Posts

Showing posts from March, 2017

Bermulanya Usaha Masturat

Di sebuah desa bernama Kasabpura (dekat New Delhi , India ) hiduplah sepasang suami isteri, Maulana ‘Abdus Subhan dan ahliya@isterinya. Beliau adalah murid Maulana Ilyas di Nizamuddin. Isterinya seorang ‘alimah yang memiliki risau fikir terhadap keadaan muslimah di Mewat saat itu, beliau sedih melihat keadaan kaum wanita yang jauh dari agama dan berfikir bagaimana caranya agar wanita boleh ikut mengamalkan agama. Di rumah beliau, diadakan majlis ilmu untuk mengajarkan wanita akan pentingnya agama. Suatu hari, Maulana Ilyas berkunjung ke rumah Maulana Abdus Subhan. Kesempatan itu Maulana Abdus Subhan gunakan untuk bertanya langsung kepada Maulana Ilyas tentang risau fikir isteri@ahliyanya, “Mengapa tuan tidak membentuk jemaah untuk wanita sebagaimana tuan membentuk jamaah bagi kaum laki-laki?” Maulana Ilyas terkejut mendengar persoalan itu, beliau tidak menyangka usaha dakwah ini mendapat perhatian dari kalangan wanita. Beliau memang merisaukan keadaan masyarakat Mewat (khususnya...

Bayan Nikah - Maulana Saad

Para sahabat dahulu mereka menikah mencari berkah dengan mengamalkan sunnah. Nikah yang paling besar berkahnya adalah yang biayanya paling sedikit. Sementara hari ini sunnah pernikahan yang diamalkan para sahabat sudah ditinggalkan oleh umat hari ini. Jabir r.hu itu adalah khadim khusus (ahli khidmat) Rasullullah s.a.w. Ketika menikah, Nabi s.a.w tidak tahu. Padahal Jabir r.hu itu tinggalnya satu mahallah dengan Rasulullah s.a.w. Namun ketika Jabir r.hu menikah kerana sangat sederhananya, sampai Nabi s.a.w pun tidak mengetahuinya. Jadi para Sahabat menikah mencari keberkahan dengan mengamalkan sunnah, bukan dengan mengumpulkan orangramai. Menikah dengan kesederhanaan, bukan dengan kemeriahan ataupun pesta yang mewah-mewah. Kita orang muslim menikah di masjid. Didalam hadits tirmidzi dikatakan: “Umumkan pernikahan dan lakukanlah di masjid”. Nikah adalah ibadah, maksud nikah dilakukan di masjid karena nikah ini ibadah, sementara orang menganggap bahwa nikah ini adalah nafsu. Nikah ...

nyawa & harta

Apa itu iman? Iman itu pertaruhan antara nyawa dan harta benda. Segalanya kita sudah taruhkan dan beri pada Allah s.w.t. Apa itu iman? Iman maksudnya harta dan nyawa kita bukan kita punya lagi. Apabila manusia ucap kalimah syahadah, maka daripada saat itu, hartanya dan nyawanya, semua bukan milik dia lagi. Perkara iman yang sebenarnya ialah harta benda bukan kita punya, hatta nyawa pun bukan kita punya. Kita bukan pemilik kedua-duanya. Kita hanya memegang amanah untuk kedua-duanya. Maulana Yusuf rah. kata, “Maksud sifat sahabat yang keenam ialah kita dapat keluarkan diri kita daripada salah sangka iaitu harta benda kita punya”. Sangkaan kita atau anggapan kita, nyawa saya punya, harta benda saya punya, saya boleh guna di mana sahaja saya kehendaki tetapi tuntutan iman ialah nyawa bukan kita punya, harta benda pun bukan kita punya, kedua-duanya kita telah jual pada Allah s.w.t.

hidup sederhana & bermujahadah

Baginda s.a.w telah wujudkan 2 sifat dikalangan sahabat-sahabat :- 1. hidup sederhana 2. sanggup bermujahadah. Kesederhanaan yang begitu ketara dalam kehidupan Umar r.a. Pakaiannya ada 17 tampalan dan pada kain sarungnya ada satu tampalan daripada kulit. Tahap mujahadah yang diwujudkan dalam expedisi Ambar iaitu amernya Hadrat Ubaidah Jarrah r.a, orang yang paling amanah dalam umat Baginda s.a.w, bersama-sama dengan 300 orang di mana mereka telah rendamkan daun-daun sebagai makanan. Semasa Hadrat Umar r.a menjadi amer, beliau tidak benarkan orang selalu mandi. Beliau kata, “Mandi kamu adalah dalam panas, semasa kamu berpeluh, biasakan diri kamu dalam panas”. Musuh islam telah tukarkan kesederhanaan itu dengan fesyen dan mereka telah ubahkan mujahadah orang-orang Islam kepada kehidupan mewah. Sehinggakan dalam rumah ada hawa dingin, dalam kedai ada hawa dingin, dalam kereta ada hawa dingin, dalam masjid ada hawa dingin, di mana sahaja mereka pergi ada hawa dingin,...

Anak & Harta - Maulana Razif

1. 2 benda yang Allah bagi yang bernilai pada kita hendaklah kita laburkan. Anak dan Harta. 2. Apabila kita nak melabur,.maka kita akan cari pelaburan yang baik, yang boleh mendatangkan pulangan yang bagus. begitu juga dengan anak kita. Hendaklah anak kita yang paling pandai sekali di hantar untuk belajar agama. 3. Madrasah bukan tempat pemulihan tetapi tempat di mana pejuang-pejuang agama dilahirkan. 4. Ibu bapa kena banyak doa untuk anak. Kamu hantar anak-anak kamu ke madrasah, mempelajari Al Quran. Satu perkara yang sangat tinggi. Oleh kerana itu, janganlah pula rumah kita masih ada amalan-amalan dajjal, amalan yahudi dan nasrani. rumah perlu dihidupkan dengan Bacaan Hadis, Bacaan Al Quran, Muzakarah Adab. 5. Hubungan antara ibu dan bapa dan anak terlampau rapat. Nabi salallahu a'laihi wasallam beritahu, doa bapa kepada anaknya tidak ditolak oleh Allah. Bagaimana dengan doa si ibu? 3 kali lebih makbul dari doa si ayah. Oleh kerana rapatnya perhubungan ini, kesil...

Bayan - Maulana Khairul Amin

Roh dunia - AGAMA Roh agama - DAKWAH Roh dakwah - MUJAHADAH Kalau agama mati, dunia akan musnah. Kalau dakwah mati, agama akan musnah. Kalau mujahadah mati, dakwah akan musnah. Agama ini datang kepada kita bukan dgn hembusan angin atau seperti titisan hujan, tetapi di belakang setiap amal Agama kita ada mujahadah dan pengorbanan dgn titisan air mata dan darah Nabi s.a.w, para Sahabat r.a. dan salafusoleh yg terdahulu.

jasad & roh

MUTIARA KATA UNTUK PARA DA’I Dunia adalah jasad, rohnya adalah agama Agama adalah jasad, rohnya adalah dakwah Dakwah adalah jasad, rohnya adalah mujahadah Mujahadah adalah jasad, rohnya adalah mesyuarat  Mesyuarat adalah jasad, rohnya adalah taat Taat adalah jasad, rohnya adalah ikhlas Ikhlas adalah jasad, rohnya adalah istikhlas Orang yang mendengar akan lupa Orang cakap akan ingat Orang yang beramal akan faham Orang Istiqamah akan ikhlas Orang yg ikhlas akan makbul Orang yg makbul masuk syurga

Bayan Masturat - Maulana Shamim

Nizamuddin Sebagaimana laki-laki mempunyai tanggung jawab dalam dakwah ini, maka begitu pula kaum wanita, mereka pun juga mempunyai tanggung jawab yang sama dalam dakwah. Nabi s.a.w ini adalah nabi untuk kaum laki-laki dan nabi untuk kaum wanita. Nabi muhammad s.a.w, dalam kerja dakwah ini telah sediakan bukan hanya laki-laki, tetapi wanita dan kanak-kanak juga. Semua dibawa oleh Nabi s.a.w dalam kerja dakwah. Sejarah membuktikan dalam setiap zaman yang nabi-nabinya dibantu oleh isteri-isteri mereka dalam kerja dakwah, maka kerja dakwahnya maju. Sedangkan Nabi-nabi yang tidak dibantu oleh isteri-isteri mereka maka dakwahnya susah tersebar. Begitu besar kerja dakwah ini, maka Allah s.w.t nampakkan pengorbanan kaum wanita yang sangat banyak di zaman Nabi s.a.w. Terciptanya orang-orang besar menurut sejarah ini asbab adanya pengorbanan wanita. Nabi Musa a.s menjadi besar asbab dari pengorbanan ibunya. Begitu pula diwujudkannya kembali Ka’bah ini asbab adanya pengorbanan w...

Targhib 2jam setengah - ust zam-zam

ALLAH s.w.t bersumpah bahawa manusia RUGI kerana MASA. Bukan rugi kerana duit, emas, kedai, pejabat, pertanian dan lain-lain. MASYAIKH MAHU APA? Mereka minta 4 BULAN (2880 jam) 40 HARI (960 jam) 3 HARI (72 jam) sebagai tempoh latihan Maksud dari latihan adalah HARI-HARI beri masa DUA JAM SETENGAH DUA JAM SETENGAH ibarat ibu jari. Tanpa ibu jari banyak perkara susah dibuat: makan, menulis, pegang gelas dan sebagainya. Dalam mohala yang ada ramai karkun 4 bulan sekalipun, bila DUA JAM SETENGAH tidak dibuat, susah untuk keluar walaupun jemaah 3 hari. Untuk keluar pun, karkun perlu diusuli. Untuk buat 2jam½  tidak perlu pasport, cuti dan belanja Maksud usaha 2jam½: 1 - Membentuk jemaah 2 - Menyempurnakan jemaah. Empat perkara dalam membentuk jemaah: 1 - BILA TARIKH kita nak keluar? 2 - SIAPA ORANG BARU yang nak kita bawa? 3 - KE MANA ROUTE kita nak keluar? 4 - BERAPA BELANJA diperlukan? MASA untuk BENTUK jemaah 3 HARI adalah 27 hari. SIAPA yan...

Targhib utk da'i

Banyak orang yang merasa mereka dalam dakwah tetapi sebenarnya mereka tidak dalam dakwah. Dakwah adalah sarana tarbiyah umat untuk mencapai sifat-sifat yang di kehendaki Allah swt secara bertahap-tahap. Jadi sudah seharusnya semakin kita banyak dan sering berdakwah maka akan tumbuh dihati kita sifat-sifat yang dikehendaki Allah swt. Maulana yusuf rah. kata: Ada org yg merasa berada dlm kerja dakwah, tetapi sebenarnya dia tdk berada dlm kerja dakwah iaitu org yg pandai bayan, mudzakarah, dsb namun tdk ada enam sifat dlm dirinya. Maulana Ilyas rah. kata: Ada satu hal yg menakutkan dlm kerja dakwah ini iaitu org yg sibuk membentuk jamaah tunai/cash tp tdk mengusahakan enam sifat dlm dirinya Keberhasilan seorang da’i bukan diukur dari banyaknya yang ikut dengan dakwah mereka, pandai bayan, pandai mudzakarah atau pandai memimpin musyawarah melainkan sejauh mana rasa ketergantungan da’i tersebut kepada Allah swt, sebagaimana Ibrahim a.s ketika dibakar dalam api Namrud. D...

yang manakah pasangan kita?

Kata Maulana Ahmat Lat: Ada 4 pasangan di dunia ini 1. Rasulullah s.a.w dan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah r.ha - keduanya ke Syurga 2. Nabi Nuh a.a dan isterinya - Nabi Nuh sahaja ke syurga namun isterinya ke neraka 3. Hazrat Asiah a.s dan Firaun - Asiah ke syurga namun Firaun ke neraka 4. Abu Lahab dan isterinya - keduanya ke neraka Kemudian Maulana bertanya: Yang mana satu kah pasangan kita? Dunia lah tempat untuk kita siapkan bekalan amal untuk bahagia selamanya di sana . Apa ertinya kita ke syurga andai pasangan yg bersama dan menemani kita berkhidmat untuk kita namun menuju ke neraka? Semoga ALLAH menjadikan kita dan pasangan seperti Baginda Rasulillah s.a.w. dan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah r.ha bersama susah senang di dunia untuk agama dan bersama bahagia di syurga..amin

khuruj 40H beaufort (3)

Image
40 hari di bongawan pekan bongawan tamu bongawan pasar bongawan stesen bongawan kelip2 bongawan pantai kenangan air terjun sumbiling terima kasih org bongawan

khuruj 40H beaufort (2)

Image
8am - berlepas 11am - mendarat 90 days visit pass terus ke markaz beaufort markaz beaufort - 25 halaqah jemaah diputuskan keluar di halaqah bongawan halaqah bongawan - 18 mahallah karkun 4B - 5 org karkun 40H - 16 org route 1 - masjid bongawan route 2 - surau seri serbang route 3 - surau sg damit route 4 - surau biau route 5 - surau seladan route 6 - surau sumbiling route 7 - kembali ke surau seri serbang azam dari halaqah bongawan utk jor karkun lama/ulamak 2017 1j negara jauh 1j 4B IPB 1j 40H DN utk mereka yg nak pegi negara jauh eloklah menabung dari sekarang semoga Allah terima nusrah/hijrah kami semua jadi asbab hidayat seluruh alam amin