ijtimak KL3 zon C - bayan maghrib ust abdullah hizly
18/09/2015 - sri petaling
Tuan2 yg mulia,
Umat ini umat terpilih. Umat ini tidak sama dgn umat2 yg
lain. umat ini dipilih oleh Allah. Allah sendiri membesar2kan kehebatan umat
nabi s.a.w. Org yg beriman yg dtg dlm umat nabi ini dtg bersama t/jawab. Nabi
memandang ke arah kaabah dan takjub. Betapa besar kemuliaan baitullah. Tapi
kehormatan seorang mukmin lebih besar dari baitullah. Kehebatan, keagongan,
kehormatan seorang mukmin lebih besar dari kaabah. Kerana mukmin dtg bersama
t/jawab. kerana mukmin dtg bersama kerja dan usaha. Kerja yg sebelum ini hanya
diberi pd nabi2. seluruh nabi dtg dgn dakwah illallah. Nabi s.a.w adalah
penutup kpd semua nabi2. nabi s.a.w dtg bersama usaha nabi2 yg sebelumnya.
Kerja t/jawab dakwah ini, Allah telah serahkan kpd umat yg bukan lagi nabi.
Umat manusia biasa. Mereka memikul t/jawab kerja nabi2. seluruh umat yg ada di
dunia hari ni, arab atau ajam, adalah pekerja nabi s.a.w. umat ini penyambung
usaha nabi s.a.w.
Sahabat adalah seumpama bintang2 di langit, petunjuk utk
manusia2 yg lain. seluruh wali2 dan seluruh auliya berkumpul tak akan sama dgn
satu org sahabat. Nabi kumpul sahabat dan kata bahagia kamu (1X sahaja) umat yg
beriman pd aku dan melihat aku. Kemudian nabi kata bahagia kamu (7X) umat yg
belum pernah melihat aku dan beriman pd aku. Seluruh umat seluruh alam, lelaki
dan wanita dihantar bersama usaha nabi s.a.w. Kamu umat terakhir tiada umat
slepas kamu. Nabi kata kamu umat yg terbaik dikeluarkan utk kebaikan manusia yg
lain, kamu mengajak kpd iman, kamu mencegah dari syirik, kamu beramal dgn
seluruh perintah Allah. nabi serahkan kerja dan t/jawab nabi kpd umat ini. kamu
umat terakhir. Kamu umat terbaik. Kamu umat termulia.
Kita dihantar oleh Allah. umat ini dipilih oleh Allah. kita
dilahirkan utk memberi kebaikan pd manusia lain. ini t/jawab kita. mengajak
manusia pd makruf. Makruf paling besar ialah iman. Mencegah manusia dari
mungkar. Mungkar paling besar ialah syirik. Ini kerja umat. Seluruh umat
dihantar utk maksud ini. Allah amat gembira dgn umat ini. Allah amat sayang dgn
umat ini. tapi bila umat berpaling dari t/jawab mereka, bermacam keadaan dtg
supaya mereka kembali semula kpd Allah. musibah yg melanda umat hari ini, Allah
hantar musibah supaya umat kembali kpd asal maksud hidup mereka. Utk kaum yg
terdahulu, Allah bagi ancaman kalau tidak beriman. Kalau tak beriman, mereka
akan di azab. Tapi umat nabi s.a.w berbeza dgn mereka. Utk umat ini Allah tak
guna perkataan ‘ancam’ tapi Allah guna perkataan ‘berita gembira’ utk mereka.
Dlm zabur Allah cerita kebaikan umat akhir zaman. Wahai
Daud, akan dtg seorang lelaki yg dipanggil Ahmad@muhammad, seorang nabi,
seorang penghulu, Aku tak akan murka terhadapnya, dan beliau tak memurkai Aku
selama-lamanya. Sebelum lahir Aku telah ampunkan seluruh dosanya. Umat muhammad
pembawa rahmat sepertimana nabi mereka membawa rahmat. Umat muhammad dirahmati
oleh Allah sebagaimana nabi mereka dirahmati oleh Allah. seluruh umat dihantar
bersama rahmat nabi s.a.w. Umat muhammad akan dtg berjumpa Aku di hari kiamat,
nur mereka sama spt nur nabi2. hanya sanya kerana t/jawab kenabian yg telah
diberi pd umat.
Allah pelihara umat selagi umat ambil t/jawab nabi. Allah yg
beri usaha pd umat. Kita tak pernah minta/doa. Allah telah pilih kita. sebelum
diberi pd umat nabi t/jawab kerja ini, Allah telah ‘offer’ t/jawab ini pd bumi,
langit, gunung, bukit, matahari, tumbuhan, jin, malaikat. Seluruh makhluk
tersebut tidak sanggup memikul t/jawab kerja yg besar ini. umat nabi s.a.w
telah terima dgn hati yg terbuka. Bantulah agama Allah sekuat-kuat kemampuan yg
ada pd kamu. Allah minta seluruh kemampuan. Seluruh kemampuan harta, seluruh
kemampuan masa, seluruh kemampuan diri. Allah pilih umat ini dan Allah bagi
kerja pd umat ini. Nabi dihantar sebagai saksi, sebagai pemberi berita gembira,
pemberi berita menakutkan, sebagai da’i kpd kerajaan Allah, sebagai petunjuk
kpd manusia lain. ini semua keja nabi. Sampaikan berita gembira ini juga kpd
org beriman antara kamu. Kurniaan yg agung ini juga diberi kpd umat kamu yg
beriman. Sebagaimana nabi dihantar, umat ini juga dihantar oleh Allah. umat ini
adalah penyambung kpd usaha nabi s.a.w.
Lelaki dan wanita terpilih utk kerja ini. bahkan satu org
pendosa di kalangan umat juga dihantar utk buat usaha dakwah nabi s.a.w. Dlm
bukhari ada satu bab, di akhir zaman Allah akan ambil khidmat agama dari
pendosa sekalipun. Kami wariskan agama Allah yg sempurna ini kpd hamba2 yg kami
pilih, ada antara mereka yg telah menzalimi diri mereka sendiri. Jgn
sekali-kali kita pandang umat nabi dgn pandangan yg salah. Fulan peminum arak,
fulan penzina, fulan penipu, fulan pencuri, jgn kita cakap macam ni. Bahkan
setiap umat nabi di lihat dgn pandangan yg benar bahawa mereka dihantar utk
bantu agama nabi, cumanya mereka belum disediakan. Umat adalah pewaris kerja
nabi s.a.w.
nabi2 sebelum ini diberi kerja dakwah setelah matang umur
mereka, dlm umur 40 thn. Berbeza dgn umat ini. umat ini umat terakhir, tiada
umat selepas kamu. Allah jadikan setiap umat yg lahir ini sebagai pekerja nabi
s.a.w. mereka diberi t/jawab kerja nabi sejak mereka dilahirkan. Azan telinga
kanan, iqamah telinga kiri. Terus Allah serahklan usaha agama kpd umat ini. tak
perlu tunggu umur matang. Umat terpilih. Utk bawa agama Allah utk pergi ke
lorong2, ke gerai2, ke kedai2. Dakwah adalah tarbiyah pd nabi. Nabi bangunkan
umat dgn dakwah. Tiada umat tanpa dakwah. Nabi pelihara umat ini dgn dakwah. Nabi
bentuk umat ini dgn dakwah. Setiap sahabat telah kerahkan diri, masa, harta,
hatta nyawa juga diberi utk dakwah. Nabi tarbiyah sahabat dgn dakwah. Allah
hantar nabi dan nabi dakwah sahabat kpd islam. Kemudian nabi tazkiyah sahabat
dgn tazkiyah dakwah. Nabi ajar sahabat perbualan iman yakin.
Sahabat ajak sahabat yg lain dtg ke masjid. pegang tangan
sahabat yg lain. Duduk seketika dgn kami utk tambah iman terhadap Allah. dlm
bukhari, amirul mukminin, umar khattab r.hu dan mufti madinah muaz b jabal
r.hu, mereka pun keluar dari masjid dan bawa umat ke masjid. Duduk dlm halaqah
iman. Nabi ajar setiap golongan sahabat dgn tarbiyah iman.
Kisah muaz bin malik r.hu. bila Allah nak wujudkan satu
kanun, Allah libatkan sahabat. Muaz b malik terlibat dgn perzinaan. Allah nak
tunjuk pd umat apa hukum org yg berzina. Beliau dtg jumpa nabi s.a.w. bersihkan
aku ya rasulullah. Nabi berpaling. Buat zina dan kemudian dtg serah diri. 4
kali dtg jumpa nabi dan minta nabi bersihkan beliau. Allah turunkan hukum rejam
sampai mati. Hari jumaat dibawa ke masjid dan direjam. Darah muaz b malik telah
terpercik ke baju umar b khattab r.hu. Umar rasa geli sebab darah penzina. Nabi
kata jgn ucap spt itu. Beliau telah bertaubat dgn sebenar2 taubat, kalau
dibahagikan taubatnya pd seluruh umat manusia nescaya cukup utk mengampunkan
seluruh umat manusia yg ada. Lahir manusia spt ini sebab tarbiyah dakwah dari
nabi s.a.w. Manusia yg berdosa sekalipun dgn taubat mereka jadikan mereka
hampir dgn Allah. Dakwah membentuk umat.
Umat diberi usaha nabi2. Umat diberi usaha percakapan nabi2.
Allah ajar setiap nabi2 dgn kalimah tauhid. Kalimah ikhlas. Kalimah toyyibah. Lailahaillallah. Allah ajar nabi2
menafikan seluruh makhluk selain Allah. menafikan harta benda, wang ringgit,
emas perak, tiada boleh membahgiakan manusia. illallah, hanya Allah yg membahgiakan manusia. Lailaha, tiada tempat bergantung, memohon, berharap, illallah melainkan Allah tempat
bergantung, memohon, berharap. Setiap nabi diajar kalimah ini. menafikan
seluruh makhluk yg ada. Mengiakan hanya sanya zat Allah. ini dakwah nabi2.
Bila umat bercakap mahfum kalimah, Lailahaillallah,
menafikan makhluk, Allah kuasa, makhluk tak ada kuasa, yg berkuasa hanya Allah,
segera Allah berdialog dgn mereka. Allah jawab perbulan mereka; benar kata
hambaKu. Tiada ilah, tiada memberi menafaat, tiada memberi mudharat, melainkan
hanya Allah yg memberi menafaat dan mudharat. Ini kalimah mukjizat bagi nabi2
dan ini kalimah keramat bagi setiap umat nabi s.a.w. Makhluk tidak boleh buat
sesuatu. Yg buat segalanya Allah. wang ringgit, harta benda, emas perak,
perniagaan, kilang, kedai, semuanya tiada menajanjikan menafaat. Yg memberi
menafaat Allah. Lailahaillallah. Yg
memberi kebahgiaan pd manusia hanya sanya zat Allah. bila umat bicara setiap
waktu perkara ini, maka Allah akan bersama umat.
Allah cerita sifat umat nabi s.a.w dlm taurat. Bila umat
muhammad berbaris membentuk jemaah demi jemaah, utk keluar di jln Allah, utk
bawa kalimah ini ke lorong2, gerai2, kedai2, masjid2, pintu ke pintu, hati ke
hati, duduk dan fikir di mana jemaah nak dihantar, baru tafakud, baru jemaah
bayangan, belum keluar lagi maka segera Allah jadi payung terhadap mereka.
Besarnya dakwah tauhid ini. umat baru berbincang, terus Allah dtg memayungi
mereka dgn rahmatNya. Allah ambil t/jawab memelihara dan melindungi mereka.
Allah telah beritahu kelebihan dan kebaikan umat muhammad dlm taurat sebelum kita
semua dilahirkan. Bila umat muhammad ini keluar di jln Allah, bawa umat hampir
kpd Allah, maka segera Allah akan hantar di hadapan, belakang, kiri, kanan
mereka malaikat dgn tombak yg tajam mengawasi mereka. Sehingga tanaman,
tumbuhan, ternakan juga di awasi oleh malaikat.
Bersama dakwah ada perlindungan Allah. bersama dakwah ada
kemuliaan Allah. bersama dakwah ada janji Allah. selagi umat pikul t/jawab
agama selagi itu Allah bersama umat. Bila umat berpaling dari dakwah, kehinaan
akan dtg membelengui umat ini. bila kamu sibuk dgn perniagaan kamu, kamu sibuk
dgn ternakan kamu, kamu sibuk dgn tanaman kamu, kamu meninggalkan usaha agama
Allah, kamu meninggalkan dakwah illallah, pasti Allah akan belengu kamu dgn
kehinaan.
50 ribu tahun sebelum Allah cipta langit dan bumi, semua
takdir telah ditetapkan. Makan apa hari ni. Berapa suap hari ni. Berapa teguk
air hari ni. Jodoh dgn siapa. Berapa lama. Bila berpisah. Semua telah maktub di
sisi Allah. takdir boleh berubah dgn amalan soleh manusia. Silaturahim bertambah,
maka bertambah umur manusia. Rezeki bertambah dgn sedekah. Bila banyak buat
dosa, Allah pendekkan umur.
Semua telah tertulis disisi Allah. makhluk hanya perhiasan
semata-mata. Baik buruk keadaan manusia, derita bahagia manusia, tiada
bersangkutan dgn kebendaan, bahkan semua berkaitan dgn amal manusia. Baik lidah
mereka, maka baiklah sepanjang hari urusan mereka. Umur, rezeki semua berkaitan
dgn solat kita. kusyuk atau tidak hari ni. Berapa juzuk quran dibaca hari ni. Berapa
banyak zikir hari ni. Berapa banyak bagi dakwah hari ni. Berapa lama bagi masa
di masjid. Tawajjuh, hati, harapan, permintaan adakah menuju ke arah Allah atau
ke arah ghairullah.
Amalan kamu bergantung pd niat kamu. Berhijrah utk Allah,
maka dpt Allah. berniat utk dunia, maka dpt dunia. Berniat utk wanita maka akan
dpt wanita. Seorang sahabat hijrah berkahwin dgn ummu qais. Hijrah ini bukan
utk Allah. hijrah kerana wanita. Oleh itu, nabi padamkan nama sahabat awwalin
muhajir mekah ini. namanya disembunyikan. Sampai kiamat tiada org kenal nama
sahabat ini. kalau beramal utk makhluk/ghairullah, bukan utk Allah, tak jadikan
Allah matlub, tak jadikan Allah matlamat, maka seluruh amal tak diterima, ini
adalah satu keaiban.
umat kena begerak utk kalimah ini, dakwahkan mahfum kalimah,
wahai org beriman, takutilah kamu akan Allah, sebutlah perkataan yg lurus,
perkataan yg benar. tafsir ibnu abbas kata perkataan yg benar ialah mahfum
kalimah. Lailahaillallah, makhluk tak
ada kuasa, makhluk tak boleh buat apa, yg buat segalanya Allah. ‘qaulan sadida’. Bila seluruh umat dtg
kpd perkataan iman ini, Allah bina kehidupan mereka. Terbina kehidupan umat
bukan dgn duit. bukan dgn harta, bukan dgn kenderaan, bukan dgn rumah, bukan
dgn emas, perak. Terbinanya kehidupan umat ini bila umat dtg kpd perbualan yg
Allah suka. Di dunia kehidupan yg baik dan diakhirat Allah ampunkan dosa2
mereka. Kalimah ini jadi asbab keampunan di akhirat.
Dakwah ini nabi jadikan maksud hidup umat. Dakwah ini nabi
jadikan kerja umat. Dgn dakwah ada janji Allah. kisah bani israil Allah cerita
dlm quran sebagai petunjuk utk umat ini. hudalinnas.
supaya umat ambil kerja nabi, umat ambil t/jawab nabi, dgn membuat keputusan
kerja nabi kerja saya, t/jawab nabi t/jawab saya, siang nabi siang saya, malam
nabi malam saya, risau nabi risau saya, letih nabi letih saya, maka Allah akan
bersama2 umat. Allah akan terima pengorbanan umat ini. buat keputusan nekad
korban utk agama. Walaupun korban tak sempurna, amal tak sempurna, pasti Allah
akan terima dgn penerimaan yg sempurna. Bila Allah terima, Allah akan ambil
t/jawab pemeliharaan. Sptmana mariam dipelihara.
Bila umat bagi masa utk dakwah, maka Allah akan hilangkan
batil satu per satu. Kalau mahu Allah bantu maka dakwah adalah jalannya. Hanya
ini pilihan umat. Batil akan hancur. Ini janji Allah. apa yg berlaku pd zaman
bani israil akan berlaku di zaman ini. sama spt sepasang kasut. Saiz sama,
jenis sama, warna sama. Segala fitnah dlm bani israil pasti dan pasti akan
berlaku dlm umat ini. Bila buat keputusan kerja nabi kerja saya, maka Allah
akan salurkan ilmu nubuwwah ke rumah kita. walaupun bapa petani tapi anak2
semua hafiz quran, ulamak, mufti. Ini keramat usaha dakwah nabi. Bila buat
kerja nabi, rezeki akan mencari kamu. Rezeki tersedia dari khazanah Allah utk
da’i2 Allah. rezeki mengejar hamba seumpama maut mengejar mereka.
Dakwah akan bimbing kita. dakwah penjamin rezeki umat ini.
dakwah penjamin keselamatan umat ini. dakwah menjamin pertolongan Allah bersama
umat ini. dakwah ada janji nabi. nabi jamin satu mahligai di pinggir syurga dan
satu mahligai di tengah syurga utk mereka yg bermujahadah utk agama Allah. seluruh
dosa diampunkan. Seluruh kebaikan ditulis. Akan mati dgn kematian yg baik. Oleh
itu kena keluar jln Allah.
Comments
Post a Comment