Malfuzat Maulana Yusuf
1. Merendahkan org lain, menghina, membicarakan keburukan org
lain, semua itu sering timbul dan muncul di kalangan umat yg boleh
menghancurkan kesatuan umat. Hukumnya adalah haram melakukan keburukan2
tersebut. Seballiknya perkara yg menyebabkan umat bersatu kembali, saling
menghormati dan memuliakan, perkara ini sangat dituntut. Kita tidak perlu
mengharapkan org lain memulia dan menghormati kita, kerana itu tidak menyatukan
umat bahkan merosakkan umat. Umat akan terbina apabila setiap org berkata,
“saya tidak layak utk dihormati kerana saya bukan memburu kemuliaan tetapi memberi
kemuliaan kpd org lain kerana mereka berhak mendapat kemuliaan dan kehormatan
2. Setiap org pasti mempunyai sedikit kelemahan dan kekurangan.
Seorang wali pun akan ditemui kekurangannya. Hal itu menyebabkan perasaan
kurang senang terhadapnya. Kerana itulah, kita harus sentiasa melihat
kebaikan-kebaikan org lain. Jangan lihat rahsia hidup org lain lalu membongkar
dan menyangkanya benar.
3. Mereka yg tahu dan taat kpd Allah dan Rasulullah s.a.w
tetapi ia sibuk dan terpesona dgn benda2 dunia maka keadaannya tidak lebih baik
drp seorang pencuri atau perompak. Mereka memperolehi harta dan pangkat tetapi
mereka tidak langsung memperolehi ketenangan jiwa dan kerukunan rumahtangga.
4. Alam ini kekal bergantung sejauh mana manusia mengamalkan
sunnah2 rasulullah s.a.w. Apabila amalan2 tersebut tidak lagi hidup dan
diamalkan maka pd waktu itu bangkai2 yg berjalan akan dikuburkan hidup2.
5. Di dunia ini ada 2 jenis usaha. Pertama, usaha atas tanah
dan yg dihasilkan dari tanah. Kedua, usaha menguatkan iman dan amal. Usaha pertama
akan dibalas di dunia tetapi mereka tidak akan mencapai kesenangan dan
ketenangan. Usaha kedua, Allah akan balas di dunia dan sepenuhnya di akhirat.
6. Segala yg dilihat di dunia tidak kekal. Mata hanya dpt
melihat keadaan zahir sahaja. Mata tidak dpt melihat hakikat benda tersebut.
Bahkan kita tidak dpt melihat ruh kita sendiri. Nizam Allah yg ghaib yg tidak
dpt dilihat oleh mata, bilangannya lebih banyak berjuta-juta tingkatan. Mata
tidak dpt melihat benda itu baik dari awal mahupun akhirnya. Mata hanya dpt
melihat keadaannya sahaja.
7. Segala sesuatu berasal dari tanah dan akan kembali menjadi
tanah. Mata tidak dpt melihat hancurnya makhluk menjadi tanah. Mata hanya dpt
melihat bentuk masa hidupnya sahaja. Wahai saudara ku, bertafakurlah apabila
melihat makhluk ciptaan Allah.
8. Makhluk asalnya tidak ada, kemudian dgn kudratNya, Allah
menciptanya dari tanah menjadi suatu rupa dan kelak semuanya kembali menjadi
tanah. Dlm quran disebut : “Dari bumi (tanah) itulah Kami jadikan kamu dan
kepadanya Kami akan kembalikan kamu dan daripadanya Kami akan keluarkan kamu
pada kali yg lain” (surah Toha - ayat 55)
9. Dlm setiap rakaat solat ada 2 sujud. Hikmahnya, semasa sujud
yg pertama, ingatlah bahawa kita dicipta dari tanah. Kemudian semasa sujud yg
kedua ingatlah bahawa setelah kehidupan dunia ini, kita akan kembali menjadi
tanah kemudian akan dibangkitkan dan dipanggil ke hadapan Allah serta dihisab
kehidupan di dunia ini.
10. Seruan para nabi bahawa kejayaan manusia dan cara
menyelesaikan masalah bukan terletak pd harta, pangkat dan kuasa atau ramai
pengikut, tetapi menyempurnakan perintah Allah dan berjuang di jlnNya. Dlm
quran banyak menceritakan kisah para nabi. Nabi nuh dan kaumnya. Nabi ibrahim
dgn namrud. Nabi musa dgn firaun dan qarun. Setelah membaca dan memikirkan
kisah tersebut maka kesimpulannya bahawa ramai pengikut, banyaknya harta dan
kekuasaan tidak bernilai di sisi Allah. Segala sesuatu bergantung pd keputusan
dan bantuan Allah. Allah sentiasa bersama hambaNya yg menjadi pembantuNya dan
berkorban di jalanNya.
11. Di dlm kehidupan org islam, sebelumnya telah ada adat
kebiasaan. Maksud usaha dakwah dan tabligh ini ialah utk kembalikan ruh hakikat
agama ke dlm kehidupan mereka. Di dlmnya ada berbagai bahagian agama. Dgn
perkataan lain, agar manusia mengamalkan agama secara kaaffah (menyeluruh) dgn tertib yg betul.
Comments
Post a Comment