2013 - Bayan hidayat Maulana Jamshed
Bergerak di jln Allah adalah merupakan sunnah nabi s.a.w yg
paling besar. Keluar sepagi atau sepetang di jln Allah adalah lebih baik drp
dunia dan seisinya dan daripada segala amal kebaikan yg ada di atas muka bumi
ini. Org yg keluar di jln Allah di waktu petang tidak sama dgn org yg keluar di
jln Allah di waktu pagi. Hadrat Abdullah bin rawahah r.a telah dihantar keluar
oleh nabi s.a.w bersama dgn satu jemaah. Jemaah telah bertolak pd awal pagi pd
hari jumaat. Jemaah telah keluar pd awal pagi tetapi beliau telah tunggu dgn
niat utk solat jumaat di madinah bersama nabi s.a.w. Dia kata dia ada kuda yg
pantas yg mana dia boleh pacu kuda tersebut dan boleh menyertai jemaah yg telah
bertolak lebih awal tadi. Nabi s.a.w telah bertanya pd Abdullah b. rawahah ,
‘kenapa kamu belum lagi keluar di jln Allah bersama dgn jemaah kamu?’ . beliau
kata, ‘saya berkeinginan utk solat jumaat di belakang nabi s.a.w dan saya ada
kuda yg pantas dan boleh mengejar mereka’. Nabi s.a.w kata, ‘mereka telah
tinggalkan kamu setengah hari, kamu tidak akan dpt pahala sama dgn mereka
walaupun kamu infakkan harta seluruh dunia dan dari segi jarak kamu telah
ditinggalkan sejauh jarak antara timur dan barat’. ‘Mereka telah mendahului
kamu selama 500 tahun dan kamu tertinggal dibelakang selama 500 tahun’. Kalau
kamu belanja harta seluruh dunia pun kamu tidak akan sampai ke darjat mereka.
Kita kena rasa suka & cinta utk keluar di jln Allah
s.w.t dan kita kena sentiasa letak kelebihan-kelebihan keluar di jln Allah di
depan kita sehingga kita rasa suka dan gembira utk menghadapi
kesusahan-kesusahan semasa berada di jln Allah s.w.t. Satu org yg sakit kepala
sekalipun di jln Allah, Allah akan ampunkan semua dosa-dosa dia yg lepas. Satu org
yg demam hanya satu malam di jln Allah, dia akan bersih dari dosa-dosanya
seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibunya pd hari itu. Doa-doa org yg keluar
di jln Allah akan diterima oleh Allah sebagaimana Allah terima doa nabi-nabi.
Satu ketika, satu jenazah telah dibawa ke hadapan nabi s.a.w
dan nabi telah maju ke depan utk mengimami solat jenazah akan tetapi
sahabat-sahabat yg lain telah bagitahu pd nabi s.a.w agar tak payah utk solat
jenazah org itu kerana sepanjang hidup dia kami tak pernah tengok dia buat
kebaikan. Nabi tanya – ada tak sesiapa pernah melihat dia buat apa-apa
kebaikan? Satu org telah bangun dan bagitahu pd satu malam saya telah melihat
org ini telah berjaga sepanjang malam utk menjaga barang-barang org yg sedang
keluar di jln Allah s.w.t. Maka nabi s.a.w telah solatkan jenazah lelaki
tersebut dan nabi bersabda pd jenazah tersebut, walaupun semua org kata kamu
ahli neraka, tapi aku Rasulullah s.a.w , aku rasul Allah, aku bersaksi bahawa
kamu adalah ahli syurga.
Bila keluar di jln Allah, kita kena tahu niat dan
maksud/tujuan kita keluar. Satu org yg buat sesuatu pekerjaan tanpa niat, tanpa
tahu tujuan dan maksud adalah umpama perbuatan seorang budak kecil atau org
gila. Maksud kita keluar di jln Allah adalah utk ubah yakin kita. Utk ubah
yakin dari makhluk (selain dari Allah) kpd keyakinan pd Allah s.w.t, ubah yakin
dari asbab dan kebendaan kpd yakin pd amal, ubah yakin drp dunia yg sementara
kpd yakin pd akhirat yg selama-lamanya. Maulana yusuf rah. kata bahawa maksud
kita keluar di jln Allah adalah utk dtgkan, utk wujudkan kesempurnaan dlm iman
dan amal. Semasa kita keluar di jln Allah sangat penting utk kita betulkan niat
kita kerana seluruh amal kita bergantung pd niat.
Pada hari kiamat 3 org akan di dtgkan dihadapan Allah s.w.t,
satu org alim, satu org syahid di jln Allah dan satu org dermawan yg telah
banyak belanja utk agama Allah. Mereka akan ditanya tentang niat mereka. Setiap
dari mereka akan kata kami buat semua ini semata-mata kerana Mu wahai Allah s.w.t.
tapi Allah s.w.t akan nafikan dan Allah s.w.t kata kamu semua buat amal-amal
ini untuk menunjuk-nunjuk, utk mendapat pujian, mendapat sanjungan drp manusia
dan kamu telah dpt perkara tersebut semasa di dunia, sekarang kamu tidak akan
dpt apa-apa.
Seorang sahabat telah tanya pd nabi s.a.w pasal satu org yg
telah berhijrah kerana utk berkahwin dgn seorang wanita, ummi qais. Wanita itu
telah terima lamaran lelaki tersebut dgn syarat lelaki tersebut hendaklah
berhijrah, tinggalkan kpgnya dan dtg ke madinah. Bagaimanakah kedudukan
hijrahnya ini? Maka nabi s.a.w telah jawab, satu org yg hijrah kerana Allah dan
rasul, maka hijrah dia adalah utk Allah dan rasul. Dan satu org yg berhijrah
utk dptkan dunia maka hijrahnya adalah utk dunia. Dan satu org berhijrah utk
berkahwin dgn seorang wanita, maka hijrahnya adalah utk wanita. Atas maksud apa
dia berhijrah, itu dia akan dpt.
Pada zaman Umar r.a, satu org sahabat telah terbunuh semasa
keluar di jln Allah dan org ramai kata dia telah syahid di jln Allah s.w.t.
Umar r.a kata belum pasti dia syahid kerana dia telah bawa bersama dgn dia
barang-barang perniagaan dan telah melakukan jual-beli barang-barang semasa
berada di jln Allah. Kamu boleh kata semoga Allah berkati kematian dia di jln
Allah, tetapi hanya Allah sahaja yg boleh tentukan samada dia syahid atau tidak
di jln Allah s.w.t.
Maulana yusuf rah. kata, satu org yg keluar utk buat haji yg
fardu atas dia sekali seumur hidup dia, syariat telah memberi kebenaran utk dia
berjual beli semasa dia menunaikan haji. Akan tetapi utk satu org yg keluar di
jln Allah s.w.t, utk meninggikan kalimah Allah s.w.t, syariat tidak benarkan
dia utk buat jual beli dan berniaga. Hendaklah kita sentiasa letakkan maksud
dan tujuan kita keluar di jln Allah s.w.t di hadapan kita. Niat kita hendaklah
sentiasa betul. Tak kira kita keluar di kawasan mana, di negara mana, kita
tidak ada niat-niat lain, kita tidak ada kepentingan2 lain. Niat kita
semata-mata utk Allah dan rasul.
Semua barang yg kita perlukan semasa kita keluar di jln
Allah s.w.t, hendaklah kita bawa bersama-sama dgn kita, supaya kita tak perlu
pergi ke bazar/kedai utk beli barang-barang tersebut dan supaya kita terselamat
drp meminta drp org. Ketiga-tiga kitab
taklim: kitab fazail amal, kitab muntakhab hadith dan kitab fazail sedekah
hendaklah ada bersama dgn setiap jemaah. Lebih baik kalau setiap org ada
kitab-kitab tersebut. utk buat taklim secara ijtimai, satu kitab sudah cukup
utk satu org baca dan yg lain dengar tapi utk mentelaah secara infradi setiap
org kena ada kitab sendiri.
Masa keluar di jln Allah, segala periuk belanga, segala
alatan keperluan utk memasak, makan, minum hendaklah ada bersama dgn kita
supaya kita tak perlu minta dan ambil drp org lain. Kita hendaklah mengelak drp
meminta-minta drp org dan elak drp membazir, belanja lebih dari keperluan. Ishraf
ialah meminta dgn hati dan soal ialah minta dgn lidah. Apa-apa benda atau
barang yg kita dpt dgn minta dgn hati atau dgn lidah, tidak ada berkat dlm
benda tersebut. Jangan berbelanja berlebihan/membazir. Belanja lebih drp
keperluan ialah ishraf. Bila kita biasakan diri dgn ishraf, belanja lebih drp
keperluan, sedikit demi sedikit akan bawa kpd benda yg haram. Hari ni seluruh
dunia berada dlm kesusahan dan serba kekurangan kerana sifat ishraf ini.
Melalui ishraf tidak ada keberkatan dlm hidup kita.
Perkara yg keempat, jgn sesekali kita guna barang sesiapa
tanpa kebenaran. Ini akan menyebabkan hati kita jauh drp satu sama lain.
Semasa berada di jln Allah, kita hendaklah berusaha utk
sentiasa berada dlm keadaan berwuduk. Kita juga kena jaga pandangan, tundukkan
pandangan. Jaga pandangan drp wanita yg haram kita lihat dan jaga pandangan drp
melihat gambar-gambar. Kali pertama kalau kita terpandang wanita atau gambar,
dimaafkan. Kali kedua, kalu kita tengok lagi, dia punya racun akan meresap
masuk dlm diri kita. Pandangan yg haram ini adalah salah satu drp panah-panah
syaitan yg sangat beracun. Kita kena sangat berhati-hati dgn pandangan kita
semasa berada di jln Allah.
Semasa dlm safar di jln Allah, kita hendaklah jaga
solat-solat kita. Semasa dlm kenderaan, dlm bas atau dlm keretapi, kalau tak
dpt buat taklim secara ijtimai, kita buat taklim dua-dua, satu org baca dan
satu org dengar. Semasa dlm perjalanan, jangan satu waktu pun solat kita terqado,
hendaklah kita jaga solat fardu yg wajib, solat sunat tak perlu tapi solat
sunat sebelum subuh hendaklah kita beramal dgnnya. Solat adalah satu kefarduan
yg sangat besar dan sangat penting dlm agama. Kalau semasa kita keluar kita tak
dpt jaga solat, maka lebih susah kita nak jaga solat semasa tak keluar di jln
Allah. Kita kena pastikan arah kiblat semasa solat dlm keretapi atau kenderaan
lain. Kita juga kena tahu waktu solat dan cuba utk solat awal waktu.
Semasa safar, kita hendaklah berakhlak mulia dan baik dgn
org-org yg safar dgn kita. Berakhlak baik akan timbulkan kasih sayang. Bila
kita sampai, apa sahaja kerja yg kita nak buat hendaklah bersesuaian dgn
sunnah. Naik kenderaam dgn cara sunnah, berjalan dgn cara sunnah, turun
kenderaan dgn cara sunnah, setiap amalan kita ikut sunnah nabi s.a.w. Satu org
yg amalkan sunnah akan dpt 4 kelebihan:
- Allah
akan letakkan dlm hati org-org yg soleh perasaan kasih pd kita
- pd
org kafir Allah letakkan perasaan gerun pd kita.
- Allah
akan bagi kemantapan dlm agama dan istiqamah dlm agama
- Allah
bagi keluasan dlm rezeki.
Bila kita sampai di tempat tashkil, sebelum kita masuk ke
kawasan kpg, kita buat manzil, amir jemaah akan pastikan semua barang-barang
ada bersama mereka, kumpul ahli jemaah, dan salah seorang dari ahli jemaah akan
cakap sikit, bentuk fikir. Perkara yg perlu diberitahu:
- masa
sangat berharga. Setiap drp kita bertanggungjawab kena jaga masa
masing-masing. Supaya masa tidak sia-sia. Digunakan sebaik mungkin.
- setiap
ahli jemaah kena ada fikir dan risau secara ijtimai, paling kurang satu
org dari setiap rumah dpt keluar
tunai di jln Allah. Yg tak dpt keluar tunai, tetapkan tarikh utk keluar
secepat mungkin.
- suasana agama yg baik dpt diwujudkan di setiap rumah dan seluruh kpg
Hendaklah kita usaha dgn cara kita bercampur dgn org-org
kpg. Pergi jumpa mereka dari pagi sampai zohor, dari zohor sampai ke petang.
Banyak jumpa manusia, bercakap dgn mereka, sediakan mereka utk mereka hidupkan
amal masjid. Pujuk rayu mereka supaya mereka bagi masa di masjid dan hidupkan
amal-amal masjid. Setiap rumah dpt dihidupkan dgn amalan taklim. Setiap org
lelaki dpt solat berjemaah di masjid. Setiap org lelaki dpt keluar
bergilir-gilir 3 hari di jln Allah s.w.t. Dapat hidupkan mesyuarat setiap hari
di masjid tersebut. Dapat hidupkan amalan ziarah, pergi rumah ke rumah cakap
kebesaran Allah s.w.t , hidupkan halaqah iman, dpt buat gasht setiap minggu dan
gasht kedua di masjid berdekatan. Libatkan setiap org kpg dgn amal masjid.
Dirumah hidup amal dan di masjid hidup amal. Sediakan org kpg seramai yg
mungkin buat kerja bersama dgn kita dan latih mereka utk buat kerja. Selagi tak
dpt wujudkan amal-amal masjid ini, selagi itu kita jgn pindah ke masjid lain.
Satu lagi perkara yg kita kena buat ialah usaha utk
memakmurkan masjid. Libatkan org tempatan, bagi masa bersama-sama dgn kita, 1
jam, 2 ½ jam, 5 jam, berapa lama yg mungkin, bergilir-gilir bagi masa dgn
jemaah belajar utk hidupkan amalan memakmurkan masjid, amalan
dakwah-taklim-istiqbal. Beberapa org akan duduk dlm masjid, ada halaqah taklim,
ada halaqah dakwah dan yg lain akan pergi rumah ke rumah, lorong ke lorong,
pintu ke pintu, sediakan org utk dtg ke masjid. Dakwah yg ringkas di rumah
mereka dan bawa mereka tunai ke masjid. Bawa mereka duduk dlm halaqah taklim,
halaqah dakwah di masjid. Kalau mereka tak sedia dtg tunai ke masjid, kita bagi
dakwah yg sempurna di rumah dan tashkil utk keluar di jln Allah dan akhir
sekali paling kurang tanya dia bila tuan sedia bagi masa setiap hari di masjid?
pagi? petang? malam? Kita kena wujudkan amalan ini setiap hari semasa kita
keluar di masjid tersebut dan libatkan org tempatan bersama dgn kita supaya
bila kita pindah ke masjid lain, amalan dakwah-taklim-istiqbal ini dpt
diteruskan oleh org tempatan di masjid tersebut.
Taklim rumah bukan utk karkun sahaja, bahkan taklim dirumah
adalah utk setiap org islam. Kita kena usaha dan fikir bagaimana taklim rumah
dpt dihidupkan dlm setiap rumah org islam dlm kpg tersebut. Begitu juga dgn
amalan keluar 3 hari setiap bulan di jln Allah, bukan utk karkun sahaja, kita
kena usaha dan fikir setiap org islam dlm kpg dpt keluar setiap bulan 3 hari di
jln Allah s.w.t.
Lepas manzil, kita doa pada Allah s.w.t, dlm doa kita
merendah diri pd Allah s.w.t, minta bantuan dan nusrah dari Allah. Kita
bergerak ke masjid. Kita masuk masjid dgn cara sunnah. Letak barang di tempat
yg sesuai, yg selamat, yg tak mengganggu org tempatan, susun barang dgn elok,
tutup dgn kain yg bersih, kemudian kita ambil wuduk, dan solat 2 rakaat
tahiyyatul masjid. Amalan pertama selepas itu ialah kita berkumpul utk
mesyuarat.
Sebelum kita mulakan mesyuarat, kita ingatkan ahli jemaah
perkara yg sama semasa manzil sebelum ini iaitu dpt jaga masa dgn sempurna, dpt
keluarkan jemaah tunai dan dpt hidupkan amal masjid. Kita ulang balik perkara
tersebut supaya semua ahli jemaah ada satu fikir, satu hati, ada risau atas
perkara yg sama. Kemudian baru kita ambil syor dari ahli jemaah macam mana kita
nak buat usaha.
Org yg diputuskan utk buat khidmat, akan mulakan khidmat.
Putuskan 2 org yg sesuai utk buat khususi. Pergi jumpa alim ulamak. Ini adalah
satu ibadat yg mendatangkan pahala pd kita. Dgn kita memuliakan alim ulamak,
maka ilmu akan dtg dlm keluarga kita, dlm keturunan kita, dan kita kena rasa
ini keperluan kita. Kita perlu pd ilmu, kita kena bersama dgn ulamak, ziarah
ulamak, dampingi mereka. Juga kita kena pergi ziarah org berpengaruh dlm kpg
tersebut, org yg ada kedudukan, ada jawatan, yg disegani dlm kpg, kita pergi
tanpa kita terkesan dgn segala keduniaan dan kedudukan yg dia ada. Kita
muliakan mereka, kita ikram mereka, cakap dgn baik, kita dakwah dia dan cuba bawa dia ke masjid. Sesiapa sahaja
yg kita jumpa dlm mulakat kita, dlm gasht kita, kita kena usaha supaya mereka
dtg ke masjid. Kerana bila satu org itu dtg ke masjid, suasana masjid akan
melembutkan hati dia dan mudah utk menerima segala percakapan yg kita beritahu
pd dia.
Baki jemaah akan duduk dlm masjid dan buat taklim. Org yg
diputuskan utk buat taklim, pertama baca dari fadhilat quran, baca 2-3 hadith
dan mulakan halaqah quran. Maksud drp halaqah quran ialah utk ‘tashih’, utk
membetulkan bacaan quran kita supaya semua drp kita dpt baca quran dgn cara yg
betul. Dgn tartil, dgn tajwid, sebut semua huruf dgn makhraj yg betul, dgn
sifat yg sempurna. Semua kita kena belajar baca quran dgn cara yg betul. Kita
baca satu satu ayat. Betulkan satu satu ayat sehingga seluruh quran kita dpt
dibetulkan. Ini adalah perkara yg sangat-sangat penting. Bila bacaan quran tak
betul maka solat kita tak akan diterima oleh Allah s.w.t dan doa kita tak akan
diterima. Kita buat halaqah mengikut bilangan org yg boleh betulkan bacaan.
Kalau dlm jemaah kita hanya ada satu org yg pandai baca quran, yg boleh
betulkan kesilapan dlm pembacaan quran, maka kita buat satu halaqah sahaja.
Kalau ada 2 org yg pandai, buat 2 halaqah. Yg penting setiap halaqah kena ada
satu org yg pandai.
Seterusnya kita baca hadith-hadith nabi s.a.w dari kitab2
fazail. Kita baca hadith 2-3 kali. Kita baca dgn perlahan-lahan. Jangan baca
dgn laju supaya semua org faham dan kita ulang 2-3 kali. Mengulangi satu
perkata yg penting 2-3 kali adalah merupakan sunnah nabi s.a.w. bila baginda
bercakap, baginda akan ulang 2-3 kali dan kita jgn tambah dgn ayat kita
sendiri, jgn kita bagi penerangan sendiri. Semasa buat taklim, kita hantar ahli
jemaah 2-2 org utk buat taklimi gasht.
Pergi ke setiap arah, jumpa setiap org, cuba bawa mereka ke masjid. Cerita pd
mereka tentang kelebihan masjid, kelebihan majlis taklim, kelebihan dengar
firman Allah dan sabdaan nabi. Bawa tunai ke masjid. Duduk dlm taklim dan
kemudian kita dakwah dia dan sediakan dia. Mudah utk dia terima dlm suasana
masjid, hati jadi lembut. Cuba bawa seramai mungkin ke masjid utk
duduk dlm takim dan dakwah mereka. Baca kitab fazail amal dan fadilat sedekah.
Dan waktu yg lain baca muntakhab ahadith.
Selepas taklim pagi, kita buat muzakarah 6 sifat. Setiap
ahli jemaah hendaklah bangun berdiri dan muzakarahkan 6 sifat. Maksud drp
muzakarah 6 sifat ini ialah bagaimana kesemua sifat-sifat ini dpt dtg dlm
kehidupan kita. Kita hendaklah tahu maksud setiap sifat, cara utk dptkan
sifat-sifat tersebut dan kelebihan setiap sifat tersebut. Bila sifat-sifat ini
dtg dlm kehidupan kita maka akan mudah utk dtgnya keseluruhan islam dgn
rukun-rukunnya sekali, dan keseluruhan agama utk dtg dlm kehidupan kita akan
jadi mudah. Sifat pertama iman dan yakin, sifat kedua solat, sifat ketiga ilmu
dan zikir, sifat keempat ikram muslimin, sifat kelima ikhlas niat dan sifat
keenam dakwah dan tabligh.
Setiap drp kita hendaklah hafal 2-3 hadith drp muntakhab
ahadith yg berkaitan dgn setiap sifat-sifat ini dan semasa muzakarah 6 sifat
kita cakap hadith tersebut. Utk dptkan semua sifat-sifat ini cara pertama ialah
dakwah. Yg kedua, kedua kita duduk dlm majlis taklim, majlis iman dan dengar
tentang sifat-sifat ini. Yg ketiga, kita kena usaha secara amali utk dtgkan
sifat-sifat ini dlm diri kita. Yg keempat kita kena sentiasa berdoa pd Allah
s.w.t. ya Allah, kurniakanlah sifat-sifat ini pd saya.
Tempat iman adalah dlm hati kita dan dibenarkan oleh amalan.
Sahabat tanya pd nabi tentang tanda iman. Bila amal kebaikan mengembirakan kamu
dan amal keburukan menyedihkan kamu, maka kamulah org beriman. Kalimah ini
menafikan segala-galanya selain drp Allah. Nafikan segala ghairullah. Kita
tidak akan beribadat selain drp Allah, dari segi pengabdian diri, dari segi
penghambaan, dari segi memberi menafaat dan mudharat, hanya Allah yg bagi
menafaat dan mudharat. Dlm kalimah ini kita telah nafikan segala-galanya. Tidak
ada yg layak disembah melainkan Allah.
Satu ketika org mekah telah tanya nabi s.a.w tentang ashabul
kahfi. Pada kebiasaannya bila nabi ditanya akan sesuatu perkara, Allah akan
turunkan wahyu utk jawab pertanyaan tersebut dlm masa yg singkat. Oleh kerana
itu nabi s.a.w telah bagitau org mekah, esok saya akan beritahu tentang ashabul
kahfi dan nabi s.a.w terlupa nak cakap insyaAllah. Akibat drp itu selama 15
hari wahyu tidak diturunkan pd nabi s.a.w. selepas 15 hari baru wahyu
diturunkan dan nabi telah diberi peringatan jika nak buat sesuatu perkara kena
cakap insyaAllah terlebih dahulu.
Nabi s.a.w adalah rasul Allah yg hak, kejayaan kita adalah
mengamalkan agama yg telah dibawa oleh nabi s.a.w. Beriman dgn nabi s.a.w
bermaksud kita mempercayai akan setiap perkara yg diberitahu kpd kita
semata-mata atas dasar kepercayaan kita pd nabi s.a.w. Sejauh mana kita
dakwahkan kalimah ini sejauh itulah keyakinan terhadap kalimah ini akan dtg dlm
hati kita. Sejauh mana satu org itu duduk dlm majlis-majlis iman dan dengar
tentang kalimah lailahaillallah muhammadurasullullah dan mahfum kalimah ini
sejauh itulah tauhid dan risalah akan masuk dlm hati dia. Percakakapan satu org
tentang iman dan pendengaran satu org tentang iman dan fikiran satu org itu
tentang makhluk-makhluk Allah dari segi bahawa inilah ciptaan Allah, tentang
kudrat Allah s.w.t, tentang kekuasaan Allah s.w.t, semua tanda ini akan
wujudkan keimanan dlm hati.
Hendaklah kita berdoa dan menangis di depan Allah s.w.t,
minta hakikat iman drp Allah s.w.t, kerana iman adalah kurniaan drp Allah
s.w.t. Allah bagi pd sesiapa yg dia kehendaki. Kita merayu dan minta pd Allah. Mahfum
hadith nabi s.a.w, sesiapa yg terima kalimah yg aku telah cuba utk sampaikan pd bapa saudaraku
tetapi dia telah tolak, maka kalimah tersebut cukup utk kejayaan dan
keselamatannya.
Solat merupakan satu kefarduan dlm agama. Sesiapa yg solat
dia sempurna, solat yg betul, maka kehidupan dia akan betul, agama dia akan
betul dan sempurna. Nabi s.a.w bersabda, solat adalah tiang agama. Sesiapa yg
mendirikan solat maka dia telah dirikan agama. Sesiapa yg tinggalkan solat,
maka dia telah runtuhkan agama. Bani
tsaqif telah dtg drp Taif, mengadap nabi s.a.w, dan zahirkan keinginan mereka
utk memeluk agama islam. Mereka kata kami sedia utk peluk agama islam tapi dgn
beberapa syarat. kami tak mahu solat, tak nak keluarkan zakat, tak nak berpuasa,
tak nak tunaikanhaji, tak nak keluar di jln Allah s.w.t. Memandangkan mereka
org baru masuk islam, nabi terima 4 permintaan mereka tetapi mereka kena solat.
Kerana tanpa solat islam kamu tak akan diterima. Nabi telah sediakan mereka utk
solat. Tak ada bahagian dlm islam bagi org yg tak solat dan tak ada solat bagi
org yg tak rukuk dan sujud. Mereka sedia utk masuk islam hanya dgn tunaikan
solat, yg lain semua tak nak buat. Nabi s.a.w telah letak mereka di masjid, dan
diajar solat. Selepas beberapa lama, dtg bulan ramadan, semua org islam
berpuasa, maka dtg dlm hati mereka, keinginan utk berpuasa. Seterusnya mereka
telah keluarkan zakat, mereka telah tunaikan haji, dan mereka telah keluar di
jln Allah s.w.t. Semua perkara yg mereka tak nak buat sebelum ini, mereka telah buat dgn kerelaan dan keinginan
mereka sendiri. Ini semua berpunca dari usaha atas iman dan solat. Keseluruhan agama telah dtg dlm kehidupan
mereka.
Macam mana nak usaha atas solat kita? Pertama, kita kena
dakwah kpd solat. Kedua, duduk dlm halaqah taklim dengar tentang kelebihan
solat lagi dan lagi. Ketiga, usaha secara amali utk betulkan solat kita. Utk
dtgkan hakikat solat dgn cara kita betulkan zahir dan batin solat kita. Setiap
kali selepas solat, kita kena ada perasaan syukur pd Allah atas kurniaan Allah,
dan istighfar pd Allah s.w.t atas segala kekurangan.
Zahir solat ialah betulkan bacaan quran dlm solat, betulkan
rukuk, qiam, sujud. Segala pergerakan dan perbuatan dlm solat kena buat dgn
tokmaninah, bukan dgn cepat-cepat. Nabi s.a.w bersabda, hendaklah kamu solat
sebagaimana kamu lihat aku solat. Kita kena usaha utk tiru solat nabi. Setiap
pergerakan ikut cara nabi s.a.w. Jibrail a.s telah turun lebih dari 10 kali,
utk ajar nabi, tunjuk pd nabi cara nak solat.
Batin solat ialah tawajjuh, tumpuan kita pd Allah s.w.t. Dlm
setiap ibadat kita, kita kena ada dlm salah satu drp 2 keadaan. Beribadat pd Allah
seolah-olah kamu melihat Allah. Jika tak dpt lihat Allah, maka kamu kena yakin
dlm hati bahawa Allah sedang melihat kamu. Bila usaha dgn cara begini,
insyaAllah, sedikit demi sedikit solat kita akan bertambah baik. Sebagaimana
iman terhadap kalimah akan mendorong kita utk melakukan ketaatan pd Allah,
menegah kita drp perkara-perkara yg haram, begitu juga bila kita usaha atas
solat, dpt hakikat solat, maka solat ini dpt mencegah kita drp kemungkaran, drp
perkara-perkara maksiat dan dosa.
Perkara ketiga ialah ilmu dan zikir. Maksud drp ilmu ialah
tahkik, utk kaji hak kebenaran. Maksud drp zikir ialah bagaimana dpt keluarkan
ghaflah, sifat lalai drp diri kita dan setiap masa dpt ingat Allah s.w.t. Utk
kita dpt ilmu fadhail, kita kena duduk dlm halaqah taklim fadhail dan ilmu
masail ialah dgn kita selalu bertanya drp alim ulamak. Halaqah taklim kita kena
buat secara ijtimai dan juga kita kena mentelaah kitab fadhail secara infradi.
Ilmu fadhail termasuk drp perkara-perkara keimanan yg akan menyediakan setiap
org drp dalaman dia utk beramal. Akan timbul dlm diri kita keyakinan akan
janji-janji Allah dan ancaman Allah. Sejauh mana kita dakwah pd ilmu, sejauh
itulah kepentingan ilmu akan dtg dlm hati. Kita kena duduk dlm halaqah taklim
utk dengar fadhail dan hasilkan ilmu fadhail. Secara infradi kita kena
mentelaah kitab-kitab fadhail dan secara infradi kita kena belajar dan mengajar
ilmu masail. Dan kita kena doa pd Allah s.w.t semoga Allah kurniakan pd kita
ilmu bermenafaat. Dlm mahfum hadith, ilmu ada 2 , satu ilmu pada lidah dan satu
ilmu dlm hati. Ilmu pd lidah akan jadi hujah keatas seseorang itu pd hari
kiamat nanti dan ilmu dlm hati itu yg akan memberi menafaat.
Utk dpt hakikat zikir kita kena dakwah kpd zikir dan duduk
dlm majlis taklim setiap hari utk dengar kelebihan-kelebihan zikir dan
hendaklah dgn penuh istiqamah, dgn penuh intizam jika jaga segala amal-amal
infradi kita terutamanya tilawah quran kita setiap hari. Zikir yg paling afdal
ialah membaca quran. Hendaklah kita usaha supaya setiap hari kita dpt baca
quran dan sebaik-baiknya kita dpt baca quran yg panjang-panjang dlm solat tahajjud
kita di waktu malam. Yang belum dpt baca dgn betul dia kena mula belajar, mula
berusaha supaya dpt baca quran dgn baik. Kita juga kena jaga semua doa-doa
masnun, doa sebelum makan, selepas makan, sebelum pekerjaan, selepas pekerjaan,
supaya dlm kehidupan kita 24jam kita sentiasa ingat pd Allah s.w.t. Kita kena
buat zikir pagi dan petang dgn istiqamah. Dgn cara ini akan dtg dlm diri
hakikat zikir, dpt hilangkan kelalaian dari diri kita, dan kena berdoa pd Allah
s.w.t semoga Allah kurniakan pd kita hakikat zikir. Ilmu tanpa zikir adalah
zulmat (kegelapan) dan zikir tanpa ilmu adalah dolalah (kesesatan)
Sifat yg keempat ialah sifat ikram, bagaimana kita dpt
tunaikan hak setiap org terutamanya org-org islam. Kita dpt kenal dan dpt tahu
hak setiap org islam dan dpt tunaikan hak tersebut. Bukan sahaj hak org islam,
bahkan hak org bukan islam dan hak semua makhluk Allah, kita dpt tahu hak-hak
mereka dan dpt tunaikan hak mereka dgn sempurna. Kita kena ikram semua org
islam samada org itu baik atau org itu fasik dan fajir, walaupun jahat dan jauh
dari agama, kita kena muliakan dia, kena hormati dia. Dgn berkat ikram dan
sifat hormat kita pd dia, satu hari org itu juga akan jadi org yg beriman pd
Allah, taat pd perintah Allah, dan Allah akan guna dia utk agama Allah.
Maulana Ilyas rah. bagitahu, bahawa org-org islam, selagi
mana dia kata dia org Islam, tak kira macam mana teruk sekalipun, tak ada
amalan apa pun dlm kehidupan, maka masih ada peluang bagi kita utk usaha atas
dia bagaimana agama yg sempurna dpt dtg dlm kehidupan dia. Kalau satu org itu
kata saya bukan org islam, maka dia telah keluar dari tangan kita, telah
terlepas peluang utk kita usaha atas dia. Kita kena dakwah kpd sifat ini. Kita
kena dengar lagi dan lagi tentang kelebihan sifat ikram dlm kitab muntakhab
ahadith. Dan kita kena banyakkan khidmat. Dtgkan sifat ikram dlm diri dgn
perantaraan khidmat. Dan doa pd Allah semoga Allah kurniakan pd kita sifat ini.
