bayan malam markaz KL - hj muharram
tuan2 yg mulia,
syukur kerana Allah telah jadikan kita org beriman dan
jadikan kita sebagai umat nabi s.a.w. nikmat yg besar. umat yg terbaik. Ada nabi minta nak jadi umat nabi
s.a.w. nabi ibrahim, nabi musa, nabi isa. Umat yg akhir. Umat yg akan masuk
syurga dulu dari umat2 yg lain. kenapa kita diberi begitu banyak keistimewaan
oleh Allah? kejayaan hanya dlm agama islam. Selain dari islam akan gagal.
Semasa saidina umar nak pergi ambil kunci baitul muqaddis, dlm perjalanan jumpa
satu jemaah org islam. beliau naik unta. Pakaian beliau ada 13 tampalan. Amir
jemaah itu bagi syor suruh dia tukar baju dan naik kuda sebab nak jumpa pemuka2
kristian dan yahudi. Kena jaga status sebagai amirul mukminin. Kemuliaan hanya
dlm islam. Kalau ambil selain islam Allah akan hina. Islam ialah mentaati
segala perintah Allah dan mengikuti segala cara keidupan nabi s.a.w. bila
mentaati Allah dan rasul akan dpt kejayaan yg besar. Saidina umar tak terkesan
dgn kenderaan & pakaian dia. Allah letak kejayaan dan kehormatan dlm agama.
Beliau yakin dgn janji Allah. Agama adalah satu amalan. Dari bangun tidur
hingga tidur. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dari kita dilahirkan
hingga dikebumikan. Setiap saat kita kena tilik diri kita sejauh mana kita taat
perintah Allah dan ikut cara kehidupan nabi s.a.w. kejayaan setiap manusia ada
dlm agama Allah. kejayaan bukan dlm harta, pangkat, bangsa, keturunan, daerah,
pakaian, kenderan, rumah, makanan. Kejayaan hanya dlm agama. Agama penting.
Usaha atas agama juga penting. Kalau tak ada usaha atas agama maka tak akan ada
agama.
Nabi s.a.w telah buat usaha selama 23 thn. Pada hj widak,
124,000 sahabat telah dikumpulkan. Adakah aku telah sampaikan agama kpd kamu.
Sahabat kata, ya. Ya Allah jadilah saksi. Nabi kata kamu yg hadir ni sampaikan
pd yg tidak ahdir. Usaha agama perlu diteruskan. Sahabt telah buat
pengorbanan utk agama. Umat islam kena
bersedia utk korbankan diri, harta, masa, keinginan, kemahuan utk tegakkan
kalimah Allah. supaya manusia kenal kudrat dan kuasa Allah. dan sebarkan
kehidupan mulia nabi s.a.w. Mekah dan madinah adalah tempat yg terbaik utk
beribadat. Dan tempat terbaik utk dikebumikan. Tetapi atas kepentinagn umat
seluruh alam, sahabat sanggup tinggalkan tempat yg paling baik. Kerana nak
menyelamatkan manusia dari azab neraka. Kerja ini adalah kerja nabi2. nabi2
dimuliakn dgn kerja ini. dlm quran Allah tak sebut pasal ibadat nabi2. Allah
cerita kisah dakwah mereka. Musa dan firaun. Ibrahim dan namrud. Kisah nabi nuh.
Kisah nabi isa. Kisah nai lut. Kerana apa? Kerana agama akan tertegak dgn
usaha, dgn susah payah. Mengajak manusia mengagongkan Allah. Allah yg maha
kuasa. Allah yg memuliakan, Allah yg menghinakan, Allah yg bagi rezeki. Allah
yg tambah rezeki, Allah yg menarik rezeki, Allah yg mengurangkan rezeki. Setiap
yg berlaku dgn izin Allah. Allah cerita pengorbanan nabi2 dlm quran.
Bila kita ambil kerja ini dgn sungguh2, maka akan selesaikan
masalah di dunia, di kubur, di mahsyar, di mizan, di titian sirat dan selamat
dari neraka dan masuk syurga. Ada org tanya maulana ilyas, apa kamu
hendak bila suruh org keluar? Tinggalkan anak isteri, kedai, kebun, pekerjaan.
Aku inginkan supaya agama yg telah wujud pd masa kewafatan nabi s.a.w dpt
diwujudkan balik. Dlm diri ada agama, dlm rumah ada agama, dlm perniagaan ada
agama, dlm seluruh kehidupan ada agama. Pd hari kewafatn nabi, banyak musibah
berlaku. Nabi palsu, org tak nak bayar zakat, ancaman rom, org murtad. Ada sahabat bagi syor supaya semua
bertahan di madinah. Di madinah ada isteri2 nabi. saidina abu bakar yg lebih
faham agama kata kita kena kosongkan madinah. Semua kena keluar di jln Allah. 3
hari tiada azan di masjid nabawi. Dgn bergerak korbankan diri dan harta, buat
dakwah, Allah telah selesaikan semua masalah. Inilah kaedah utk menarik bantuan
pertolongan Allah. Allah janji bila kita bantu agama Allah, Allah akan tetapkan
kaki2 kita terhadap musuh. Allah tak perlu bantuan. Allah maha kuasa. Allah nak
muliakan kita.
Dunia ni darul amal utk org islam dan darul asbab utk org
kafir. Perkara asas ialah iman dan amal. Hari ni kucing dan ayam pun jadi
masalah utk kita keluar di jln Allah. kemuliaan ada dlm kerja agama. Kisah
tabuk, musim nak kutip buah kurma, perjalanan yg jauh dan panas. Org2 munafik
seramai 80 org telah minta keuzuran tak nak pergi. 30,000 sahabat telah sedia
kecuali 3 org sahabat yg tertangguh. Ahli badar. Bukan tak nak keluar tapi ada
sedikit hal yg nak diselesaikan. Dlm pd masa tersebut, jemaah pun dah balik.
Perang tak jadi. Balik awal. Yg pergi 30,000, yg tak pergi 3 org sahaja, apa
salahnya. Kalau ikut akal tak ada masalah tapi Allah tak terima. 3 org ini
telah dipulaukan oleh nabi dan semua sahabat selama 50 hari. Bagi salam pun tak
jawab salam. Kerana mereka dah langgar perintah Allah. selepas 50 hari baru dtg
pengampunan dari Allah.
Kita kena faham kerja agama adalah kerja kemuliaan dunia dan
akhirat. Dgn usaha agama dpt bentuk iman dan yakin pd Allah. bina yakin pd
kuasa dan kudrat Allah. setiap masa sahabat diuji. Ada sahabat baru balik dari keluar jln
Allah. nabi s.a.w sedang bentuk jemah. Nabi terus lantik dia jadi amir. Kalau
kita kena tashkil macam tu adakah kita sedia? Sahabat macam anak panah. Dia
minta izin sekejap nak balik rumah. Nak ambik perisai. Dia kata wahai isteriku,
minta maaf tak boleh masuk rumah. Dah ada takazah baru. Kena bawa jemaah
keluar. Isteri pun menangis. Dia kata jgn menangis ini arahan dari nabi s.a.w.
isteri kata saya bukan menangis sebab abg nak keluar, saya menangis sebab abg
ada lagi masa nak jumpa saya. Sepatutnya abg terus je keluar. Tak perlu balik
rumah. Wanita dizaman itu sangat faham tentang kerja agama.
Dunia sementara. Allah akan balas lebih lagi di akhirat. Jgn
kita tertipu dgn nikmat dunia. Rumah besar, kereta besar, banyak duit,
melancong sana sini. Bila buat tabigh banyak masa dihabiskan utk sambut
takazah agama. Nikmat syurga adalah nikmat yg tak boleh dibayangkan. Tak pernah
dilihat dgn mata, tak pernah didengar oleh telinga. Allah ‘offer’ nabi utk
tukarkan gunung uhud dgn emas. Tapi nabi tolak. Kerja agama bukan dgn
kesenangan. Kerja agama dibuat dgn mujahadah. Mujahadah apa? Korban harta,
diri, masa, perasaan, kemuliaan, kerehatan, semua korban. Utk kerja dunia tak
dipanggil korban. Ia dipanggil musyakkah. Kerja utk duit. Kerja siang malam utk
cari keperluan tidak dinamakan korban tapi musyakkah. Mujahadah susah payah utk
agama Allah, pasti dan pasti akan dibuka jln hidayat.
Agama tak tersebar dgn fikir kita. agama tersebar dgn cara
nabi s.a.w. kerja agama dibuat dgn cara nabi dan sahabat. Kalau buat dgn cara
lain, bertentangan dgn cara nabi tidak ada janji hidayat. Kena ikut cara nabi
dari segi dakwah, ibadat dan adat. Perkara pertama ialah usaha atas iman. Nabi
kata, Perbaharuilah iman kamu. Iman akan luntur spt lunturnya warna pd kain. Perbanyakkanlah
percakapan lailahaillallah. Cakap
tentang mahfum kalimah. Zikir sahaja tak cukup. Tazkirahkan tentang kebesaran
Allah. Abdullah bin rawahah telah pegang tangan sahabat yg lain dan kata mari
kita beriman sebentar. Ini amalan sahabat. Nabi kata semoga Allah merahmati
beliau. Sahabat akan keluar dari masjid dan jumpa manusia dan bawa ke masjid.
Pergi rumah ke rumah2, gerai2, taman2, ajak dtg ke masjid dan beriman. Amalan
ini dah tak ada sekarang ni. Amalan utk bina iman. Kuatkan iman. Betulkan yakin.
Amalan ini perlu dihidupkan di semua masjid. Imam malik rah. kata, umat akhir
zaman hanya akan terislah bila ikut umat awal kurun i.e para sahabat. Umar
r.hu, muaz bin jabal, abu hurairah, keluar dan bawa org ke masjid. Ini adalah
perkara yg asal dan perkara yg asas.
Umat islam perlu digerakkan dan dijadikan ahli masjid.
Banyak kelebihan jadi ahli masjid. Org yg berulang alik ke masjid akan jadi
jiran Allah di akhirat. Akan dpt lindungan Allah di akhirat. Matahari sejengkal
di atas kepala. Bumi dari tembaga. Tiada perlinduangan yg lain. org yg dtg ke
masjd utk belajar ilmu akan dpt pahala haji yg makbul. Setiap masjid ialah
anak/cawangan kpd masjid nabawi. Rahmat turun di baitullah dan ke masjid nabawi
dan ke masjid2 seluruh alam. Masjid perlu dihidupkan 24jam spt mana masjid
nabawi hidup 24 jam zaman nabi dahulu. Nabi bersaksi iman org yg selalu ke
masjid.
Ijtimak kta sudah pun bermula. Kita kena bergerak jumpa
manusia bagitahu mereka kepentingan amal, kepentingan akhirat, kepentingan buat
usaha nabi. banyak ganjaran bila keluar di jln Allah. kita selalu dengar. Kita
kena yakin. Bila yakin baru dpt sambut takazah. Sepagi atau sepetang di jln
Allah lebih baik dari dunia dan seisinya. Sahabat telah tinggalkan baitullah,
raudah utk agama Allah. amalan di jln Allah akan digandakan paling kurang
700,000 kali. Allah sangat kasih pd hambaNya yg bersusah payah utk hambaNya yg
lain. Inilah fikir risau nabi. macam mana nak selamatkan seluruh umat dari
neraka. Satu ekor semua yg risau pasal kawan2 dia takut dipijak oleh tentera
nabi sulaiman, Allah gembira dan ceritakan dlm quran. Kita adalah umat muhammad
s.a.w. sangat besar ganjaran bila bergerak utk agama Allah. jangan kita
tangguh2 keluar di jln Allah. bila maut dtg sebelum sempat keluar kita akan
menyesal di akhirat. Menyesal di akhirat tak berguna. Sekarang kita buat
keputusan. Begitu banyak kelebihan org yg memakmurkan masjid. Apatah lagi org
yg jadi penyebab kpd org yg memakmurkan masjid. Lebih lagi besar ganjaran yg
dia kan dpt. Kemuncak nikmat di syurga ialah melihat wajah Allah.
di dunia kita ajak org kpd Allah. mudah2han di syurga dpt lihat wajah Allah.
dlm menjalankan kerja agama kena sabar. Allah bersama dgn org yg sabar. Malam
kita bangun dan doa pd Allah. kita istighfar sebab tak sungguh2 dlm kerja yg
mulia dan besar ini.
Comments
Post a Comment