Malfuzat Maulana Yusuf

1. Allah pencipta dan pemilik seluruh alam semesta. Dari setiap bji-bijian, setiap manusia dan segala sesuatu semuanya dicipta dgn kudratNya. Dia adalah zat pembuat segala sesuatu. Dia sendiri tidak tercipta dari apapun. Segala sesuatu yg telah diciptaNya adalah dibawah kudratNya. Segala benda di bawah kekuasaanNya. Dia boleh menukar bentuk dan sifat segala benda. Tongkat boleh berubah menjadi ular dan ular boleh berubah menjadi tongkat. Dia maha menguasai setiap benda di bumi dan di langit. Semuanya dlm kekuasaanNya. Dia zat yg maha mentadbir.  

2. Dunia dan segala isinya serta semua rupa bentuk, dari rumput hingga bom atom dan roket, juga semua kekuatan dan kerajaan, berada di bawah kudrat ilahi. Benda2 ini bukannya kudrat hanya saluran dari kudrat ilahi dan semuanya itu tidak kekal. Sedangkan kudrat ilahi adalah kekal abadi. Allah membentuk kehidupan dari benih2 dan Dia juga yg menumbuhkannya. Allah yg memberi kemuliaan dan yg memberi kehinaan. Kesimpulannya, segala sesuatu terjadi bukan atas dasar benda2 tetapi atas dasar perintah Allah dan kudratNya.

3. Allah maha kuasa. Apabila Dia mahu suatu benda berubah, maka ia akan berubah. Dia boleh jadikan air menenggelamkan atau menyelamaytkan. Allah yg maha kuasa telah jadikan air menenggelam dan membinasakan firaun dan semua bala tenteranya karam di laut merah. Makanan boleh mengenyangkan atau sebaliknya. Di tempat yg terdapat asbab kehidupan, apabila Dia mahu, boleh menjadi asbab kematian.

4. Apabila Allah kehendaki, maka asbab kemusnahan dan kehinaan dpt menjadi asbab utk tarbiyah dan kemuliaan. Api bagi nabi ibrahim a.s, perut ikan bagi nabi yunus a.s, padang pasir bagi nabi Ismail a.s, penjara bagi nabi Yusuf a.s, gua thur menjadi tempat keselamatan bagi Rasulullah s.a.w. Semuanya dijadikan tempat tarbiyah dan kemuliaan. 

5. Manusia memahami bahawa kehidupan terjalin dari pertanian, cucuk tanam dan sebagainya. Sedangkan Allah telah musnahkan pertanian dan cucuk tanam kaum saba’. Sebaliknya nabi Ismail a.s berada di padang pasir di mana tidak ada pertanian dan cucuk tanam tetapi beliau terpelihara. Hari ini yakin kita pd kekuatan angkatan bersenjata sedangkan Allah s.w.t. telah hancurkan angkatan Abrahah yg kuat dgn mengirimkan burung2 yg kecil. Semua ini bermaksud utk membetulkan yakin kita yg salah.

6. Cara memasukkan yakin ke dlm hati, pertama kita dakwahkan keyakinan berkenaan kebesaran Allah, Allah maha pencipta, memahami kudratNya, mendengar kisah2 para nabi dan sahabat, duduk bersunyi diri sambil bertafakur. Memasukkan yakin ke dlm hati dpt dikumpulkan semuanya dlm dakwah. Ini adalah perkara benar. Kemudian menangis dlm berdoa, ‘Ya Allah, kurnialah hakikat yakin ke dlm hati saya”. Apabila kita dpt betulkan yakin saja maka Allah akan kurniakan syurga yg besarnya berkali ganda luas langit dan bumi. Segala yakin pd benda dikeluarkan dan masukkan yakin hanya pd Allah.

7. Kehendak lailahaillallah ialah bahawa selain Allah, segala sesuatu tidak akan terjadi dan tidak dpt berbuat apa2. Hanya Allah yg dpt melalukan segala sesuatu dgn kebesaran dan kemuliaanNya. Hal ini akan terjadi apabila kehidupan kita dan seluruh benda mengikuti cara rasulullah s.a.w.

8. Allah telah kurnia kita cara utk menyelesaikan masalah dunia dan akhirat, iaitu cara kehidupan Rasulullah s.a.w. Apabila sunnah ada dlm setiap kehidupan kita maka Allah akan anugerah kejayaan dlm setiap langkah kita. Dgn amalan sunnah akan wujudkan hubungan dan zat Allah yg maha tinggi dan langsung mendapat menafaat dari kudratNya.

9. Dunia ini adalah darul asbab utk membetulkan diri dan keluarga. Kejayaan, ketenangan, kemuliaan, kecintaan, kekuatan dan seluruh keadaan utk seluruh manusia, kaum atau perseorangan, asbab asasnya adalah amalan yg diajar oleh rasulullah s.a.w. Apabila seseorang, keluarga, masyarakat atau kerajaan menyempurnakan amalan Rasulullah s.a.w maka Allah berjanji akan memuliakannya samada dia mempunyai asbab atau tidak.

10. Jadikanlah diri kamu bergerak di muka bumi ini seperti sifat matahari yg memancarkan cahaya ke seluruh alam dan nur kamu ialah iman di dlm hati serta mendakwahkan agama dgn amal, akhlak dan ikhlas spt rasulullah s.a.w. Terdapat 3 sifat pd matahari:
  1. bergerak membawa cahaya
  2. tetap berterusan bergerak
  3. tidak meminta balasan dari setiap benda yg disinarinya
kita juga harus bersifat begitu. Bergerak memancarkan cahaya dan berterusan bergerak. Jadikan sifat ini asas kerja dakwah tanpa mengambil keuntungan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir