Mesyuarat Malaysia 2017 - bayan subuh maulana saad
31/10/2017 - nizamuddin
Banyak usaha sedang dijlnkan dlm dunia ini. Ada org berusaha utk tarbiyah dan hidayah. Ada yg berkata dgn harta
agama akan mudah diamalkan, dgn senjata dpt lawan musuh. Ada yg kata kita perlukan kekuatan zahir utk
tegakkan islam. Ini semua imaginasi sahaja. Islam tak akan bangkit dgn kekuatan
jasmani. Sampai bila2 islam tak akan tertegak dgn kekuatan jasmani. Sebab
kemenangan org islam ialah membenci kpd harta dan asbab yg ada pd org2 batil.
Utk hidayat umat ini, Allah telah tetapkan cara/tarikahnya
hingga hari kiamat. Tapi tarikah itu tak diusahakan oleh umat. Usaha yg perlu
dibuat ialah cara nabi dan sahabat. Ada
org kata, itu cara dulu, sekarang tak sesuai dgn zaman. Agama tak ikut zaman
tapi zaman kena ikut agama. Agama tak terpengaruh dgn masa.
Imam malik rah. kata, umat ini hanya akan diislah dgn cara
sebagaimana sahabat diislah. Dgn cara/tarikah yg dibawa oleh nabi s.a.w. utk
bawa umat kpd hidayat dan tarbiyah. Amalan dakwah adalah amalan hidayat dan
tarbiyah. Nabi hubungkan umat ini dgn dakwah. Dakwah bukan sahaja menyampaikan
risalah tetapi ada hubungkait dgn masjid. Dgn suasana manusia akan ditarbiyah.
Nabi telah kumpulkan semua org dimasjid samada org khusus, org umum, org lama,
org baru. Utk hubungkan manusia dgn Allah. utk lembutkan hati supaya terima
hidayat. Sebab kenapa umat tiada agama
kerana mereka jauh dari masjid. Sebab itulah kita kena ikut jln yg
khusus/tarikah ini dan bawa umat kpd jln ini.
Bila umat tiada hubungan dgn masjid maka berlaku kelalaian,
kemurtadan, kejahilan. Umat disingkirkan drp ilmu, drp iman. Tempat belajar
iman dan ilmu hanya di masjid. Hari ni, halaqah iman dan ilmu di masjid telah
tiada. Sahabat2 duduk dlm halaqah iman. Sahabat juga buat gasht utk bawa org ke
halaqah iman. Muaz b jabal, abu hurairah, abdullah rawahah. Ijlismina nukmin sa atan…ajak org dari
suasana bazaar, suasana kedai, suasana rumah dtg ke masjid. Perubahan dlm diri
akan terasa bila duduk dlm halaqah iman. Bila tinggalkan masjid, sahabat kata
dia dah munafik. Hari ni kita bagi sikit masa di masjid dan habiskan banyak
masa dgn kelalaian tapi masih rasa diri hebat.
Asal usaha iman dan amal ialah di masjid. Kita nak ajak umat
dtg ke masjid. Maksud drp gasht ialah nak bawa umat ke masjid dan hubungkan dgn
amalan2 masjid. Umat hanya akan ditarbiyah di masjid. Umat tak akan ditarbiyah
bila keluar dari masjid. Allah bagitahu dlm quran, org yg memakmurkan masjid
ialah org yg beriman dan Allah akan keluarkan ketakutan selain dari Allah dari
diri dia. Takut hanya pd allah. merekalah org yg berada di atas jln petunjuk.
Dakwah bukan sebarkan maklumat. Dakwah ialah bawa umat kpd
amal dlm satu suasana. Dlm masjid kena ada amal. Kita buat kerja ikut sirah
nabi s.a.w. bukan mengikut zaman. Tabligh
bukan satu persatuan. Dakwah dan tabligh ialah maksud perutusan banginda s.a.w.
inilah yg dipanggil tarikah nabuwwah. Kerja ini tak bergantung pd pengalaman.
Setiap org yg buat kerja ini kena ikut sirah nabi s.a.w. Dunia berjalan dgn
peredaran masa tapi agama tidak. Agama dibuat ikut cara nabi dan sahabat.
Bagaimana tarikah nabi dan sahabat? Kita kena baca hayatus sahabah. Kalau tak
baca hayatus sahabah, macam mana nak buat kerja. Juhud ialah tarikah yg dibuat
oleh sahabat nabi s.a.w.
Makanan, pakaian, kenderaan, rumah & perkahwinan adalah
keperluan manusia. Keperluan berubah mengikut zaman. Amalan dakwah adalah
amalan nabuwwah. Amalan ini berterusan hingga kiamat. Kita buat spt mana
sahabat telah buat. Sahabat adalah pelita2 hidayah. Masjid adalah tempat
tarbiyah umat ini. Masjid bukan hanya tempat ibadat. Maksud drp gasht ialah
bawa org ke masjid. Bawa org dari suasana lalai ke Susana masjid. iktikaf
adalah sunnah nabi. Di masjid ada suasana malaikat. Malaikat akan mengerumi
org2 yg berkumpul di masjid bertindan hingga ke langit. Dinaungi oleh rahmat
dan malaikat. Berada dlm sayap2 malaikat. Beramal di masjid hingga dtg waktu
solat yg berikutnya. Di masjid ada halaqah ilmu, halqah taklim, halqah dakwah.
Zaman sekarang, umat berada diluar masjid. nak solat baru
dtg ke masjid. zaman sahabat, mereka duduk beramal di masjid hingga waktu solat
yg berikutnya. Sahabat belajar ilmu di masjid. kita hari ni tak belajar,
tengok2 org buat, kita pun buat, sebab tu tak betul. Taklim masail dan taklim
fadhail telah hilang dari masjid hari ni. Duduk dlm taklim fadhail utk wujudkan
keyakinan pd janji Allah. Masjid tempat tarbiyah.
Bani tsaqif kata kami masuk islam tapi tak nak solat, tak
nak bayar zakat, tak nak buat usaha agama.
Nabi s.a.w letakkan mereka di masjid. suasana dan amalan masjid
melembutkan hati mereka. Umat kena bagi masa di masjid. setiap umat dihubungkan
dgn masjid.
Hari
ni, perkara ini telah menjadi ikhtilaf antara kita smada boleh buat atau tak
boleh buat. Kita buat apa sahabat telah buat. Satu ketika nabi masuk masjid,
ada 2 halaqah. Halaqah menceritakan kebesaran Allah. Nabi kata malaikat telah
mengerumi kamu hingga ke pintu langit. Ibnu abbas kata, zikir akbar ialah org
yg berkumpul di masjid dan bercerita tentang kebesaran Allah dan Allah menyebut
nama kita dlm majlis yg lebih baik iaitu majlis para malaikat. Kita akan bangga bila menteri2 sebut nama kita. Allah sebut
nama kita dlm majlis para malaikat adalah lebih patut dibanggakan lagi.
Ada ketika nabi lewatkan solat isyak
sehingga ada yg menunggu di masjid mengantuk. Selepas solat isyak, nabi pergi
ke mahalah org2 ansar. Nabi bercerita tentang kesusahan org2 muhajirin. Sahabat
berhijrah utk selamatkan iman, bukan utk selamatkan nyawa. Aishah tunggu nabi
di rumah. Hari dah lewat malam. Bila nabi balik rumah, terus duduk di tikar
sembahyang. Aku menunggu utk nabi mendekati aku tapi nabi beribadat hingga
bilal melaungkan azan subuh. Inilah
kerja yg kena buat. Bagi masa utk dakwah dan bagi masa utk ibadat. Selesai
beribadat, nabi berdoa pd Allah. Dakwah, ibadat dan doa.
org
munafik mencari uzur utk tidak dikeluarkan. Utk selamatkan dari fitnah kena
keluar di jln Allah. Dlm zaman fitnah, kita kena tambah pengorbanan utk selamat
dari fitnah. Fitnah dtg sebab kekurangan dlm kerja. Jgn tunggu fitnah berakhir
baru nak tambah kerja. Org Malaysia
yg diatas tu semua dah nak balik, balik dan hidupkan masjid. Allah bagi banyak
nikmat pd org Malaysia .
Allah bagi kemudahan pd satu2 negara dan tempat tapi bila tak digunakan maka
akan ditarik balik. Kita kena bersyukur. Allah bagi kemudahan pd org Malaysia . Maka
gunalah kemudahan2 ini supaya Allah tak tarik nikmat drp kita. Tiada halangan
utk buat usaha di mana2 masjid. semua masjid boleh pergi tanpa rintangan. Bila
syukur, Allah akan tambah nikmat. Dakwah utk tarbiyah. Amalan tarbiyah
berhubungkait dgn masjid. kita bertanggungjawab di seluruh dunia. Dimana sahaja
kita pergi, amalan dakwah hidup di tempat itu. Amalan dakwah adalah amalan
hidayat. Bangun bagi azam
Thufail dausi dtg jumpa nabi dgn tutup telinga. Tak nak
dengar percakapan nabi. Bila masuk masjidil haram, terus hati dia berubah. Bula
dengar percakapan nabi dia masuk islam dan telah balik dan dakwahkan kaumnya.
80 keluarga masuk islam.
Satu org sahabat telah dtg ke masjid dan wahyu pengharaman
arak telah turun. Dia telah keluar dan iklankan pd semua org bahawa arak telah
diharamkan. Dgn satu suara, seluruh penduduk madinah telah pecahkan tong arak.
Begitu juga dgn arahan menutup aurat. Dgn satu iklan seluruh wanita di madinah
telah berpurdah. Dari masjid perintah telah disebarkan.
Hari ni agama telah menjadi satu perniagaan. Berbagai buku
agama dicetak. Ilmu bukan utk tijarah tapi ilmu utk tarbiyah. Tarbiyah di
masjid. tapi sekarang ilmu telah terkeluar dari masjid. kita kena kembalikan
umat ke masjid. maksud asal ialah kita duduk dlm majlis iman supaya iman kita
meningkat. Dtg ke masjid dan dengar percakapan2 mengenai iman. Imam bukhari
telah adakan satu tajuk dlm kitab bukhari mengenai majalisul iman.
Allah tak akan turunkan bala dgn sebab org menghidupkan
masjid. kejayaan kita berhubungkait dgn amalan2 yg berada di masjid. org yg
menghidupkan masjid, Allah akan hantar malaikat utk bantu dlm kerja dia. Bila
sahabat ada masalah, mereka akan dtg ke masjid. apa sahaja masalah. perkara ini
telah jadi umum di kalangan sahabat. Bila dtg kemarau, bila hujan tak turun,
sahabat pergi ke masjid. Utk selesaikan masalah dunia dan agama, sahabat pergi
ke masjid.
Pada satu hari jumaat, sedang nabi baca khutbah, satu org
telah dtg, minta rasulullah doa turunkan hujan, dah lama kemarau. Nabi dah doa
dan sebelum nabi jatuhkan tangan maka telah turun hujan. Hujan tak berhenti2
hinggalah jumaat satu lagi. Sahabat suruh nabi doa berhentikan hujan. Nak minta
berhentikan hujan pun di masjid.
Begitu juga bila larva menuju ke madinah. Larva gunung
berapi. Sahabat pergi ke masjid. Tamim Dari sedang solat di masjid. Umar r.a
suruh tamim dari pergi halau api larva tu. Dia telah halau api masuk ke dlm
lubang spt halau kambing masuk kandang. Nizam alam ini akan berada di tangan
org mukmin bila mereka menghidupkan amalan masjid.
Sahabat yg sakit pergi ke masjid dulu. Seorang sahabat yg
susah hati dgn hutang yg banyak telah pergi ke masjid. nabi telah ajar satu doa
dan dgn doa ini walaupun hutang sebesar bukit di yaman pun akan selesai hutang.
Utk selesaikan segala masalah hubungkait dgn masjid.
Satu org sahabat telah mengadu pd nabi s.a.w, adiknya selalu
pergi ke masjid dan duduk dlm majlis nabi, saya yg kena pergi bekerja utk bagi
makan pd dia. Nabi kata, kamu diberi rezeki kerana adik kamu berada dlm majlis
aku dlm masjid. Rakankongsi umar r.a, mereka berselang seli berada di masjid.
mereka bergilir2 jaga kedai. Umar r.a telah buat gasht dan kumpul umat di
masjid. Org yg bergerak ke masjid, dia menuju kpd rahmat Allah. org yg
berjalan, rahmat Allah akan berlari ke arahnya. Tiada cara lain utk bawa umat
kpd rahmat Allah. hanya dgn cara nabi dan para sahabat.
Maulana Yusuf telah tulis muntakhab hadith mengenai 6 sifat
sahabat. Di dlmnya ada hadith2 kelebihan memakmurkan masjid. Tapi hari ni kita
bermesyuarat samada nak baca atau tidak. Kita tak boleh buat usaha mengikut apa
yg kita nak, guna HP dsbnya. Kita buat usaha mengikut apa yg nabi dan sahabat
buat. Org yg dtg ke masjid spt org pergi berjihad. Allah gembira dgn org yg dtg
ke masjid spt gembiranya sahabat lama bertemu setelah sekian lama tak jumpa.
Seekor serigala telah berkata2 pd gembala kambing dlm bahasa
arab. Serigala kata kenapa kamu masih ada di sini. Pergi ke masjid. disana ada
seorang nabi. Pengembala rasa pelik sebab serigala boleh bercakap. Serigala
kata ini tak pelik, yg peliknya kamu masih disini dan tak pergi jumpa nabi di
masjid nabawi. Org yg akan dpt rahmat ialah org yg menghidupkan masjid. Zaman
sembah berhala dah tak ada. Sekarang zaman masjid. cara utk hancurkan batil
ialah dgn memakmurkan masjid, bawa org ke masjid. jumpa org di rumah dan bawa
ke masjid. bukan dakwah di rumah dah selesai. Kena bawa ke masjid. Bila dtg
musibah banjir, taufan, gempa, bawa org ke masjid. Spt kita nak selamatkan org
dari rumah yg terbakar. Gasht adalah satu juzuk drp kerja. Tapi masih belum sempurna.
Kena bawa bawa org ke masjid baru gasht jadi sempurna.
Tempat yg paling Allah benci ialah bazaar. Tempat yg paling
Allah suka ialah masjid. org yg berada dlm suasana minum arak, kita bawa dia ke
masjid. org mukmin adalah org yg suci. Tabligh ialah sampaikan hingga ke hati.
Satu org sahabat yg nak salam dgn nabi tapi bila nabi hulur tangan dia tarik
tangan. Dia kata saya tak suci, dlm keadaan hadas. Nabi kata org mukmin tak
najis. Bila kita bawa org yg jauh dari masjid ke masjid, Allah sangat gembira
spt satu org yg kehilangan anak yg telah dijumpai semula.
Bila ditanya bagaimana iman kamu? Bagaimana keadaan agama
kamu? Ianya bergantung sebanyak mana kita kita habiskan masa di masjid. org yg
beriman ialah org yg memakmurkan masjid2. bagi masa di masjid adalah perkara yg
asas. Kalau di masjid ada halaqah iman, halaqah halal haram, halaqah zikir,
maka org2 disitu akan sentiasa berada dlm kebaikan. Maksud drp gasht ialah kumpul
org di masjid. perkara2 yg disebut di dlm masjid akan lebih bernilai drp
perkara2 yg disebut di luar masjid. ini perkara yg diyakini.
Amalan2 masjid akan menyempurnakan amalan kita dlm ibadat.
Kalau amalan masjid tak dibuat maka perkara2 diluar akan mempengaruhi ibadat
kita.
Azan bukan iklan. Azan adalah dakwah. Maksud azan ialah
Allah panggil kita ke masjid. Di zaman nabi, waktu tahajjud pun ada azan. Org
yg ada di masjid balik rumah. Org di rumah dtg ke masjid. tukar shift. Segala
keperluan kita akan sempurna dgn dakwah dan ibadat. Sahabat lapangkan masa
dakwah dan ibadat utk keperluan tapi kita hari ni lapangkan masa keperluan utk
dakwah dan ibadat, sebab tu kita rasa susah. Sahabat hidupkan masjid 24jam.
Barulah akan dtg kebaikan dari Allah. Bila rumah Allah hidup 24jam maka tempat
kita akan selamat dari bala dan malapetaka. Ada kilang dan kedai yg hidup 24jam. Mereka
bekerja shift. Mengapa masjid tak boleh hidup 24jam?
Kita kena ikut apa amalan nabi dan sahabat dlm melakukan
dakwah. Nabi pergi ke mahalah ansar selepas waktu isyak. Di mewat, ada 100
masjid yg hidup 24 jam. Masjid dihidupkan pd awal malam, pertengahan malam dan
akhir malam. Masjid akan bercahaya sebagaimana bintang bercahaya utk penduduk
bumi. Ini bukan perkara sekadar cakap tapi perkara yg hendak kita lakukan.
Janji Allah bersama dgn amal. Amal akan sempurna bila berada
dlm masjid. bila amal sempurna, agama sempurna. Ibadat dibuat dgn ilmu. Kita
belakangkan asbab dan kedepankan ibadat. Tinggalkan asbab bukan mujahadah.
Tinggalkan asbab adalah rahbahniah. Kita bukan umat rahbahniah. Kita tak
tinggalkan asbab tapi kita takhirkan asbab. Rahbahniah bukan mujahadah. Dgn
rahbahniah umat tak dpt hidayat. mengurangkan masa utk asbab dipanggil
mujahadah. Meninggalkan asbab adalah bersalahan dgn fitrah. Allah nak tengok
adakah dgn asbab dia meninggalkan perintah Aku atau dgn asbab dia
menyempurnakan perintah Aku. Asbab adalah imtihan/ujian. Menggunakan asbab tak
bersalahan dgn tawakkul. Allah bagi kerajaan pd Sulaiman a.s utk ujian.
Kehebatan ialah bila dpt tinggalkan asbab dan dtg pd perintah Allah. malaikat
tiada hajat. Malaikat tak perlu ikhtiar.
Tawakkal ialah kita menyimpan hajat kita drp makhluk. Kita
tak zahirkan hajat kita pd makhluk. Bila kita zahirkan hajat kita maka tawakkul
sudah tiada. Asbab adalah supaya kita tak berhajat pd makhluk. Sahabat simpan
kemiskinan dia di depan manusia sehingga Allah keluarkan gandum drp kisar.
Allah gerakkan kisar yg tak ada biji gandum tapi mengeluarkan tepung gandum
sebab dia telah menyembunyikan hajatnya drp makhluk. Dia pergi ke masjid berdoa
Allah. Nabi kata kalau dia tak hentikan kisar tersebut, maka akan keluar gandum
hingga hari kiamat.
Bila abu bakar dilantik jadi amirul mukminin, dia ke bazaar
utk berniaga. Aku perlu berusaha utk keperluan aku. Tawakkul adalah sifat.
Bertawakkal pd Allah, allah boleh bagi tanpa asbab. Bertawakkal pd Allah
sehingga Allah bagi rezeki yg tak disangka2. sahabat dpt rezeki semasa buang
hajat. Seekor tikus telah keluarkan kepingan emas dari lubang. Nak menunjukkan
bahawa dunia ini hina. Tak ada nilai.
Seorang sahabat nak pergi Bahrain utk berniaga. Nabi suruh
solat dulu 2 rakaat. Mendahulukan amal drp asbab. Kenapa duduk dlm majlis
taklim? Supaya kita yakin dgn janji2 Allah. sebab tu kena duduk dlm taklim di
masjid. utk memperbaharui keyakinan terhadap janji2 Allah dlm hati. Dengar
taklim dgn menolak segala asbab baru dtg yakin. Dlm asbab tiada janji Allah.
Dgn amalan dakwah Allah janji hidayat. Halaqah tajwid di
rumah bukan perkara baru. Sahabat telah buat halaqah quran di rumah sebelum
hijrah lagi. Hadrat khabbab r.a telah dtg ke rumah ipar umar r.a dan ajar
quran. kita nak bawa umat kpd amalan2 yg dibuat oleh sahabat. Kemajuan dunia
bila kita bergerak ke hadapan tapi utk kemajuan agama bila kita bergerak ke
belakang ke zaman nabi dan sahabat. Meninggalkan sunnah akan menuju kehancuran.
Bila kita kata halaqah quran di rumah adalah benda yg baru maka ia akan bawa
kita kpd kemusnahan.
Umar dah buat keputusan nak bunuh nabi s.a.w. tapi dlm perjalanan dia dengar bacaan quran yg
dibaca dlm rumah iparnya. Itulah sebab umar dpt hidayat. Halaqah quran adalah
utk betulkan bacaan di kalangan ahli rumah. Kita akan maju bila kita bawa kehidupan
kita kpd amalan yg dibuat sahabat.
Ibadat kena ada ilmu. Utk ilmu kena duduk dlm majlis taklim.
Masail adalah syarat utk beramal. Tanpa masail, amalan tak diterima. Abdullah
bin masud kata belajarlah ilmu spt org2 terdahulu belajar. Kita kena bersohbat
dgn ulamak. Belajar wuduk bukan dgn bawa pen dan buku. Tapi belajar wuduk dgn
cara amali, bawa lotar dan air.
Kata umar r.a, kalau tiada 3 perkara, akau tak nak hidup di
dunia ini lagi:
- keluar
di jln Allah/dakwah
- sujud
yg panjang2/ibadat
- majlis
ulamak/ilmu
org munafik takut pergi ke masjid. takut terpengaruh.
Tashkil berlaku di masjid. nabi nak bagi bendera pd org yg akan fatah di
khaibar. Nabi tanya mana ali? Ada
di rumah sakit mata. Pergi panggil dia. Nabi lap air liur pd mata ali. Nabi
tashkil ali dan bagi bendera utk ke khaibar. Kanak2 pun berebut nak tahu samada
nama mereka dah ditulis di masjid.
Comments
Post a Comment