jor KL 2013 - targhib 5 amal Hj Ghazi

13/04/2013 - sri petaling

Syukur, alhamdulillah kerana Allah telah pilih kita utk buat kerja agama
Umat yg akhir tapi masuk syurga dulu drp umat-umat yg lain
Kita lemah. Allah yg buat segala-galanya
Allah maha rahim telah pilih umat ini dan jadi contoh utk umat sebelum ini
Di akhirat nanti, walaupun penghisaban belum bermula, ada satu golongan umat yg akan terbang menuju ke syurga
Mereka adalah golongan umat yg telah korban segala-galanya utk agama Allah semasa di dunia
Allah malu nak hisab mereka

Kerja yg kita buat sekarang ini adalah satu kerja yg besar. Kerja bawa manusia dekat pd Allah
Nabi s.a.w telah usaha atas sahabat-sahabat
Dalam hati mereka ada kebesaran Allah. Mereka yakin yg buat semua perkara ialah Allah
Kisah Ali r.a yg telah ganti tempat tidur nabi semasa nabi nak hijrah ke madinah
Dia yakin dia tak kan mati pd malam itu kerana nabi kata dia akan jumpa nabi di madinah
Walaupun rumah telah dikepung 100 org musyrik
Kena ada yakin dgn usaha yg kita buat
Kena yakin ini adalah perintah Allah – baru akan dpt bantuan Allah
Buat DTI 8 org tapi bantuan Allah spt 100 org. Allah yg akan selesaikan masalah kita
Kerja dakwah adalah kerja yg perlu dibuat pd setiap saat. Hanya cara nabi akan dpt kejayaan
Maulana Ilyas kata kerja ini yg mulia. Bukan dia yg mulia.

Iman dan amal adalah tanda cinta pd Allah
Iman lebih penting drp 7 petala langit dan 7 lapis bumi. Iman lebih penting drp emas dan perak
Dgn amal dapat tarik bantuan Allah. Dalam amal ada keberkatan
Kisah abu hurairah : Satu mangkuk susu cukup utk 70 org

Abu Bakar r.a lahir 2 thn selepas nabi lahir. Umar r.a lahir 13 thn selepas nabi lahir
Abu Bakar r.a masuk islam pd hari pertama. Umar r.a masuk islam pd tahun ke-6, org yg ke 40
Org yg sanggup bunuh nabi adalah umar tapi kalau ada nabi selepas nabi s.a.w, maka umarlah yg akan jadi nabi
Utk berjaya, hanya ada satu jalan sahaja iaitu cara nabi s.a.w

Buat kerja dgn sempurna baru akan dpt menafaat
Semua amal dakwah adalah penting. Buat 5 amal dgn sempurna
Apa yg diberitahu oleh nizamuddin itu yg kita buat
Buat 2 usaha : makami (kerja tempatan) dan beruni (keluar di jln Allah)
maka agama akan dtg dlm diri. Agama akan hidup dlm diri kita

Mesyuarat harian ibarat kepala. Asas kerja dakwah adalah mesyuarat.
Buat kerja dgn mesyuarat. Semua kena duduk dlm mesyuarat
Dgn mesyuarat Allah bantu umat ini. Mesyuarat adalah ganti kpd wahyu
Nabi dpt wahyu tapi masih bermesyuarat dgn sahabat
Ada 2 mesyuarat yg penting – mesyuarat marhallah dan mesyuarat halaqah
Fikir utk tambah org duduk dlm mesyuarat
Seketika fikir adalah lebih baik drp 70 thn ibadat
Kalau ada 1 org sahaja di marhallah – boleh buat 3 amal : fikir harian, 2 ½ jam, taklim
Fikir sahaja tanpa usaha adalah angan-angan. Buat kerja tanpa fikir pula adalah kurang akal

Dalam mesyuarat harian kena ada list nama. Usaha atas 3 golongan
  1. org yg paling hampir dgn kita – adik beradik/sanak saudara/jiran tetangga
  2. org yg pernah keluar / dah lama tak keluar
  3. org yg duduk dlm taklim / org yg duduk dlm bayan
2 taklim ibarat 2 tangan
taklim di masjid dan taklim di rumah
sediakan isteri dan anak supaya jadi pembantu kita dlm usaha agama
satu org lelaki buat usaha selama 50 thn tetapi bila dibantu oleh wanita usaha tadi akan jadi 5 thn
taklim rumah sangat mudah dan ganjarannya sangat besar. Buat takilim dgn istiqamah
buat muzakarah 6 perkara – sebuat point sahaja dah cukup
dari rumah akan keluar da’i dan hafiz. kalau tidak, agama hanya tinggal di depan pintu rumah shj
Wanita yg dtg taklim mingguan masturat dan bagi azam, kena pergi ziarah mereka dan targhib hidupkan taklim di rumah
taklim di masjid kena buat dgn sempurna sekurang-kurangnya ½ jam

2 gasht ibarat 2 kaki
kalau buat 1 gasht sahaja spt berdiri atas 1 kaki – tak stabil
gasht adalah tulang belakang kpd usaha dakwah
Jgn sesekali tinggalkan gasht. Tinggal gasht bila mati sahaja.
Bila outstation pun kena buat gasht.
Baru Allah akan letak kemanisan dlm kerja

2 ½ jam ibarat darah dlm badan
Satu org duduk dan fikir maka kerja dah bermula. ½ jam pun dikira
Hari-hari kena buat dakwah baru iman akan meningkat

3 hari sempurna 72jam setiap bulan sangat penting
seolah-olah kita buat usaha utk 30 hari
umat solat 5 waktu tapi dpt ganjaran 50 waktu
maximum satu jemaah 10 org. kalau ramai sangat akan jadi picnic
tanda usaha meningkat bila bilangan jemaah meningkat
tetapkan minggu utk keluar dan setiap minggu ada jemaah keluar
amalan masjid nabawi ialah sentiasa ada jemaah keluar dan ada usaha tempatan

mesyuarat mingguan halaqah ibarat ibu dan 5 org anak
anak pertama – 1 bln
anak kedua – 5 thn
anak ketiga – 10 thn
anak keempat – 15 thn
anak kelima – 25 thn dah berkahwin
marhallah lemah spt anak 1 bln – hari-hari kena tengok. Kena bantu
Ada marhallah yg boleh buat kerja sendiri – macam anak yg dah kahwin
Marhallah lemah – buat 2 ½ j, buat gasht kedua, hantar jemaah 3H
semua org ambil t/jawab

masa adalah perkara yg sangat berharga. Allah bagitahu dlm surah al asr
Semua dlm kerugian kecuali yg beriman, amal soleh, buat dakwah dan sabar
Kerja tak jalan hanya dgn sms dan talipon. Kena buat kerja higga berlaga lutut
Jibrail a.s jumpa nabi s.a.w dan duduk bertemu lutut

Ada 2 perkara tambahan yg perlu kita ambil berat :
  1. jor bulanan halaqah
  2. malam markaz – asar hingga isyrak – bawa 2 bungkusan
Buat DTI. Buat halaqah iman. Bawa org ke masjid. Wujudkan pembelajaran quran di masjid

Buat usaha dgn satu hati, satu fikir, satu cakap, satu kerja
Kena tambah pengorbanan

3H kpd 10H , 2 ½ jam kpd 8 jam, 40H kpd 4B. Keluarkan jemaah secara masjid

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir