2014 - bayan utk pelajar agama : maulana syamim

Madrasah miftahul ulum sri petaling

Pelajar-pelajar yg mulia,

Allah s.w.t. telah sibukkan adik2 dlm satu ilmu dan telah memberi taufiq pd adik2 utk mempelajari satu ilmu. Ilmu itu adalah ilmu yg sangat bernilai. Adik2 yg telah disibukkan dgn ilmu ini, adik2 juga adalah org yg bernila disisi Allah s.w.t. Begitu bernilainya ilmu ini, satu org yg baru keluar dari rumah dgn niat utk belajar ilmu ini, dia belum lagi belajar, dia belum lagi duduk dlm kelas, baru keluar dari rumah, maka utk org ini Allah s.w.t memerintahkan malaikatNya, wahai malaikatKu, kau hamparkanlah sayap2 kamu utk hambuKu ini. Org tadi akan berjalan diatas sayap2 malaikat. Adik2 yg sedang belajar agama ini, nampak zahir kaki di tanah, tapi hakikatnya diatas sayap malaikat.

Semua makhluk Allah, samada haiwan, tumbuhan, batu-batan, semut, anai2, ikan di lautan, semua sibuk mendoakan utk hamba Allah yg mempelajari ilmu agama. Malaikat2 yg menghamparkan sayap mereka di bawah kaki adik2 dan org2 yg belajar ilmu agama, apabila adik2 duduk dlm kelas belajar agama, maka malaikat yg sama akan meletakkan sayap mereka dan meneduhkan adik2 dlm majlis tersebut. Dan akan dtg lagi malaikat2 yg lain dan berhimpun hingga ke langit dan mendokan utk adik2 dan menurunkan sakinah utk adik2.

Setiap maklumat tidak layak dipanggil ilmu. Maklumat tentang kedoktoran bukan ilmu, maklumat tentang pembinaan bukan ilmu, maklumat tentang benda2 bukan ilmu. Yg layak dipanggil ilmu ialah quran dan hadith. Selain dari ilmu quran dan hadith dipanggil ‘fun’ – kemahiran/pengalaman. Ilmu ialah yg dekatkan kita kpd Allah s.w.t. ilmu yg memimpin kpd Allah, ilmu yg mengtakrifkan Allah, Ilmu ialah yg dpt bantu kita jawab 3 soalan dlm kubur. Ilmu ialah yg dpt bantu seseorang jawab soalan di padang mahsyar nanti. Selain dari quran dan hadith tidak layak dipanggil ilmu. Sekiranya yg lain dipanggil ilmu maka kita telah merendahkan quran dan hadith.

Ilmu ialah adab. Satu org yg mempelajari ilmu dgn adab, dgn takzim, dgn talab, maka dia akan dpt menghasilkan ilmu. Sekiranya dia belajar ilmu tanpa adab, maka dia tak akan dpt pelajari ilmu dan tak akan dtg dlm kehidupan dia.

Adab pertama ialah adab kpd ustaz. Hormat ustaz, hargai ustaz, ikram ustaz, khidmat kpd ustaz, rendah diri kpd ustaz,

Adab kedua ialah adab kpd kitab. Menghargai kitab, ambil kitab dgn penuh adab, hormat kitab, belajar dgn ada keinginan, ada tumpuan. Salah satu dari dari adab juga ialah tentang penulis. Kalau penulis masih hidup kita perlu berdoa utk dia. Doa panjang umur, berkat dlm umur, doa kesihatan, doa Allah terima usaha dia, dan Allah bagi semua keberkatan pd penulis. Kalau penulis dah meninggal dunia, kita doa supaya Allah merahmatinya, Allah ampunkannya, Allah bagi kedudukan yg baik disisiNya.

Adab ketiga ialah adab kpd tempat belajar. Jgn mengumpat, jgn bergurau senda, jgn buat sesuatu yg bertentang dgn syariat.

Ada 2 perkara ilmu: 1. zahir ilmu  2. hakikat ilmu

Hakikat ilmu akan terhasil bila kita mempelajari ilmu ini dlm 3 keadaan :

  1. Yakin. Meyakini bahawa ilmu yg kita belajar ini dtg dari Allah, dtg dari nabi s.a.w. ilmu inilah yg menjamin kehidupan kita. Dlm ilmu ini penuh dgn cahaya. Ilmu ini penuh dgn kekuatan. Ilmu ini penuh dgn janji Allah s.w.t. Dgn Ilmu inilah Allah janji kejayaan saya dari dunia sampai akhirat hingga ke syurga, menjamin kehidupan saya sampai bila2. Dgn sebab ilmu inilah Allah menundukkan malaikat depan Adam a.s. Allah telah ajar ilmu kpd nabi Adam. Allah telah menguji malaikat dan Allah juga menguji nabi Adam a.s.. Bila ditanya kpd malaikat, malaikat tak boleh nak jawab. Bila ditanya kpd nabi Adam, satu per satu nabi Adam telah jawab. Allah telah bagi kita peluang utk belajar ilmu yg sangat besar, sangat tinggi, sebab itulah kita kena yakin pd ilmu ini. Jgn ada sebesar zarah pun rasa syak pd ilmu. Org yg mempelajari selain dari ilmu agama, quran dan hadith, mereka mungkin berjaya, mungkin tak berjaya, mungkin mereka dimuliakan, mungkin mereka dihinakan, tetapi mereka yg belajar ilmu quran dan hadith secara yakinnya mereka akan diberi kejayaan oleh Allah, dimuliakan, diberi ketinggian oleh Allah, sikit pun jgn ada syak. Kita tak tahu apa2 dan apa yg bakal Allah bagitahu kita perlu yakin 100%, tidak ada syak dan ragu2 bahawa dgn ilmu inilah Allah akan bagi kejayaan, ketinggian, kemuliaan pd saya  dan Allah akan beri rezeki dan pelihara kehidupan saya.

  1. Amal. Apa yg kita belajar terus kita amal. Syaitan akan kata sekarang zaman belajar, belum zaman amal. Syaitan akan tipu kita. Syaitan akan sibukkan kita dgn dunia. Sehingga masa belajar pun dia sibukkan kita dgn benda2 lain. Syaitan kata ini masa enjoy. Kalau dtg bisikan ini pd kita sekarang kita kena jawab pd syaitan sekarang zaman saya nak belajar dan nak amal sekali. Kalau satu org masak tapi tak makan makanan yg dimasak. Apa akan jadi? Makanan akan rosak/basi. Begitu juga kalau kita belajar ilmu kalau kita tak amal, maka ilmu itu akan basi. Allah tak akan bagi taufiq utk amal. Apa yg kita belajar terus amal. Maksud drp ilmu adalah taat. Drp sekarang kita lazimkan diri utk taat. Taat pd Allah, taat pd rasul, taat pd ustaz, taat pd kawan2, taat pd ibubapa, taat pd org t/jawab madrasah. Dari sekarang kita belajar taat,

  1. Taqwa. Dari sekarang kita usahakan taqwa. Apa itu taqwa? Takut pd Allah. Dlm bersunyi diri kita takut pd Allah. Setiap masa takut pd Allah. Bila buat dosa takut pd Allah. Bila buat kebaikan pun takut pd Allah. Dlm majmak pun takut pd Allah. Jauhkan diri dari perkara yg subhah. Jauhkan diri dari makanan yg subhat. Jaga pandangan dari melihat perkara yg haram, mendengar yg haram, fikir perkara yg haram. Ini dipanggil taqwa. Taqwa ialah keinginan utk buat kebaikan dan takut bukan keburukan.

Taqwa ada 2 bahagian. 1. taqwa tinggi  2. taqwa rendah
Yg paling rendah ialah sentiasa takut pd Allah. Taqwa yg tinggi ialah bila buat kebaikan pun masih takut pd Allah. Solat yg terbaik pun masih takut pd Allah. Org yg belajar sungguh-sungguh pun masih takut pd Allah. Dlm keadaan kita belajar sekarang ini, kita diawasi, dipantau oleh pihak madrasah, kita tak dpt hasilkan tawqa, bila keluar dari madrasah nanti, di kehidupan luar sana, macam mana nak hasilkan tawqa? Kita kena yakin dgn tawqa inilah Allah akan jaga, pelihara kita.

Dgn taqwa Allah akan :
  1. keluarkan dari segala kesempitan, masalah, musibah
  2. buka pintu rezeki. Allah akan bagi rezeki dari tempat yg tak disangka. Kisah seorang sahabat yg dpt 17 keping emas yg dibawa oleh tikus semasa kencing. Kita nak belajar macam mana dgn amal dpt sesuatu dari Allah. Kerana ilmu inilah yg memperkenalkan kita pd Allah, kekuatan Allah, kehebatan Allah, kemampuan Allah. Ilmu ini juga memberitahu kita macam mana kita nak ambil dari khazanah Allah. Belajar ilmu utk dpt taqwa.

kita kena ikut kehendak ilmu satu persatu apa yg kita pelajari. Bila belajar ilmu ikut 3 keadaan tadi, maka ilmu akan bagi faedah pd kita. Kalau kita sekadar nak belajar, ia tak akan bagi faedah pd kita bahkan ia akan bagi mudharat pd kita. Mudharatnya ialah dgn ilmu ini akan bawa kita ke neraka. Ilmu adalah utk amal. Supaya setiap sudut kehidupan kita jadi betul.

Macam mana nak usaha :
  1. mentelaah kitab. Sebelum jumpa ustaz utk belajar kita buat persediaan mentelaah.
  2. bila duduk dgn ustaz utk belajar, duduk dgn adab.
  3. setiap perkara yg kita belajar dan bincang kita beri tumpuan dan kita ingat. Kita bincang balik dgn kawan2.

bila org nak mengajar ada keinginan dlm hati dan org nak belajar ada keinginan dlm hatinya, maka ilmu akan masuk dlm hati.   

3 perkara yg sangat2 mudharat utk pelajar :

  1. harta. Jgn simpan duit yg banyak. Sekadar perlu sahaja. Jgn kita bagi tekanan pd ibubapa kita. Jgn kita bagi macam2 alasan utk dptkan duit. Jgn membazair. Hidup sederhana. Dlm makanan, pakaian, tempat tidur. Kalau ada alhamdulillah. Kalau tak ada jgn mengadu pd sesiapa. Jgn memgadu pd ibubapa, kawan2, ustaz. Hanya sekadar perlu kita minta dan sekadar perlu kita belanja. Kalau banyak duit, terus wujud keinginan nak pergi bazaar. Benda tak perlu pun nak buat. Syaitan tak bawa dia ke situ tapi duit yg bawa dia ke situ. Sentiasa nak keluar dan tinggalkan madrasah. Pelajar yg banyak duit tak akan ada tumpuan pd pelajaran. Elakkan diri drp harta yg banyak.

  1. rambut. Jgn simpan rambut panjang. Bila simpan rambut, dia akan simpan cermin dan mula akan selalu tengok cermin. belajar sambil tengok cermin. Dan akan bawa sikat. Masa akan dihabiskan dgn tengok cermin. Dia akan tertinggal dari belajar.

  1. kawan. Jgn kawan rapat antara satu sama lain. Kawan rapat macam mana? Hingga kita sentiasa ingat kat dia. Kalau ada kawan yg sakit kita ziarah dan bawa buah tangan. Kalau pakaian dia kotor, kita tlg cucikan. Kalau dia tak ada makanan, kita ambilkan utk dia. Dgn khidmat, Allah akan bagi akhlak pd kita. Jika terlalu rapat akan merosakkan pelajaran dan ilmu kita. Semoga kita terselamat dari nafsu dan syaitan.

Kia nak jadikan madrasah ini contoh bagi seluruh negara. Ini madrasah dakwah. Mereka belajar ilmu. Mereka beramal. Mereka beradab pd ustaz. Mereka khidmat pd tetamu. Mereka menjaga kebersihan masjid/madrasah. Org luar yg tengok akan terkesan. Org2 kpg kita sangat berharap pd kita. Org akan kecewa dgn kita kalau kita tak boleh buat dakwah padahal belajar di madrasah dakwah. Disamping kita belajar ilmu, kita belajar dakwah. Setiap hari cuti kita keluar jemaah. Keluar 1 hari setiap bulan. Pujuk ustaz utk keluar bersama dgn kita.

Nabi s.a.w hanya buka satu madrasah. Madrasah ashabul suffah. Dari madrasah itulah seluruh dunia dpt faedah. Mereka telah belajar dari nabi s.a.w dan telah sampaikan ke seluruh dunia. Mereka belajar dan juga sempurnakan takazah dakwah. Agama telah tersebar ke seluruh dunia. Ketua muhadisin, Abu Hurairah, dia sendiri pergi ke bazaar dan dakwah org bawa ke masjid. Kerana dia da’i. Dia bukan hanya alim, tapi di alim dan da’i. Alim yg da’i, maka akan dpt taufiq utk amal.

Dakwah ada 2 khasiat :
  1. dakwah akan menghasilkan  yakin
  2. dakwah akan bagi kita taufiq utk beramal

bila selesai daurah hadith, sambung lagi 1thn daurah tabligh. Selepas itu kita serah diri pd mesyuarat. Apa sahaja yg diputus kita sedia. Kerja kita niat, yg sempurnakan Allah.

Kita kena jaga solat2 sunat. Jgn tinggal solat tahajjud. Jaga amalan sunnah. Belajar adab. Muzakarah adab. Banyakkan khidmat. Tidak ada kepentingan lain dlm hati kita. Ihtimam dgn doa. Jadikanlah kami da’i, jadikanlah kami org alim yg beramal, keluarkan cinta dunia dari hati kami, sibukkanlah kami dlm fikir akhirat.

Semoga Allah beri kita taufiq utk amal dan Allah ambil kerja dari kita.     

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir