Jor qudama’ 2018 - maksud karguzari : maulana saad
23/03/2018 - sri
petaling
Tuan2 yg mulia,
Karguzari adalah satu amal yg besar. Karguzari adalah amal kerja
yg kita dah buat yg dibentangkan dgn rasa takut, barulah akan diterima oleh Allah.
Jika kita bentang kerja yg telah kita lakukan dgn rasa tak takut pd Allah, ini
bukan karguzari tetapi ia cuma jasa yg kita nak tunjuk/cerita pd org bahawa
kita dah buat kerja dan ia tak diterima oleh Allah. Para
ambiya a.s menceritakan kerja/amal mereka pd Allah dgn rasa takut pd Allah. Org
yg memberi karguzari dgn rasa takut adalah org2 yg ikhlas yg inginkan keredaan
Allah. Karguzari adalah amal yg besar dan ia satu amanah dan kita kena
sampaikan amanah kerja yg kita telah buat. Maksud karguzari adalah utk
menyatukan fikir kita dan menyatukan kerja kita.
Karguzari adalah amal ijtima’i. amal yg sangat penting. Nabi
s.a.w telah kumpul semua sahabat utk dengar satu karguzari. Kisah seorang
pengembala kambing. Kisah yg mahsyur. Serigala telah tangkap kambing
gembalaannya. Dia dpt tangkap serigala tu. Serigala itu bercakap dgn dia dlm
bahasa manusia/bahasa arab, bahawa Allah telah bagi rezeki pd aku dan kamu
telah mengambilnya semula drp aku. Serigala kata ini bukan satu perkara yg
pelik, binatang bercakap bahasa manusia. Lebih pelik lagi ialah seorang nabi
telah dtg di madinah dan kamu masih berada di sini. Gembala tersebut telah bawa
semua kambingnya dan pergi ke madinah dan ceritakan kisah ini pd nabi s.a.w. Seekor
serigala telah mendakwahkannya utk pergi ke madinah berjumpa dgn nabi s.a.w.
Baginda tak dengar seorang diri tapi nabi s.a.w telah kumpulkan para sahabat
dengar karguzari apa yg berlaku pd pengembala tersebut.
Kisah burung hud2 dgn Sulaiman a.s. Hud2 telah hilang dari
majlis. Sulaiman tanya, kemana dia menghilangkan diri. Samada cerita pd aku apa
yg berlaku atau aku bagi azab yg berat. Hud2 ada maklumat yg Sulaiman a.s tak
tahu. Bila ia menceritakan maklumat tersebut, bagaimana seorang wanita yg
memerintah sebuah negara, wanita tersebut dan rakyatnya menyembah matahari. Sulaiman
a.s bukan sekadar dengar karguzari, tapi telah buat satu usaha. Seekor burung
telah jadi asbab hidayat seluruh negara. Apatah lagi karguzari yg dibuat oleh
manusia, lebih2 lagi akan jadi asbab hidayat seluruh alam.
Tanpa mengetahui hal2 kerja di satu2 tempat adalah penyebab
penurunan usaha. Sangat penting kita dengar tahap usaha di satu2 tempat. Kita
akan tahu maklumat2 kerja. Kita kena ihtimam dan ambil berat.
Umar r.hu kata, kalau aku bentuk jemaah yg kuat, amir yg
bagus yg mampu mentarbiyah ahli jemaahnya, adakah aku telah menyempurnakan
t/jawab? Sahabat kata, ya. Umatr kata, tidak. Selagi aku tak dengar karguzari
bagaimana kerja yg sepatutnya dia buat spt yg diberitahu dlm bayan hidayat.
Karguzari bukan program. Karguzari satu kerja. Fikir bagaimana
umat ini sampai ke tahap kerja yg baginda telah tinggalkan sahabat dgn tahap
kerja tersebut. Kita nak gerakkan umat ini ke tahap tersebut. Ini merupakan
target kita. Diri kita sendiri dan umat dtg ke tahap pengorbanan sahabat. Apa
yg berlaku di seluruh dunia ialah usaha ini sedikit demi sedikit telah
bertambah dan fikir bertambah ke tahap nabi tinggalkan sahabat. Usaha ini tak
berhenti di satu tahap. Dari semasa ke semasa ianya meningkat.
Kisah Mufti zainal abidin rah. setiap thn pergi ke nizamuddin
dan keluar cillah. Dengar bayan hidayat maulana Yusuf dan dia juga menulis apa
yg dikatakan. Dia buat usaha sebagaimana yg diberitahu. Dia juga mudir, ustaz
mengajar di madrasah dan imam di masjid. Satu ketika dia nak balik, sedang dia
menunggu kenderaan, maulana suruh org panggil dia. Tak jadi naik kenderaan,
kembali ke nizamuddin. Beberapa kali maulana Yusuf buat macam tu. Barulah dia
faham bahawa tujuan maulana Yusuf buat macam tu ialah utk bagitahu dia bahawa
kerja ni bukan kerja sampingan. Kerja asal, kerja utama adalah dakwah dan kerja2
lain adalah sampingan.
2 perkara yg penting. Kalau 2 perkara ini tak buat secara
ijtimai maka semua kerja tak jadi ijtimai:
- mesyuarat
secara ijtimai
- karguzari
secara ijtimai
Comments
Post a Comment