hidup sederhana & bermujahadah
Baginda
s.a.w telah wujudkan 2 sifat dikalangan sahabat-sahabat :-
1. hidup sederhana
2. sanggup bermujahadah.
1. hidup sederhana
2. sanggup bermujahadah.
Kesederhanaan
yang begitu ketara dalam kehidupan Umar r.a. Pakaiannya ada 17 tampalan dan
pada kain sarungnya ada satu tampalan daripada kulit.
Tahap
mujahadah yang diwujudkan dalam expedisi Ambar iaitu amernya Hadrat Ubaidah
Jarrah r.a, orang yang paling amanah dalam umat Baginda s.a.w, bersama-sama
dengan 300 orang di mana mereka telah rendamkan daun-daun sebagai makanan.
Semasa
Hadrat Umar r.a menjadi amer, beliau tidak benarkan orang selalu mandi. Beliau
kata, “Mandi kamu adalah dalam panas, semasa kamu berpeluh, biasakan diri kamu
dalam panas”.
Musuh islam
telah tukarkan kesederhanaan itu dengan fesyen dan mereka telah ubahkan
mujahadah orang-orang Islam kepada kehidupan mewah.
Sehinggakan
dalam rumah ada hawa dingin, dalam kedai ada hawa dingin, dalam kereta ada hawa
dingin, dalam masjid ada hawa dingin, di mana sahaja mereka pergi ada hawa
dingin, supaya langsung sifat mujahadah tidak wujud dalam kehidupan mereka.
Melalui
usaha dakwah/tabligh ini, satu hasil yang dikehendaki iaitu kehidupan berfesyen
ini dapat ditukarkan kembali kepada kehidupan sederhana dan supaya kehidupan
mewah dapat ditukarkan dengan kehidupan mujahadah.
Selagi kita
tidak sanggup menerima kehidupan sederhana dan kehidupan bemujahadah, maka kita
tidak akan dapat kekalkan diri kita untuk masa yang panjang dalam usaha agama.
Comments
Post a Comment