Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab

28/01/2000 - Tongi

Bila buat usaha iman dan amal maka Allah s.w.t akan kembangkan agama ke seluruh alam. Usaha kita ialah bawa manusia dengan perasaan kasih sayang, mendirikan mereka di hadapan pintu syurga. Itulah kerahiman dan simpati yang paling besar yang kita boleh buat untuk umat Muhammad s.a.w. Orang Islam tidak pandang kepada bangsa, negeri, negara, musim, cuaca. Agama Islam adalah untuk seluruh alam. Kita kena buat usaha, kita kena ada sifat kerahiman, kasih sayang dan simpati untuk setiap manusia di mana sahaja dia berada, apa juga cuaca di negeri dia, semua itu tidak akan membawa kesan kepada kita.

Hak umat Baginda s.a.w ialah kita mesti ada perasaan kerahiman dan simpati untuk mereka. Itu hak mereka. Kita sebagai umat Baginda s.a.w, tanggungjawab kita ialah pujuk rayu mereka, usaha atas mereka supaya mereka dapat beriman dan beramal soleh dan bawa mereka ke hadapan pintu syurga. Untuk itu, kita sendiri kena beriman, bertaqwa, amal soleh. Bila kita ada iman yang kuat, maka kehidupan kita akan jadi kehidupan yang bertaqwa, niat kita baik, dalam hati kita ada perasaan kasih sayang dan simpati untuk manusia. Perkara ini dengan mudah akan dapat dihasilkan dengan bantuan Allah s.w.t.

Kita harus membetulkan nafsu kita, diri kita, dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk membetulkan manusia. Biasanya untuk urusan-urusan duniawi, kita buat banyak usaha-usaha untuk beri kejayaan pada duniawi kita. Untuk usaha agama pula, berapa banyak kita buat usaha pun, ia masih kurang. Dalam syariat, Allah s.w.t beri kita syariat yang termulia dan diberi kemuliaan atas umat-umat yang lain. Umat ini yang datang paling kemudian sekali, tujuan dan tanggungjawabnya untuk menunjukkan jalan yang betul dan dia akan bawa orang kepada agama. Tanggungjawab umat ini untuk sebarkan agama ke seluruh alam. Itulah maksud berjihad di jalan Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh dengan menunaikan hak jihad itu.

Allah s.w.t jadikan kita dan lahirkan kita sebagai umat Baginda s.a.w. Allah s.w.t gelarkan umat ini umat yang terbaik. Allah s.w.t jadikan kita khalifahNya, Allah s.w.t jadikan kita khalifah RasulNya, Allah s.w.t jadikan kita khalifah kepada kitabNya, tetapi malangnya diantara kita, kita kata saya raja, saya presiden, saya perdana menteri, saya ahli kilang, saya peniaga, saya petani, alim ulamak kata saya orang madrasah. Allah s.w.t jadikan kita khalifah Allah, khalifah RasulNya dan khaifah kepada kitab Allah. Sekarang kita bertaubat kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, engkau lahirkan kami supaya saya dapat usaha untuk wujudkan agama yang sempurna di seluruh alam”.

Agama perlu disebarkan. Kita kena buat usaha agama. Bila ada kekurangan dalam agama, maka kita kena buat macam Abu Bakar r.a, sebagai contoh dan tauladan untuk kita iaitu semua orang kena keluar di jalan Allah s.w.t. 4,000 tentera semua sudah syahid, baki 200 atau 300 orang lagi pun syahid, ummatul mukminin pun syahid, orang-orang yang hendak bayar zakat, mereka hendak ubah tertib zakat, kalau mereka tidak ikut tertib Rasulullah s.a.w, kena pergi dan berjihad dengan mereka. Kata Abu Bakar r.a, “Kalau kamu semua tidak mahu pergi, saya akan pergi seorang”. Selepas itu, semua orang Madinah keluar, selama 3 malam tidak ada laungan azan di masjid Nabawi, tidak ada orang lelaki. Apa maksudnya? Bila datang kekurangan dalam agama, maka kita kena tinggalkan segala-galanya untuk usahakan agama. Kalau kita tidak buat demikian, kita sudah putuskan hubungan sebagai khalifah Allah, khalifah Rasul dan khalifah kepada kitabullah.

Mana-mana persatuan dibuat ada tujuannya. Kalau ia tidak dapat menunaikan tujuannya, maka itu bukan persatuan lagi, itu hanya golongan manusia sahaja. Persatuan mesti ada maksud. Begitu juga umat ini, umat ini ialah umat Baginda s.a.w, umat ini kena jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sebagai maksud hidupnya. Di mana-mana sahaja di seluruh dunia, ada manusia, kita mesti ada sifat kerahiman dan simpati ke atas mereka, walaupun mereka hindu, sikh, kristian dan lain-lain. Kita diutuskan untuk semua orang.

Sepertimana ibubapa cintakan anak-anaknya, mereka fikir bagaimana hendak memberi kesenangan kepada anak-anaknya. Begitu juga tanggungjawab kita sebagai bapa dan ibu kepada semua kaum manusia di atas muka bumi ini, untuk buat simpati kepada mereka. Allah s.w.t jadikan kerja setiap ahli umat ini supaya umat ini akan buat usaha dakwah. Selagi kita tidak dapat datang kepada kerja yang asal, kita punya apa juga masalah, infradi, ijtimai, kita tidak akan dapat capai. Kita tidak akan dapat capai apa pun kemajuan dalam apa juga bidang yang kita buat.

Tempat-tempat yang kita keluar sekarang ini, kita kena anggap kita orang sana. Ada orang datang daripada kilang, dia kata saya orang kilang, orang yang datang dari madrasah, dia anggap kerja dia sebenarnya mengajar di madrasah, ada menteri datang sini, dia anggap kerja asal dia di kementerian. Kalau kita hendak mengembangkan agama, jadikan maksud Rasulullah s.a.w sebagai maksud hidup kita, maka kita layak untuk dapat bantuan Allah s.w.t yang sempurna. Orang-orang Arab duduk sini, mereka kata kami orang Arab, orang mesir kata kami mesir, orang kilang kata dia orang kilang, orang usahawan kata dia peniaga. Semoga Allah s.w.t ampunkan tuan-tuan dan saya, sebenarnya kita ialah khalifah Allah, khalifah Rasulullah, kahlifah kitabullah dan tanggungjawab yang Allah s.w.t beri kepada kita itulah yang patut kita fikir, iaitu Allah s.w.t utuskan kita untuk sampaikan seruan Allah s.w.t kepada setiap manusia di seluruh alam. Untuk itu, kita kena buat usaha bersungguh-sungguh dan itulah harus dijadikan kerja kita. Selagi kita tidak jadikan kerja ini sebagai kerja kita, maka kerja kita semua yang lain-lain tidak akan berjaya. Semua kerja kita yang lain tidak akan ada kejayaan sampai bila-bila pun.

Satu permohonan saya kepada tuan-tuan iaitu tuan-tuan dan saya semua minta keampunan/taubat Allah s.w.t. Kita punya fikir pun tidak akan betul selagi kita tidak minta keampunan/taubat Allah s.w.t. Pendirian otak kita tidak akan betul. Ini semua orang tabligh dan ini ijtimak besar, kita fikir berapa banyak jemaah kita boleh bentuk daripada ijtimak ini. Ini adalah fikiran yang lemah. Sekarang kita semua kena fikir berapa banyak manusia di atas muka bumi ini yang belum dapat seruan Allah s.w.t. Kita punya tanggungjawab untuk sampaikan kepada mereka, siapa perlu pergi? Semua kita kena pergi, semua kita kena keluar. Kita tashkil siapa yang hendak bagi satu tahun, siapa hendak bagi 7 bulan, siapa hendak bagi 4 bulan, apa maksudnya? Maksudnya ialah kerja kita adalah kerja lain, kerja utama kita adalah kerja lain dan bukan kerja asal kita. Kita sanggup bagi setahun, 7 bulan, dsbnya, ini fikiran yang sudah silap dan satu kezaliman. Ini berlaku kerana kita anggap kita ini orang Pakistani, orang sini, orang sana

Di dunia sekarang ini, beribu-ribu manusia mati tanpa iman. Kalau kita tidak fikir hendak bawa mereka kepada Islam, ini adalah kesalahan yang sangat besar. Kesilapan yang kita buat ini bukanlah kesalahan yang kecil, ia adalah satu kesalahan yang besar. Dosa yang besar kalau kita tidak bawa fikir hendak bawa orang bukan Islam kepada Islam. Selagi kita tidak minta keampunan Allah s.w.t, maka selagi itulah akal kita tidak akan jadi betul. Kita tidak boleh fikir dengan cara betul.

Allah s.w.t beri kepada kita kerja nabi-nabi dan Allah s.w.t kata, “Bila kamu buat kerja nabi-nabi, Kami bersama dengan kamu”. Allah s.w.t jadikan saya dan tuan-tuan kakitangan/pekerja Baginda s.a.w. Allah s.w.t beritahu, “Kami bersama dengan kamu”. Yang akan jadikan sesuatu ialah Allah s.w.t, yang dapat membereskan masalah ialah Allah s.w.t. Allah s.w.t sanggup bersama dengan kita kalau kita jadikan diri kita sebagai kakitangan/pekerja Baginda s.a.w. Jadi, semua kita minta maaf dan keampunan kepada Allah s.w.t dan selepas itu kita kena janji kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, saya akan letak agama di hadapan saya dan saya akan buat kerja mengikut tuntutan agama dan saya akan fikir, saya kena buat usaha bersungguh-sungguh, bawa mereka kepada agama yang sempurna, saya kena fikir dan usaha bersungguh-sungguh supaya orang-orang bukan Islam pun dapat datang kepada agama Allah s.w.t”. Inilah azam dan niat yang kita kena buat.

Kita minta keampunan Allah s.w.t atas kecuaian kita yang salah selama ini, iaitu kita anggap kita ini bukan khalifah Rasulullah s.a.w, bukan kakitangan/pekerja Rasulullah s.a.w, kita anggap kita ialah pekerja yang lain dan daripada kesibukan-kesibukan kita yang lain, kita keluarkan sedikit masa untuk agama Allah s.w.t. Ini satu kesilapan yang begitu besar yang perlu kita minta keampunan dari Allah s.w.t.  Semoga Allah s.w.t ampunkan kita semua.

Ibrahim a.s. buat kerja dengan meletakkan di hadapannya kerja yang sebenar. Selepas itu Allah s.w.t bantu dia dan kalahkan Namrud. Bila Musa a.s letak kerja di hadapan dan dia buat bersungguh-sungguh, Allah s.w.t gagalkan Firaun dengan kudratNya. Segala batil-batil yang ada di atas muka bumi ini, kita selalu pandang dan fikir macam mana kita hendak musnahkan batil itu. Kita tidak harus pandang benda itu. Allah s.w.t berkuasa untuk gagalkan semua kebatilan bila kita datang kepada kerja asal kita. Ibrahim a.s buat usaha, dia tidak buat persiapan-persiapan yang lain, Musa a.s pun tidak sediakan tentera. Baginda s.a.w pun, 313 orang, pedang pun tidak ada, kenderaan pun tidak ada, tidak ada baju besi, tidak ada persiapan/kelengkapan, Allah s.w.t gunakan kudratNya untuk gagalkan musuh-musuh. Dalam peperangan Khandak, Allah s.w.t dengan kudratNya hancurkan musuh. Dalam peperangan Hunain, bilangan orang yang sedikit beroleh kemenangan atas golongan yang besar.

Setiap manusia di atas muka bumi ini harus jadi orang yang simpati, kasih-sayang dan kita kena fikir bagaimana mereka datang kepada agama Allah s.w.t. Kudrat Allah s.w.t bersama dengan kita. Segala batil yang ada dalam dunia ini, Allah s.w.t akan musnahkan mereka, tumpaskan mereka melalui kudratNya. Kita kena lihat di depan kita, apa perintah Allah s.w.t terhadap kita sepertimana Allah s.w.t perintahkan pada Baginda s.a.w, “Apa yang disampaikan kepada tuan, tuan kena sampaikan. Sekiranya tuan tidak sampaikan apa-apa yang disuruh, tuan tidak menyempurnakan hak risau, hak kerasulan”.

Mana-mana manusia yang jaga keselamatan perniagaan dia dan tidak kisah tentang kerugian dalam agama, maka bila dia ucap Lailahaillallah, Allah jawab, “Kamu pendusta, kamu sibuk dengan kamu punya urusan, agama makin lama makin kurang, masih kamu sebut Lailahaillallah, jadi sebutan kamu dusta”. Daripada lubuk hati kita, kita kena minta maaf daripada Allah s.w.t. Kita ialah khalifah Allah s.w.t. Hari ini, tuan-tuan yang mulia, pendirian kita hari ini ialah kita khalifah kepada raja-raja, khalifah kepada menteri-menteri, khalifah kepada perniagaan-perniagaan kita, khalifah kepada pertanian-pertanian, nauzubillah, taubat cepat-cepat sebelum Allah s.w.t pukul tuan-tuan.

Kita kena lihat perangkaan dalam kerja kita, fikir tentang orang datang kepada agama dan iman. Berapa yang sudah beriman, berapa yang belum beriman. Itulah kita punya kerja utama. Kita kena buat kerja itu dan kita kena sediakan orang-orang lain untuk buat kerja Baginda s.a.w dengan memberitahu kepada mereka, “Bila buat kerja nabi, akan dapat manafaat di dunia dan manafaat di akhirat”. Kita beritahu kepada manusia kehidupan yang kekal abadi ialah akhirat dan kehidupan dunia sementara dan Allah s.w.t hantar untuk usaha. Kita kena fikir untuk diri kita dan fikir untuk orang-orang lain bagaimana kita dapat buat usaha agama dan bawa orang kepada usaha agama. Sepertimana Allah s.w.t bantu ambiya a.s, begitulah Allah s.w.t akan bantu kita.

Kesilapan kita yang paling besar ialah kita punya gerak-geri mengikut keadaan zaman, mengikut keadaan batil. Kita kena jalankan kerja kita dengan pandang pada kuasa dan kudrat Allah s.w.t, bukan apa yang ada pada kita. Allah s.w.t akan aturkan urusan dunia ini dengan nizam ghaibNya sendiri bila kita ambil tanggungjawab dan buat kerja kita yang sebenar. Apa kerja kita yang sebenar? Di setiap penjuru di atas muka bumi ini, kebesaran Allah s.w.t dapat dilaungkan, sampai kepada orang supaya orang beriman kepada Allah s.w.t. Apa yang Allah s.w.t mahu ialah supaya manusia dapat beriman kepada kehendak Allah s.w.t. Jangan kamu pandang apa-apa di hadapan kamu. Ingat! hanya kudrat dan kuasa Allah s.w.t sahaja di hadapan. Fikir apa yang Allah s.w.t mahu kita buat sekarang ini. Kalau kita buat apa yang Allah s.w.t mahu kita buat, maka Allah s.w.t akan bantu kita dengan kuasa gilang-gemilangNya. Allah s.w.t akan gunakan kudratNya dan akan gagalkan batil dan segala rupabentuk batil. Bukan kita punya kerja untuk mengalahkan batil atau memusnahkan batil, itu kerja Allah s.w.t, sepertimana Allah s.w.t telah buat di Badar, sepertimana Allah s.w.t buat di Hunain, sepertimana Allah s.w.t telah buat di Khandak. Hari ini pun Allah s.w.t akan buat dengan cara yang sama. Di mana-mana ada batil, di Eropah, di Amerika, jangan tuan-tuan takut, jangan letak benda dalam pandangan, jangan fikir perkara itu. Allah s.w.t berkuasa, satu angin datang, hati-hati batil semuanya boleh berubah, jadi baik atau batalkan mereka punya rancangan dan gagalkan mereka punya rancangan.

Tidakkah kita lihat bagaimana Allah s.w.t beritahu kepada kita, macamana Allah s.w.t tukarkan keadaan waktu Namrud, waktu Firaun, waktu Qarun, segala persiapan yang mereka ada, Allah s.w.t terbalikkan hasil-hasil dan natijah dan gagalkan perancangan mereka. Hari ini, kita kena anggap diri kita sebagai khalifah Allah s.w.t, kita kena sediakan diri kita untuk bawa agama ke seluruh manusia, sekiranya selama ini kita tidak buat demikian, itu adalah satu kesilapan yang besar dan kita harus bertaubat dan beristighfar. Kita buat usaha dengan cara dan tertib yang diajar oleh Baginda s.a.w. 

Mula-mula kita kena buat usaha atas iman, selepas itu bawa orang kepada iman. Allah s.w.t beri segala hukum-hakam dalam urusan-urusan kita. Kita kena menyempurnakan hukum-hakam Allah s.w.t, wujudkan suasana belajar dan mengajar agama, bermuzakarah bagaimana Baginda s.a.w dapat menunaikan takazah-takazah agama. Hendak musnahkan batil, bukan kerja kita, ia adalah kerja Allah s.w.t, Allah s.w.t boleh buat. Allah s.w.t boleh beri iman kepada orang atau gagalkan perancangan mereka. Kita kena sediakan hati kita iaitu segala kejayaan dari Allah s.w.t. Segala kejayaan akan datang kepada kita bila kita amalkan kehidupan yang dibuat oleh Baginda s.a.w. Pada umumnya semua orang Islam ke arah ini. Dia usaha atas dirinya, usaha atas orang-orangnya, maka Allah s.w.t akan beri anugerah dan kurniaanNya kepadanya. Inilah kerja asal kita. Selagi kita tidak dapat datang kepada kerja asal kita, mak daya fikir kita pun tidak akan betul. Oleh kerana itu, kita mohon kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, Engkau beri kepada kami, kerja yang besar ini, jadikan kami khalifah kepada ketua kepada semua ambiya a.s”. Bila kita minta daripada Allah s.w.t supaya kita dapat buat kerja dengan pandangan semua orang di hadapan kita, seluruh manusia di hadapan kita, jadi Allah s.w.t akan bantu kita. Allah s.w.t akan bantu kita mengikut kita punya fikir. Allah s.w.t akan beri kepada kita fikir untuk mengendalikan kerja seluruh alam.

Sebagi contoh, ada orang mengendalikan satu kedai di satu bandar, ada orang mengendalikan 3 kedai di satu bandar, ada orang mengendalikan lebih daripada 3 kedai di negaranya, ada orang menjalankan perniagaan antarabangsa, dia mengendalikan pejabat-pejabat di seluruh alam. Mana dia dapat daya fikir? Allah s.w.t yang beri kepadanya. Begitu juga bila kita letak seluruh kemanusiaan di hadapan kita, Allah s.w.t akan beri kita kemampuan, kekuatan, bantuan dan fikiran supaya kita dapat buat usaha seluruh alam. Semua manusia diberi daya faham oleh Allah s.w.t. Fikir juga datang daripada Allah s.w.t. Matlamat kita, semua raja-raja di dunia, semua sultan-sultan di dunia, semua pekilang-pekilang di dunia, semua pekedai-pekedai di dunia, semua peniaga-peniaga di dunia, semua petani-petani di dunia, semua datang kepada iman dan amal soleh. Itulah matlamat usaha kita.

Semua kita yang datang dari mana-mana pun, kita jangan anggap kita daripada situ. Bukan juga kita dipunyai oleh jawatan-jawatan. Kita sekarang buat kezaliman atas diri dan buat kezaliman atas seluruh manusia. Kita kena minta keampunan Allah s.w.t. Kita kena buat keputusan bahawa kita akan buat usaha bagi pihak Baginda s.a.w. Kerja kita ialah bawa kalimah ini kepada semua manusia. Bila kita cakap dengan orang, “Qulu lailahaillallah tuflihun”, “Wahai manusia, ucaplah lailahaillallah, pasti kamu akan dapat kejayaan”, kalau kita cakap sebagai satu individu atau sebagai raja atau sebagai peniaga, maka kesannya lain, tetapi bila kita cakap kalimah yang sama sebagai khalifah Rasulullah s.a.w, maka kesannya lain. Bila kita cakap sebagai khalifah, maka ia menjadi sebagai satu tanggungjawab.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t utuskan saya sebagai rasul untuk seluruh alam, saya kena sampaikan seruan Allah s.w.t kepada semua manusia di atas muka bumi ini. Wahai manusia, dengan yakin kepada Allah s.w.t, sampaikanlah seruan Allah s.w.t kepada semua manusia di seluruh dunia. Wahai manusia, tanggungjawab kamu ialah kamu kena sampaikan seruan Allah s.w.t kepada setiap manusia di seluruh permukaan alam ini”. Ini ialah permintaan Baginda s.a.w kepada umat ini. Kita kena bertaubat dengan hati yang benar, dengan sebenar-benar taubat iaitu kita bukannya datang tanpa maksud, tetapi kita ialah umat Baginda s.a.w. Tidak kiralah kita daripada mana pun, Australia, Amerika, Afrika, kita dihantar, diutuskan untuk seluruh manusia di seluruh alam. Kita kena letakkan di hadapan kita seluruh alam dan buatlah kerja kita yang sebenar. Bukan sahaja seluruh alam, malah sampai hari qiamat. Zaman kita ialah zaman sampai hari qiamat. Kita punya kekuatan, kita punya pemikiran, semua harus digunakan untuk kerja ini iaitu dengan kita letakkan dunia di depan kita sampai hari qiamat.

