Bentang takazah - ustaz hazim

Mesyuarat mingguan KL – 09/08/2017
sri petaling

Tuan-tuan yg mulia,

Perkara yg paling penting bagi setiap manusia ialah bagaimana agama yg sempurna dpt dtg dlm kehidupan dia. Sebelum dia tinggalkan dunia dan jumpa Allah s.w.t, dia kena usaha bagaimana dia dpt iman dan yakin yg sempurna pd Allah, bagaimana dia dpt betulkan amal dia supaya 24 jam kehidupan dia dpt taat perintah Allah ikut cara nabi s.a.w, bagaimana akhlak dia ikut akhlak nabi s.a.w, bagaimana keseluruhan agama yg dibawa oleh nabi s.a.w dpt dtg dgn sempurna dlm kehidupan dia. Inilah perkara yg Allah akan tanya di akhirat pd setiap drp kita. Allah s.w.t akan buat keputusan atas setiap drp kita. Bagaimana keadaan kita di akhirat nanti, di kubur, di mahsyar, di sirat. Allah akan buat keputusan samada syurga atau neraka berdasarkan iman dan amal kita sejauh mana agama ada dlm kehidupan kita. 

Agama akan dtg dlm kehidupan manusia hanya melalui usaha baginda s.a.w. Tidak ada cara lain utk dtgkan iman, utk betulkan yakin, utk betulkan amal, utk dtgkan akhlak nabi s.a.w dlm kehidupan melainkan dia kena buat usaha sebagaimana yg telah ditunjuk oleh nabi s.a.w. Para sahabat telah buat usaha bersama nabi s.a.w dan Allah telah betulkan yakin mereka. Allah telah sempurnakan agama mereka. Allah telah baiki akhlak mereka.

Oleh itu, setiap manusia di atas muka bumi ini tak kira samada lelaki, wanita, tua, muda, kaya, miskin, dia kena jadikan kerja nabi sebagai kerja dia. Usaha nabi sebagai usaha dia. Fikir risau nabi sebagai fikir risau dia. Bila dia buat kerja nabi, maka Allah akan bagi hidayat pd dia, sempurnakan iman dan agama dlm kehidupan dia dan Allah akan jadikan dia sebagai asbab hidayat seluruh alam. Ini takazah setiap individu. Ini keperluan setiap individu. Saya bertanggungjawab utk jadi hamba Allah dan saya bert/jawab utk buat kerja nabi s.a.w. Sebagai umat nabi s.a.w, saya kena jadikan kerja nabi sebagai kerja saya. Dgn cara ini saya akan hampir dgn Allah, saya akan dpt redha Allah.

Kita kena buat dgn diri kita sendiri. Bukan setakat masjid saya ada usaha, tapi adakah saya buat usaha. Adakah saya gunakan harta dan diri saya utk agama Allah. Inilah maksud usaha yg dijlnkan di seluruh dunia hari ini, jor dan ijtimak yg kita buat, keluar 4 bulan/40 hari, gasht pertama, gasht kedua, fikir harian. Bagaimana diri kita dan setiap umat faham tentang t/jawab. Supaya timbul kesedaran dlm hati kita bahawa diri dan harta saya bukan milik saya, ia milik Allah, dan saya kena gunakan segala apa yg Allah bagi pd saya utk agama dan utk usaha nabi s.a.w. Kesedaran ini perlu wujud dlm diri kita, dlm isteri kita, dlm anak kita, dlm org kpg kita, bahkan setiap umat nabi s.a.w, setiap manusia di seluruh dunia perlu di sedarkan  tentang t/jawab ini, tentang amanah yg besar yg Allah s.w.t telah berikan pd umat ini.

Atas maksud itu, kita kena fikir harta dan diri, segala salahiyat saya dpt digunakan utk agama Allah utk sempurnakan takazah2 agama Allah. Siapa yg kedepankan diri dia utk sambut takazah agama, maka Allah akan kedepankan dia. Allah akan majukan dia. Siapa yg kebelakang, Allah akan kebelakangkan dia. Siapa yg lari dari takazah agama, sampai satu ketika dia nak sambut takazah, Allah tak sudi lagi ambil kerja dari dia. Kita kena sentiasa kedepankan diri. Setiap takazah adalah takazah saya. Lebih penting dari takazah makan, minum, keperluan anak isteri, takazah agama adalah yg paling penting yg saya kena sempurnakan.  

Kita kena sediakan diri kita utk sambut takazah agama, dan jgn kita fikir saya tak ada kemampuan, saya tak ada duit, saya tak ada cuti, saya tak ada kebolehan. Kerja ini adalah kerja qabuliyat. Kerja penerimaan. Bila Allah terima kita, segala keperluan kita Allah akan sempurnakan. Allah akan bagi salahiyat, Allah akan bagi istiqdat. Allah boleh terima siapa sahaja. Yg penting kita kena ada keinginan, kita kena ada azam, kita kena ada talab.

Utk Allah terima, pertama, kita kena menangis berjam-jam di depan Allah, mengadu di depan Allah, Ya Allah, terimalah saya utk seluruh alam, Ya Allah, gunalah diri saya, harta saya utk agamaMu dan utk kerja nabiMu s.a.w ke seluruh alam. Kedua, kita kena usahakan dlm diri kita, sifat2 yg ada pd nabi dan sahabat yg menyebabkan Allah terima mereka yg jdikan mereka asbab hidayat. Ketiga, pengorbanan. Kita kena sentiasa kedepankan diri kita utk agama Allah.

Kita kena sediakan keluarga kita dan setiap org kpg kita. Dgn perantaraan 5 amal masjid, kita nak jadikan masjid kita macam masjid nabi s.a.w, hidup 24 jam dgn amal. Kita kena hubungkan setiap org kpg dgn amal masjid. Setiap org kpg, lelaki dan wanita dpt bergilir-gilir keluar di jln Allah sambut takazah seluruh alam.

Usaha rumah ke rumah, pintu ke pintu, lorong ke lorong setiap hari kena buat. Bentuk jemaah2 kecil di mahalah, dan pergi jumpa setiap lelaki akil baligh. Tak ada satu rumah pun tak diziarahi, tak ada satu org islam pun kita tak jumpa. Kita fahamkan mereka tentang kerja t/jawab ini, sediakan mereka utk bagi masa di masjid, dan sediakan mereka utk keluar di jln Allah. Utk wanita dan kanak2, usahakan supaya setiap rumah hidup dgn 5 amal rumah.

Kita juga kena bantu masjid2 lain dlm halaqah. Bagaimana 100% masjid dlm halaqah kita dpt jadi macam masjid nabi s.a.w, hidup dgn amal 24 jam, jemaah di hantar ke seluruh dunia dan jemaah seluruh dunia dtg ke masjid kita. Setiap lelaki dan wanita bergilir2 keluar di jln Allah.

Kita juga kena bantu halaqah yg lemah supaya setiap masjid dlm setiap halaqah dpt jadi macam masjid nabi s.a.w. Markaz kita kena bantu markaz2 lemah yg lain supaya setiap halaqah dlm markaz tersebut hidup. Dari Negara kita kena hantar jemaah ke seluruh dunia. Di mana sahaja ada org islam, walaupun tidak ada masjid, jemaah perlu di hantar. Setiap rumah perlu pergi, setiap org islam perlu diziarahi.

Bila umat ini dibiarkan ia akan rosak. Macam tanah, kalau tak diusahakan akan jadi hutan. Akan keluar kala jengking, ular, macam2 benda mudarat akan keluar. Tapi bila tanah itu diusahakan maka lahir macam2 menafaat. Bila dakwah tak dijlnkan maka segala keburukan ada dlm umat. Segenap ceruk alam ini perlu dihantar jemaah. Supaya setiap tempat ada kerja nabi s.a.w. Jemaah2 yg bergerak membawa cahaya. Bila cahaya dtg, kegelapan akan hilang. Bila jemaah bergerak di seluruh dunia dgn bawa fikir risau nabi s.a.w, bawa amal nabi s.a.w, bawa kasih sayang nabi s.a.w, maka Allah akan amkan hidayat, Allah akan hilangkan kegelapan dan Allah akan hancurkan kebatilan.

Semua sedia, insyaAllah. Sediakan jemaah dari masjid utk sambut takazah seluruh alam. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir