1999 - jemaah masjid : hafiz iqbal (1)
06/07/1999 - sri petaling Tuan-tuan yang mulia, di syurga hanya dengan iradah sahaja semua akan berlaku, semua akan terbentuk dan terjadi tetapi di dunia ini hanya akan berlaku dengan iradah dan usaha. Untuk wujudkan sesuatu hendaklah kita betul-betul niat dan betul-betul yakin dengan Allah s.w.t dan kita kena buat usaha yang sungguh-sungguh. Diberitakan bahawa Abdullah bin Zubair r.a, bila dia hendak buat sesuatu, dia akan buat usaha dengan bersungguh-sungguh seolah-olah dia yang melakukan segala-galanya tetapi bila dia sembahyang, lakukan perintah Allah s.w.t, dia lupa dia bukan segala-galanya. Kita sebagai umat Baginda Nabi s.a.w, sebagai naib Baginda s.a.w, kita bertanggungjawab untuk buat usaha Baginda s.a.w. Nabi s.a.w sebagai rahabah untuk seluruh umat manusia dan Nabi s.a.w telah dilantik oleh Allah s.w.t untuk seluruh manusia. Usaha Nabi s.a.w dan usaha sebagai umat Nabi s.a.w, masanya adalah sampai hari qiamat. Masa tugas na...