2003 - bayan untuk pelajar agama : maulana saad
Madrasah
arabiah raiwind, Pakistan
Hadith ada menyatakan bahawa ilmu ada 2 bahagian. Satu ilmu
di lidah dan satu lagi ilmu di hati. Ilmu di hati itulah ilmu yg bermenafaat.
Sedangkan ilmu di lidah ialah yg akan menjadi hujjah menentang/mendakwa anak
adam.
Sesiapa sahaja yg bertaqwa maka dia akan menjadi seorang yg
alim. Kerana yg dikatakan org alim itu ialah seseorang yg sentiasa
mentahqiq/memastikan apakah yg Allah inginkan dari saya. Sesiapa sahaja yg
sibuk mentahqiqkan perkara itu maka sebenarnya dia sedang sibuk dgn ilmu.
Jika seseorang itu sedang sibuk 24 jam dgn hadith namun dia
bukan sedang memastikan apakah yg rabb saya ingin dari saya maka dia hanya akan
belajar rangka ilmu, dia akan belajar lafaz ilmu, dia akan hafal kitab. Tujuan
menghafal kitab bukan utk taat tapi utk mengajar org lain. Sedangkan mengajar
org lain bukan tujuan ilmu. Mengajar org lain hanya menunaikan amanah. Tujuan
ilmu ialah utk taat. Ilmu menuntut saya taat pd Allah atas cara nabi s.a.w.
Ilmu bukanlah maksab/sumber utk mendapatkan pendapatan
bahkan ilmu ialah maktab. Ilmu bukanlah perantaraan utk mendapatkan saran
hidup. Jika ketaatan tidak menjadi maksud dlm belajar ilmu maka ilmu ini akan
menjadi perniagaan. Yakni, selepas belajar terus mencari tempat utk bekerja.
Nabi s.a.w telah jadikan setiap sahabat sebagai
muallim/guru. Kita semua harus betulkan niat dan tujuan kita belajar iaitu utk
taat pd Allah dan sampaikan ilmu ialah amanah umat. Tiada upah dlm menyampaikan
amanah. Jgn jadikan ilmu sebagai sumber pendapatan dan sumber saran hidup.
Dlm kitab hayatus sahabah, maulana Yusuf tulis : jgn ambil
imbalan drp umat di atas mengajar ilmu agama kpd umat atau menyampaikan ilmu
kpd umat, jika tidak, penzina dan org2 yg hina akan masuk syurga lebih dahulu
drp kamu. Oleh itu, belajar ilmu adalah utk bawa diri sendiri kpd ketaatan.
Apakah yg rabb saya ingin dari saya? Org yg sedemikianlah org alim yg sebenar.
Perkara yg menjadi perantaraan tidak boleh dijadikan maksud.
Ada pelajar yg
mahir dlm ilmu nahu, ada yg mahir dlm ilmu sorof, jgn pula dia menyangka bahawa
dia tel;ah mendapat ilmu. Sebenarnya dia baru mendapat alat utk merungkaikan ibarat
yg apabila ibarat itu dirungkaikan dan difahami baru dpt diketahui apakah yg
rabb saya ingin drp saya.
Kerana itulah ilmu yg sedemikian akan menimbulkan taqwa dan
kemudian Allah akan kurniakan ilmu yg belum ada pd diri org itu. Sedangkan ilmu
yg telah sememangnya ada pd org itu maka Allah akan bagi taufiq kpdnya utk
beramal dgn ilmu itu.
Maksud ilmu ialah ketaatan bukan utk mengajar org lain. Jika
kita jadikan maksud belajar utk mengajar org lain maka kita akan mengatakan aku
mengetahui apa-apa yg kamu tidak ketahui. Jika itu keadaannya maka ilmu
sedemikian akan mendatangkan sifat takabbur dlm diri seseorang. Sifat takabbur
yg dtg kerana ilmu lebih teruk drp sifat takabbur yg dtg kerana kejahilan.
Apa-apa yg kita hafal dari kitab hanyalah gambaran zahir
ilmu. Siapa ahli ilmu? Ahli ilmu ialah org yg ada sifat ihtisab terhadap
amalan. Maka kitab dan ibarat kitab hanyalah sesuatu yg zahir sahaja. Org yg
ada istiqdat/kebolehan ialah mereka yg mampu menunaikan maksud ilmu dgn
sempurna
Sekarang ini kita terperangkap dlm rangka zahir ilmu.
Membaca dan mempelajari rangka zahir dan menganggap rangka zahir ilmu ini ialah
asbab utk menyempurnakan keperluan dunia. Inilah keadaan yg berlaku secara umum
di semua madrasah. Oleh kerana itu sifat takut pd Allah yg merupakan tanda
pertama sifat taat dan tanda adanya ilmu pd seseorang tidak wujud dlm hati
kita.
Hafal kitab ada hubungan dgn kecerdikan otak. Tapi wujudnya
amalan ilmu itu dlm kehidupan tiada hubungan dgn kebijksanaan otak. Hubungan
amalan hanyalah dgn ilmu yg menjadi ilmu hati.
Kita menyangka puncak pencapaian ilmu ialah rangka zahir
ilmu tetapi rangka zahir ilmu hanyalah perantaraan. Sedangkan perantaraan hanya
utk dilalui. Oleh itu ilmu hanyalah perantara dan taqwa ialah maksud.
Jika taqwa ada dlm kehidupan maka ilmu akan diperolehi. Jika
tiada taqwa, maka dosa dan sifat lupa akan dtg dan ia adalah asbab pertama yg
menyebabkan kita lupa hukum2 Allah. Lafaz ilmu akan dpt dihafal namun apakah
kehidupan saya bertepatan dgn ilmu itu atau tidak? Sesiapa yg kehidupannya
bertepatan dgn ilmu maka dialah org yg telah mendapat menafaat drp ilmunya.
Halangan yg paling besar dlm menghasilkan ilmu ialah
perbuatan maksiat. Ini adalah kerana ilmu dan agama mengandungi adab
semata-mata. Ilmu menjadi pentarbiyah seseorang.
Ilmu ialah sesuatu yg suci. Ia hanya akan dtg dlm bekas yg
suci. Jika taqwa tidak ada maka kitab akan dihafal namun ilmu tidak didapati.
Akan ada kemampuan zahir namun tidak akan ada sifat taat. Yg akan ada hanyalah
kecerdikan. Syarat pertama utk dpt nur ilmu ialah taqwa.
Jika sifat taqwa tidak ada maka otak dan fikiran akan jadi
lemah sebab dosa2 yg dilakukan. Lemah dlm mengingati apa2 yg Allah inginkan drp
saya. Betapa bodoh atau lemah otak seseorang tapi kalau dlm diri dia ada sifat
taqwa, maka tetap Allah akan kurniakan kpdnya sifat taat. Yakni Allah akan
kurniakan kpdnya ilmu jika dia mempunyai sifat taqwa. Jika taqwa tidak ada
betapa bijak sekalipun sehingga dia mampu menghafal kitab demi kitab namun dia
tidak akan dpt ingat apakah yg Allah inginkan dari saya melalui kitab ini.
Oleh itu, kita kena banyakkan istighfar. Dgn istighfar otak
akan dpt kekuatan. Dgn istighfar fikiran akan mengingati perkara yg dituntut
oleh ilmu.
Tidak semestinya seseorang alim dan seseorang yg tahu dia
juga adalah seorang yg taat. Tidak semestinya juga seorang alim itu seorang yg
bertaqwa. Ini adalah kerana ilmu adalah satu perkara yg lain dan maklumat
adalah satu perkara yg lain. Setiap drp kita kena fikir apakah yg saya miliki
ini maklumat atau ilmu? Utk mendapat maklumat, islam bukan syarat. Org bukan
islam pun boleh hafal mana-mana maklumat agama.
Kita kena selalu istighfar dan duduklah dlm kelas pengajian
dlm keadaan berwuduk dan setiap masa kena fikirkan apakah rabb saya inginkan
dari saya, barulah kita akan dpt hasilkan nur yg wujud dlm kitab2.
Maklumat tentang sesuatu ada hubungan dgn otak, sedangkan
anggota2 tidak bergerak mengikut otak bahkan anggota badan bergerak mengikut
hati. Oleh itu, ilmu yg telah menjadi ilmu hati sahaja yg bermenafaat. Lidah
boleh bergerak mengikut maklumat yg ada di otak tapi anggota2 lain bergerak
mengikut ilmu yg ada di hati.
Utk menghasilkan nur ilmu ada banyak syarat. Syarat yg
pertama ialah taqwa. Ilmu adalah sesuatu yg suci sesuatu yg suci menuntut bekas
yg suci juga. Oleh itu, hendaklah kamu elakkan diri kamu drp perkara yg sia2
dan ambil beratlah utk amalkan sunnah2. ambil berat utk amalkan sunnah ibadat
dan sunnah adat. Ini adalah kerana seluruh ilmu dtg melalui perantaraan nabi
s.a.w. Tidak ada jln lain lagi utk dtgnya ilmu. Sesiapa yg cari jln lain selain
dari jln sunnah utk dptkan ilmu pasti dia tidak akan dpt nur ilmu. Jgn ambil
ilmu dgn semata-mata kecerdikan, ambillah ilmu dgn jln ibadat.
Halangan yg paling besar dlm menghasilkan ilmu ialah pertama,
perkara sia2 dan kedua, tidak beradab terhadap tempat dan org yg kita menimba
ilmu drpnya. Dgn perkara yg sia-sia kita tidak akan dpt ilham drp para
malaikat.
Halangan yg paling besar dlm menghasilkan ilmu ialah maksiat
dan disebabkan maksiat akan dtg sifat pelupa. Dgn dosa akan dtg sifat pelupa.
Nabi s.a.w telah bagitahu rawatannya iaitu dgn beristighfar. Kadang2 berlaku
kesalahan dan kesilapan drp kita sehingga menghindarkan kita drp ilmu.
Dgn makanan jasmani kita tidak akan mendapat taufiq utk
melakukan amalan. Taufiq utk lakukan amalan akan dtg dgn makanan rohani. Ilmu ini
membawa makanannya sekali dari tempat asal dia dtg. Jasad juga membawa
makanannya sekali dari tempat asal dia dtg. Makanan utk jasad dtg dari bumi.
Makanan utk roh dtg dari langit. Oleh itu, tasbihat dan bacaan quran menjadi
makanan rohani kita.
Seseorang insan hanya boleh dibina oleh insan juga. Ilmu
tersebar hanya dgn amalan. Ilmu yg ada pd kita hari ini ialah amalan
salafussoleh kita yg dahulu. Amalan kita hari ini pula akan jadi ilmu kpd org
yg terkemudian. Jika ilmu tidak berserta dgn amal, maka ilmu akan berpindah
dari umat kpd umat lain sedangkan bersamanya amalan tidak berpindah, maka ia
hanya tinggal sebagai maklumat.
Oleh itu hendaklah kita menghasilkan ilmu dgn jln taqwa dan
ilmu itu disampaikan kpd umat sebagai satu amanah. Sampaikan ilmu kpd org lain
kerana kita mentaati Allah bukan kerana nak menyebarkan maklumat. Sampaikan
ilmu tanpa sebarang imbalan dan balasan keduniaan.
Sampaikan ilmu dgn cara beramal. Ilmu akan berpindah dgn
perantaraan amalan. Sebarkanlah ilmu dgn cara nabi s.a.w dan tuntutlah ilmu dgn
cara para sahabat.
Comments
Post a Comment