talkin - ust ali
setiap yg hidup akan merasai kematian. Hanya sanya akan
disempurnakan pembalasan bagi setiap kamu ialah pd hari kiamat. Barangsiapa yg
diselamatkan dari api neraka dan masuk dlm syurga maka sesungguhnya dia lah org
yg telah berjaya. Kehidupan dunia hanya tipudaya. Mati seorang yg sedang
belajar ilmu agama adalah mati yg dicemburui. Barangsiapa keluar utk menuntut
ilmu dan mati dianggap syahid di jln Allah. kematian bukan berakhirnya
kehidupan. Kematian adalah permulaan kehidupan yg sebenar. Dialah Allah yg
telah menciptakan kematian dan kehidupan. Allah sebut mati dulu baru hidup.
Kerana kehidupan yg sebenar adalah kehidupan selepas kematian. Doa yg diajar
oleh nabi s.a.w, ya Allah, tidak ada kehidupan yg sebenar, kehidupan akhiratlah
kehidupan yg sebenar. Kehidupan dunia adalah kehidupan yg main2 sahaja, senda
gurau, perhiasan, utk berbangga2 antara kamu. Di akhirat azab yg pedih bagi
mereka yg lalai dgn kehidupan dunia. Wahai org2 beriman, jgnlah sekali2 harta, anak
pinak melalaikan kamu dari mentaati perintah Allah. org yg telah dilalaikan oleh
harta dan anak pinak adalah org yg rugi, tinggal perintah Allah dan buat yg
haram semata2 utk dunia yg sementara. Org yg rugi bukanlah org yg tidak
mempunyai harta, pangkat kedudukan, tapi org yg rugi ialah mereka yg telah
dilalaikan oleh harta dan dunia. Penyelesaiannya ialah infaqkanlah,
belanjakanlah, apa sahaja yg Allah telah bagi pd kita, harta, masa, tenaga,
segala kemampuan, digunakan utk mentaati perintah Allah. utk menyebarkan agama
Allah, utk menredakan Allah. bila nak guna? sebelum maut dtg. Tidak ada seorang
pun akan dpt lari dari kematian. Sebagaimana manusia tidak dpt lari dari rezeki
dia, begitulah manusia tidak akan dpt lari dari kematian dia. Rezeki akan mencari
seorang hamba sebagaimana maut mencari dia. Infaqkanlah apa sahaja yg Allah
telah beri pd kamu sebelum dtgnya hari kematian kamu. Taatlah perintah Allah.
tinggalkan larangan Allah. gunakanlah sisa2 kehidupan kita utk meninggikan
agama Allah, menyebarkan agama Allah, utk mencari reda Allah. kalau kita tak
guna masa yg singkat 60-70 thn, maka ketika hampir mati kita akan sangat
menyesal. Wahai tuhanku, kalau Engkau boleh melewatkan ajal aku walaupun
kelewatan yg sedikit, kalau Engkau beri peluang pd aku, nescaya aku akan
gunakan semua nikmat yg Engkau telah berikan harta, diri, tenaga utk mentaati
perintah Engkau. Tapi Allah jawab, Allah tidak akan melewatkan satu nyawa pun
bila telah sampai ajalnya, Allah maha mengetahui setiap amalan kamu. Marilah kita
ambil pengajaran dgn kematian adik kita ini. Taat perintah Allah, amal agama
dan buat usaha agama. Inilah maksud nabi kita dihantar. 3 maksud nabi dihantar,
dakwah, taklim dan tazkiyah. Sebaik-baik manusia ialah mereka yg belajar quran
dan mengajar quran. Inilah kematian yg dicemburui. Salam sejahtera wahai ahli
kubur, kamu semua telah mendahului kami, dan kami insyaAllah akan menyusul
kamu. Ingatlah satu hari nanti kita akan disembahyangkan. Ingatlah satu hari ni
nanti kita akan diusung. Ingatlah satu hari nanti kita akan dimasukkan ke dlm
liang lahad. Hari yg mana tidak ada menafaat anak pinak, harta melainkan org yg
dtg berjumpa Allah dgn hati yg sejahtera, iman yakin yg betul, iman yg soheh,
amal yg soleh, hanya ini sahaja yg dpt menyelamatkan manusia. Semoga Allah bagi
kita kesedaran dan keinsafan. Ilmu adalah apa yg boleh bantu kita jawab soalan
dlm kubur. 3 soalan dlm kubur, siapa tuhan kamu, apa agama kamu, siapa nabi
kamu. Utk jawab soalan kena taat perintah Allah dan amalkan sunnah dan syariat yg
dibawa oleh nabi s.a.w. Kita kena bawa dakwah muhammad, ibadat muhammad dan
adat muhammad dlm kehidupan. Sebelum dtg kematian, jadikanlah dakwah maksud
hidup, amalkan agama dan sebarkan agama Allah.
Comments
Post a Comment