2011 - Nasihat Maulana Saad mengenai mesyuarat

Sebagaimana solah adalah satu rukun agama yang penting, demikianlah mesyuarat adalah satu rukun penting dalam usaha dakwah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak solah , demikianlah tiada ada usaha dakwah bagi orang yang tidak bermesyuarat.

Sebagaimana agama adalah satu amanah, maka mesyuarat juga adalah satu amanah.

Kelemahan usaha adalah kelemahan mesyuarat. Usaha telah lemah kerana mesyuarat telah lemah. 

Maksud mesyuarat bukanlah untuk menyempurnakan takaza, tapi maksud mesyuarat ialah untuk menyatukan hati rakan seusaha sehingga dapat buat usaha bersama-sama. 

Takaza akan disempurnakan oleh rakan seusaha yang sanggup berkorban.

Mana-mana mesyuarat yang tidak dapat menyempurnakan takaza bukanlah bererti mesyuarat· itu lemah. Sebaliknya mesyuarat yang lemah ialah mesyuarat yang kerana mesyuarat itu rakan-rakan pecah hati lalu berhenti daripada usaha.

Orang-orang yang bersedia (menyambut takaza) sebenarnya mereka bersedia dengan sebab mesyuarat yang dilakukan.
Ada pun rakan-rakan yang berhenti daripada usaha, mereka berhenti kerana asbab mesyuarat (yang tak betul).

Tiada sebarang 'Faisal' (pemutus) tanpa ·jemaah ahli syura dan tidak ada jemaah ahli syura tanpa 'Faisal' (pemutus). Sebagaimana tidak ada jemaah tanpa amir dan tidak ada amir tanpa jemaah.

Mana-mana rakan seusaha bermesyuarat dengan rakan seusaha yang lain, ini adalah kelemahan mesyuarat. Mana-mana rakan seusaha bermesyuarat dengan mana-mana jemaah, ini pun kelemahan mesyuarat. Mana-mana ahli jemaah bermesyuarat dengan mana-mana seorang orang tanggungjawab, ini pun kelemahan mesyuarat.

Bermesyuarat tanpa mana-mana seorang ahli syura pun adalah kelemahan mesyuarat.

Mana-mana rakan seusaha jangan bermesyuarat dengan mana-mana rakan seusaha yang lain. Mana-mana rakan seusaha jangan bermesyuarat dengan mana-mana jemaah.

Sebaliknya jemaah bermesyuarat dengan jemaah. Mana-mana jemaah bermesyuarat dengan mana-mana seorang ahli syura, ini pun satu bentuk kelemahan mesyuarat.

Kerana ketiadaan mana-mana seorang ahli syura, mesyuarat hendaklah ditunda. Tidak perlu buat keputusan pada masa itu juga.

Sesiapa yang tidak ada kepentingan mesyuarat maka apa-apa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang sedemikian pun tidak akan dipandang penting.

Keputusan mesyuarat tidak bergantung kepada cadangan yang banyak, tapi keputusan dibuat berdasarkan 'basiroh'.

Dalam mesyuarat mula-mula cadangan diminta daripada orang-orang lama dan kemudian daripada orang-orang yang. banyak korban.

Orang yang ingin agar keputusan dibuat mengikut cadangannya maka dia akan hias-hiaskan cadangannya itu.

Orang yang ingin agar keputusan dibuat mengikut cadangannya maka terlebih dahulu dia akan menyediakan suasana cadangannya itu sebelum mesyuarat lagi. Maksud Hadis: "Sesiapa yang ingin keputusan mesyuarat dibuat mengikut cadangannya maka dia mengambil potongan daripada api neraka."

Ada dua cara dalam memberi cadangan:
a. Beri cadangan dengan cara bahawa mesyuarat akan putuskan apa-apa yang saya hendak.
b. Terangkan hal-hal berkaitan dengan apa-apa yang dimesyuaratkan dan atas itu apa-apa yang diputuskan oleh 'Faisal' akan diamalkan.

Cadangan berdasarkan semangat tidak akan diterima kerana cadangan-cadangan berdasarkan semangat mengandungi 100 % kerugian.

Semasa mesyuarat, mintalah cadangan begitu·banyak sehingga tidak ada idea/pandangan lagi untuk sesuatu perkara itu.

Banyaknya cadangan/padangan untuk sesuatu perkara yang dimesyuaratkan bukanlah merupakan ikhtilaf atau perpecahan sebaliknya pandangan/syor yang banyak akan memantapkan perkara yang dimesyuaratkan.

Dalam setiap cadangan pasti ada apa-apa kekurangan. Apabila cadangan itu dibawa mesyuarat dan kemudian pandangan yang banyak diberi terhadap cadangan itu maka pandangan-pandangan yang banyak itu akan memantapkan cadangan itu.

Jika ada mana-mana orang tanggung jawab memberi apa-apa tugas kepada seseorang yang ada hubungan peribadi dengannya sedangkan orang itu tidak ada kemampuan untuk tugas tersebut maka orang tanggung jawab tersebut akan dihujani laknat.

Sekiranya selepas mesyuarat ada yang mengatakan, siapa yang buat mesyuarat? Siapa yang buat keputusan? Maka tidak ada fitnah yang lebih besar daripada itu.

Jika berlaku apa-apa keburukan selepas mesyuarat dan ada orang berkata, ahli mesyuarat tidak menerima pandangan kami oleh sebab itu berlaku keburukan. Kata-kata demikian adalah perangai orang munafik. Sementara orang beriman akan kata 'Kami beriman dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh ALLAH.'

Mintalah cadangan daripada orang yang duduk diam semasa mesyuarat. Jika tidak, apabila selesai mesyuarat, orang macam itu akan berkata "Ahli mesyuarat tidak ambil syor pun dari kami lalu mereka dah buat keputusan."

Jika ada orang bertanya selepas selesai mesyuarat "Sebenarnya apa cadangan kamu semasa mesyuarat tadi?" Jawabkan kepadanya, "Apa keputusan mesyuarat, itulah cadangan kami." Dalam keadaan demikian, jika dia tetap bertanya, "Apa cadangan kamu dalam mesyuarat tadi?" Katakan kepadanya, "Kami telah beri cadangan kami dalam mesyuarat".

Jika mesyuarat dilakukan dengan mengenepikan mana-mana ahli syura atau orang tanggung jawab maka syura atau orang yang diketepikan itu akan membentuk kumpulannya menentang ahli mesyuarat. Lantaran itu rakan-rakan seusaha .akan sibuk dengan masalah dalaman dan takaza agama akan terbengkalai.

Jika ada mana-mana rakan seusaha meletakkan sesuatu takaza kepada orang lain dengan niat untuk melepaskan dirinya sedangkan ia tidak ada apa-apa uzur syara' maka sebenarnya dia secara terang-terangan mengingkari usaha dakwah.

Sesiapa yang melepaskan takaza kepada orang lain maka ALLAH akan pinggirkan dia dari usaha dan bangkitkan orang lain untuk buat usaha.

Tiada penyesalan dalam mesyuarat.

Jangan potong cadangan sesiapa dan jangan pandang hina cadangan sesiapa.

Amir tidak terikat dengan sedikit atau banyak syor.

Bermesyuarat adalah sunnah. Namun, pecahkan hati adalah haram. ·
Sebelum mesyuarat, pendapat boleh berbeza. Tetapi selepas keputusan amir, semua kena bersatu pendapat dan mengatakan keputusan amir adalah pendapat saya.

Semasa keluar di jalan Allah, mesyuarat dilakukan untuk 3 perkara;
a. Sebagaimana kita keluar ke jalan ALLAH untuk belajar agama demikianlah orang kampung pun perlu dikeluarkan untuk belajar agama.
b. Bagaimana semua orang Islam di sini dapat hidupkan amalan iman.
c. Untuk aturkan tertib amalan jemaah selama 24jam.

Duduk dalam mesyuarat dengan niat untuk taat, jangan duduk dalam mesyuarat dengan niat supaya orang lain taat kepada kita dan dengar cakap kita.

Berikan syor bukan
gaya menghukum/memerintah.

Keputusan mesyuarat boleh diubah hanya dengan mesyuarat.

Duduklah mesyuarat dengan penuh fikir.

Jika ada yang berkata, "Syor saya tidak diterima dalam mesyuarat oleh kerana itulah berlaku kerugian/keburukan." Ini adalah cara orang munafik.

Bermesyuaratlah samada untuk urusan agama ataupun dunia.

Bermesyuarat adalah amalan yang ·disukai ALLAH, sunnah segala rasul, amalan para sahabat r.anhum serta keperluan kita yang penting. 

Berilah syor dengan mementingkan manfaat agama yang lebih banyak. 

Bermesyuarat sebelum mesyuarat adalah rancangan jahat, bermesyuarat selepas mesyuarat adalah pemberontakan.

Tiga perkara kena ada pada amir mesyuarat:
Pernah keluar ke jalan ALLAH
Istiqamah 5 amal
Ada sifat menyatupadukan

Amir jemaah patut ada 3 sifat :
Kasih sayang seorang ibu
Pemerhatian seorang ayah
Tarbiah seorang ustaz

Perbezaan pendapat adalah rahmat. Perpecahan hati adalah azab. Mustahab untuk bermesyuarat dalam urusan peribadi dan wajib bermesyuarat untuk urusan ijtimai.

Jika amalan ijtimai dibuat sendiri-sendiri ( tanpa mesyuarat) itu merupakan ujub.

Diterjemahkan oleh: Maulana Muhammad Razif Abdul Wahab. Madrasah Pengajian Tahfiz Darul Ansar · Kelantan.
(13 Januari 2011)

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir