Malfuzat Maulana Yusuf

Solat merupakan himpunan amalan nabuwwah. Oleh itu, apabila tiba waktu solat semua kegiatan harus ditinggalkan dulu dan pergi ke masjid utk mendirikan solat. Dalam solat, bukan hanya meninggalkan perniagaan dan sebagainya, malah memikirkan hal itu di dalam solat pun dilarang. Manusia seluruh alam mengamalkannya dgn tawajjuh menuju ‘hayya alal falah’. Amalan ini melatih keyakinan bahawa asas kejayaan setiap manusia hanya ada di dalam amalan nabuwwah.

Apabila telah memperolehi ilmu, 3 perkara penting akan dicapai :
  1. keyakinan di dalam hati
  2. beramal dgn ilmu tersebut
  3. menyampaikan ilmu tersebut ke seluruh alam
apabila kita usaha mencapai 3 perkara yg di bawa oleh rasulullah s.a.w ini, maka kebatilan zaman ini akan hancur berkecai spt rom dan parsi. Akhirnya, dajjal akan muncul dgn segala kekuatan besarnya yg tidak ada tandingan pd masa itu. Waktu itu, imam mahdi akan terbit dari bumi dan nabi isa a.s akan terbit dari langit. Mereka berdua akan berusaha terhadap ilmu anjuran rasulullah s.a.w. Kemudian Allah s.w.t akan musnahkan kekuatan dajjal.

Dengan amalan rasulullah s.a.w, Allah s.w.t akan kurnia kekuatan yg lebih hebat dari bom atom. Setiap amalan rasulullah s.a.w boleh jadi asbab menukar keadaan alam. Asbab solagt istisqa, boleh menukar keadaan tanah. Solat gerhana, boleh menukar keadaan langit. Solat hajat boleh menukar suatu keadaan yg tidak sesuai samada utk perseorangan atau ramai.

Dgn isyarat jari telunjuk rasulullah s.a.w, bulan boleh terbelah dua. Jelas bahawa setiap amalan rasulullah s.a.w, tersimpan kekuatan yg hebat. Isyarat rasulullah s.a.w adalah taqwini amal beliau. Kekuatan juga tersimpan dlm tasyri’e amal baginda. Pada masa kini, mereka yg memerintah tidak menuju kpd tujuan ini. Mereka berkata, “quran dan hadith bukan utk maksud ini”. Quran adalah petunjuk yg menentukan kemuliaan dan kehinaan seseorang

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir