Posts

2013 - bayan masturat : ust ali

ibu2 & bapak2 yg dimuliakan Allah, Allah s.w.t adalah pencipta kita. Allah s.w.t adalah pemelihara kita. apa sahaja keadaan yg berlaku di depan mata dan di belakang mata kita berlaku dgn kehendak Allah. Allah s.w.t berkuasa mutlak atas makhluknya. Semua makhluk tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah. apa sahaja yg berlaku di dunia ini berlaku dgn kehendak Allah. makhluk langsung tak ada kuasa. Menafaat, mudharat, sihat, sakit, untung, rugi, hidup, mati, apa sahaja yg berlaku dari Allah. Allah buat apa sahaja yg Dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd makhluk. Allah maha kaya. Manusia yg kaya tetap berhajat, berhajat pd makan, minum, udara, lagi kaya manusia lagi banyak hajat dia. Allah maha kaya langsung tak berhajat pd sesiapa. Semua makhluk di langit dan di bumi adalah fakir, berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah. Allah buat semua perkara serentak. Pd saat ini, Allah bagi roh pd bayi dlm kandungan, Allah cabut roh, Allah bagi rezeki jutaan ikan2 di...

2013 : tazkirah jumaat - ust hazim

Tuan2 yg mulia, syukur pd Allah s.w.t, dgn taufik dan hidayat dari Allah a.w.t, pd hari yg mulia ini, hari yg digelarkan oleh nabi s.a.w sebagai saidul ayyam, penghulu bagi segala hari, kita berkumpul di rumah Allah yg mulia, utk tunaikan kefarduan yg Allah telah perintah pd kita, dengar khutbah dan tunaikan solat jumaat. Hari jumaat adalah hari yg mulia di sisi Allah. pada hari ini adam a.s telah diciptakan. Pada hari ini adam a.s telah dimasukkan ke dlm syurga. Pada hari ini jugalah adam a.s telah dikeluarkan dari syurga. Dan pada hari jumaat juga akan berlakunya hari kiamat. Pd hari jumaat semua makhluk2 Allah hatta malaikat, gunung2, lautan, angin, langit berada dlm ketakutan. Takut berlakunya hari kiamat pd hari tersebut. hari kiamat adalah satu hari yg sangat dahsyat. Allah berfirman, wahai manusia bertaqwalah kamu kpd Allah, sesunguhnya gegaran hari kiamat, kegoncangan hari kiamat adalah sesuatu yg amat dahsyat. Pada hari tersebut kamu akan lihat ibu2 yg menyusukan anaknya ...

talkin - ust ali

13/11/2015 – putra perdana setiap yg hidup akan merasai kematian. Hanya sanya akan disempurnakan pembalasan bagi setiap kamu ialah pd hari kiamat. Barangsiapa yg diselamatkan dari api neraka dan masuk dlm syurga maka sesungguhnya dia lah org yg telah berjaya. Kehidupan dunia hanya tipudaya. Mati seorang yg sedang belajar ilmu agama adalah mati yg dicemburui. Barangsiapa keluar utk menuntut ilmu dan mati dianggap syahid di jln Allah. kematian bukan berakhirnya kehidupan. Kematian adalah permulaan kehidupan yg sebenar. Dialah Allah yg telah menciptakan kematian dan kehidupan. Allah sebut mati dulu baru hidup. Kerana kehidupan yg sebenar adalah kehidupan selepas kematian. Doa yg diajar oleh nabi s.a.w, ya Allah, tidak ada kehidupan yg sebenar, kehidupan akhiratlah kehidupan yg sebenar. Kehidupan dunia adalah kehidupan yg main2 sahaja, senda gurau, perhiasan, utk berbangga2 antara kamu. Di akhirat azab yg pedih bagi mereka yg lalai dgn kehidupan dunia. Wahai org2 beriman, jgnlah seka...

bayan malam markaz KL - hj muharram

12/12/2015 – sri petaling tuan2 yg mulia, syukur kerana Allah telah jadikan kita org beriman dan jadikan kita sebagai umat nabi s.a.w. nikmat yg besar. umat yg terbaik. Ada nabi minta nak jadi umat nabi s.a.w. nabi ibrahim, nabi musa, nabi isa. Umat yg akhir. Umat yg akan masuk syurga dulu dari umat2 yg lain. kenapa kita diberi begitu banyak keistimewaan oleh Allah? kejayaan hanya dlm agama islam. Selain dari islam akan gagal. Semasa saidina umar nak pergi ambil kunci baitul muqaddis, dlm perjalanan jumpa satu jemaah org islam. beliau naik unta. Pakaian beliau ada 13 tampalan. Amir jemaah itu bagi syor suruh dia tukar baju dan naik kuda sebab nak jumpa pemuka2 kristian dan yahudi. Kena jaga status sebagai amirul mukminin. Kemuliaan hanya dlm islam. Kalau ambil selain islam Allah akan hina. Islam ialah mentaati segala perintah Allah dan mengikuti segala cara keidupan nabi s.a.w. bila mentaati Allah dan rasul akan dpt kejayaan yg besar. Saidina umar tak terkesan dgn kenderaan ...

bayan malam markaz KL - ust akram

12/11/2015 – sri petaling tuan2 yg mulia, alhamdulillah, Allah s.w.t masih lagi bagi kita peluang utk buat persiapan akhirat kita. hidup di dunia bukan satu maksud. Allah hantar kita ke dunia utk buat persiapan kehidupan akhirat. Di akhirat kita perlu agama. Akhirat juga dikenali sebagai yaumuddin , hari agama. Hanya agama akan bawa kebahagiaan dan keselamatan di akhirat. Tanpa agama kita akan susah di akhirat. Tempat utk usaha agama ialah di dunia. Dlm kubur bukan tempat utk sempurnakan agama. Allah bagi kita peluang di dunia ini. atas perkara agama inilah Allah hantar ambia a.s utk usaha atas setiap manusia. Jgn mati tanpa agama. Jgn mati tanpa islam. Dlm dunia ni kita tak nampak kepentingan agama. Kita nampak org yg tak ada agama pun mempunyai harta yg banyak. Kita menyangka disitu ada kebahagiaan. Hatta org yg menentang agama pun Allah bagi dia peluang hidup di dunia ini. namrud, firaun, qarun. Utk menambah keyakinan kita bahawa kejayaan dlm agama, Allah zahirkan hasi...

ijtimak KL3 zon C - bayan maghrib ust abdullah hizly

18/09/2015 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Umat ini umat terpilih. Umat ini tidak sama dgn umat2 yg lain. umat ini dipilih oleh Allah. Allah sendiri membesar2kan kehebatan umat nabi s.a.w. Org yg beriman yg dtg dlm umat nabi ini dtg bersama t/jawab. Nabi memandang ke arah kaabah dan takjub. Betapa besar kemuliaan baitullah. Tapi kehormatan seorang mukmin lebih besar dari baitullah. Kehebatan, keagongan, kehormatan seorang mukmin lebih besar dari kaabah. Kerana mukmin dtg bersama t/jawab. kerana mukmin dtg bersama kerja dan usaha. Kerja yg sebelum ini hanya diberi pd nabi2. seluruh nabi dtg dgn dakwah illallah. Nabi s.a.w adalah penutup kpd semua nabi2. nabi s.a.w dtg bersama usaha nabi2 yg sebelumnya. Kerja t/jawab dakwah ini, Allah telah serahkan kpd umat yg bukan lagi nabi. Umat manusia biasa. Mereka memikul t/jawab kerja nabi2. seluruh umat yg ada di dunia hari ni, arab atau ajam, adalah pekerja nabi s.a.w. umat ini penyambung usaha nabi s.a.w. Sahabat adalah seumpama bi...

ijtimak KL3 zon C - bayan nasihat ust hamid

19/09/2015 - sri petaling Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t telah muliakan umat ini dgn usaha agama. Dgn usaha agama Allah telah letakkan umat ini pd kedudukan yg sangat tinggi di akhirat. Allah gelarkan umat ini khairun ummah, umat yg terbaik, kerana kerja dan t/jawab yg telah dikurniakan oleh Allah s.w.t, kuntum khoroum matin ukhrijat linnas tak muru nabil makruf fiwatan hau na anil munkar wa tuk minu nabillah, kamu menyeru kpd makruf/kebaikan dan cegah kemungkaran dan beriman kpd Allah s.w.t. Sebagaimana umat2 yg terdahulu beriman kpd Allah, kamu juga beriman tetapi kelebihan kamu bukan sahaja kerana iman tetapi kerana t/jawab menyambung kerja kenabian kerana tidak akan ada nabi yg akan dtg selepas baginda s.a.w. Saya dan tuan2 , kita kena sedar hakikat t/jawab ini, hakikat kedudukan ini dan kena sampaikan kpd seluruh manusia supaya setiap umat memahami mereka adalah umat nabi s.a.w dan bertanggungjawab atas kerja kenabian. Sebanyak mana kita ambil t/jawab kerja agama, seba...