bayan masturat
Kejayaan dalam agama. Agama datang dengan mujahadah. Sahabat
mujahadah, beri pengorbanan. Sahabiah juga mujahadah, beri pengorbanan.
Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar si laki
mencari makan dan si perempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa
agama kepada diri kita dan seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan,
Rasulullah s.a.w tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah r.a
(seorang perempuan), Abu Bakar r.a (seorang lelaki), Ali r.a (seorang budak),
Zaid r.a (seorang hamba). Setiap kumpulan orang dapat difahamkan maksud hidup
mereka.
Lelaki dan wanita kena berganding bahu, bekerjasama. Cuma medan usaha berbeza. Lelaki di luar
rumah. Wanita fikir dan usaha di rumah.
Kaum wanita sebagai pendorong kepada
usaha lelaki sebagaimana di belakang nabi-nabi terdapat wanita-wanita sebagai
pendorong. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim
a.s dibantu oleh Siti Hajar, Nabi Muhammad s.a.w dibantu oleh Khadijah r.ha
Usaha Nabi Nuh
a.s mengambil masa yang panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita – 950
thn
Nabi Muhammad
s.a.w dan isteri-isterinya berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan
maka hidayah telah tersebar dalam masa yang singkat keseluruh alam – 23 thn
Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita (Khadijah
r.a). Yang paling awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita (Khadijah
r.a). Yang paling awal korban nyawa untuk agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah
r.a).
Khadijah r.a bukan sahaja menerima Islam, bahkan dia telah
dakwahkan agama pada orang lain. Dia telah dakwah Sumiah, Fatimah Al-Khattab
dan Zaid bin Harisah.
Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih
ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita
beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap
nabi a.s lahir daripada wanita. Ada nabi a.s tiada bapa tapi tiada yang
tiada ibu. Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh
ibu.
Hidayat tersebar dengan pengorbanan.
Korbankan sedikit masa kita bersama suami dan perasaan kita kerana kesemuanya
ini akan dapat ganjaran dari Allah s.w.t.
Di akhirat nanti Allah s.w.t akan
satukan suami-isteri di dalam syurga kerana di atas dunia mereka
selalu berpisah.
Malaikat juga berdoa atas perkara ini
:
· Allah s.w.t ampunkan dosa orang yang keluar di jalan
Allah.
· Allah s.w.t ampunkan dosa orang yang ditinggalkan kerana keluar di jln Allah.
·Allah s.w.t satukan mereka di syurga kerana di
dunia mereka dipisahkan kerana Allah
Kaum lelaki
banyak habiskan masa di luar (kerja agama) yang tinggal di rumah adalah wanita.
Taybiyah
anak-anak separuh dtg dari ibu dan separuh lagi dtg dgn suasana dlm rumah
Madrasah yang
pertama bagi anak-anak adalah atas riba para ibu.
Yang penting
bagi kaum wanila ialah istiqamah taklim di rumah. Lakukanlah taklim harian di
rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama maka dengan ini akan timbullah sifat
pengorbanan dan barulah nusrah Allah s.w.t akan turun dan dengan itu
tersebarlah hidayat.
Taklim adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan merupakan amalan masjid Nabawi (amalan nabuwwah)
Pintu untuk wujudkan suasana amal ialah taklim di rumah. Supaya suasana masjid ada di rumah. Rumah jadi macam masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.
Rumah yg ada taklim, penghuni di langit akan lihat rumah kita bercahaya-cahaya seperti kita lihat bintang-bintang di langit.
Rumah-rumah yang wujud taklim, maka rahmat dan berkat akan datang. Ketenangan dan ketenteraman akan wujud (sakinah)
Rumah-rumah yang ada taklim terpelihara, diziarah para malaikat dan diturunkan taufiq dan hidayah serta rahmat. Oleh itu segala amal-amal buruk, kegelapan, ketegangan akan keluar dari rumah kita
Taklim dibuat dengan niat untuk menyukakan Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t suka, Allah s.w.t akan penuhkan segala keinginan saya.
Selain
daripada itu, hidupkan beberapa pesanan, banyakkan istighfar, doa dan menangis.
Hidupkan juga halaqah iman (cakap kebesaran Allah) – utk tingkatkan iman
Beberapa Pesanan utk wanita :
§Sembahyang
di awal waktu
§Membaca
Al-Quran dan zikir
§Hidupkan
taklim di rumah
§Didik
anak cara sunnah
§Hidup
sederhana
§Galakkan
suami/muhrim keluar di jalan Allah s.w.t
Seorang wanita yang apabila
mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari
pintu mana saja yang dia kehendaki.
Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 lelaki soleh.
Begitu banyak sekali kelebihan yang akan diperolehi jika
isteri-isteri meredhakan suami keluar di jalan Allah s.w.t :
§Isteri
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan tunggu di pintu
syurga.
§Isteri
di rumah akan dapat semua ganjaran amalan suami semasa suaminya di jalan Allah
§Satu
subhanallah yang diucapkan oleh suami
maka isteri dirumah akan dapat 700,000
§500
malaikat akan jaga rumah-rumah yang suaminya keluar di jalan Allah s.w.t
§Wanita
yang korbankan harta dan masa dan menghadapi kesusahan kerana suaminya keluar
di jalan Allah s.w.t maka mereka-mereka ini di akhirat nanti akan dibangkitkan
bersama-sama
Khadijah dan Fatimah r.ha.
Kalau kita
terima dan peluk agama yang yatim, seperti Halimatussa'diah terima dan peluk
Rasulullah s.a.w yang yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan
rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan rahmat. Oleh itu doronglah
orang lelaki rumah puan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puan setiap 3
bulan sekali untuk keluar bersama muhrim
Sebagai isteri dan pendorong perlu
tahu nisab/tertib suami kita iaitu :
·Secepat mungkin keluar 4 bulan
·Setiap tahun 40 hari
·Setiap bulan 3 hari – 72 jam
·Setiap minggu 2 kali gasht/jaulah/ziarah
·malam
markaz. Dari Asar hingga lsyraq keesokan hari.
·Dapat
hadir di malam mesyuarat mingguan (di markaz dan di halaqah)
·Setiap
hari 2 kali taklim iaitu taklim di masjid dan taklim di rumah
·Bagi
masa 8 jam setiap hari atau sekurang-kurangnya 2 ½ jam untuk dakwah.
·Mesyuarat
harian/fikir harian setiap hari di masjid/surau
Comments
Post a Comment