Sifat kelima ialah membetulkan niat. Setiap amalan
bergantung pd niat. Bila dakwah pd sifat ikhlas, kita akan sentiasa sedar akan
kepentingan utk jaga niat kita. Bila kita dengar lagi dan lagi hadith-hadith
tentang kelebihan membetulkan niat, maka akan dtg kesedaran dlm hati kita utk
betulkan niat. Setiap permulaan amal kita betulkan niat kita, pertengahan amal
kita tashdid, baharui niat kita, pd akhir setiap amalan kita istighfar pd
Allah, minta ampun pd Allah, dan doa semoga Allah terima amalan kita. Inilah
cara-cara utk kita dpt keikhlasan dlm niat kita.
Sifat keenam ialah dakwah dan tabligh. Sifat dakwah dan
tabligh, utk sampaikan agama adalah t/jawab umat ini. Sebanyak mana agama ada
dgn dia, utk sampaikan agama tersebut pd org lain adalah t/jawab dia. Bila kita
baca hayatus sahabah, kita dpt jumpa perkara ini dlm kehidupan sahabat. Bergerak
di jln Allah, merupakan sunnah nabi yg paling besar. Bagaimana sunnah ini dpt
dihidupkan di seluruh dunia, semua org islam dpt bergerak di jln Allah, inilah
maksud kita buat usaha ini. Bagaimana dlm hati setiap org islam ada jasbah, ada
keinginan utk mati di jln Allah. Bagaimana nak hidupkan sunnah keluar di jln
Allah s.w.t ini dlm umat, utk itu kita kena dakwahkan perkara ini. Duduk dlm
halaqah taklim dan dengar tentang kelebihan keluar di jln Allah s.w.t. Kita
kena niat utk keluar di jln Allah setiap tahun 4 bulan. Dan kita hendaklah
berdoa pd Allah semoga Allah bagi pd kita istiqamah.
Perjumpaan pertama kita dgn org kpg, dlm bayan pertama kita
di sesuatu masjid, hendaklah kita sediakan org-org kpg utk bersama-sama dgn
kita. Dgn perantaraan ummumi gasht, kita nak sediakan setiap org kpg lelaki
akil baligh dpt dtg ke masjid. Bawa mereka ke dlm suasana masjid. Gasht ummumi
kena mesyuarat dgn org kpg. Kita kena buat taklim selepas zohor, dan sediakan
org-org kpg bersama-sama dgn kita duduk dlm taklim, dan buat mulakat, buat
khususi jumpa org-org kpg. Ada org pernah bagi nama, ada azam, ada
niat nak keluar, maka hendaklah kita pergi jumpa mereka dan sediakan mereka utk
keluar tunai di jln Allah. Kalau gasht ummumi lepas asar, maka hendaklah kita
lapangkan masa kita drp asar hingga maghrib hingga lepas maghrib utk amalan
gasht yg penting ini dan sediakan org-org kpg juga utk lapangkan masa mereka
utk buat gasht bersama kita. Perumpamaan ummumi gasht ini seumpama tulang
belakang utk manusia. Kalau tulang belakang kuat, maka seluruh badan akan kuat.
Kalau tulang belakang sakit, maka seluruh pekerjaan dia selama 24jam akan
terkesan dgn sakit tersebut. Kalau buat gasht dgn cara yg betul, maka akan dtg
banyak keberkatan dlm usaha kita. Setiap hari kena buat ummumi gasht. Dgn
ummumi gasht kita himpunkan org kpg di masjid, dan cakap 6 sifat, bayan yg
mudah dan sedikan mereka utk keluar di jln Allah. Begitu juga dgn adab makan,
adab tidur, utk permulaan kita buat setiap hari, bila dah lama keluar boleh
buat jarang-jarang sekali.
Setiap hari kena ada bayan subuh sebagaimana bayan ummumi
gasht. Lepas bayan subuh pun kena ada tashkil. Kena fikir macam mana nak
keluarkan jemaah tunai 3H, 40H dan 4B. sepanjang hari kita buat usaha, dan
malam hari kita bangun dan doa pd Allah s.w.t. Utk ubah hati-hati manusia
ditangan Allah s.w.t. Bila kita sentiasa buat usaha maka Allah akan tarbiyah
kita, Allah akan ubah yakin kita, Allah akan ubah jasbah kita dan fikir kita.
Hendaklah kita usaha utk keluarkan jemaah tunai dari setiap
masjid, usaha utk bangunkan jemaah masjid. Selagi jemaah masjid tak hidup, jgn
kita pindah ke masjid lain. Hedaklah jemaah bergerak dgn ketaatan pd amir. Dgn
kita taat amir, kita akan terselamat drp tipudaya nafsu, terselamat dari
tipudaya syaitan dan terselamat dari perangai kita yg buruk. Ketaatan pd amir
adalah perantaraan utk kita dpt ketaatan pd Allah dan rasul.
Kita dah dengar bayan hidayat banyak kali dan kita niat utk
belajar lagi dan lagi, Allah akan tambah kefahaman. Semoga Allah terima
tuan-tuan keluar di jln Allah.
Comments
Post a Comment