nyawa & harta

Apa itu iman? Iman itu pertaruhan antara nyawa dan harta benda. Segalanya kita sudah taruhkan dan beri pada Allah s.w.t.

Apa itu iman? Iman maksudnya harta dan nyawa kita bukan kita punya lagi. Apabila manusia ucap kalimah syahadah, maka daripada saat itu, hartanya dan nyawanya, semua bukan milik dia lagi.

Perkara iman yang sebenarnya ialah harta benda bukan kita punya, hatta nyawa pun bukan kita punya. Kita bukan pemilik kedua-duanya. Kita hanya memegang amanah untuk kedua-duanya.

Maulana Yusuf rah. kata, “Maksud sifat sahabat yang keenam ialah kita dapat keluarkan diri kita daripada salah sangka iaitu harta benda kita punya”.

Sangkaan kita atau anggapan kita, nyawa saya punya, harta benda saya punya, saya boleh guna di mana sahaja saya kehendaki tetapi tuntutan iman ialah nyawa bukan kita punya, harta benda pun bukan kita punya, kedua-duanya kita telah jual pada Allah s.w.t.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir