ijtimak KL3 zon C - bayan nasihat ust hamid
Tuan2 yg mulia,
Allah s.w.t telah muliakan umat ini dgn usaha agama. Dgn
usaha agama Allah telah letakkan umat ini pd kedudukan yg sangat tinggi di
akhirat. Allah gelarkan umat ini khairun ummah, umat yg terbaik, kerana kerja
dan t/jawab yg telah dikurniakan oleh Allah s.w.t, kuntum khoroum matin ukhrijat linnas tak muru nabil makruf fiwatan hau
na anil munkar wa tuk minu nabillah, kamu menyeru kpd makruf/kebaikan dan
cegah kemungkaran dan beriman kpd Allah s.w.t. Sebagaimana umat2 yg terdahulu
beriman kpd Allah, kamu juga beriman tetapi kelebihan kamu bukan sahaja kerana
iman tetapi kerana t/jawab menyambung kerja kenabian kerana tidak akan ada nabi
yg akan dtg selepas baginda s.a.w.
Saya dan tuan2 , kita kena sedar hakikat t/jawab ini,
hakikat kedudukan ini dan kena sampaikan kpd seluruh manusia supaya setiap umat
memahami mereka adalah umat nabi s.a.w dan bertanggungjawab atas kerja
kenabian. Sebanyak mana kita ambil t/jawab kerja agama, sebanyak itulah bantuan
Allah akan bersama dgn kita. Mahfum hadith, ‘bantuan Allah s.w.t berkadar dgn
t/jawab’. Sekiranya kita berniat utk ambil t/jawab seluruh alam, bantuan Allah
bersama kita berkadar dgn t/jawab tersebut. Oleh itu kita kena luaskan/besarkan
niat kita.
Nabi bergerak jumpa umat mengajak mereka kpd Allah. supaya
manusia taat perintah Allah. manusia kenal Allah. manusia dpt sujud pd Allah.
Atas kerisauan inilah nabi telah menanggung segala kesusahan, kesengsaraan dan
halangan dlm menjalankan usaha dakwah. Baginda berlapar. Tidak ada seorang pun
disusahkan seumpama nabi disusahkan. Disusahkan kerana agama. Semua ini nabi
tanggung kerana kasihnya baginda pd umat. Sehingga ketika nak wafat nabi telah
minta segala kesakitan maut umat ini diberi kpd baginda. Sejauh mana cinta kita
kpd nabi s.a.w?
Baginda diutuskan sebagai da’i. Nabi diutus sebagai pemberi
khabar gembira dan pemberi amaran/ancaman. Sebagai pelita yg menerangi. Wahai
rasul, sampaikan apa yg telah diturunkan kpd kamu oleh tuhan kamu, sampaikan
risalah Allah. sampaikan agama. Katakanlah pd manusia, inilah jln aku. Aku
menyeru manusia kpd Allah. Tugas nabi ialah dakwah manusia dgn membaca ayat2
Allah. menerangkan kehebatan Allah. keagongan Allah. Allah pencipta. Allah pemberi
rezeki. Allah penyelesai masalah. Mensucikan manusia dari kesyirikan. Suci dari
sifat2 mazmumah. Ajar manusia hukum hakam Allah dan sunnah, cara kehidupan.
Sunnah ibadat, sunnah adat.
Sejauh mana kita merasai t/jawab dakwah ini? nabi telah
dicaci, dimaki, dicemuh, dicela, di ludah, dihina. Nabi menanggung semua
kesusahan ini semata-mata kerana agama. Di taif, nabi telah dibaling dgn batu.
Tapi nabi tidak doakan keburukan utk mereka. Sebaliknya nabi doakan kebaikan
dan hidayat utk mereka. Nabi mengadu kelemahan beliau pd Allah.
Nabi keluar rumah dgn pakaian yg bersih dan balik dgn
pakaian yg kotor/berdebu. Fatimah r.ha sedih dan menangis melihat keadan nabi
diperlakukan sedemikian rupa. Nabi kata, agama yg dibawa oleh bapa kamu ini
akan masuk dlm setiap rumah, rumah batu, rumah kayu, rumah kulit, rumah di
bandar, rumah di kpg. Inilah usaha yg dibawa oleh nabi s.a.w. Usaha ini telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah kpd kita. ‘qul
hazihi sabi li ad u illallah….’inilah jln aku, aku meyeru manusia kpd Allah
dgn dalil yg nyata dgn penuh keyakinan dan inilah jln org yg mengikut aku. Ini
t/jawab yg jelas yg diberi oleh Allah pd kita.
Di haji widak, turun ayat, hari ini kami telah sempurnakan
ke atas kamu agama kamu dan sempurnakan nikmat atas kamu dan Aku redho islam
sebagai agama kamu. Nabi telah mengambil penyaksian dari para sahabat, ‘apakah
aku telah sampaikan agama kpd kamu?’ semua sahabat telah menjawab, kamu telah
sampaikan risalah Allah dan telah sampaikan amanah ini kpd kami. Nabi telah
mengangkat jari telunjuk ke arah langit dan berkata, ‘Allah saksikan’. Ya Allah
saksikan bahawa aku telah selesai kerja. Kerja sebagai seorang rasul. Nabi
telah pergi ke rumah2, lorong2, kota2 utk sampaikan agama. Nabi kata, ‘yg hadir
dikalangan kamu hendaklah sampaikan kpd yg tidak hadir. Hari ni agama telah
sampai kpd kita. kita beriman, kita ada kalimah. Menjadi t/jawab kita utk
sampaikan kpd manusia seluruh alam sampai hari kiamat. Semua sedia insyaAllah.
Kerja ini adalah kerja kenabian. Kerja yg hanya diberi pd
nabi2 dan rasul2 sebelum baginda s.a.w. Kerja ini telah di amkan kpd umat ini
selepas pengutusan nabi s.a.w kerana tidak akan ada nabi lagi akan dihantar
selepas baginda s.a.w. Kerana ini kerja kenabian, kita kena jlnkan kerja ini
dgn sifat2 kenabian. Dlm menyampaikan agama kita kena bawa sifat2 kenabian.
Kasih dan sayang pd org2 mukmin. Sifat ini ada pd sahabat. Dlm taurat disebut, mereka bersifat keras pd org2 kafir dan berkasih sayang sesama mereka. Jika bersifat kasar, org akan menjauhkan diri dari kita. maafkan kesalahan mereka. Jika ada apa2 kesalahan yg mereka buat dgn Allah, kamu istighfar bagi pihak mereka. Jgn kita cerita kelemahan kawan2 kita. dan buatlah kerja dgn mesyuarat. Bila diputuskan dlm mesyuarat, bertawakal pd Allah dan sempurnakan keputusan mesyuarat.
Dgn akhlak kenabian. Sebagaimana Allah telah memuji nabi
s.a.w dlm quran, ‘sesungguhnya engkau adalah akhlak yg agung’. Dan Allah s.w.t
telah jadikan nabi s.a.w sebagai contoh teladan utk di ikut. Kehidupan baginda
sebagai contoh utk diikuti. Akhlak baginda adalah akhlak yg terpuji. Mahfum
hadith, ‘yg terbaik dikalangan kamu adalah yg terbaik dgn ahli keluarganya dan
aku adalah yg terbaik dikalangan kamu dgn ahli keluargaku’.
Baginda bukan sahaja diutuskan utk sampaikan agama, baginda
juga diutuskan utk menyempurnakan ketinggian akhlak. Kesempurnaan akhlak. Allah
sebut dlm quran sifat2 kasih sayang nabi. Sekiranya umat ini tidak beriman,
tidak mentaati perintah Allah mereka akan diazab. Nabi risau. Kesusahan dan
kerisauan nabi menyebabkan nabi tak dpt tidur lena pd waktu malam. Siang nabi
buat usaha dakwah. Malam nabi dipenuhi dgn tangisan. Kita kena ada sifat lemah
lembut dan kasih sayang. Allah pesan pd nabi musa dan nabi harun utk berlembut
bila dakwah firaun.
Yg mulia dikalangan kamu ialah yg lebih bertaqwa pd Allah.
Taqwa ialah takut pd Allah semasa keseorangan. Allah maha mengetahui apa yg yg
ada dlm hati.
Kita kena bertaubat pd Allah kerana meninggalkan usaha
agama. Tidak menjadikan usaha agama sebagai maksud hidup. Mengabaikan umat.
Jutaan manusia telah mati tanpa kalimah. Kita masih lalai dan leka dgn
kesenangan yg ada di sekeliling kita.
Allah maha berkuasa. Selain dari Allah tak berkuasa. Allah
buat segala-galanya. Makhluk tak boleh buat apa2. apa yg kita buat, kita hanya merancang, kita
mencuba, kita berusaha, kita menyusun, sekiranya menepati kehendak Allah maka
ia jadi. Kalau tak menepati, maka tak jadi. Satu dunia kumpul pun tak akan
jadi. Ini perkara yg kita kena usaha dan masukkan dlm hati kita.
Semoga Allah terima ijtimak kita dan jadi asbab hidayat utk
diri kita dan seluruh manusia sampai hari kiamat
Comments
Post a Comment