bayan malam markaz KL - ust wan helmi

05/09/2012 - sri petaling

Bersyukur pd Allah, dgn limpah kurnia Allah, Allah jadikan kita ashrafulmakhlukat – makhluk yg paling mulia – yg paling dikasihi – yg paling disayangi oleh Allah iaitu manusia

Malaikat bukan ashrafulmakhlukat, walaupun ibadat mereka sempurna dan tak pernah memaksiati Allah

Dlm kitab terdahulu Allah cerita dan puji umat akhir zaman
Kita jadi saksi dakwah yg dibuat oleh ambia a.s

Wahai Daud a.s (dalam zabur)
akan dtg seorang nabi yg namanya Ahmad @ Muhammad
Satu org yg jujur, penghulu sekalian makhluk,
Allah tak murka padanya utk selamanya,
Allah ampunkan dosa dia yg dulu dan akan dtg,
Umatnya yg dikasihi, yg dirahmati, yg di sayangi,
Amalan nafil ambia a.s telah diberi pd umatnya,
Di padang mahsyar, cahaya wajah mereka sama dgn wajah ambia a.s,
Umatnya dimuliakan atas umat yg lain,
Mereka adalah umat yg terbaik

Umat musa a.s, umat isa a.s dipanggil ahli kitab sebab mereka pakar dlm kitab taurat dan injil
Mereka kenal nabi akhir zaman, dari kabilah mana, di mana dilahirkan, di lembah mana dilahirkan. Seorang yahudi di madinah telah tengok bintang dilangit berwarna merah dan berkata: Ahmad telah lahir malam ini

Dlm quran : ‘kuntum qoiroummatin ukhrijat linnas…..’
umat ini adalah umat yg terbaik – ‘khairum ummah…’
umat terbaik bukan sebab ibadat yg hebat
umat terbaik bukan sebab ada ilmu yg hebat
Umat ini dimuliakan semata-mata kerana limpah kurnia Allah
Umat akhir – umat paling mulia – umat paling disayangi
Umat kpd habibullah – umat kpd nabi s.a.w

Nabi korbankan segala-galanya utk umat
Nabi korbankan kerehatan
Nabi korbankan makan dan minum
Nabi korbankan maruah baginda
mula-mula dipanggil al amin – lepas tu dipanggil majnun/gila
Pada hari kewafatan nabi – tiada api – tiada minyak utk nyalakan pelita – sudah beberapa hari tak makan - dlm keadaan lapar
Nabi korban diri sendiri utk kebahagian umat ini
Agar umat selamat dari azab api neraka dan masuk syurga

Umat dahulu – 1 amal kebaikan – 1 hasanah
Umat ini – 1 amal kebaikan – 10 hasanah
Umat dahulu – 2 rakaat -1 ganjaran
Umat ini – 27 ganjaran secara berjemaah
25,000 ganjaran di baitulmaqdis
50,000 ganjaran di madinah
100,000 ganjaran di masjidil haram
diberi malam lailatulqadar – lebih baik drp seribu bulan
lebih baik drp itu – bila beramal di jln Allah
seketika di jln Allah – lebih baik drp beribadat di depan hajarul aswad di malam lailatulqadar
seketika berada di jln Allah – tak sama dgn beribadat sepanjang hayat di rumah sendiri (sepanjang hari puasa, sepanjang malam beribadat)
semua sekali akan dihitung semasa berada di jln Allah – makan, minum, sakit kepala, susah payah – akan digandakan 700,00 kali

nabi telah melihat azab Allah semasa mikraj
nabi risau keadaan umat
nabi menangis utk umat
nabi bimbang tentang keselamatan umat
nabi doa pd Allah – kasihanilah umat ini

semasa sakratul maut – malaikat izrail mengembirakan hati nabi s.a.w bahawa beliau adalah org pertama yg akan masuk syurga
tetapi nabi tanya : apa yg Allah sediakan utk umat aku?

Utk ketua munafik, Ubai bin salon pun nabi istighfar – 70 kali walaupun tak diampun

Aisyah r.ha minta doa dari nabi. 
Nabi doa: ampunilah dosa aisyah yg dulu, yg sekarang, yg sembunyi, yg terang-terangan. Aisyah gembira tapi doa yg sama Nabi doa utk umat selepas setiap kali solat
Di taif, nabi s.a.w dipukul, dibaling dgn batu tapi masih nabi doa hidayat utk umat

Allah beri umat ini t/jawab yg sama dgn t/jawab ambia a.s
Allah perintah buat pengorbanan utk agama sebagaimana nabi s.a.w buat pengorbanan utk agama. Penderitaan semua nabi-nabi dikumpul tidak akan sama dgn penderitaan nabi s.a.w. Ketakutan yg nabi alami semasa hijrah, tak pernah dialami oleh mana-mana manusia pun

Nabi tinggalkan kota mekah dgn keadaan menangis.
Nabi berkata: wahai mekah – aku tak berkeinginan utk tinggalkan engkau
Aku dihalau kerana kerja agama
Nabi tinggalkan tanah tumpah darah, nabi tinggalkan kaabah, nabi tinggalkan safa dan marwah, nabi tinggalkan keluarga utk agama
Nabi jadi muhajirin bersama para sahabat

Kita kena bermujahadah di jln Allah
Sebarkan agama Allah
Bangunkan agama Allah
Dirikan agama Allah
Pertahankan agama Allah
Sahabat telah keluar di jln Allah

Sahabat mendapat didikan dari nabi s.a.w
Sahabat bersohbat dgn nabi s.a.w
Allah bagi mereka kefahaman agama
Sahabat telah pun dijamin syurga – tapi masih keluar di jln Allah
Fatimah ketua permaisuri  di dlm syurga
Hassan dan Husin ketua pemuda di syurga
Abu bakar dan Umar – ketua org dewasa di syurga
Ahli  badar – semua dosa telah diampun
Asyarah mubasyarah – 10 sahabat dijamin syurga
Org muhajirin dan Ansar telah buat pengorbanan utk agama
124,000 sahabat pada haji widak – telah bertebaran ke seluruh alam

muaz b jabal – ketua ulamak, akan pegang bendera ulamak di padang mahsyar
pun di suruh keluar di jln Allah walaupun telah diberitahu bahawa dia tak akan jumpa lagi nabi. Telah pacu kuda dgn hati yg sedih, menangis – tidak berpaling walaupun dipanggil oleh nabi.

Abu ayub al ansari – rumah beliau adalah rumah nabi bermalam semasa hijrah. Rumah yg macam tu pun kena ditinggalkan utk keluar di jln Allah. Umur 94 thn. Meninggal di turki

Uqbah b nafiq – telah pergi hingga ke algeria, maghribi, tunisia – hingga sampai ke tepi pantai lautan pasifik – telah terjun ke dlm laut sehingga air ke paras dada – dan berkata kalau ada negeri lagi – pasti kami akan pergi. Kami akan sampaikan walau sepotong ayat

‘innasolati wanusuki wama yahya wa mamati lillahirobbil alamin’…sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya utk Allah – sahabat telah buktikan. Kita belum lagi.

Di padang mahsyar – org yg buat kerja agama akan duduk dimimbar mutiara
Wajah bercahaya macam para nabi
Jadi saksi dakwah para nabi
Darjat akan ditingkat 100 darjat
1 darjat – jarak antara langit dan bumi

kita kena guna saki baki harta, diri, masa – utk agama
setiap hari 600,000 umat mati tanpa kalimah
apa nak jawab dgn nabi di telaga kausar

sekarang kita bangun bagi azam – tambah pengorbanan 4B, 40H…. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir