Bayan Nikah - Maulana Saad
Kita orang
muslim menikah di masjid. Didalam hadits tirmidzi dikatakan: “Umumkan pernikahan
dan lakukanlah di masjid”. Nikah adalah ibadah, maksud nikah dilakukan di
masjid karena nikah ini ibadah, sementara orang menganggap bahwa nikah ini
adalah nafsu. Nikah bukanlah kerana nafsu, tidak seperti itu, nikah itu untuk
ibadah. Andaikata nikah itu diperintahkan untuk mengikuti atau menyempurnakan
nafsu maka tidak akan diperintahkan dilakukan di masjid. Orang menganggap nikah
ini adalah nafsu, padahal bukan seperti itu. Nabi s.a.w sabdakan :“Apabila
seorang suami menggauli isterinya maka dia akan mendapatkan pahala”. Lalu
sahabat bertanya, “Ya Rasullullah seseorang yang menunaikan nafsunya dengan isterinya
maka dia akan mendapat pahala?” Sahabat bingung kerana ada perintah yang sesuai
dengan hawa nafsu tetapi Allah s.w.t berikan pahala. Maka Nabi s.a.w katakan
:“Seandainya dia gunakan kemaluannya untuk yang haram, bukankah itu juga dosa?
Maka demikian pula apabila dia gunakan itu dengan cara yang benar dan untuk
menghindarkan perbuatan dosa, maka diapun mendapat pahala”.
Nikah ini
adalah sunnah. Orang beranggapan tentang satu hadits: “Menikahlah dengan cara
sunnahku, setelah itu terserah kalian”, sehingga kita melakukannya sesuka hati
kita, padahal bukan seperti itu maksudnya. Hendaknya semua peringkat dalam
pernikahan itu mengikuti cara Rasullullah s.a.w. Itu maksudnya yg sebenar menikah
dengan cara sunnah Nabi s.a.w.
Nikah dalam
bahasa arab ertinya menggauli isteri. Setelah ijab dan qobul, maka diizinkan
untuk bergaul dengan isteri, kerana sudah halal. Oleh sebab itulah dalam akad
disebut “nikhun” atau nikah. Maksudnya dalam menggauli isteri pun ada
sunnahnya. Jadi semua peringkat harus sesuai dengan sunnah. Sunnah inilah yang
akan menyelamatkan seseorang dari kemungkaran. Sama dengan solat yang akan
menghindarkan kita dari fahsya dan mungkar, menikah dengan sunnah juga seperti
itu hasilnya. Menikah ini ibadah sebagaimana solat juga ibadah. Menikah dengan
sunnah ini untuk mencegah dari muasyarah yang buruk. Nikah ini adalah untuk
menjaga pandangan dan kemaluan. Apabila seseorang mengerjakan solat, tetapi
solatnya masih buruk, maka solatnya tidak akan mampu mencegah daripada
kemungkaran. Begitu juga seseorang yang menikah tetapi belum mampu menjaga
pandangannya, ini sama seperti orang yang solat tetapi solatnya masih buruk.
Padahal dalam hadits dikatakan amalan yang paling mampu mengendalikan pandangan
ini adalah nikah. Jadi kalau seseorang sudah menikah masih tidak mampu menahan
pandangannya, ini bererti dalam pernikahannya ada kerosakan. Kenapa kita tahu
ada kerosakan dalam pernikahannya? Sebab dia masih tidak mampu menahan
pandangannya.
Nikah itu
bukan untuk kemahsyuran, kerana nikah yang berkah itu adalah yang paling sedikit
biayanya. Semua ishrof (pembaziran) yang dilakukan dalam pernikahan ini supaya
mendapatkan kemasyhuran. Orang melakukan ishrof dalam pernikahan supaya menjadi
terkenal ataupun menjaga nama baik. Berapa banyak orang islam jatuh? dalam
menunaikan nafsu saja tetap menginginkan kemahsyuran, supaya jadi terkenal.
Orang beranggapan dengan membelanjakan wang yang banyak untuk acara nikah maka
dia akan mendapatkan kemuliaan. Padahal bukan seperti itu.
Maulana
Ilyas rah. kata bahwa maksud kerja dakwah adalah ihya’us sunnah, menegakkan
sunnah. Maksud dari pernikahan di masjid ini untuk menegakkan sunnah. Hendaknya
kita semua belajar bagaimana cara menikah yang benar. Jangan berfikiran kita
datang ke sini (Nizamuddin) untuk dinikahkan supaya berkah kerana ada ulama dan
masyaikh, jangan seperti itu. Jabir r.hu ketika itu hidup bersama Nabi s.a.w
tetapi dia mengutamakan sunnah bukan keberkahan dari Nabi s.a.w, bahkan Nabi s.a.w
sendiri tidak tahu Jabir r.hu menikah. Itu Jabir r.hu bersama Nabi s.a.w,
apalagi kita di sini, siapalah kita dibanding Nabi s.a.w. Demi Allah, tidak ada
keberkahan nikah itu dalam peribadi-peribadi, tetapi dalam sunnah Nabi s.a.w.
Orang yang tidak mengambil berkah dari sunnah Nabi s.a.w, bagaimana dia boleh
dapat berkah. Orang yang ingin mendapatkan keberkahan dari orang lain, ini
seperti kereta yang tidak ada lampu berjalan dibelakang kereta yang ada lampu
di malam hari. Bagaimana kereta ini boleh berjalan cepat di malam hari?
Apabila
kita menginginkan anak dan keturunan yang soleh hendaklah pernikahannya
dilaksanakan dengan cara sunnah, seluruh peringkat, sampai menggauli isterinya.
Seperti orang yang menginginkan hasil tuaian yang baik. Maka ini harus dari
benih yang bagus. Lalu difikirkan bagaimana cara menanamnya, bagaimana
mengairinya, semuanya difikirkan caranya. Apabila menginginkan hasil tuaian
yang bagus, maka seorang petani ini akan berfikir sebelum menanam. Al Quran
mengatakan bahawa perempuan itu seperti sawah. Apa maksudnya? sebagaimana
kalian menanam, seperti itulah kalian akan menuai.
Ketidaktaatan
anak itu penyebabnya cuma satu, tatkala menggauli isteri tidak ikut cara yang
dicontohkan Nabi s.a.w. Sehingga syaitan ikut dalam pergaulan suami isteri. Jika
kita tidak ikut cara Nabi s.a.w dalam menggauli isteri, maka syaitan pun ikut
di situ menggauli isteri kita. Kalau sudah begitu bagaimana mungkin akan dapat
anak yang soleh. Orang yang tidak belajar doa ketika menggauli isteri, syaitan
akan ikut bersama dia menggauli isteri. Orang yang dalam menggauli isteri tidak
mahu mengikuti cara sunnah, maka tidak ada bezanya dengan haiwan. Sebab hanya
sunnahlah yang membezakan manusia dengan haiwan. Hanya sunnah sahaja pembezanya
tidak ada yang lain.
Kita
niatkan dalam setiap amalan kita selalu teliti, apa sunnahnya. Insya Allah…
bayan m.saad ni kat mana? jord karkun lama baru baru ni ke?
ReplyDeletebukan
ReplyDelete