Posts

Showing posts from June, 2017

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Segala sesuatu, dari bumi hingga langit, semua yg ada sebelumnya dan yg akan dtg, adalah makhluk Allah. Segala keadaan juga adalah makhlukNya. Justeru, apabila kita mahu sesuatu, mintalah kpd Allah. Apabila kita rasa takut terhadap sesuatu maka mintalah bantuan dgn taqarrub kpd Allah. Apabila rasa takut itu dihindarkan Allah, maka selamanya ia terhindar. Sebaliknya, meminta bantuan dari makhluk sebenarnya adalah juga dlm kekuasaan Allah, bantuan itu bersifat sementara. Maka barangsiapa yg meminta kpd makhluk bukan kpd Allah, maka ia akan kerugian besar. 2. Maksud dan tujuan usaha tabligh bukan khusus utk menghidupkan syiar tertentu bahkan menghidupkan kembali segala yg dibawa oleh Rasullullah s.a.w utk kejayaan setiap org islam, memberi semangat kpd setiap org islam utk mengamal agama sesuai dgn kemampuan masing2. Asasnya ialah melazimkan diri meninggalkan rumah dan kesibukan masing2, semata-mata utk keredhaan Allah. Apabila perkara ini menjadi lumrah, maka rahmat Allah akan t...

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Merendahkan org lain, menghina, membicarakan keburukan org lain, semua itu sering timbul dan muncul di kalangan umat yg boleh menghancurkan kesatuan umat. Hukumnya adalah haram melakukan keburukan2 tersebut. Seballiknya perkara yg menyebabkan umat bersatu kembali, saling menghormati dan memuliakan, perkara ini sangat dituntut. Kita tidak perlu mengharapkan org lain memulia dan menghormati kita, kerana itu tidak menyatukan umat bahkan merosakkan umat. Umat akan terbina apabila setiap org berkata, “saya tidak layak utk dihormati kerana saya bukan memburu kemuliaan tetapi memberi kemuliaan kpd org lain kerana mereka berhak mendapat kemuliaan dan kehormatan 2. Setiap org pasti mempunyai sedikit kelemahan dan kekurangan. Seorang wali pun akan ditemui kekurangannya. Hal itu menyebabkan perasaan kurang senang terhadapnya. Kerana itulah, kita harus sentiasa melihat kebaikan-kebaikan org lain. Jangan lihat rahsia hidup org lain lalu membongkar dan menyangkanya benar. 3. Mereka yg ta...

khatam 30 juzuk

Image
alhamdulillah masuk madrasah 01/01/2014 setelah bermujahadah selama 3 1/2 thn dgn izin Allah berjaya menghafal 30 juzuk pada 20/06/2017 - 25 ramadan 1438H sebahagian dari pelajar  madrasah nurul ilmi tarawikh di hotel concorde shah alam perjalanan masih jauh syahadah  tahniah muaz kaza al-hafiz terima kasih semua

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Kita harus yakin bahawa agama hanya akan bersinar dgn dakwah dan berkorban di jln Allah. Setelah berkorban mohon doa. Atas dasar keyakinan ini kita dituntut agar berkorban utk melaksanakan dakwah di jln Allah. Sentiasa lihat kudrat ‘kun faya kun’ Allah. Zat yg maha tinggi dgn harap dan yakin kpd hidayah Allah. 2. Barangsiapa berkorban dgn ikhlas (utk agama) maka pada suatu hari nanti pangkat dan harta akan dtg mengikutinya. Ini adalah ujian yg sangat besar. Namun barangsiapa yg memburu kerajaan dan harta maka ketahuilah bahawa ia telah menukar kerja agama dgn pangkat dan harta. Ini akan memusnahkan segala penat lelahnya. Sebaliknya apabila dia tidak memandang pangkat dan harta, berkorban semuanya di jln Allah maka suatu hari nanti ia akan menjadi perhatian, menyebabkan para kenamaan mengikutinya keluar di jln Allah. Jalan Rasulullah s.a.w adalah jln dakwah dan pengorbanan, bukan jln memburu kuasa, pangkat dan harta. 3. Usaha membaiki diri ialah usaha menjaga lidah, menjaga...

Malfuzat Maulana Yusuf

1. Allah pencipta dan pemilik seluruh alam semesta. Dari setiap bji-bijian, setiap manusia dan segala sesuatu semuanya dicipta dgn kudratNya. Dia adalah zat pembuat segala sesuatu. Dia sendiri tidak tercipta dari apapun. Segala sesuatu yg telah diciptaNya adalah dibawah kudratNya. Segala benda di bawah kekuasaanNya. Dia boleh menukar bentuk dan sifat segala benda. Tongkat boleh berubah menjadi ular dan ular boleh berubah menjadi tongkat. Dia maha menguasai setiap benda di bumi dan di langit. Semuanya dlm kekuasaanNya. Dia zat yg maha mentadbir.   2. Dunia dan segala isinya serta semua rupa bentuk, dari rumput hingga bom atom dan roket, juga semua kekuatan dan kerajaan, berada di bawah kudrat ilahi. Benda2 ini bukannya kudrat hanya saluran dari kudrat ilahi dan semuanya itu tidak kekal. Sedangkan kudrat ilahi adalah kekal abadi. Allah membentuk kehidupan dari benih2 dan Dia juga yg menumbuhkannya. Allah yg memberi kemuliaan dan yg memberi kehinaan. Kesimpulannya, segala sesuatu...

Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Semua amal yg kita lakukan di dalam usaha dakwah adalah untuk memajukan diri kita sendiri. Melalui usaha ini, Allah akan mengangkat darjat seseorang. 2. Langkah pertama syaitan ialah dia tidak membenarkan manusia melakukan amal. Apabila manusia melakukan amal maka syaitan mencuba untuk mengotorkan amal itu dgn was2 nafsu yg mengakibatkan amal tersebut tidak berkesan 3. Di dlm jalan ini (usaha dakwah) tidak ada ketika di mana seorang boleh merasakan yg ‘saya sekarang sudah bebas/sempurna’ 4. Apa itu tazkiyah? Jika mana2 cabang kehidupan seseorang itu bertentangan dgn perintah Allah maka ini kena ditinggalkan. Jika cabang itu ditinggalkan maka tazkiyah sudah berlaku 5. Ikhlas adalah ruh usaha ini. Seseorang perlu membuat usaha hanya utk keredhaan Allah. Jangan ada apa2 kepentingan peribadi. Jika seseorang mengharapkan apa2 ganjaran drp makhluk, makhluk itu sendiri miskin, apa yg dia boleh beri pd kamu. Jika kamu mengharap pd Allah, Allah dgn keagunganNya akan mengurni...