Malfuzat Maulana Yusuf

1. Segala sesuatu, dari bumi hingga langit, semua yg ada sebelumnya dan yg akan dtg, adalah makhluk Allah. Segala keadaan juga adalah makhlukNya. Justeru, apabila kita mahu sesuatu, mintalah kpd Allah. Apabila kita rasa takut terhadap sesuatu maka mintalah bantuan dgn taqarrub kpd Allah. Apabila rasa takut itu dihindarkan Allah, maka selamanya ia terhindar. Sebaliknya, meminta bantuan dari makhluk sebenarnya adalah juga dlm kekuasaan Allah, bantuan itu bersifat sementara. Maka barangsiapa yg meminta kpd makhluk bukan kpd Allah, maka ia akan kerugian besar.

2. Maksud dan tujuan usaha tabligh bukan khusus utk menghidupkan syiar tertentu bahkan menghidupkan kembali segala yg dibawa oleh Rasullullah s.a.w utk kejayaan setiap org islam, memberi semangat kpd setiap org islam utk mengamal agama sesuai dgn kemampuan masing2. Asasnya ialah melazimkan diri meninggalkan rumah dan kesibukan masing2, semata-mata utk keredhaan Allah. Apabila perkara ini menjadi lumrah, maka rahmat Allah akan turun mencurah-curah.

3. Semakin bertambah usaha yg kita lakukan maka semakin tersebar hidayat Allah. Apabila usaha hidayat berhenti maka hidayat dlm diri org islam akan beransur keluar. Yg mula2 keluar ialah hidayat dlm perdagangan dan muasyarat. Manusia akan meninggalkan hukum2 agama dlm perdagangan dan mengikut cara2 lain. Kemudian fardu2 akan (diabaikan) dan berbagai firqah baru akan masuk. Akhirnya org islam akan terkeluar dari agama. Apabila kita gerakkan usaha agama, maka hidayat Allah akan mula dtg. Semakin bertambah usaha yg kita laksanakan semakin banyak pula hidayat yg tersebar.

4. Apabila pengorbanan telah sampai di kemuncak, maka manusia akan terima hidayat yg melimpah dari langit. Apabila org islam sibuk dgn berbagai corak kehidupan, tidak bersedia mendengar dakwah agama maka bagaimana mereka boleh menerapkan hukum2 agama di dlm pekerjaan yg sesuai dgn mereka?

5. Sebagai ganjaran atas pengorbanan yg dilakukan utk agama, maka Rasulullah s.a.w sendiri akan memberi minum di telaga kautsar dgn tangan baginda yg mulia. Hal ini diberitahu oleh baginda kpd orang ansar setelah melihat pengorbanan mereka. Syaratnya ialah segala-galanya dikorbankan utk Allah tanpa mengharap balasan. Org yg hanya melihat akhirat, maka merekalah yg akan hampir dgn rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

6. Hidupkan suasana kerja dakwah di tempat masing2 atau di tempat berdekatan. Oleh itu, setiap masjid harus keluarkan jemaah utk khuruj 3 hari di tempat yg berdekatan. Dgn menjaga tertib, khuruj 3 hari setiap bulan. “barangsiapa yg mengerjakan amalan baik baginya (pahala) sepuluh kali ganda” (surah al an’am – ayat 160). Inilah asas hukum keluar 3 hari yg pahalanya menyamai khuruj 30 hari. Apabila setiap bulan khuruj 3 hari, maka dlm setahun dikira khuruj sepanjang tahun di jln Allah. Kita terus sempurnakan takazah di dlm negeri dgn istiqamah.

7. Kesempurnaan agama ialah memberi dakwah dan mengamalkannya dlm kehidupan. Usaha dakwah bukan usaha berseorangan bahkan usaha berjemaah. Manusia yg telah mendapat agama bukan kerana seseorang melainkan usaha berjemaah. Agama dibentuk ialah utk satu amalan hidup. Dakwah akan bergerak maju bukan dgn berseorangan tetapi dgn berjemaah.

8. Usaha dakwah ini perlu dibuat secara ijtima’i dan tidak menyimpang dari usaha nabuwwah. Buat usaha dgn sederhana dan tingkatkan doa kita setiap hari.

9. Org yg berdakwah harus membina yakin kpd zat yg melakukan dgn kun fayakun, iaitu Allah. Disisi Allah, darjat mereka yg sedang melaksanakan usaha dakwah sangat tinggi. Yakin yg kedua ialah, apabila saya telah amalkan sunnah2 rasulullah s.a.w dgn sempurna, zahir dan batin, maka Allah akan kurniakan balasan yg hebat.

10. Tujuan dakwah bukanlah mengumpulkan ramai org. Kemahuan diri jgn dijadikan tujuan. Jangan sekali-kali kita memungut tabung derma. Di setiap markaz, adakan mlm sabguzari dan bentangkan takazah serta tashkil.

11. Tujuan tabligh ialah belajar ta’diyah, iaitu belajar cara hidup yg mengetahui waktu setiap amal agar tercapai tawajjuh kpd Allah. Dgn hidup mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w hingga akhir hayat maka setelah kematian akan selamat dan dikurniakan balasan iaitu syurga hijau yg subur

12. Mengorbankan jiwa dan harta yg hina utk ‘keluar di jln Allah’ bukan hanya bermenafaat bagi mereka yg berusaha dan bermujahadah malah menjadi asbab terbuka pintu hidayat bagi manusia.

13. Doa org yg mendakwahkan agama akan dikabulkan Allah dgn kudratNya sungguhpun ia bertentangan dgn peraturan zahiriah. Allah dgn kudratNya yg bertentangan dgn perkara zahir akan kurniakan kejayaan dan hak akan menghancurkan kebatilan. Apabila usaha dakwah menjadi am diseluruh alam, maka kalbu-kalbu manusia seluruh alam akan berubah dan terkesan dgn usaha ini.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir