
5. Pengamalannya melebihi daripada orang lain, contohnya apabila beribadat  memanjangkan rakaat. Nabi s.a.w sembahyang sehingga bengkak-bengkak kaki.

Sifat-sifat mulia yang ada pada sahabat semuanya terbentuk dari usaha Rasullullah s.a.w, contohnya, Amir bin Said, apabila dia menjadi Amer, ia akan bercampur dengan makmumnya dan jika menjadi makmum, risau runsingnya begitu tinggi seolah-olah ia menjadi Amer.  Sehingga Rasulullah meminta sahabat yang lain, jadilah seperti Hadrat Amir bin Said.

Allah meminta Rasullullah s.a.w berkorban seperti gerak geri Nabi Ibrahim a.s yang dipanggil  Kalilullah (kawan Allah) sehingga Nabi s.a.w telah berjaya membentuk ramai kaum Ansar dan Muhajirin berkorban untuk agama Allah.  Sehingga Baginda dipanggil Habibullah (kekasih Allah).

Usaha Nabi asasnya ialah pengorbanan.  Pengorbanannya yang mula-mula ialah berhijrah meninggalkan Baitullah.  Di mana Rasullullah s.a.w terlalu mencintai Baitullah yang mempunyai talian terus dengan Baitul Makmur.  Baginda telah diperintahkan berhijrah ke Madinah tanpa membawa anak dan isteri, dalam waktu-masa yang tidak diketahui dan pergi ke tempat yang tidak diketahui.  Inilah hijrah yang terbesar yang dibuat oleh Baginda Rasullullah s.a.w.   Melalui hijrah seperti inilah agama tersebar.  Oleh itu bagi memastikan agama tersebar maka Baginda telah memberi contoh bahawa Baginda melakukan terlebih dahulu.

Maulana Yusuf rah. memberitahu terdapat 3 golongan yang amalannya menjadi asbab hidayat :
1. Golongan ambiya a.s
2. Golongan sahabat r.a
3. Golongan siddiqin

Sifat-sifat mulia yang ada pada mereka menjadi asbab turunnya hidayat, rahmat, dan berkat kehidupan manusia di dunia.  Oleh itu perlu kita mengambil contoh pengorbanan tiga golongan di atas. 

Pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w begitu tinggi,   apabila berlaku fatah Mekah semua orang telah menunjukkan kepada Rasulullah.  Tetapi ketika itu Rasulullah menundukkan dirinya dan mengatakan ia tidak membuat apa-apa.  Sebaliknya mengembalikan semuanya kepada Allah.  Sifat terpuji Rasulullah s.a.w ialah Baginda tidak pernah marah.  Seorang itu apabila melahirkan sifat marah sebenarnya  di hatinya ada ujub. Sifat marah adalah  sifat syaitan.  Oleh itu kita perlu usaha dan berdoa semoga sifat itu tidak ada dalam diri kita.

Usaha agama tersebar berasaskan pengorbanan iaitu pengorbanan diri, harta dan perasaan.  Tertib pengorbanan ini telah dibuat semenjak Hadzratji pertama, Hadzratji kedua dan Hadzratji ketiga.  Intipati usaha ini dirangkumkan melalui usaha jemaah masjid.  Sesiapa yang mengambil dan memegang usaha ini ia kan selamat dunia dan akhirat.

Pengajaran : 
Maulana memberitahu orang lama yang hendak kekal dalam usaha ini  ia perlu melibatkan diri dengan usaha jemaah masjid (kerja tempatan).  Ini adalah sebenarnya kehendak (mansya) elders Nizamuddin.  Seterusnya dalam membuat usaha ini kita perlu sentiasa membuat hubungan dengan elders di Nizamuddin dimana mereka membuat kerja dengan mujahadah.  Iaitu melakukan semua perintah Allah secara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Untuk faham bagaimana kerja yang hendak dibuat secara Baginda Rasulullah s.a.w semuanya perlu dirujukkan kepada elders.

Untuk meningkat dalam kerja ini, pengorbanan diri, harta dan perasaan perlu dibuat.  Pengorbanan seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza.  Pihak yang menentukan pengorbanan seseorang ialah orang bertanggungjawab yang dipilih untuk mengendalikan mesyuarat (Syura).  Disamping itu perlu kita membuat kerja secara mizaj Baginda Rasulullah s.a.w.  Seterusnya membuat kerja dengan ummumiyat .

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir