bayan malam markaz KL - ust hamzah
05/08/2017 - sri petaling
Tuan-tuan yg mulia,
Takrif kejayaan disisi agama sangat bertentangan dgn takrif
kejayaan disisi org2 yg tidak beriman pd Allah. Takrif kejayaan disisi Allah
adalah apabila sifat2 ambiya a.s dan sifat2 sahabat r.a bertambah dlm diri
kita. Setiap hari sifat2 tersebut bertambah dlm diri kita dan kita mati dgn
sifat tersebut. Takrif kejayaan disisi org yg tidak beriman adalah sejauh mana
bertambahnya kebendaan dunia dlm kehidupan, bertambah asbab2 zahir dlm
kehidupan. Sedangkan takrif tersebut adalah takrif kehinaan. Oleh itu, kita
kena faham apa itu makna kejayaan di sisi Allah dan Rasul supaya kehidupan kita
dlm masa 60-70 thn ini tidak sia-sia. Kalau kita tidak faham, maka kita akan
gunakan kehidupan kita mengikut salah faham yg ada dlm fikiran kita.
Tanda kejayaan ialah hari demi hari kita sanggup berkorban
spt ambiya dan sahabat2. Takrif kejayaan bagi org tak beriman ialah kesenangan
dunia semakin bertambah dan dlm kehidupan tiada mujahadah. Sebenarnya inilah
kegagalan umat ini. Kejayaan org beriman ialah macam mana dpt selamatkan diri
dari dunia. Kefahaman yg betul ialah ikut quran dan hadith. Jgn kita kaitkan
langsung kejayaan dunia dan akhirat dgn bertambahnya harta benda dunia dlm
kehidupan.
Tapi apa yg kita nampak ialah satu org yg langgar perintah
Allah, tak beriman pd Allah, tidak taat perintah Allah, musuh Allah, semakin
hari semakin senang. Ini yg dikatakan istidraj. Allah bagi nikmat dunia
walaupun dia langgar perintah Allah. Tak buat gasht, tak ambil takazah agama
maka lagi banyak dunia dia dapat. Allah akan tangkap dia yg mana dia langsung
tak sangka akan tangkapan Allah. Sepertimana seekor tikus yg bermaharajalela di
dlm rumah. Tuan rumah akan letak perangkap dan dlm perangkap ada pisang. Tikus
itu nampak ada kejayaan. Ia berlari ke arah pisang. Tikus yg sampai dulu fikir
ia akan berjaya. Orang yg nampak dunia dulu dan rasa dia berjaya sama spt tikus
tersebut. Bila tikus makan pisang, maka pintu perangkap tertutup. Lepas tu,
bermulalah kegagalan. Ia akan disiksa dan akhirnya ia akan mati dibunuh. Begitulah
juga org yg tak sempurnakan takazah agama Allah, dia akan ditangkap. Jangan
rasa takjub pd org tak beriman yg dpt kesenangan dunia. Mereka akan ditangkap
dan di azab.
Seluruh dunia dan seisinya tak lebih dari sebelah kepak
nyamuk. Tuntutan iman adalah menyakini perkara yg diberitahu oleh nabi s.a.w. Atas
maksud ini, kita nak usaha atas sifat. Sifat pertama, yakin pd Allah. Adakah
yakin saya bertambah setiap hari? Dari hari pertama saya buat usaha agama,
adakah sifat yakin kpd kudrat dan kuasa Allah bertambah atau berkurang? Yakin
pd kehidupan akhirat bertambah atau tidak? Yakin pd janji2 nabi atas amalan
agama bertambah atau tidak? Bila saya sebut
lailahaillallah, Allah yg buat segala-galanya, selain dari Allah termasuk
saya tak boleh buat apa2. Kalimah menuntut supaya saya keluarkan segala
keyakinan pd benda yg ada dlm poket saya, harta dlm bank, tak boleh buat apa2,
tak boleh tolong saya, tak ada hubung kait langsung dgn kejayaan atau kegagalan
saya. Yg sempurnakan hajat saya hanya Allah melalui amal, bukan melalui ‘mal’.
Bila kita tunaikan perintah Allah, maka Allah akan sempurnakan janji2Nya.
Seluruh harta benda dunia sejak dari nabi Adam a.s hingga
hari ini dan seluruh harta benda dunia yg sedang diusahakan yg ada pd semua
penduduk dunia hingga hari kiamat, dikumpulkan, tak boleh menjamin kebahagian
dan kejayaan seseorang melainkan dgn kehendak dan kemahuan Allah s.w.t. Inilah lailahaillallah,
Tuntutan muhammadurasulullah
ialah menyakini kejayaan hanya dlm amalan nabi s.a.w. Sejauh mana kita yakin?
Inilah yakin yg ada pd sahabat. Sebab itu para sahabat, bila duduk dgn org
miskin tak rasa hina dan bila duduk dgn raja tak rasa mulia sebab ia tak ada
kena mengena. Kemuliaan dan kehinaan 100% bergantung pd amalan nabi s.a.w. Amalan
nabi ada dlm kehidupan saya ataupun tidak? Ini yg kita kena lihat. Bukan lihat
dgn siapa saya duduk. Walau satu dunia cium kaki saya, tapi kalau Allah kata
hina, tetap akan hina. Org hormat atau tak hormat tidak memberi kesan. Inilah
yakin yg betul. Sentiasa lihat pd diri supaya sentiasa ada sunnah nabi dlm
kehidupan. Dlm sunnah ada kejayaan. Kejayaan utk seluruh manusia sampai hari
kiamat.
Jgn rasa hina dgn kemiskinan kamu, bahkan kamu berjaya jika
dlm kehidupan kamu ada amalan nabi. Amalan nabi itulah kejayaan kamu. Agama dan
amalan nabi asbab kemuliaan. Perkara2 zahir tidak meninggikan atau merendahkan
seseorang. Kalau dgn kereta lama atau kereta baru pun kita terkesan, maka iman
kita dlm bahaya. Kena keluar tunai 4 bulan. Iman yg bahaya yg tak boleh
dibiarkan lagi dah sebab hati kita terkesan dgn zahir dunia. Kita letakkan
harga diri pd asbab zahir.
Harga diri adalah pada sifat2. Para
sahabat berlumba2 atas sifat. Tak kira samada dia hamba atau amirul mukminin. Kisah
aslam seorang hamba dgn saidina umar amirul mukminin. Aslam atas kuda dan
saidina umar tarik tali di bawah. Kerajaan umar telah sampai hingga ke Russia . Masjid
dah ada di azarbaijan. Beliau hantar anaknya abdullah ibnu umar r.a keluar 6
bln di azarbaijan. Inilah kejayaan. Bukan macam kita hari ni, pergi belajar di England , bawa
balik pemikiran, cara hidup org kafir ke negara sendiri. Sahabat bawa cara
hidup nabi s.a.w yg mulia dari madinah dan hidupkan di azarbaijan. Ini baru
betul. Mereka bangga dgn cara hidup madinah. Cara hidup nabi s.a.w dibawa ke
seluruh dunia dgn penuh kebanggaan.
Nabi buat usaha dakwah mengajak manusia supaya putuskan
hubungan yakin dgn makhluk dan asbab. Kuatkan hubungan pencipta dan makhluk,
itulah kejayaan. Nabi buat usaha dgn sungguh2 sehingga Allah rindu nak jumpa
nabi s.a.w. Allah panggil nabi hingga ke sidratul muntaha. Inilah kejayaan yg
kemuncak. Bila kita buat usaha sungguh2, maka org dunia akan berbangga dgn
kehadiran org beragama. Org buat usaha agama akan bercerita tentang kehidupan
akhirat yg akan menyebabkan projek yg berharga jutaan ringgit dilihat spt
sebelah kepak nyamuk. Usaha ambiya ialah mengeluarkan manusia drp kesempitan
dunia kpd keluasan akhirat. Inilah dakwah yg kita kena buat.
Usaha agama adalah utk bawa sifat dlm diri kita. Semangat
utk tambah korban. Bila kita korban utk agama dan kita semakin susah, itulah
kejayaan. Kalau sebab usaha agama hari tu kita terpaksa lapar, kumpul keluarga
kita dan bagitahu, alhamdulillah, ini hari pertama kita lapar kerana agama,
kita bersyukur pd Allah kerana lapar adalah tetamu ambiya, lapar adalah tetamu
para sahabat. Tetamu yg telah dtg ke rumah ambiya dan sahabat telah dtg ke
rumah kita hari ni. Apa yg berlaku pd nabi dan perkara yg sama berlaku pd kita,
ia adalah satu kebangaan.
Satu kemuliaan bila kita boleh buat gasht, boleh bagi masa
hari-hari, 2 ½ jam, 8 jam, bawa org ke masjid, bawa org kpd perintah Allah. ini
adalah kerja yg dibuat oleh 124,000 nabi2. Amalan yg hidup di rumah sahabat
hidup di rumah kita. Hidupkan taklim. Kita patut rasa bangga. Hidupkan suasana
berlumba2 utk tambahkan sifat. Berlumba2 utk tambah pengorbanan dan tambah
kasih sayang antara kita. Usaha dakwah adalah usaha jual beli kebaikan. Dgn
usaha dakwah Allah akan ampunkan dosa2 kita.
Kita semua masih belajar. Sampai mati kita kena belajar.
Tanda org sedang belajar, dia rasa susah hati atas diri sendiri. Tanda org
sudah belajar, dia rasa susah hati atas org lain. Bila rasa dah tahu, Allah
akan tutup kemajuan dlm usaha dakwah dan bermulalahh kejatuhan dia.
Utk dtgkan sifat, kita kena tambah korban. Tingkatkan 5
amal, taklim rumah, setiap bulan 10 hari, setiap tahun 4 bulan.
mohon izin copy untuk dipost di fb saya
ReplyDeleteOk
Delete