Anak & Harta - Maulana Razif
1. 2 benda
yang Allah bagi yang bernilai pada kita hendaklah kita laburkan. Anak dan
Harta.
2. Apabila
kita nak melabur,.maka kita akan cari pelaburan yang baik, yang boleh
mendatangkan pulangan yang bagus. begitu juga dengan anak kita. Hendaklah anak
kita yang paling pandai sekali di hantar untuk belajar agama.
3. Madrasah
bukan tempat pemulihan tetapi tempat di mana pejuang-pejuang agama dilahirkan.
4. Ibu bapa
kena banyak doa untuk anak. Kamu hantar anak-anak kamu ke madrasah, mempelajari
Al Quran. Satu perkara yang sangat tinggi. Oleh kerana itu, janganlah pula
rumah kita masih ada amalan-amalan dajjal, amalan yahudi dan nasrani. rumah
perlu dihidupkan dengan Bacaan Hadis, Bacaan Al Quran, Muzakarah Adab.
5. Hubungan
antara ibu dan bapa dan anak terlampau rapat. Nabi salallahu a'laihi wasallam
beritahu, doa bapa kepada anaknya tidak ditolak oleh Allah. Bagaimana dengan
doa si ibu? 3 kali lebih makbul dari doa si ayah. Oleh kerana rapatnya
perhubungan ini, kesilapan dalam amalan ibu dan ayah memberi kesan kepada
anak-anak.
Maulana
Muhamad Lat telah berkata: Orang yang memilih anak yg cerdas untuk dihantar ke
pusat pengajian lain, dan yg lemah dipilih untuk masuk madrasah ialah orang
yang mengkhianati agama.
Comments
Post a Comment