ijtimak KL1 2014 - Bayan maghrib maulana syamim
27/04/2014 - sri petaling
utk kejayaan manusia, Allah tak beri harta, Allah tak beri
kedudukan, Allah tak beri kuasa, Allah tak beri pemerintahan tetapi utk
kemuliaan org islam, utk ketinggian org islam, keamanan dan kesejahteraan org
islam, utk kejayaan org islam dunia dan akhirat , Allah kurniakan pd mereka
agama dan Allah kurniakan pd mereka usaha agama. Di dalam agama dan usaha agama
ini Allah s.w.t meletakkan kejayaan yg begitu besar di langit dan di bumi dan
utk kehidupan ini dan kehidupan selepas mati
Bila agama sampai pd tempat yg sepatutnya ia sampai, maka
manusia dpt lihat kejayaan dlm agama, kemuliaan dlm agama, ketenangan,
kesejahteraan dlm agama, kejayan dunia dan akhirat dlm agama. Tempat agama bukan
di dinding-dinding, bukan di radio, bukan di tv, bukan iklan-iklan. Tempat
agama adalah tubuh badan manusia. Pada hari agama sampai pd tubuh badan manusia
maka pd hari itu agama akan zahirkan kekuatannya dan kehebatannya.
Satu contoh – peluru
Dgn peluru boleh bunuh singa, boleh bunuh serigala, boleh
bunuh manusia. Satu org telah beli peluru dan dgn penuh kekuatan telah baling
peluru pd seekor kucing. Kucing tak mati. Ambil peluru letak pd lastik, kena
kambing, kambing tak mati. Dia kata, mereka menipu saya. Saya telah sia-siakan
duit saya. Baling kat ayam pun tak mati. Dlm peluru ada kekuatan utk membunuh? Ada . Tapi peluru akan zahir kekuatan
utk membunuh bila digunakan pd tempat yg betul. Tempat peluru di mana? Tempat peluru
di laras-laras senapang. Bila diletakkan di tempat yg betul, bila kena singa
akan mati, serigala akan mati, manusia akan mati.
Kekuatan peluru akan zahir bila diletakkan pd tempat yg
betul. Begitulah juga Allah telah letak kekuatan yg maha hebat dlm kalimah, dlm
quran, dlm hadith. Tapi bila digunakan
pd tempatnya yg betul. Kekuatan yg ada dlm kalimah tauhid dan kekuatan yg ada
dlm amalan nabi lebih hebat, lebih agong, lebih kuasa drp semua kekuatan2 yg ada di dunia ini.
Allah letak lebih kemuliaan ketinggian, kehebatan dlm amalan nabi drp segala
kemuliaan dan ketinggian yg ada di dunia ini. Lebih berharga kalimah tauhid dan
amalan nabi drp segala benda2 berharga yg ada di dunia dan di langit.
Bila diletakkan sehelai cadar diatas badan baginda s.a.w,
dlm masa 5 minit, diangkat semula, nilai cadar ini lebih berharga drp 7 petala
langit dan 7 petala bumi. Tempat dimana baginda tidur, tanah yg terkena badan
nabi s.a.w, ianya lebih berharga drp arash Allah s.w.t. Apakah nilai amalan2
rohani yg keluar drp jasad baginda s.a.w? Amal tersebut telah mengalir darah
dari tubuh badan nabi. Kerana amal itu diperut nabi terpaksa diikat 2 ketul
batu. Kerana amal itu dirumah nabi sehingga 3 bulan dapur tak berasap. Betapa
berharganya amalan tersebut. Satu juzuk drp amlan tersebut, tidak dpt ditandingi
oleh nilai 7 petala langit dan 7 petala bumi. Nabi telah menundingkan jarinya,
bulan terbelah dua. Adakah atom bom boleh membelah bulan jadi 2? Adakah roket
boleh belah bulan jadi 2? Kerajaan amerika, kerajan russia , kerajaan china, dan semua kerajaan2 dunia, bolehkah membelah
bulan? Siapa pun tak boleh. Tetapi amalan nabi s.a.w boleh lakukan. Kerana bom
atom adalah kekuatan makhluk, roket adalah kekuatan makhluk, bumi dan langit
kekuatan makhluk, tetapi kekuatan pencipta segala makhluk ada bersama nabi
s.a.w. Telunjuk nabi yg diangkat utk belah bulan, ianya diangkat bukan atas
maksud nabuwwah, tetapi hanya utk dalil nabuwwah kpd org kafir. Lebih besar drp
dalil kenabian adalah maksud kenabian. Jari yg diangkat atas maksud kenabian
adalah lebih berharga disisi Allah. Dlm solat, bila angkat jari semasa bacaan
tahiyyat, angkat telunjuk ini adalah maksud nabuwwah.
Tunaikan solat dgn yakin yg betul, dgn cara yg ditunjukkan
oleh nabi s.a.w, dgn ihtisab, dgn tumpuan yg bulat pd Allah, semata-mata utk
mendapat keredaan Allah s.w.t. Sebagaimana telunjuk nabi bila diangkat mampu
membelah bulan, maka telunjuk yg diangkat ketika solat mampu menyelesaikan
segala masalah kecil dan besar di dunia dan masalah akhirat. Ia lebih berkuasa
dari telunjuk nabi utk dalil nabuwwah kerana ia diangkat atas maksud nabuwwah.
Di zaman Umar r.a, gempa bumi telah berlaku di madinah, bumi
bergegar. Umar berada dlm masjid. Beliau menghentak kaki ke tanah dan berkata,
wahi bumi! Sahabat masih berada atas mu dan berlaku gerak gempa? Bumi terus
senyap dan diam. Adakah kekuatan dunia mampu menyekat gerak gempa? Berbagai
senjata telah dibuat. Senjata yg boleh menghalang bila berlaku peperangan,
serangan dari laut, serangan dari darat, serangan dari udara tapi adakah
mana-mana negara yg mempunyai peralatan yg dpt menghalang dari berlaku gerak
gempa? Peralatan yg dpt menghalang dari dtgnya banjir? Senjata yg dpt
menghalang kemarau? Senjata yg dpt menghalang ribut taufan? Senjata yg dpt
menghalang larva gunung berapi? Demi Allah, negara mana pun tidak ada apa-apa
senjata pun utk menghalang. Tetapi kekuatan ini ada pd doa-doa org mukmin. Bila
kekuatan doa akan wujud? Bila dlm hati org mukmin ada iman.
Di mana tempat iman? Adakah di lidah? Atau di otak? Atau di
telinga? Adakah tempat iman di dinding-dinding? Adakah kekuatan iman akan zahir
dgn cara ini? kekuatan iman akan zahir bila sampai ditempatnya. Tempat itu
ialah hati org2 mukmin. Utk menyampaikan keyakinan iman, sifat2 iman, hakikat
iman ke tempatnya, maka para sahabat dan nabi s.a.w telah berusaha selama 13
tahun di Mekah. Para
sahabat adalah org arab, mereka faham bahasa arab, mereka tak perlu belajar
lafaz kalimah, mereka tahu makna kalimah, tetapi atas sebab apa mereka berusaha
selama 13 thn? Usaha yg mereka buat adalah utk masukkan keyakinan kalimah dlm
hati dan mengeluarkan ghairullah, selain dari Allah drp hati.
Hari dimana kalimah ini masuk ke tempatnya iaitu ke dalam
hati-hati org mukmin, maka dia lebih berharga drp 7 petala langit dan 7 petala
bumi. Begitu besar guru yg mengajar, dan murid yg belajar begitu taat, iaitu
nabi s.a.w dan para sahabat. Tidak ada guru seumpama baginda pernah dtg dan
tidak akan dtg lagi sampai kiamat. Tidak ada murid sehebat sahabat sampai hari
kiamat. Mereka yg macam tu perlu 13 tahun utk belajar iman. Dlm masa 13 tahun
mereka mengharungi penderitaan demi penderitaan, tetapi tidak dtg satu pun
nusrah Allah secara ijtimai (secara umum). Bantuan secara infradi ada pd
sesetengah sahabat. Bila bantuan secara umum dtg pd sahabat? 13 thn berlalu
kehidupan mekah, 1 thn lagi selepas hijrah. Dah berapa thn? 14 tahun. Dan pd
tahun yg ke 15, Allah telah wujudkan peperangan badar (tahun 2 hijrah). Sahabat
telah keluar tanpa apa-apa persiapan, sedangkan puak musyrikin dtg dgn tentera
yg ramai dan senjata yg lengkap. Pada ketika itu Allah s.w.t telah mengzahirkan
bantuanNya, pertolongan ghaib, pertolongan dari langit kpd para sahabat. Tahun
ke 15 baru turun bantuan yg umum. Bentuk iman ambil masa 13 tahun.
Hari ini org islam, sambil menggentel misai, dia kata saya org
beriman. Tapi bila keluar sahaja dari rumah, mata dia spt mata org tak beriman.
Bila bercakap, cakap spt org tak beriman. Kaki berjalan, berjalan ke arah spt
org tak beriman. Tidak ada mana-mana zarah di tubuh badan dia yg tertumpu pd
Allah. Dan dia kata dgn megah, saya org islam. Iman dah masuk dlm hati kita?
Kalau dah masuk, esok semua keluar 4 bulan. Apa yg menjadi penghalang utk kita
keluar? Demi Allah, kelemahan imanlah jadi penghalang utk kita keluar. Bila
ditashkil, dtglah keuzuran dlm hati kita, uzur itu, uzur ini, ini adalah kanser
yg paling besar dlm hati org mukmin. Kalau sebelum mati kita tak mengubati
penyakit barah ini, maka ditakuti mati masuk neraka. Semoga Allah pelihara
kita. Sahabat dgn mujahadah perlukan 13 tahun, tapi kita pula kata 4 bulan
cukup. Lepas 4 bulan kita dah rasa kita jadi hebat macam junid baghdadi. Ulamak
pun kita buat tak tau aje. Kita dah keluar 4 bulan tau semua, ulamak tak tau
apa pun. Semoga Allah maafkan kita. Kita sedang berada dlm kesesatan. Sebab
itulah berulang kali kita kena keluar 4 bulan. Kita keluar berkali-kali dgn
mujahadah dan dgn menyambut takazah agama, mungkin insyaAllah, Allah akan
masukkan hakikat iman dlm hati kita.
Bila hakikat iman masuk dlm hati, akan zahir 2 sifat. Ini
merupakan sifat iman yg besar. 1. sifat taat. Sehingga dia mencari-cari mana
perintah Allah nak taat. 2. sifat taqwa. Dgn ketaqwaan mendorong dia taat
perintah Allah. Dgn taqwa menghalang dari perkara yg haram. Sifat ini terus
terbina bila dtg yakin.
Sebagaimana org dahaga cari air, org lapar cari makanan, org
bogel cari pakaian, org tengah panas cari teduh, begitulah pd hari bunga api
iman masuk dlm hati , pd hari itu kita semua mencari perintah Allah utk
ditaati. Satu perintah Allah lebih berharga drp 7 petala langit dan 7 petala
bumi. Dan melanggari satu perintah Allah lebih bahaya drp menghancurkan 7
petala langit dan 7 petala bumi. Perintah Allah yg paling besar selepas kalimah
syahadah ialah solat. Hukum mengenai solat ini diulang lebih kurang 700 tempat
dlm quran.وَأَقِيمُوا الصَّلاةَDirikanlah solat, dirikanlah solat,
dirikanlah solat, ini adalah perintah Allah. Seorang islam tak solat,
seolah-olah dia melanggari 700 perintah Allah. Oleh itu lebih besar dari dosa
minum arak, dosa mencuri, dosa berzina ialah dosa meninggalkan solat. Dgn
taubat, Allah ampunkan dosa zina. Dgn taubat, Allah ampunkan dosa minum
arak. Dgn taubat, Allah ampunkan dosa
main judi. Tapi dgn taubat sahaja Allah masih tak ampunkan dosa org tinggalkan
solat. Bahkan dia kena qada’ solat tersebut, kemudian bertaubat, barulah
taubatnya akan diterima oleh Allah. begitu besar dosa tinggalkan solat.
Kisah seorang wanita bani israil yg telah berzina. Dia telah
mengandung. Utk menyembunyikan aib, selepas lahir, bunuh anak itu. Kemudian dia
takut pd Allah. Dia sedia utk bertaubat pd Allah. Wanita itu jumpa Musa a.s dlm
perjalanan ke gunung thur, nak bermunajat pd Allah. Wanita itu kata, wahai
musa, tuan nak pergi bermunajat pd Allah, tuan akan buat ehsan yg besar pd
saya, berbudi pd saya, tuan tlg tanya Allah s.w.t, saya dah buat dosa zina dan
bunuh anak, apakah Allah akan terima taubat saya? Musa a.s mengherdik dan
menghalau dia. Disebabkan kamu, bila azab Allah dtg, aku pun akan kena. Setelah
selesai bermunajat. Musa a.s dlm perjalanan balik, Allah ingatkan baginda,
seorang hamba aku telah bertanya sesuatu tapi kamu telah mengherdik dan
menghalaunya. Apakah pd pandangan kamu tidak ada dosa yg lebih besar drp itu?
Musa kata, bukan satu dosa yg dia buat, berzina, mengandung, bunuh anak, macam
mana taubatnya akan diterima. Apakah ada dosa yg lebih besar drp itu? Allah
jawab, org yg lebih besar dosanya ialah org yg meninggalkan solat.
Meninggalkan solat adalah satu kezaliman yg sangat besar.
Terkeluar drp islam. Nabi s.a.w bersabda, solat adalah seumpama kepala pd badan.
Tanpa kepala manusia bukan lagi manusia.
Begitu juga solat, org islam yg tak solat tak layak dipanggil org islam. Semua
musibah yg menimpa kita hari ni, pintu musibah terbuka di rumah kita, ini semua
adalah kesan org meninggalkan solat. Hari ni, rumah2 kita dibakar, rumah2 kita
dirompak, ini bukan dilakukan oleh musuh, tapi ini adalah kesan drp amaran nabi
s.a.w. Dlm hadith nabi s.a.w, ‘aku berkeinginan utk pergi ke rumah2 org yg
solat di rumah tanpa uzur, tak solat berjemaah di masjid, aku nak bakar rumah
mereka’. Rumah kita terbakar sebab kesan dari amaran baginda s.a.w. Rumah
seseorang yg di rompak, ini adalah amaran dari hadith nabi s.a.w, ’org yg
meninggalkan solat, seolah-olah dia telah kehilangan harta dan keluarganya’. Bukan
org jahat yg bakar dan rompak rumah kita, tapi ini adalah kesan dari amaran
nabi s.a.w
Pada zaman nabi s.a.w, org munafik pun solat berjemaah.
Mereka tak berani nak tinggalkan solat berjemaah. Tetapi hari ni org islam,
janggut panjang, pakai jubah, tapi tak solat. Cuba kita fikir ummat sedang pergi ke
mana? Kita pula tak sedia nak buat usaha. Anak-anak kita kemana? Isteri kita
kemana? Apakah setelah harta kita dirompak baru kita nak usaha? Bila anak-anak
kita duduk di riba org batil, baru kita nak usaha? Oleh itu , baginda s.a.w
telah tinggalkan usaha bagi setiap amalan. Dgn usaha itu agama akan hidup. Dgn
usaha itu agama akan tersebar. Dgn usaha itu kebaikan akan dtg. Usaha itulah yg
dinamakan usaha dakwah. Org yg sedia buat dakwah, dia belajar iman, belajar
solat, dia akan nampak hakikat iman masuk dlm hati dia. Maulana yusuf rah kata,
hari di mana iman masuk dlm hati, dari hujung rambut sampai hujung kaki, dpt
taat perintah Allah s.w.t, mana-mana org yg tak mahu akur dan tunduk pd
percakapan kamu, Allah akan hantar gempa bumi di negara mereka. Ketua, menteri,
tentera di negara2 tersebut, mereka akan dtg pd org islam, menyusun jari
memohon maaf. ‘Tolonglah doa, supaya gempa bumi tak berlaku di negara kami’. Berbagai
senjata kami buat tapi tak dpt menahan gempa bumi. Wahai org2 islam, senjata
ini ada disisi kamu.
Firaun jumpa siapa minta doa? Seorang raja negara mesir. Dia
kata, ‘saya tuhan – ana robukumul a’la’. Allah mula hantar azab pd dia. Dia
lari pergi jumpa siap? Dia pergi jumpa Musa a.s. Dia susun jari, pegang kaki.
Dia kata, ni bukan dlm kemampuan saya utk jauhkan semua bala-bala ini. Kamu
doalah pd tuhan kamu, kalau azab ini hilang, aku sedia beriman. Seorang da’i
hatinya lembut, org yg penyanyang. Da’i itu bukan da’i kalau dlm hati dia ada
perasaan dendam. Da’i tak ambil tindak balas.Da’i memaafkan kesalahan org. Da’i
tak balas kalau dizalimi, da’i tak balas kalau disusahkan, da’i tak balas kalau
di pukul. Da’i akan memaafkan kesalahan org. Musa a.s maafkan firaun. Baginda
angkat tangan dan doa dan satu azab hilang. Org yg tidak beriman, dlm hati dia
telah dimohor/dicop dgn kesyirikan, bila dah selesai masalah, dia kata oooo
rupa-rupanya semua ni sebab sihir kamu. Allah hantar 9 jenis azab. Setiap kali
azab dtg minta doa dgn musa a.s. Walaupun nampak bantuan Allah masih tak
beriman. Tengok azab Allah pun tak beriman. Maka Allah hancurkan firaun dan
semua kaumnya, dilemaskan dlm laut.
Yakinlah, kita tak perlu mana-mana tentera, tak perlu
mana-mana senjata, Allah telah beri kekuatan doa pd kita. Dgn doa semua masalah
akan selesai. Bila kekuatan doa akan zahir? Bila kita sibuk dgn dakwah. Bila
kita jadikan diri kita kecil dan rendah. Bila kita jatuh tersungkur kerana
usaha agama. Bila keluar di jln Allah menanggung kesusahan. Bila org maki kita.
Kita sabar atas kezaliman org. Kita maafkan mereka. Pada masa itu doa kita akan
diterima Allah s.w.t. Allah bagi kekuatan doa dan Allah bagi kemenangan atas
sekelian alam. Sahabat telah memperolehi hakikat ini. Allah beri kekuatan iman
pd mereka. Allah beri kekuatan doa pd mereka. Oleh itu, seluruh dunia telah
tunduk dan akur pd mereka.
Hercules, raja rom, raja yg sangat kuat. Dia telah mengumpul
semua paderi dan pembesarnya. Dia tanya pd mereka, org arab badwi ni yg makan
pun tak sempurna, pakaian tak sempurna, cara hidup tak sempurna, tapi kenapa
mereka dah begitu hebat di dunia ni. Apa sebab? Semua paderi diam. Tak jawab.
Seorang paderi yg unggul bangun dan kata sekarang ni tak boleh bagi jawapan
sehingga kita tengok kehidupan mereka. Maka dlm majlis tersebut telah dipilih
pengintip. Nama dia Qarkalar. Seorang yg sangat bijak dan pandai berhelah. Dia
dihantar utk tengok kehidupan sahabat. Pada masa tu jemaah sahabat berada di
palestin sedang buat usaha. 1 bulan dia duduk bersama mereka. Dia tengok kehidupan
pagi dan petang mereka. Dia tengok makan minum mereka. Dia tengok pengorbanan
dan mujahadah mereka. Dia tengok ikram dan kasih sayang mereka. Dia tengok
ibadat dan ketaatan mereka. Dia mentelaah begitu teliti kehidupan sahabat.
Selepas 1 bulan dia balik ke Rom. Semua pembesar dan paderi berkumpul nak tahu
jawapan. Apa kamu tengok? Dia tak bayan panjang2. Org yg cerdik satu ayat dah
cukup. Dia kata, waktu siang mereka berada di atas belakang kuda memacu kuda,
buat dakwah, mengajak manusia kpd Allah, kpd agama dan pd waktu malam mereka
berada dia atas tikar sembahyang, memohon doa dan menarik rahmat Allah. Bila
mereka dengar jawapan dia, paderi yg unggul telah bangun dan kata satu
perkataan yg sangat menakjubkan. Wahai raja, kalaulah sifat mereka sebagaimana
yg diceritakan oleh pengintip tadi, maka bukan sahaja kamu, tentera kamu,
bahkan seluruh tentera di dunia tak akan mampu berperang dan melawan mereka
kerena bersama mereka ada tuhan mereka. Kalau di depan mereka ada gunung,
gunung pun akan hancur luluh kerana bersama mereka ada kekuatan Allah.
Raja kata, apa helah/apa cara/apa tadbir yg kita kena buat
supaya Allah tidak lagi bersama mereka. Seorang paderi bangun dan kata,
wujudkan 2 perkara dlm diri mereka. 2 perkara ini akan menyebabkan Allah tidak
akan lagi bersama mereka. Pada ketika itu kita boleh bunuh mereka spt potong
lobak merah dan pd ketika itu tuhan mereka langsung tak mengasihani dan
merahmati mereka. Apa 2 perkara itu? Pertama, biarkan mereka berzina. Yakni,
bebaskan wanita2 kamu dikalangan mereka. Kedua, masukkan makanan haram dlm
perut mereka.
Natijahnya, Allah tak akan bersama mereka. Bantuan Allah
akan hilang. Kamu boleh bunuh mereka. Allah tak akan bantu mereka. Maka semua
wanita cantik telah di kumpul. Mereka dilatih macam mana nak goda lelaki. Macam
mana nak pujuk mereka. Macam mana nak tarik perhatian mereka. Macam mana nak
menguasai hati lelaki. Kemudian wanita2 tadi dihantar di kalangan para sahabat.
Di hantar dgn harta benda, emas dan perak. Tabur di depan mereka. Letak di
jalan dan laluan mereka. Kamu berdiri di depan mereka. Dalam satu riwayat kata
ada seorang wanita berdiri dlm keadaan bogel di depan sahabat.
Jemaah sahabat dekat dgn masjidil aqsa. Amir jemaah faham
ini satu tipudaya dan helah yg sedang di uji pd kami. Dalam hati sahabat ada
iman. Dalam hati sahabat ada quran. Ayat2 berkaitan mata telah sampai di mata.
Ayat2 berkaitan tangan telah sampai di tangan. Ayat2 berkaitan hati telah
sampai di hati. Ayat2 berkaitan kaki telah sampai di kaki. Ayat2 berkaitan
kemaluan telah sampai di kemaluan. Ayat2 berkaitan iman telah masuk dlm diri
mereka. Ayat2 berkaitan ibadat telah
masuk dlm ibadat mereka. Ayat2 berkaitan akhlak telah masuk dlm akhlak mereka. Ayat2 berkaitan muamalat telah masuk dlm
muamalat mereka. Ayat2 berkaitan muasyarat telah masuk dlm muasyarat mereka.
Tiap2 sahabat umpama quran yg bergerak. Apa yg ada dlm quran semua ada dlm diri
mereka. Semua yg ada dlm kehidupan mereka ada dlm quran. Bukan semua sahabat
alim dan hafiz. Hanya beberapa org sahabat sahaja alim dan hafiz. Tetapi amalan
100% sahabat bertepatan dgn quran dan hadith.
Amir sab telah kumpul semua sahabat. Dia baca satu ayat
quran sahaja. Dia tak bayan panjang2. Dia baca satu ayat quran. ‘rendahkan
pandangan kamu dan peliharalah kemaluan kamu’. Wanita2 tersebut berdiri 3 hari
3 malam di situ. Harta mereka 3 hari bersepah di situ. Mereka bersiul dan cuba mengoda. Mereka cuba nak bercakap dgn sahabat. Mereka
kata, kamu ni siapa? Lelaki atau pondan? Seorang sahabat kata, kami bukan
pondan, kami lelaki sejati tetapi nabi kami telah menghalang kami. Quran kami
menghalang kami dari melihat wanita dan mengambil harta. Selepas 3 hari mereka
balik. Wanita2 itu kata pd raja, tuanku dah hantar kami pd siapa? Mereka bukan
manusia, mereka macam malaikat.
Sahabat terselamat. Mereka terpelihara dari tipu daya batil
sebab agama telah masuk dlm kehidupan mereka. Quran telah masuk dlm hati
mereka. Mereka selamat dari makanan yg haram. Mereka selamat dari zina. Tetapi
hari ni semua umat telah sangkut. Batil telah menyuap kita dgn makanan yg
haram. Selagi kita berurusan dgn bank, buka akaun bank, kita makan suapan
haram. Kita telah wujudkan perniagaan2 berasaskan pembohongan dan penipuan.
Kita telah menghilangkan iman yg ada dlm diri kita. Di seluruh dunia wanita
dibiar berjalan bebas. Jangan tengok perempuan lain, anak perempuan kita pun
kita tak dpt control. Macam mana nak dpt bantuan Allah. Apakah setelah makan
makanan haram doa kita akan diterima?
Apakah solat kita akan diterima? Nabi bersabda, satu suap makanan haram
masuk dlm perut, 40 hari doa tak diterima. Dlm mencari harta tak tengok halal
haram, dlm makanan pun tak tengok halal dan haram. Kita tak tengok perintah
Allah. kita tak tengok cara nabi. Kita tengok harta sahaja. Kita tak mampu
mencari harta yg halal selagi diri kita tak berjalan di atas perintah Allah.
Kita tak ada semangat utk amalkan sunnah nabi. Iman yg paling rendah yg ada dlm
diri seseorang ialah mencegah dari perkara yg haram. Ini dinamakan ikhlas dlm
kalimah. Kalimah akan menghalang dari perkara yg haram. Kedudukan iman yg
tinggi ialah menyekat dari perkara yg haram dan mendorong utk mentaati segala
perintah Allah.
Hari ini org islam tak ada fikir atas iman mereka. Hari ini
org islam tak peduli perintah Allah. Hari ini org islam telah melanggar sunnah2
nabi dan telah menghina dirinya sendiri. Kemuliaan org islam bukan dgn harta.
Kemuliaan org islam bukan dgn kuasa dan kerajaan. Kemuliaan org islam bukan
sebab tentera, bom dan roket. Tetapi kemuliaan org islam ialah dgn cara nabi muhammad s.a.w. Amalan nabi
ialah cara sunnah. Batil tahu perkara ni bahawa org islam tak akan berjaya dgn
harta. Org islam tak akan berjaya dgn perniagaan. Org islam berjaya dgn cara
nabi s.a.w. Oleh itu, org2 batil telah
buat satu helah, mengajak setiap org islam tinggalkan sunnah. Utk menentang
semua sunnah2 nabi mereka wujudkan perkara yg baru. Supaya org islam lupa
sunnah nabi. Kerana org batil faham dan tahu betapa berkuasanya setiap sunnah
nabi. Kerana mereka tahu ini bukan semata-mata kekuatan sunnah, bahkan kekuatan
Allah bersama mereka.
Oleh itu usaha dakwah ini utk mewujudkan kemampuan dan
kekuatan tersebut. sehingga keyakinan kalimah masuk dlm hati kita. Sehingga
wujud nur kalimah dlm hati kita. Sehingga dari hujung rambut sampai hujung kaki
amalan kita menepati sunnah nabi. Sehingga amal kita jadi betul. Sehingga yakin
kita jadi betul. Allah s.w.t akan memberi kemuliaan walaupun bertentangan dgn
keadaan suasana di luar. Mengapa sahabat berjaya? Kalaulah mereka usaha atas
harta, 100 tahun pun mereka tak akan dpt spt mana harta yg Allah bagi pd
mereka. Allah bagi pd mereka begitu banyak harta dan begitu banyak tanah
jajahan hanya dlm beberapa tahun sahaja. Dah 15 kurun, sampai hari ni anak cucu
cicit mereka, Allah bagi makan, Allah bagi rezeki seumpama anak2 raja. Sehingga
hari ni keseluruhan dunia tak mampu menandingi keseluruhan harta org2 arab.
Mereka dpt harta ini bukan melalui pemerintahan, pertanian, perniagaan tetapi
demi Allah hasilnya dtg drp keberkatan usaha datuk nenek mereka. Hari ini kita
telah lepaskan dari berpegang dgn nabi. Masa nikah kahwin pun tak tengok cara
nabi. Dlm perniagaan pun tak tengok cara nabi. Dlm pakaian tak tengok cara
nabi. Rupa paras tak tengok cara nabi. Dlm ibadat tak tengok cara nabi. Solat
pun jadi adat resam sahaja , tak belajar cara solat yg betul cara nabi. Zikir
pun jadi budaya, tak belajar. Oleh sebab itu kekuatan amal tak zahir pd hari
ini.
Solat kita tak mengubah kehidupan kita. Puasa kita tak
mengubah kehidup kita. Zikir kita tak mengubah kehidupan kita. Rumah kita, cara
hidup kita, bukan cara islam. Makan minum kita pun tak ikut syariat. Sebab hari
ni kita telah tinggalkan usaha dakwah dgn sebabnya seluruh agama akan dtg. Allah
telah ehsan kpd kita, Allah telah anugerah pd kita, pd kurun 15 ini, Allah
telah bagi usaha yg telah berlangsung pd kurun pertama. Maulana Ilyas rah. kata
Allah s.w.t telah kurniakan pd saya berlian/mutiara kurun pertama. Usaha dakwah
ini adalah permata kurun pertama. Yang mana hari ni kita tak sedia nak buat.
Tak sedia nak luangkan masa. Tak sedia nak korban. Tapi utk janji dunia kita
sentiasa sedia. Janji Allah kita tak sedia nak bangun. Kalau mana2 org kaya
iklan sesiapa yg keluar jln Allah akan dpt RM100,00, ada sesiapa yg nak balik
rumah? Bukan kita je keluar, kita akan talipon anak, bapa, pakcik, supaya dtg
cepat, hari ni org tabligh nak bukak khazanah dia. Ini bukan iman. Kita tengok
dgn mata kepala, ini bukan iman. Iman ialah kita bergerak semata-mata yakin dgn
janji Allah dan janji rasul.
Sahabat2 tidak dibangunkan atas dasar harta, mereka tak
dibangunkan atas dasar pemerintahan. Mereka dibangunkan atas dasar syurga.
Kenapa kita dikeluarkan dari syurga? Kerana satu perintah Allah telah
dilanggari. Di syurga tiada amal. Buat amal di dunia, bawa amal di dunia utk masuk
syurga. Ibadat tiada dlm syurga. Makanan banyak. Perhiasan banyak. Wanita
banyak. Kemewahan banyak. Kemewahan yg tiada kesudahan. Bangunan drp emas dan
perak. Kita dikeluarkan dari syurga bukan sebab tempat tak cukup. Allah telah
buat utk setiap org syurga dan neraka. Bila ahli syurga masuk syurga dan ahli
neraka masuk neraka, Allah akan kata pd ahli syurga, tengoklah neraka, Allah
kata tempat kamu sebenarnya disana tetapi kamu telah akur dgn perintah Aku, Aku
telah bawa kamu dari sana dan letakkan kamu dlm syurga. Kemudian syurga2 yg
bahagian ahli neraka akan dibahagi-bahagikan pd ahli syurga. Kemudian Allah
kata pd ahli neraka, tengok syurga, ini tempat kamu tetapi kerana kamu tidak
beriman dan tidak patuh pd perintah Aku, Aku letakkan kamu dlm neraka. Allah
telah buat utk setiap org tempatnya di syurga. Begitu juga setiap org ada
tempat di neraka.
Neraka dan syurga bukan perkara yg telah ditakdirkan. Ianya
akan dpt melalui mujahadah dan pengorbanan seseorang. Dunia berlaku sebagaimana
yg telah ditakdirkan. Dunia akan dpt sekadar yg telah di takdirkan tapi akhirat
berkadar dgn susah payah dan mujahadah. Syurga akan terbina dgn mujahadah dan
susah payah. Utk dunia tak perlu usaha, tetap akan dpt, sebanyak mana Allah
telah tulis, pasti dia akan dpt. Nabi kata selagi rezeki yg dah tertulis tak
dtg pd kamu seluruhnya, kamu tak akan mati. Utk syurga kena usaha. Hidup dgn
menghambakan diri pd Aku, hidupkan quran Aku dan kitab Aku, hidupkan sunnah
nabi Aku, baru Aku bagi kamu syurga. Kalau tak ikut perintah Aku, tak ikut cara
sunnah nabi Aku, kalau tak taat Aku, maka ingat disana nanti Aku akan campak
kamu dlm neraka. Allah buka 2 jln. Jalan lurus dan jln bengkok. Jln syurga dan
jln neraka. Allah hantar nabi. Fahamkan hamba2 Aku dan fahamkan tentang zat
Aku. Ceritakan kudrat Aku. Ceritakan sifat2 Aku. Ceritakan kekuatan Aku.
Ceritakan khazanah Aku. Allah maha besar. Tidak ada yg lebih agung dari
Allah.
Kalau dikumpulkan langit dan bumi, kumpulkan gunung2, kumpul
syurga, kumpul semua nikmat syurga, itu pun kita akan kata Allah maha agung.
Perlu meletakkan kebesaran Allah dlm hati. Bila tengok laut, kita akan kata
laut kecil, Allah maha besar. Bila tengok kerajaan, kita kata pemerintahan
kecil, Allah maha besar. Tengok kedai, tengok perniagaan, semua kecil, Allah
maha besar. Apabila hakikat iman masuk dlm hati, pada hari itu kita akan tengok
seluruh dunia macam sebelah kepak nyamuk. Sebab hakikat itu tak masuk dlm hati,
kita mengemis depan kedai. Kita mengemis depan pemerintah. Kita mengemis depan
note RM100. sebab hati kita belum bertukar yakinnya. Kita kata bila ada duit
semua masalah selesai. Bukan begitu, dari bumi sampai langit semuanya dlm
genggaman Allah. duit dlm poket tak boleh buat apa2, apa yg kita nak tak boleh
berlaku, apa yg Allah hendak, itu yg akan berlaku. Keselamatan rumah kita tidak
akan berlaku sebagaimana yg kita hendak, tetapi ia berlaku sebagaimana Allah
berkehendak. Kita kata kalau kita ada kenderaan kita berjaya. Nampak macam kita
yg beli kereta, nampak macam kita yg pandu kereta, tapi apa yg Allah
berkehendak itu yg akan berlaku. Kalau Allah mahu kamu boleh sampai ke
destinasi dgn kereta ini tapi kalau Allah tak mahu kereta ini akan jadi asbab
kebinasaan kamu.
Tinggalkan semua benda2 ini dan dtg kpd Allah. nabi2
dihantar utk perkara ini. wahai manusia, kamu semua sedang berusaha atas benda
yg dicipta. Nabi2 kata, kami bawa satu usaha yg bukan sahaja kamu dpt makhluk
yg dicipta, bahkan pencipta makhluk pun kamu akan dpt. Kalau dpt Allah, kerja
selesai atau tidak? Hari ni kita ambil kedai tapi pencipta kedai kita tak
ambil. Kita ambil ladang tapi yg menumbuhkan biji-bijirin kita tak ambil.
Sekiranya kita usaha atas ladang, tanpa kita ambil Allah bersama dgn kita, kita
akan dpt sebanyak dan sekadar hasil ladang. Kalau kita buat usaha atas kedai,
tanpa kita ambil Allah bersama kita, kita akan dpt sekadar hasil kedai. Kalau
kita usaha atas kuasa dan pemerintahan, tanpa kita ambil Allah bersama kita,
kita akan dpt sekadar pemerintahan. Tetapi sekiranya dlm ladang, dlm kedai, dlm
pemerintahan, kita ambil Allah bersama, maka Allah akan beri lebih dari sekadar
yg ditetapkan, Allah akan beri berkadar dgn keagungan Allah s.w.t.
Usaha utk dptkan Allah bersama-sama kita itulah usaha atas
kalimah ‘lailahaillallah muhammadurasulullah’. Ini ialah kalimah seluruh
nabi-nabi. Ini ialah kalimah seluruh sahabat. Mereka semua telah berjaya. Kalau
kita nak berjaya, kalau kita nak kemuliaan, kalau kita nak reda Allah, kalau
kita nak kasih sayang, kalau kita nak ambil menafaat dari kudrat Allah, kalau
kita nak syurga, kita kena bawa kalimah ini ke seluruh alam. Bila kalimah ni
masuk dlm hati, maka Allah akan jayakan kita atas seluruh alam. Semata-mata
berkata dgn lidah, Allah tak bersama. Allah akan bersama kita bila kita
gerakkan kaki kita. Kita letihkan kaki kita berjalan di atas mukabumi ini. kita
keluar bersusah payah di jln Allah. kita jumpa setiap manusia. Cerita kebesaran
Allah. kita fahamkan kudrat Allah. kita kenalkan Allah pd manusia. Kita cakap,
semua yg berlaku, tak berlaku dgn sendiri, semua berlaku dgn kehendak Allah.
kita cakap, kita cakap, kita cakap sehingga hati kita terima, benar, Allah yg
buat segalanya. Amalan nabi yg buat. Pada hari hati kita terbina, maka Allah
akan buka kudratNya di depan kita. Semua sedia?
Mereka2 yg belum bagi nama 4B dan 40H, bangun dgn tawakkul
pd Allah, berpegang pd janji Allah, bangun
bagi nama. Allah terima tuan2. Allah bantu tuan2. Kesan ijtimak KL ni akan
pergi ke seluruh negara. Kita bangun tunjuk pd Allah, aku kepunyaan Engkau ya
Allah, dan Engkau milik aku. Allah berkati diri, harta tuan2. Allah jadikan
bangun tuan2 asbab hidayat seluruh alam. Allah jadikan anak cucu tuan2 org yg
beragama. Dan Allah sediakan rezeki utk anak cucu tuan2 berkurun-kurun lamanya.
Kalau nak tengok kudrat & nusrah Allah, kita kena keluar jln Allah. Asas
usaha ini adalah pengorbanan dan mujahadah. Asas usaha kita kekuatan doa. Allah
penuhi nur kalimah ini dlm hati tuan2. Allah tunjuk kekuatan kalimah ini di
mata tuan2.
4 kekuatan/keistemewaan/khasiat/anugerah usaha dakwah :
1. Allah betulkan yakin dlm hati
2. Allah jadikan dia istiqamah dlm amal
3. Allah beri hidayat
4. Allah beri kekuatan doa
Comments
Post a Comment