2014 - ijtimak KL1 : nasihat maulana syamim
27/04/2014 – sri petaling
berapa ramai yg hadir ijtimak? 17,000
jika dibandingkan dgn 51 halaqah – bilangan 17,000 ni sangat
sedikit. Kalau usaha dijalankan dari rumah ke rumah dan jumpa setiap individu,
paling kurang yg patut hadir ialah 50,000 org. Maksud dari ummumi ijtimak ialah
utk bagi dakwah pd setiap org islam. Kalau dakwah kita tak sampai pd satu pun
org islam mungkin kita akan ditangkap di akhirat nanti. Utk ijtimak yg akan dtg
(KL2) mulakan usaha drp sekarang. Ijtimak adalah nama bagi 2 bentuk usaha. Satu
ialah usaha sebelum ijtimak, ini merupakan ruh ijtimak. Satu lagi ialah usaha
selepas ijtimak, ini ialah perhiasan ijtimak. Kalau satu ijtimak dpt dibuat
mengikut cara yg dikehendaki iaitu setiap org dtg dgn fikir, setiap org dtg dgn
jasbah utk keluar di jln Allah, dtg utk buat pengorbanan utk agama, maka satu
ijtimak telah cukup utk jadi asbab hidayat seluruh alam.
Kita kena jadikan ijtimak kita sebagai ijtimak contoh. Kuala Lumpur adalah jantung bagi seluruh malaysia . Kuala Lumpur ada hubungan dgn setiap bandar,
setiap kpg, setiap kawasan di seluruh malaysia . Usaha utk bentuk suasana di KL ni
supaya setiap org yg dtg, balik bawa hidayat. Tak kira atas maksud apa dia dtg
ke KL ni, bila balik kpg bawa hidayat. Sebagaimana nabi s.a.w telah bentuk
suasana madinah. Usahakan KL ni jadi suasana macam madinah. Bukannya susah.
Mulakan usaha secara jemaah masjid maka Allah akan wujudkan suasana tersebut. Org
KL adalah org yg pandai, bijak, yg faham, yg terima apa yg diberitahu. Ini
kelebihan org KL. Tuan-tuan kena buat usaha supaya KL jadi contoh utk seluruh
alam. Buat usaha adalah t/jawab kita, yg akan jadikan adalah t/jawab Allah.
kita kena fikir atas perkara ini. Maulana gembira dgn ijtimak ini. Semoga Allah
terima. Jemaah keluar lebih drp apa yg diharapkan.
Semoga Allah wujudakan antara tuan-tuan kasih sayang. Semoga
Allah hilangkan drp hati kita perselisihan. Kalau buat usaha tanpa satu hati,
kebatilan akan tersebar. Kalau buat usaha dgn kasih sayang, satu hati maka hak
akan tersebar. Kebatilan akan masuk melalui perpecahan hati. Hak akan tersebar
dgn satu hati dan bantu membantu. Syaitan akan wujudkan perpecahan dikalangan
rakan seusaha. Syaitan akan buang rasa kasih sayang drp hati. Syaitan akan kata
kita buat usaha kerana Allah. Kita kena lawan syaitan. Kita buat usaha kerana
Allah, oleh itu kita juga kena berkasih sayang juga kerana Allah. Sebagaimana
penting buat kerja, juga penting berkasih sayang. Sebagaimana kita kasih pd
nabi, kita juga kena kasih pd usaha nabi. Kalau tak kasih pd usaha nabi, dia
tak akan dpt hidayat. Kita kena taat pd allah, taat pd nabi, taat pd org
t/jawab. Baru usaha akan hidup. Tidak ada yg besar antara kita. Yg besar hanya
Allah dan rasul. Kalau Allah jadikan seseorang itu org t/jawab, kita kena taat
pd dia samada kita suka atau tak suka pd dia. Syaitan akan kata, kamu org lama,
org yg banyak buat korban, banyak buat usaha, tapi kamu tak dilantik sebagai
syura. Syaitan letak dlm hati kita perpecahan. Kita kena jawab pd syaitan, dgn
ehsan Allah, Allah tak pilih aku jadi syura tapi aku akan buat kerja lebih dari
syura.
Khalid al walid, begitu banyak buat usaha, negara demi
negara telah dibuka. Masa pemerintahan umar r.a telah turunkan dia drp jawatan.
Khalid al walid begitu digeruni, disanjungi, kalau nak, dia boleh minta semua
sahabat2 dia memihak pd dia. Tapi dia tak buat macam tu. Dia terus terima
perletakan jawatan tersebut. dia terus berbait dgn amir baru dilantik. Sebanyak
mana usaha dan kerja yg saya buat semasa jadi amir, maka saya akan buat usaha
lebih lagi sebagai makmum. Banyak kerja telah dpt dilakukan. Oleh itu, kita
buat usaha dgn satu hati dan kasih sayang samada kita dikalangan syura atau pun
tidak. Semoga Allah ambil kerja drp kita. Syura bukan satu kedudukan. Sesiapa sahaja yg buat usaha, buat usaha, buat
usaha, buat pengorbanan hingga sampai satu tahap, dia rasa aku dah layak jadi
syura, mulai dari saat itu dia jatuh dari pandangan Allah. kemuliaan yg besar
ialah kita dpt buat kerja Allah. walaupun satu org tu syura tapi tak buat
kerja, pd pandangan Allah dia tidak dikasihi oleh Allah. sebaliknya satu org yg
bukan syura tapi buat kerja, dia dikasihi oleh Allah s.w.t. Semua akan buat
kerja sungguh2?
Jgn buat usaha dgn tengok org. Org ni buat ke tak buat. Kita
buat kerja utk Allah dan utk redha Allah. Kita hanya akan tengok nabi dan kerja
nabi. Kita akan terus menerus tambahkan pengorbanan. Allah akan jadikan pengorbanan
tuan-tuan hidayat utk negara dan seluruh alam. Allah akan wujudkan perasaan
kasih sayang dlm setiap hati manusia. Syaitan nak pecah belahkan kita. Syaitan
nak wujudkan dlm hati kita ujub dan takabbur.
Utk ijtimak akan dtg (KL2), tuan-tuan kena tingkatkan usaha
10 kali ganda. Macam mana nak buat 10X ganda? Setiap jemaah masjid jadikan
masjid pusat usaha. Ada beberapa hari sahaja lagi utk ijtimak KL2. siang
hari pergi kerja, balik terus ke masjid masing2. mesyuarat macam mana nak buat
usaha, pergi setiap rumah, jumpa setiap org. bahagi-bahagikan rumah pd setiap
rakan seusaha. Sediakan setiap org utk keluar 40H, 4B dan jemput dtg ke
ijtimak. Mulai esok semua iktikaf di masjid, doa, buat usaha, siang pergi
kerja, malam balik terus ke masjid.
3 bentuk usaha kena buat. Buat usaha atas org2 baru. Org2
lama yg tak aktif, jumpa mereka dan pegang kaki mereka. Pujuk rayu mereka dan
gunakan mereka semula utk usaha ini. Dgn sebab tuan saya dpt usaha ini, sebab
tuan tak buat usaha, ramai org tengok tuan, bila musibah dtg akan jatuh atas
kepala tuan juga. Satu org lama, kita dpt aktifkan balik, lebih baik drp kita
usaha atas 1000 org baru. Satu org lama tak buat usaha jadi penghalang kpd
ribuan org utk dtg kpd usaha ini. Kita semua kena fikir dan doa pd Allah s.w.t.
Semua karkun 4B adalah modal kita yg paling besar. Mereka adalah kakitangan dlm
kerja ini. Gunakan mereka dlm usaha jemaah masjid bersama kita. InsyaAllah
ijtimak KL2, akan jadi 10X ganda lebih besar dan jemaah akan keluar 2-3 kali
ganda lebih banyak. Semua akan buat? Siapa tak nak buat? Semoga Allah terima
tuan-tuan.
Tuan-tuan adalah nyawa dan ruh dlm usaha kami. Tuan-tuan
adalah kakitangan kami. Tuan-tuan teruskan buat pengorbanan dan sebarkan
kalimah ke seluruh alam. Buat usaha dgn tengok nabi s.a.w. Sebanyak mana nabi
telah menangis utk umat. Sebanyak mana kerisauan nabi utk umat. Demi Allah, dgn
doa nabilah umat ni selamat. Kalau nak dpt doa nabi kena buat spt mana nabi
telah buat utk umat. Semoga Allah terima. Semoga Allah bantu. Semoga Allah
lahirkan dari keturunan tuan-tuan da’i. semoga Allah kurniakan pd tuan-tuan
cintakan nabi, cintakan usaha nabi dan cinta pd org buat usaha nabi. Kalau saya
salah cakap dan menyakiti hati tuan-tuan, saya minta maaf. Saya cakap keras
sikit sebab saya anggap tuan-tuan sebahagian drp keluarga saya. Maafkan saya.
Kita buat usaha dgn sentiasa maaf memaafkan, maka kita akan jadi org dikasihi
Allah.
Comments
Post a Comment