Posts

sifat da'i - ust hazim

M3BM - sri petaling 02/02/2019 Nasihat2 yg disampaikan sangat penting dlm kita menjalankan kerja dakwah. Kita bawa mizaj yg betul, sifat yg betul, kaifiat yg betul supaya usaha kita diterima oleh Allah s.w.t dan menyebabkan kita makin hampir dgn Allah, menyebabkan kejayaan dan keselamatan bagi kita dunia dan akhirat dan asbab kejayaan seluruh umat. Ujian2 dan dugaan/halangan dlm usaha dakwah ini ianya berbeza dgn ujian2 dlm usaha2 lain. sepatutnya ujian2 tersebut menyebaban kita bertambah yakin betapa haqnya usaha ini. Makin banyak ujian dtg maka makin jelaslah bagi kita bahawa inilah usaha yg haq. Bukanlah ujian2 tersebut menyebabkan kita lemah semangat, putus harapan, bahkan sahabat2 nabi s.a.w, makin mereka diuji makin mereka yakin. Inilah kebenaran janji2 Allah dan rasul kpd kami. Ujian2 tersebut menyebabkan mereka bertambah maju dlm usaha. Salah satu ujian dlm usaha agama ialah kita akan dipinggirkan dan kalau tidak lulus ujian ini maka susah utk kita istiqamah dlm ...

Madrasah Nurul Ilmi - Konvo

Image
22/12/2018 alhamdulillah dengan jayanya menghafaz kitab suci al-quran

Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab

07/01/2001 - Tongi Tuan-tuan yang mulia Allah s.w.t telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertanggungjawab membawa kerja nabi-nabi ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada orang Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertanggungjawab meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah orang Islam yang tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah s.w.t akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih-lebih lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah s.w.t akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam. Sesungguhnya Allah s.w.t  berkuasa atas segala-galanya. Apabila k...

Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab

28/01/2000 - Tongi Bila buat usaha iman dan amal maka Allah s.w.t akan kembangkan agama ke seluruh alam. Usaha kita ialah bawa manusia dengan perasaan kasih sayang, mendirikan mereka di hadapan pintu syurga. Itulah kerahiman dan simpati yang paling besar yang kita boleh buat untuk umat Muhammad s.a.w. Orang Islam tidak pandang kepada bangsa, negeri, negara, musim, cuaca. Agama Islam adalah untuk seluruh alam. Kita kena buat usaha, kita kena ada sifat kerahiman, kasih sayang dan simpati untuk setiap manusia di mana sahaja dia berada, apa juga cuaca di negeri dia, semua itu tidak akan membawa kesan kepada kita. Hak umat Baginda s.a.w ialah kita mesti ada perasaan kerahiman dan simpati untuk mereka. Itu hak mereka. Kita sebagai umat Baginda s.a.w, tanggungjawab kita ialah pujuk rayu mereka, usaha atas mereka supaya mereka dapat beriman dan beramal soleh dan bawa mereka ke hadapan pintu syurga. Untuk itu, kita sendiri kena beriman, bertaqwa, amal soleh. Bila kita ada iman yang ku...

al-fatihah - hj abdul wahab

Image
1922 - 2018 (96 thn) ribuan org hadir utk solat jenazah Bayan - hj abdul wahab 07/12/2007 - sri petaling Tuan tuan yang mulia, Allah s.w.t. telah berikan kepada kita satu usaha yang mulia, yang mana usaha ini Allah s.w.t. berikan kepada saya dan tuan-tuan. Usaha yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat Islam hingga hari kiamat. (Usaha yang telah dihidupkan kembali oleh Hadrat Maulana Ilyas rah mulai awal abad ke14 hingga hari ini yang tiada nama, dan jika hendak diletakkan nama pada usaha ini nescaya Maulana Ilyas rah akan letakkan nama sebagai Jemaah Usaha Atas Iman). Allah s.w.t. akan pelihara kita di dunia ini, di padang mahsyar, di akhirat dan selama-lamanya di syurga. Allah s.w.t. akan berikan ketenangan, kemuliaan, keselamatan, perlindungan, kesihatan dan segala-galanya  kepada kita. InsyaAllah. Allah s.w.t. telah beri kita satu usaha yang mana dengan itu kita akan dapat segala-galanya. Manusia sekarang di selur...

sakinah fc vs admiral fc

Image
freindly match 18/11/2018 5 pm padang SMK putra perdana sakinah fc admiral fc warm-up the game tamat perlawanan sakinah fc 2 - 1 admiral fc syabasss!!