Sebagaimana seorang peniaga dia fikir pada waktu malam, apa yang dia hendak buat esok. Petani fikir, apa dia kena buat esok, fikir tentang sarapan, sarapan perlu difikir sesuai dengan kerja dia. Kita tidak anggap kita ini ditanggungjawabkan untuk seluruh manusia di seluruh alam supaya orang jadi beriman, supaya semua orang jadi orang Islam. Allah s.w.t akan beri fahaman dan fikir mengikut tahap itu. “Kalau kamu bersusah-payah di jalan Kami, Kami pasti memberi petunjuk kepada kamu”, ini janji Allah s.w.t dalam kita suciNya. Orang-orang yang berusaha untuk Allah s.w.t dan sanggup bersusah-payah dan bermujahadah untuk Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beri kepada kita nur fahaman, nur basirah, yang tersendiri. Allah s.w.t ajar mereka jalan ke syurga. Sepertimana mereka berusaha untuk menambahkan daya upaya dalam usaha mereka seperti itulah Allah s.w.t meninggikan mereka dan amal kerja daripada mereka dan Allah s.w.t tarbiyah mereka, beri fahaman kepada mereka.

Bantuan Allah s.w.t akan datang mengikut susah-payah dalam usaha. Allah s.w.t akan beri hikmah kepada kita bagaimana kita dapat tarik seluruh dunia, setiap manusia kepada agama Allah s.w.t. Fahaman kerja ini akan diberi oleh Allah s.w.t kepada kita. Jadi, ini semua akan datang bila kita jadikan kerja ini sebagai kerja kita yang asal, kerja kita yang sebenar.

Kita sudah rancang, bila habis ijtimak kita semua akan balik rumah atau paling maksima kita akan keluar 3 cillah/4 bulan. Ada yang datang untuk menyertai ijtimak. Bukankah kita datang dan kumpul untuk bawa fikir Rasulullah s.a.w? Fikir bagaimana setiap manusia di permukaan alam ini dapat iman. Orang yang sudah beriman, berapa banyak daripada mereka sudah amalkan Islam, berapa banyak yang belum amalkan Islam, berapa banyak sudah amalkan perintah Allah s.w.t atau tidak. Ini kita tidak fikir. Di mana kekuatan orang Islam digunakan hari ini? Adakah untuk agama atau bukan agama? Kita tidak fikir supaya bagaimana setiap manusia di atas muka bumi ini datang kepada agama Allah s.w.t. Kita tidak ada fikir langsung atas perkara tersebut, yang jaga pun tidak fikir, yang tidur lagilah tidak boleh fikir. Yang tidur, tolong tuan-tuan kejutkan. Kita kena fikir sama-sama, semua orang yang hadir di sini, bagaimana dan apa kita perlu buat supaya seluruh manusia di seluruh muka bumi ini datang kepada iman. Semua kita patut gelisah sepertimana Hadrat Aishah r.a, hilang satu kalung, beliau gelisah hendak cari.

Hari ini, tujuan hidup kita sudah berubah, cara usaha pun berubah. Allah s.w.t sudah tunjukkan pada kita dari awal sampai ke akhir, macamana usaha-usaha dibuat oleh sahabat-sahabat. Seorang sahabat yang masuk dalam Islam terakhir sekali, dia pun diberitahu tanggungjawab yang sama. Satu orang datang kepada Baginda s.a.w pada akhir-akhir hayat Baginda, dia sanggup masuk Islam tetapi tidak sanggup pecahkan patung-patung, tidak sanggup sembahyang, tidak sanggup bayar zakat. Baginda s.a.w kata, “Tidak, kamu kena pecahkan patung-patung, kamu kena sembahyang”.

