al-fatihah - hj abdul wahab

1922 - 2018
(96 thn)


ribuan org hadir utk solat jenazah


Bayan - hj abdul wahab
07/12/2007 - sri petaling

Tuan tuan yang mulia,

Allah s.w.t. telah berikan kepada kita satu usaha yang mulia, yang mana usaha ini Allah s.w.t. berikan kepada saya dan tuan-tuan. Usaha yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat Islam hingga hari kiamat.

(Usaha yang telah dihidupkan kembali oleh Hadrat Maulana Ilyas rah mulai awal abad ke14 hingga hari ini yang tiada nama, dan jika hendak diletakkan nama pada usaha ini nescaya Maulana Ilyas rah akan letakkan nama sebagai Jemaah Usaha Atas Iman).

Allah s.w.t. akan pelihara kita di dunia ini, di padang mahsyar, di akhirat dan selama-lamanya di syurga. Allah s.w.t. akan berikan ketenangan, kemuliaan, keselamatan, perlindungan, kesihatan dan segala-galanya  kepada kita. InsyaAllah. Allah s.w.t. telah beri kita satu usaha yang mana dengan itu kita akan dapat segala-galanya.

Manusia sekarang di seluruh dunia dalam penipuan dan tipu daya. manusia beranggapan kebahagiaan didapati melalui banyak harta, dengan harta dia dapat kebendaan, dengan kebendaan dia akan dapat tunaikan hajat dan keperluannya. Seluruh kehidupan manusia di dunia sedang menuju kepada perkara ini, dengan dapat wang ringgit ia boleh dapat benda, dengan benda akan dapat segala-galanya.

kita akan dapat di tarbiah dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t. kita sihat dengan kehendak Allah, kita akan dapat ketenangan dengan kehendak Allah, kita dapat perlindungan dengan kehendak Allah s.w.t. dengan mentaati perintah Allah s.w.t. kita dapat kemuliaan. Segala-galanya dengan perintah Allah s.w.t. sekarang ini, seluruh Amerika sedang menuju kepada kerugian kerana mereka yakin dengan duit mereka dapat benda dan dengan benda mereka dapat segala-galanya.

Di Malaysia pun dalam keadaan ini juga, kamu menuju kepada tipu daya dan menuju kepada kerugian kerana kamu juga yakin jika mendapat duit, kamu akan mendapat benda, dengan benda kamu beranggapan dapat segala galanya. Kamu pun buat kereta macam Amerika, kamu buat lapangan terbang seperti Amerika dan kamu ingat dengan itulah kamu akan dapat kejayaan. Sebenarnya Allah s.w.t. lah yang memberi kejayaan. Allah s.w.t. boleh tunaikan segala keperluan kita, Allah s.w.t. bagi kita makan, Allah s.w.t. bagi kita sihat, Allah s.w.t. bagi kita kemudahan samada dengan kebendaan atau tanpa kebendaan, dengan ciptaan-Nya atau tanpa ciptaan-Nya. Allah s.w.t. tidak bergantung kepada ciptaan mana-mana makhluk untuk memberi kepada kita segala-galanya samada dengan benda atau pun tanpa benda Allah s.w.t. boleh bagi. Allah s.w.t. Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.

Allah s.w.t. jadikan Nabi Adam a.s. tanpa ibu dan bapa, Allah s.w.t. jadikan  Hawa a.s. tanpa ibu dan bapa, Allah s.w.t. jadikan Nabi Isa a.s. tanpa bapa, Allah s.w.t. keluarkan unta semasa zaman Nabi Sholleh a.s. dari batu, Allah s.w.t. pelihara Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. di tengah-tengah padang pasir di mana tiada apa-apa, Allah s.w.t. pelihara mereka dengan air zam-zam jikalau kita minum dengan niat untuk hilangkan kehausan, haus kita akan hilang. Kalau lapar kita minum air zam-zam dengan niat hilangkan kelaparan maka kelaparan akan hilang. Apabila sakit kita minum air zam-zam ketika dalam kesakitan, sakit juga akan hilang, insyaAllah. Allah s.w.t. tidak bergantung kepada ciptaan-Nya untuk memberi kesihatan dan untuk memelihara kita. Allah s.w.t. yang jadikan segala-galanya, Allah yang memiliki, Allah yang menggunakan segala ciptaan-Nya samada untuk memberi manafaat atau mudharat kepada kita, Allah s.w.t. menggunakan ciptaan-Nya mengikut kehendak-Nya.

Saya datang ke sini supaya kita semua sedar seluruh dunia sedang menuju selain daripada Allah, seluruh dunia sedang usaha untuk menghasilkan selain daripada Allah dan kita tidak menuju kepada Allah s.w.t. yang mencipta segala-galanya. Kita tidak merujuk, tidak ada hubungan, tidak menuju kepada Pencipta segala-galanya. Kita kena keluarkan diri kita dan semua manusia daripada kerugian ini dan datang kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah beri kepada saya dan tuan-tuan usaha yang mana dengan usaha itu kita dapat manafaat secara langsung daripada kudrat Allah s.w.t. Setiap orang boleh buat dengan rahmat Allah s.w.t. Orang kaya, orang miskin, orang fakir, setiap individu boleh buat usaha agama. Dengan usaha ini kita dapat manafaat secara langsung daripada kudrat Allah s.w.t. Untuk perkara inilah kami datang bertemu tuan-tuan supaya kita dapat usaha untuk memalingkan hati kita dan manusia seluruh alam kepada Zat Allah yang Maha Tinggi. Membawa kita, keluarga kita dan umat manusia seluruhnya yang hubungan dan rujukan kepada selain Allah dan palingkan arah hubungan dan  rujukan kepada Allah s.w.t semata-mata.
Kita dan manusia hari ini yakin dengan kerajaan boleh dapat memenuhi keperluannya, dengan jawatan boleh dapat memenuhi keperluannya tetapi sebenarnya tuan-tuan, semua ini adalah tipu daya. Kita hendaklah membawa diri kita, keluarga kita dan manusia hanya bertumpu kepada Allah kerana Allah s.w.t. yang membuat segala-galanya dan usaha ini semua orang boleh berusaha belajar melakukannya.

Harta kebendaan tidak dapat selesaikan masalah kita, Allah s.w.t. yang selesaikan masalah kita, dengan kehendak-Nya lah kita dapat selesaikan masalah kita. Gunakan harta yang Allah kurniakan untuk mentaati perintah Allah s.w.t. bukan melanggari larangan-Nya. Tanpa ubat Allah boleh bagi sihat, dengan ubat pun Allah s.w.t. boleh bagi sihat. makan juga Allah boleh bagi sihat, tanpa makan pun Allah s.w.t. boleh bagi sihat.

Pada satu masa di Nizamuddin, Maulana Zakariya rah. tidak makan apa-apa pun selama satu bulan, sahur tidak makan, buka puasa pun tak makan, sepanjang satu bulan perutnya tidak ada apa-apa makanan tetapi beliau boleh hidup. Allah Ta’ala boleh hidupkan sesiapa pun tanpa makanan. Macam mana Ashabul Kahfi, 300 tahun mereka tidur dalam gua, tidak makan apa-apa, tidak minum apa-apa, mereka boleh hidup. Hudzir a.s. 100 tahun tidak makan dan minum masih boleh hidup. Allah s.w.t. tidak perlu kpd makan minum untuk kenyangkan kita, Allah s.w.t. tidak perlu ubat untuk beri kesihatan kepada kita, Allah s.w.t. tidak perlu senjata untuk beri perlindungan kepada kita, Allah s.w.t. buat segala-galanya dengan kudrat-Nya. kita kena usaha. Saya datang ke negara tuan-tuan untuk beritahu tuan-tuan, buat usaha, belajar cara buat usaha adalah dengan itu Allah s.w.t. dengan belas kasih-Nya dan kasih sayang kepada manusia, Allah s.w.t. telah beri kita usaha atau kerja atas agama melalui Rasulullah s.a.w., yang mana dengan usaha itu kita boleh dapat faedah secara langsung daripada kudrat Allah s.w.t.

Belajarlah kerja Nabi Muhammad s.a.w., belajar macam mana usaha Nabi s.a.w., yang mana dengan usaha ini tuan-tuan akan dapat faedah secara langsung daripada kudrat dan kuasa Allah s.w.t. Tetapi kita sibuk mencari kebendaan, orang Pattani semua sibuk datang sini siang malam cari duit. Orang Malaysia pun macam itu juga, siang malam mereka sibuk usaha mencari duit. Orang Tabligh pun macam itu juga, siang malam mereka sibuk cari duit. Melalui berkat usaha dan kerja agama yang tinggi ini, kenapa kepada Allah s.w.t. kita minta harta, kebendaan dan kekayaan? Allah s.w.t. memberi kita kerja dan usaha yang mana kita akan dapat hubungan terus dengan Allah, iaitu kita perlu masukkan ke dalam hati kita iman yakin kepada Allah s.w.t. Mintalah hidayah taufik dan iman yakin kepada Allah s.w.t. dengan berkat usaha dan kerja dakwah yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini, janganlah minta harta, benda dan kekayaan duniawi.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Fatir ayat 29, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi”.

Kita beritahu kepada diri kita, keluarga kita dan semua manusia dan jin bahawa Allah s.w.t. lah yang membuat segala-galanya, Allah yang menjadikan segala-galanya dengan kuasa dan kudrat-Nya, Allah yang ciptakan segala-galanya dan Allah lah yang menguasai semuanya. Allah s.w.t. jadikan air dan Allah gunakan air untuk uji keimanan kita. Jikalau Allah Ta’ala tidak turunkan hujan walaupun kita ada harta seluruh dunia pun, apa boleh kita buat? Walaupun kita ada ubat penuh satu dunia pun tetapi jikalau Allah Ta’ala tidak mahu memberi sihat, apa boleh kita buat? Walaupun dapat kuasa memerintah satu dunia, jikalau Allah Ta’ala tiupkan angin sedikit laju, apa boleh kita buat? Dalam masa 30 saat sahaja Allah Ta’ala gerakkan bumi, semua hancur, gempa bumi seperti apa yang berlaku hari ini, apa boleh kita buat?

Kita perlu usahakan supaya diri kita, keluarga kita dan semua orang Islam bertaubat kerana kita tidak jadikan usaha agama (dakwah iman yakin kepada Allah) sebagai tanggungjawab kita. Jika kita bertaubat dengan penuh kekesalan, Allah s.w.t. akan naikkan darjat kita lebih tinggi. Kita patut malu kepada Allah dan Rasul kerana Allah s.w.t. telah beri tanggungjawab tetapi kita tidak laksanakan dengan betul dan sungguh-sungguh. Kadang-kadang Allah s.w.t. takdirkan seseorang membuat dosa supaya apabila dia sedar bertaubat, dia akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi lagi. Oleh kerana itu, KITA SEMUA HENDAKLAH BERTAUBAT.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir