1999 - jemaah masjid : prof halim

06/07/1999 - Sri Petaling

Tuan-tuan yang mulia, kita dengar karguzari dari beberapa masjid adalah untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang apa usaha yang telah kita buat dan atas tertib mana/cara mana kita buat kerja kita.

Orang-orang yang mana Allah s.w.t telah gunakan untuk buat usaha, yang mana usaha/kerja mereka ini bukanlah hanya setakat bawa orang yang tidak sembahyang kepada sembahyang. Bukan itu sahaja. Bukan itu sahaja tahap fikir orang yang mula-mula buat usaha ini, bahkan fikir risau mereka ialah bagaimana tahap agama yang telah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w, tahap itu dapat di kembalikan oleh seluruh orang Islam. Kita kena usaha agar seluruh orang Islam dapat usaha dan dapat kembali ke tahap usaha agama yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi s.a.w.

Allah s.w.t sangat gembira dengan usaha ini yang mana Nabi s.a.w telah bangun bersama-sama sahabat buat usaha ini. Iaitu dengan usaha inilah, Allah s.w.t akan sebarkan/amkan hidayat. Orang-orang yang telah sibukkan diri dalam usaha ini, pertama sekali, Allah s.w.t akan anugerahkan pada mereka ta’aluk, iaitu mereka ada hubungan dengan Allah s.w.t.

Pertama sekali, orang-orang yang buat usaha ini, Allah s.w.t turunkan nur hidayat dalam hati-hati mereka. Allah s.w.t beri taufiq pada mereka untuk membawa semua perintah-perintah Allah s.w.t dalam kehidupan mereka. Melalui usaha ini/keputusan daripada usaha ini/natijah daripada usaha ini, Allah s.w.t akan bentuk suasana Madinah. Suasana agama akan terbentuk.

Tiap-tiap rumah di Madinah Munawarah telah hidup dengan amalan agama. Wanita-wanita mereka telah dapat iman yang kuat dan amalan yang kuat, zikir, sembahyang dll. Natijah daripada usaha ini, maka Allah s.w.t bentuk satu suasana di mana orang miskin, orang kaya, semuanya, tiap-tiap lapisan masyarakat telah mengamalkan agama yang sempurna pada waktu itu. Allah s.w.t sangat suka dengan usaha mereka dan pengorbanan mereka, maka Allah s.w.t telah jadikan usaha mereka ini sebagai perantaraan asbab untuk amkan hidayat pada seluruh manusia di seluruh permukaan alam.

Rasulullah s.a.w telah libatkan semua sahabat dalam usaha ini. Satu bahagian daripada usaha ini ialah Rasulullah s.a.w telah sediakan sahabat-sahabat, diri dan harta mereka untuk keluar di jalan Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang tinggal di Madinah, pada amnya, mereka berada di jalan Allah s.w.t sepanjang tahun paling kurang 4 bulan. Baki masa 8 bulan lagi, mereka berada di Madinah dan buat usaha makami/usaha tempatan.

Dalam membuat usaha tempatan, Nabi s.a.w telah jadikan masjid sebagai asas. Baki masa 8 bulan di Madinah, bukanlah mereka beri perhatian/tumpuan pada perniagaan, pertanian atau anak-isteri tetapi mereka telah sibukkan diri mereka dalam usaha tempatan. Disamping buat usah tempatan mereka mengendalikan perniagaan mereka, mereka mengendalikan pertanian mereka dan lihat anak-isteri mereka.

Di masjid Nabawi, telah terbentuk suasana amalan 24 jam. Halaqah dakwah tentang keimanan sentiasa ada. Dalam halaqah itu mereka memperkatakan tentang kebesaran Allah s.w.t, mereka menyebut tentang perjuangan nabi-nabi dahulu, bagaimana nabi-nabi dahulu berjuang untuk agama Allah s.w.t, mereka muzakarah sesama mereka tentang kehidupan akhirat. Tiap-tiap sahabat, tiap-tiap orang penduduk Madinah, mereka anggap halaqah ini penting untuk mereka semua, sebab itulah mereka duduk dalam halaqah tersebut.

Halaqah yang kedua dalam masjid Nabawi ialah halaqah ta’alim-ta’alum yang dinamakan juga halaqah ilm. Pada pandangan tiap-tiap orang ahli Madinah, bahawa wajib mereka duduk dalam halaqah ta’alim tersebut. Dalam halaqah tersebut, pertama sekali mereka ajar-mengajar tentang fardhu ain.

Peniaga-peniaga belajar macam mana hendak berniaga cara Islam. Begitu juga petani-petani dari kaum Ansar, mereka muzakarah macam mana hendak mengendalikan pertanian mereka dengan cara Islam. Apabila mereka bagun dari majlis tersebut dan pergi berniaga maka mereka akan berniaga dengan cara yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Mereka yang pergi ke ladang akan mengendalikan tanah ladang mereka dengan cara yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.

Begitu juga dengan suasana sembahyang, suasana zikir, suasana baca Quran. Semuanya telah hidup 24 jam di masjid Nabawi. Begitu juga telah hidup suasana mengutamakan orang lain, iaitu khidmat. Siapa sahaja yang datang dalam suasana itu, waktu itu juga mereka akan faham apa itu agama, apa itu agama yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t.

Begitulah juga di hadapan orang-orang lama kita (eldest). Di depan mereka ada 2 bahagian dalam usaha agama ini.

Yang pertama harqat, satu gerakan, iaitu bergerak membawa diri dan harta keluar di jalan Allah s.w.t. Yang kedua, iaitu kita hidupkan 5 amal di marhallah kita. Kita perlu faham apakah maksud kita buat 5 amal ini.

Maksud yang pertama ialah supaya kita dapat bentuk suasana di marhallah kita. Sebahagian besar orang-orang lelaki yang baligh, penduduk tempatan di marhallah kita dapat keluar ke jalan Allah s.w.t, korban harta dan diri mereka. Begitu juga maksud daripada 5 amal ini ialah supaya tiap-tiap orang di marhallah kita, di kampung kita yang baligh, 100% dapat sembahyang, dapat ingat Allah s.w.t dan dapat baca Quran. Juga kita hendak fikirkan bagaimana tiap-tiap orang yang mengucap ‘lailaha illah’ di tempat kita dapat duduk dalam halaqah ta’alim. Juga kita hendak fikirkan bagaimana tiap-tiap rumah orang Islam di tempat kita dapat dihidupkan dengan ta’alim. Juga kita kena fikirkan bagaimana hendak wujudkan kasih sayang diantara orang-orang Islam di marhallah kita, iaitu suasana bantu-membantu, cinta-mencintai satu sama lain.

5 amal yang telah diberitahu tadi merupakan langkah pertama/permulaan untuk menghidupkan suasana Madinah Munawarah di marhallah/kampung kita. 5 amal perlu di buat bersungguh-sungguh supaya setiap orang di marhallah kita akan gunakan masa lapang/masa free mereka di masjid. Apabila 5 amal ini telah di buat dengan betul maka akan datanglah langkah yang kedua iaitu masjid kita akan mula hidup 24 jam.

Keluar di jalan Allah s.w.t itu penting. Begitu juga dengan buat usaha tempatan, buat 5 amal ini  juga penting supaya suasana agama hidup di marhallah kita kerana untuk amalkan agama perlu ada suasana agama.

Satu orang yang telah keluar 40 hari, dia akan balik dan habiskan masa dia hampir 11 bulan di marhallah dia ataupun yang keluar 4 bulan, dia akan balik dan habiskan masa dia 8 bulan di marhallah sendiri. Akan jadi masalah besar untuk dia amalkan agama sekiranya dia balik dan tidak ada suasana agama di tempat dia.

Melalui 5 amal ini kita hidupkan sebahagian besar daripada penduduk Islam marhallah kita, mereka dapat duduk dalam halaqah ta’alim, mereka semua dapat hadir sembahyang berjemaah dan juga dapat buat gasht dan amalan-amalan yang lain, maka apa akan terjadi? Bukan sahaja orang yang balik dari keluar di jalan Allah s.w.t 4 bulan-40 hari, orang yang paling lemah dalam marhallah kita pun, paling kurang, dia akan sembahyang 5 waktu di masjid.

Suasana masjid Nabawi begitu hebat, begitu kuat dan teguh, telah memberi kesan pada orang-orang munafik sekalipun. Orang yang terang dan nyata munafik pun terkesan dengan suasana Madinah.

Satu kerugian yang besar kalau kita tidak usahakan 5 amal ini di tempat kita. Iaitu melalui 5 amal ini kita tidak usaha untuk hidupkan suasana agama di marhallah kita. Kesannya ialah apabila ada orang balik dari keluar di jalan Allah s.w.t, 4 bulan-40 hari, maka dia sendiri akan tinggalkan amalan yang dia telah buat selama 4 bulan-40 hari.

Sebab itulah orang-orang tua kita (eldest) tersangat risau dan tersangat bimbang tentang hal ini. Seperti mana kita usaha bersungguh-sungguh untuk keluarkan orang di jalan Allah s.w.t, maka lebih daripada itu lagi kita kena bagi tumpuan pada usaha tempatan.

Usaha tempatan begitu penting sehingga Nabi s.a.w bersabda bahawa usaha tempatan/usaha makami adalah jihad akbar, jihad yang terbesar sekali. Satu ketika, sahabat-sahabat telah balik dari safar. Mereka ditanya, “ Kamu daripada mana?” Sahabat jawab, “Kami baru balik dari keluar di jalan Allah s.w.t”. “Nak ke mana?”  “Kami hendak balik ke Madinah”. Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kamu telah balik dari jihad kecil kepada jihad besar”. Iaitu balik untuk buat usaha tempatan dengan bersungguh-sungguh inilah yang dikatakan jihad akbar. 

Satu orang yang hanya bagi tumpuan untuk keluar di jalan Allah s.w.t, dan tidak langsung libatkan diri dia dalam usaha tempatan, maka dianggap dia hanya buat separuh daripada kerja agama.

Hari ini di mana-mana sahaja kita dengar di seluruh dunia usaha tempatan lemah. Ada dua sebab yang besar. Sebab yang pertama kerana lemahnya yakin. Orang yang boleh buat usaha tempatan hanyalah orang-orang yang 100% yakin bahawa amalan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah. Orang yang macam ini sahaja yang boleh buat usaha tempatan. Orang yang ada yakin pada harta, yakin pada pangkat, yakin pada asbab-asbab dunia, yakin duit yang selesaikan masalah, orang yang macam ini sekali-kali tidak dapat libatkan diri dia dalam usaha tempatan.

Atas yakin apa orang-orang yang keluar di jalan Allah s.w.t buat usaha agama? Dan orang ini akan buat usaha dengan penuh ihtimam, iaitu dia akan jaga sungguh-sungguh usaha tempatan.

Pertama sekali, bila kita buat usaha tempatan/5 amal ini dengan yakin yang betul, dengan sungguh-sungguh, kesannya ialah yakin yang betul akan masuk dalam hati kita dan Allah s.w.t akan wujudkan suasana agama di marhallah kita.

Dengan yakin apa kita buat usaha dan orang yang macam mana yang boleh istiqamah dalam usaha ini? Iaitu dengan yakin bahawa melalui perantaraan gasht ini, maka Allah s.w.t akan gembira. Allah s.w.t akan gembira dengan amalan saya. Allah s.w.t akan beri kejayaan pada saya di akhirat. Allah s.w.t akan selesaikan masalah dunia saya. Allah s.w.t akan keluarkan saya daripada cengkaman kesusahan dunia. Allah s.w.t akan keluarkan saya daripada kesusahan penderitaan dunia. Dengan asas inilah kita buat gasht.

Begitu juga dengan amalan ta’alim. Kita buat ta’alim dengan penuh yakin bahawa sesungguhnya ta’alim ini adalah salah satu daripada amalan masjid Nabawi dan ta’alim ini adalah perintah Allah s.w.t. Melalui amalan ta’alim ini Allah s.w.t akan suka dengan saya. Allah s.w.t akan gembira dengan saya bila saya duduk dalam ta’alim. Bila Allah s.w.t gembira dengan saya, maka Allah s.w.t akan beri kejayaan pada saya di akhirat. Allah s.w.t akan keluarkan saya daripada bala dan musibah di dunia ini. Allah s.w.t akan lepaskan saya dan seluruh umat daripada segala kesusahan dan penderitaan yang di alami.

Begitu juga bila saya hidupkan amalan ta’alim di rumah saya. Saya sediakan anak-isteri saya, keluarga saya, duduk sama-sama dalam halaqah ta’alim, maka Allah s.w.t akan suka dengan amalan saya, Allah s.w.t akan suka dengan amalan anak-isteri saya. Allah s.w.t akan penuhkan janji-janjiNya terhadap satu orang yang duduk dalam ta’alim di akhirat nanti. Allah s.w.t akan buka pintu keberkatan dalam rumah saya. Allah s.w.t akan menjauhkan segala kesusahan dalam rumah saya. Allah s.w.t akan keluarkan segala masalah yang berlaku di rumah saya melalui saya hidupkan halaqah ta’alim di rumah saya.

Kalau kita semua buat 5 amal dengan dasar yakin yang telah diberitahu tadi, sesungguhnya Allah s.w.t akan tingkatkan yakin kita hari demi hari dan Allah s.w.t akan pancarkan nur hidayat terus ke dalam hati kita. Kalau kita buat 5 amal bukan dengan berasaskan yakin yang telah diberitahu tadi,  maka untuk buat 5 amal ini akan jadi susah dan sulit untuk kita.

Apabila ada yakin lain di dalam hati semasa buat 5 amal, usaha agama ini maka apa yang akan berlaku ialah bila ada takazah dunia sahaja dia akan tinggalkan takazah agama dan sempurnakan takazah yakin yang ada dalam hati dia.  Walaupun pada masa itu tidak ada takazah dunia, dia akan buat gasht dengan yakin dunia dalam hati dia.

Satu orang yang keluar di jalan Allah s.w.t 4 bulan-40 hari, dia akan duduk dalam ta’alim selama 3 atau 4 jam tiap-tiap hari, dia akan buat gasht selama 3 atau 4 jam tiap-tiap hari tetapi orang yang sama bila dia balik ke marhallah dia, ½ jam ta’alim pun tidak boleh bagi masa. Apa sebabnya? Ini adalah kerana kelemahan yakin dia. Semasa dia keluar di jalan Allah s.w.t yakin kepada halaqah ta’alim belum datang ke dalam hati dia walaupun dia duduk dalam ta’alim 3 atau 4 jam sehari. Yakin dalam halaqah ta’alim ini macam mana ? Iaitu dengan berkat saya bagi masa dan duduk selama ½ jam dalam ta’alim ini, Allah s.w.t akan suka dengan saya, Allah s.w.t akan gembira dengan saya. Allah s.w.t akan bereskan masalah-masalah akhirat saya dan selesaikan masalah dunia saya. Semua perkara dapat diselesaikan dengan duduk dalam ½ jam ta’alim ini.

Orang yang macam mana yang boleh bagi masa tiap-tiap hari 2 ½ jam? Sebanyak mana yang angkat tangan tadi, kalau tuan-tuan buat tiap-tiap hari dari dulu sampai sekarang 2 ½ jam, dalam masa 2 bulan sahaja Allah s.w.t akan hidupkan suasana agama di tempat tuan-tuan dan orang bukan Islam yang masuk ke marhallah tuan-tuan, pasti dan pasti akan terkesan dengan suasana tersebut, pasti dan pasti dia akan masuk Islam.

Mereka yang boleh bagi masa tiap-tiap hari 2 ½ jam ialah hanya orang-orang yang mana dalam hati dia yakin sungguh-sungguh bahawa pergi jumpa manusia, pujuk rayu manusia, dari rumah ke rumah, adalah salah satu dari amalan ambiya a.s. Semua ambiya a.s, mereka pergi pujuk rayu manusia, bawa mereka dengan penuh kasih sayang kepada iman, kepada sembahyang, kepada zikir, kepada amalan. Dengan 2 ½ jam ini, bila dia buat dengan yakin yang sungguh-sungguh bahawa ini adalah amalan ambiya a.s, sepertimana Allah s.w.t telah selesaikan masalah akhirat dan masalah dunia ambiya a.s, begitu juga Allah s.w.t akan selesaikan masalah saya  dengan amalan yang sama.

Satu orang yang buat gasht pertama atau gasht kedua dengan yakin bahawa melalui gasht ini, Allah s.w.t akan redha dengan saya, Allah s.w.t akan suka dengan saya, Allah s.w.t akan sayang dengan saya. Apabila Allah s.w.t sayang dengan saya, maka Allah s.w.t akan jaga saya dan jaga anak-isteri saya. Orang yang yakin macam ini adakah dia akan sanggup tinggalkan gasht dia, tuan-tuan?

Orang yang yakin telah masuk dan berakar umbi dalam hati dia, bahawa dengan berkat saya duduk dalam halaqah ta’alim ½ jam tiap-tiap hari, maka Allah s.w.t akan bukakan pintu rezeki untuk saya. Allah s.w.t akan jauhkan bala musibah dari saya dan rumah saya. Allah s.w.t akan sempurnakan segala janji-janjiNya untuk orang yang duduk dalam halaqah ta’alim di akhirat nanti. Allah s.w.t akan sempurnakan janji-janjiNya untuk orang yang duduk dalam halaqah ta’alim di dunia ini. Orang yang sudah terpahat yakin ta’alim dalam hati dia, adakah dia sanggup untuk tinggalkan ta’alim dia, tuan-tuan?

Apabila kita buat semua 5 amalan yang diberitahu tadi dan kita buat dengan asas yakin yang betul, maka mula-mula sekali Allah s.w.t akan datangkan ujian yang kecil-kecil pada kita. Apa ujian yang Allah s.w.t datangkan? Allah s.w.t akan datangkan dunia. Bila mula sahaja hendak buat 5 amal, Allah s.w.t sengaja datangkan dunia depan kita, hendak tengok kita samada hendak dahulukan amalan ini atau dunia tersebut. Kalau kita dahulukan 5 amalan ini dan kita tidak peduli pada dunia yang datang, maka Allah s.w.t akan anugerahkan yakin yang tinggi pada kita.

Apabila tiap-tiap kali takazah dunia datang semasa buat 5 amal dan kita tidak peduli pada takazah dunia itu, maka Allah s.w.t akan datangkan keyakinan, iaitu lama-kelamaan, kita akan nampak hanya amalan sahaja yang akan selesaikan masalah.

Telah dikatakan tadi bahawa 2 sebab utama usaha tempatan jadi lemah. Yang pertama, kerana lemahnya yakin. Yang kedua, orang-orang tanggungjawab di marhallah itu sendiri tidak buat usaha tempatan. Kalaulah orang-orang lama di tempat itu tidak bangun untuk buat usaha tempatan, bagaimana usaha tempatan boleh hidup melalui orang-orang ini. Kalau dia sendiri tidak duduk dalam ta’alim, macam mana orang-orang Islam yang lain boleh duduk dalam ta’alim.
Sesungguhnya usaha tempatan yang lemah di tempat kita bukan kerana orang-orang Islam, atau orang-orang di marhallah kita. Tidak ada sebab lain. Asbab yang besar usaha tempatan tidak hidup adalah kerana orang yang buat usaha sendiri yang menyebabkan usaha jadi lemah.

Kita kena buat keazaman yang kuat, niat yang tinggi, insya’Allah, semua kita ini akan buat 5 amal dengan sempurna, dengan penuh pengorbanan.

Untuk langkah kedua, iaitu macam mana tiap-tiap orang daripada marhallah kita dapat keluar 3 hari bergilir-gilir, semua dapat duduk dalam ta’alim, semua dapat duduk dalam mesyuarat harian. Ini semua langkah kedua. Akan diberitahu kemudian pada orang-orang yang telah buat niat dan azam untuk buat 5 amal. Langkah kedua ini hanya akan diberitahu untuk orang-orang yang ada niat untuk buat usaha tempatan.

Kalaulah kita beritahu pada orang yang tidak ada niat untuk buat usaha, adalah diumpamakan seperti satu orang yang tidak ada niat untuk sembahyang. Kita bukan main lagi beritahu pada dia, sembahyang lima waktu macam ini caranya, berdiri macam ini, sujud macam ini, kalau silap ada sujud sahwi. Kita beritahu masail, cara bagaimana hendak sembahyang tanpa kita sediakan dia untuk sembahyang.

Oleh itu, minta tuan-tuan semua buat azam yang sungguh-sungguh daripada hari ini kita akan buat usaha tempatan, 5 amal dengan lebih bersungguh-sungguh dan kita jaga masa, insya’Allah dengan niat ini Allah s.w.t akan beri ganjaran pada kita seperti yang telah diceritakan tadi. Kalau kita tidak buat niat dan kerugian yang berlaku di tempat kita kerana kita tidak buat usaha maka kerugian ini juga akan datang pada kita.

Oleh kerana tuan-tuan sedia dan telah buat niat untuk buat 5 amal, maka kami juga bersedia untuk bermuzakarah dengan tuan-tuan selepas maghrib nanti bagaimana hendak keluarkan jemaah sempurna daripada masjid tuan-tuan, bagaimana hendak hidupkan halaqah ta’alim dan bagaimana hendak buat gasht yang betul.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir