Malfuzat Maulana Yusuf
1. Kita harus yakin bahawa agama hanya akan bersinar dgn dakwah
dan berkorban di jln Allah. Setelah berkorban mohon doa. Atas dasar keyakinan
ini kita dituntut agar berkorban utk melaksanakan dakwah di jln Allah. Sentiasa
lihat kudrat ‘kun faya kun’ Allah.
Zat yg maha tinggi dgn harap dan yakin kpd hidayah Allah.
2. Barangsiapa berkorban dgn ikhlas (utk agama) maka pada suatu
hari nanti pangkat dan harta akan dtg mengikutinya. Ini adalah ujian yg sangat besar.
Namun barangsiapa yg memburu kerajaan dan harta maka ketahuilah bahawa ia telah
menukar kerja agama dgn pangkat dan harta. Ini akan memusnahkan segala penat
lelahnya. Sebaliknya apabila dia tidak memandang pangkat dan harta, berkorban
semuanya di jln Allah maka suatu hari nanti ia akan menjadi perhatian,
menyebabkan para kenamaan mengikutinya keluar di jln Allah. Jalan Rasulullah
s.a.w adalah jln dakwah dan pengorbanan, bukan jln memburu kuasa, pangkat dan
harta.
3. Usaha membaiki diri ialah usaha menjaga lidah, menjaga
telinga, menjaga mata dan menjaga hati dari perbuatan yg di larang. Intisarinya
ialah usaha membaiki setiap anggota tubuh sehingga mencapai suatu darjat, iaitu
menjauhi dosa sekelip mata nilainya lebih berharga drp dunia dan seluruh isinya.
Misalnya, kita sedang berjalan dan di depan kita ada wanita bukan mahram, maka
hati kita harus berkata, ‘apabila saya melihatnya, saya akan binasa’. Lalu
alihkan pandangan kita ke arah lain. Dgn amalan seperti inilah, Allah s.w.t
akan kurniakan kita pahala yg besar yg tidak dpt dibayangkan. Andainya pahala
diberi tunai di dunia ini, maka semua manusia di dunia ini akan berkelahi utk
merebut satu pahala itu.
4. Apabila manusia berkumpul dgn tujuan semata-mata utk
mengingati Allah maka para malaikat akan saling memanggil dari langit hingga ke
bumi dan mendoakan keselamatan. Saya berharap semoga waktu ini ramai org
berkumpul utk mengingati Allah, agar rahmatNya melimpah ke bumi yg sedang
dipijaknya dan kesannya manusia akan hidup dlm keadaan hati yg tenang.
5. Setiap kali kita akan melakukan sesuatu amalan, kita
selidik, apakah amalan itu telah dilakukan pd zaman nabi s.a.w dahulu. Setiap
amalan yg kita lakukan harus dlm rangka 6 sifat iaitu yakin yg benar, membuka
jln amal dgn solat, mencari ilmu, sentiasa dlm keadaan zikir, khidmat kpd org
lain dan beramal semata-mata utk mendapat keredaan Allah.
6. Amalan yg tidak disertai ikhlas adalah spt bangkai. Kita
lihatlah di rumah, di pasar, di pejabat, sampai madrasah dan masjid, semuanya
di penuhi bangkai-bangkai. Pekerjaan tanpa ikhlas pasti tidak akan ada
nilainya.
7. Semakin ramai org miskin yg ikut bersama utk beramal maka
semakin banyak rahmat Allah akan turun. Dgn kekuatan ghaib, agama akan tertegak
serta hidup subur.
8. Utk melaksanakan dakwah ini, kita tidak mencipta apa-apa
mesin atau membuka bangunan pejabat atau pendaftaran, tidak ada bayaran atau
dibayar kerana semua ini adalah tugas seluruh umat islam. Kita tidak membentuk
atau membangunkan cara baru atau jemaah baru atau memisahkan diri dari cara
lama. Sebagaimana org yg mendirikan solat berjemaah di masjid, yg terdiri dari
berbagai lapisan manusia dtg berkumpul dan setelah melaksanakan solat mereka
kembali ke rumah dan kegiatan masing2. Begitu juga kami sentiasa merayu
saudara2 semua supaya lapangkanlah sedikit masa dari kesibukan harian utk
belajar dan berlatih kerja dakwah. Setelah kembali ke rumah atau dari berkerja
maka teruslah berusaha mengikut usul dan tertib yg telah ditentukan. Apabila
anda berhasil melakukan usaha ini dgn benar maka ahli ilmu pengetahuan di
seluruh dunia ini akan mendatangi anda utk belajar usaha dakwah ini. Apabila
Allah kehendaki, maka anda akan dijadikan imam di permukaan bumi ini.
9. Kita harus mengubah asas kehidupan dari yakin kpd kebendaan
kpd yakin terhadap doa-doa. Walau berat dan rumit sesuatu masalah, Allah s.w.t
dgn kudratNya yg sempurna boleh menjadikan masalah itu mudah.
10. Apabila
kita bersedia korbankan nafsu dan diri utk agama maka umat pasti terbina dan
kemuliaan akan tercapai. Kemuliaan dan kehinaan di dlm genggaman Allah.
Semuanya bergantung pd perlaksanaan usul dan tertib yg ada. Apabila seseorang
atau suatu kaum atau suatu keluarga atau suatu golongan melaksanakan suatu amal
atau usul sehingga berhasil maka usul itu akan tersebar. Sebaliknya apabila ada
pihak yg berusaha menghapuskan usul, maka usul tersebut akan terhapus. Bani
israil adalah keturunan para nabi, apabila mereka merosakkan usul, maka Allah
rosakkan mereka hingga binasa. Sebaliknya para sahabat nabi s.a.w adalah
keturunan penyembah berhala, kerana mereka menghidupkan usul dan amal maka
Allah telah menghidupkan amalan pd diri mereka. Dlm hal ini tidak ada nasab yg
dpt mendekatkan diri kpd Allah, yg ada hanyalah melaksanakan usul dan tertib
Comments
Post a Comment