Bila Baginda s.a.w hantar Muaz b. Jabal r.a ke Yaman, Baginda s.a.w beritahu padanya, “Mungkin bila kamu balik esok, kamu akan lihat kubur aku sahaja”, Muaz b. Jabal r.a tanya nasihat, “Apakah nasihat-nasihat terakhir untuk saya?” Baginda s.a.w kata, “Kerja pertama kamu ialah bawa mereka kepada Islam, suruh mereka mengucap kalimah syahadah dan selepas itu ajak mereka kepada sembahyang”. Begitu juga hari ini, kita kena fikir, setiap manusia di atas muka bumi ini datang atau tidak kepada kalimah syahadah? Ini kita kena fikir sekarang ini, bukannya kita fikir bila kita balik nanti. Cara Baginda s.a.w sudah diberitahu. Selepas bersyahadah, apa ibadat yang pertama? Sembahyang. Macamana hendak sembahyang? Tarekat itu kita kena ajar. Inilah kerja pertama kita, kerja orang-orang Islam, bawa setiap orang di atas muka bumi kepada kalimah syahadah, bawa setiap manusia di muka bumi kepada ibadah kepada Allah. Ibadah perlu dipelajari dengan cara yang diajar oleh Baginda s.a.w. Kita kena menyediakan setiap orang atas perkara itu. Selagi kita tidak buat perkara ini, semua apa yang kita buat akan jadi terbalik, semua kerja yang kita buat tidak akan jadi betul. Oleh itu, kita bertaubatlah dengan sebenar-benarnya dengan hati yang bersih, “Ya Allah, kami ini sepatutnya jadikan maksud Rasulullah s.a.w sebagai maksud kami, ikut cara Rasulullah s.a.w buat usaha agama tetapi selama ini kami tidak buat perkara ini”. Kita kena bertaubat, kembali kepada usaha itu, menyediakan orang kepada syahadah dan menyediakan orang kepada beribadah kepada Allah s.w.t. Diri kita sendiri, kita jadikan diri kita yang dapat ikut perintah-perintah Allah s.w.t dan menyediakan orang-orang supaya mereka juga dapat amalkan perintah-perintah Allah s.w.t dalam keseluruhan hidup kita.

Kelemahan dan kekurangan kita ialah sampai sekarang ini, kita belum jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sebagai maksud hidup kita. Tuan-tuan yang datang di sini, dalam kita buat usaha dakwah, perkara yang paling penting dalam agama kena diutamakan, selepas itu yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Perkara yang paling penting sekali, paling mustahak sekali ialah saya dan tuan-tuan kena jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sebagai maksud hidup kita. Selain daripada perkara ini, kita jangan fikir dahulu. Kita jadikan maksud hidup Rasulullah s.a.w sebagai maksud hidup kita. Selepas itu, fikir yang kedua ialah setiap manusia di atas muka bumi ini datang kepada kalimah syahadah. Berapa yang datang? Berapa yang tidak datang lagi? Kejayaan manusia bukan daripada kerajaannya, bukan daripada hartanya, bukan daripada tenteranya. Kejayaan manusia ialah bila dia amalkan perintah Allah s.w.t dengan cara Baginda s.a.w. Kita kena bawa seluruh manusia kepada fikiran ini. Selepas itu kita lihat, apa dia perintah Allah s.w.t yang lain. Macamana kita hendak melaksanakannya?

Bila kita mengendalkan usaha agama dengan tertib ini, tertib yang Rasulullah s.a.w amalkan, maka segala nizam dan pentadbiran ghaib Allah s.w.t akan bantu kita. Orang lelaki, orang perempuan, semua nampak kejayaan dalam khazanah Allah s.w.t. Orang Islam akan lihat, kejayaan bukan dalam wang ringgit, pangkat, jawatan, tetapi kejayaan daripada khazanah Allah s.w.t. Setiap manusia akan belajar perintah-perintah Allah s.w.t dan tidak akan ambil masa yang panjang untuk ajar agama kepada orang kerana setiap orang akan ingin belajar agama kerana dia tahu iaitu bila dia amalkan agama, maka dia akan dapat kejayaan daripada Allah s.w.t. 

Kita bukan datang ke sini untuk buat bayan yang panjang-panjang. Kita datang ke sini untuk buat fikir bagaimana setiap orang datang kepada kalimah syahadah. Selagi kita tidak jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sebagi maksud hidup kita, maka selagi itulah daya fikir kita tidak akan jadi betul. Segala kekuatan kita akan jadi sia-sia sahaja. Maksud kita mesti betul. Cara hendak capai maksud itu juga mesti betul iaitu cara Baginda s.a.w. Setiap manusia di seluruh alam harus sedar iaitu kejayaan mereka, kegagalan mereka, kemuliaan, kehinaan, semuanya di tangan Allah s.w.t. Kita tidak harus hidup dengan pandang keadaan dan harta benda tetapi kita hanya akan lihat perintah Allah s.w.t. Apa yang Allah s.w.t suruh amalkan, kita amalkan, apa yang Allah s.w.t suruh tinggalkan, kita akan tinggalkan. Bila kita melaksanakan perintah Allah s.w.t, maka kita akan dapat kejayaan.

Perintah Allah s.w.t yang terbesar iaitu setiap manusia di atas muka bumi ini, dalam hati mereka dapat datang kebesaran Allah s.w.t. Di mana sahaja kita berada, dalam apa keadaan kita berada, ada perintah Allah s.w.t yang menuju kepada kita dan kita kena melaksanakan perintah itu. Untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t, kalau kita kena korbankan keuntungan, maka kita kena korbankan, kalau kita kena mengalami kerugian, kita sanggup mengalami kerugian, asalkan perintah Allah s.w.t tidak tertinggal. Kita benar-benar bertaubat atas kesilapan kita dan kekurangan kita. Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya akan beri kepada kita faham yang betul, daya fikir yang betul dan kekuatan kita, kemampuan kita, akan kita dapat gunakan dengan cara yang betul dengan bantuan Allah s.w.t. Semua nizam-nizam atau pentadbiran Allah s.w.t, semua pentadbiran Allah s.w.t di atas muka bumi ini, Allah s.w.t akan betulkan dan yang batil akan dihapuskan. Yang penting kita datang kepada kerja asal kita. Berapa besar maksud hidup yang Allah s.w.t telah beri kepada kita. Allah s.w.t jadikan kita khalifah kepada Allah dan Rasul. Inilah kerja asal kita. Baginda s.a.w bersama-sama sahabat, sampai ke Madinah, apa fikir mereka? Untuk makmurkan bandar? Tidak. Sampai sahaja disana, mereka buat kerja asal mereka. Fikir untuk buat kerja asal mereka.

Kita kena beritahu pada setiap manusia di atas muka bumi ini, ya aiyuhannas, raja, menteri, peminta sedekah, peniaga, “qulu lailahaillallah tuflihun”, ucaplah lailahaillallah, pasti kamu akan dapat kejayaan. Bila kita datang kepada kerja asal kita, kita tidak perlu pandang kepada benda-benda lain. Satu ketika, Hadrat Ali r.a dalam keadaan lapar, masih buat kerja agama, kemudian baru dapat kerja dengan yahudi. Waktu itu, dia boleh fikir, kerja dulu, makan dulu, kemudian barulah buat kerja Nabi. Mereka utamakan kerja nabi dahulu, kerja untuk makan di kemudiankan. Allah s.w.t yang beri makanan kepada kita, Allah s.w.t beri rezeki kepada kita, tetapi kita anggap kita yang buat, kita yang hasilkan makan minum.

Semua makhluk di atas muka bumi ini dipelihara oleh Allah s.w.t, diberi rezeki oleh Allah s.w.t. Kita datang kepada maksud yang sebenar. Bila melaksanakan maksud asal kita, kalau kita dapat kelaparan, kerana kelaparan kita dan haus kita, maka akan jadi asbab untuk mengeluarkan berjuta-juta manusia daripada kelaparan yang sebenar iaitu kelaparan di neraka, tidak ada makanan. Satu hari kita lapar kerana agama Allah s.w.t, mungkin akan jadi asbab untuk selamatkan berjuta-juta manusia daripada kelaparan di akhirat untuk selama-lamanya.

Tempat-tempat yang jemaah belum sampai, tempat-tempat itupun kita kena hantar jemaah supaya orang datang kepada agama. Tuan-tuan keluar dalam apa juga keadaan yang tuan-tuan ada ke sana. Bila tuan-tuan keluar dalam keadaan tuan-tuan ada, jadi fikiran tuan-tuan tidak akan pergi kepada harta benda dsbnya. Pemikiran kita hanya akan bergantung kepada Allah s.w.t. Perkara yang paling penting ialah jauhkan pandangan kita dan pemikiran kita daripada segala-gala dan hanya tumpu pada Allah s.w.t. Kita pergi mana-mana sahaja dan kita mohon dan minta daripada Allah s.w.t. Sekarang tuan-tuan bentuk jemaah ke tempat-tempat yang tuan-tuan hendak pergi.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir