Bayan Subuh - Hj Abdul Wahab
07/01/2001 - Tongi
Tuan-tuan yang mulia
Allah s.w.t telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita.
Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat
bertanggungjawab membawa kerja nabi-nabi ke seluruh alam. Maksud hidup nabi
adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada orang Islam di dunia ini samada di
utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertanggungjawab meneruskan
kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah orang Islam yang tiada
makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun
pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun
dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru
sahaja pun kerja Nabi, Allah s.w.t akan jadikan asbab hidayat seluruh alam.
Lebih-lebih lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah s.w.t
akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam.
Sesungguhnya Allah s.w.t
berkuasa atas segala-galanya. Apabila kita membawa hukum-hakam Allah,
Allah s.w.t akan redha dengan kita. Kita perlu keluarkan ghairullah dalam hati
dan bergerak ke seluruh alam membetulkan yakin yang salah dikalangan umat di
seluruh alam. Sahabat dan Baginda Rasullullah s.a.w telah membuat usaha hidayat
di seluruh alam walaupun bilangan mereka sedikit, mereka telah mengambil kerja
nabi sebagai maksud hidup mereka, maka Allah s.w.t telah jadikan mereka asbab
hidayat ke seluruh alam. Hari ini kita perlu bertaubat kerana belum menjadikan
kerja dakwah sebagai maksud hidup kita. Kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh
dengan hati yang tulus ikhlas kerana lalai dalam membuat kerja dakwah. Masyarakat orang Islam hari ini
telah lalai untuk menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup mereka dan tidak
menyedari bahawa sesungguhnya mereka telah dijadikan oleh Allah s.w.t asbab
hidayat seluruh alam.
Kita perlu bertaubat dan sediakan orang lain bertaubat
kerana tidak menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup kita dan maksud hidup
mereka, supaya Allah s.w.t dengan ini tidak melihat kita dengan kemurkaanNya.
Kita bukannya pekilang, pekerja pejabat, doktor, peguam, petani dan sebagainya.
Kita sebenarnya naib/pembantu Nabi dan perlu bergerak ke seluruh alam. Hari ini
kita banyak menzalimi diri sendiri dan menzalimi umat seluruh alam. Oleh itu
kita perlu berdoa, “Ya Allah, ampuni dosa saya dan akan datang, saya berjanji
untuk menjadikan kerja nabi sebagai kerja saya”. Kita perlu letakkan seluruh
dunia medan
kerja kita.
Keburukan yang akan wujud apabila kita tidak menjadikan
maksud hidup nabi, iaitu kita tidak ada risau kehidupan selepas mati. Oleh itu
kerja nabi, bagaimana untuk menyediakan diri dan umat seluruh alam, perlu
dijadikan kerja utama kita.
Allah s.w.t beri kita kalimah Laillahailllah. Seorang
yang mengucapkan kalimah ini walaupun kufur dan syirik selama 80-100 tahun,
semua dosa-dosanya Allah s.w.t akan ampunkan. Kita perlu sediakan manusia
dimana berada untuk bertaubat kepada Allah. Dengan usaha kita itu seolah-olah
kita telah mengalihkan kemurkaan Allah s.w.t kepada umat ini yang tidak
menjadikan kerja nabi sebagai kerja mereka. Kita perlu sediakan umat seluruh
alam untuk menjadikan kerja nabi sebagai kerja mereka. Semua yang ada dalam
ijtimak ini perlu disediakan bagi melaksanakan maksud hidup nabi. Allah s.w.t
telah jadikan kita asbab hidayat seluruh alam. Umat ini sebenarnya telah
dijadikan oleh Allah untuk asbab hidayat seluruh alam. Apabila umat ini
melaksanakan kerja ini, Allah s.w.t akan pancarkan cahaya hidayat ke seluruh
alam. Usaha ini tidak memerlukan kerajaan, wang ringgit dan sebagainya.
Orang yang terlantar sakit di katil juga bertanggungjawab
untuk hidayat seluruh alam. Orang yang membuat kerja agama, Allah s.w.t akan
mudahkan asbab mereka. Orang yang datang ke masjid ia adalah tetamu Allah s.w.t.
Kita perlu bertaubat kerana kita salah faham dan tidak menjadikan dakwah maksud
hidup kita, kita keluar bukan untuk 4 bulan, 40 hari atau 1 tahun sahaja. Kerja
kita bukan untuk sesuatu masa, tetapi seluruh hidup kita perlu kita wakafkan
untuk menyempurnakan tanggungjawab agama yang Allah s.w.t beri kepada kita.
Sejauh mana tanggungjawab yang Allah s.w.t berikan kita ambil, sejauh itu
bantuan Allah s.w.t datang kepada kita. Kita perlu letakkan di depan kita
samada umat seluruh alam telah beriman kepada Allah s.w.t atau belum. Untuk
menyeru manusia kepada Allah s.w.t, tidak memerlukan wang ringgit tetapi kita
perlu redha dengan bantuan Allah s.w.t. Hadratji Inamul Hassan rah. pernah
berkata, ‘kamu ada hak pada diri kamu, keluarga kamu dan umat seluruh alam,
kamu tidak dapat menyempurnakan hak-hak itu jika tidak menjadikan kerja nabi
sebagai kerja kita’.
Satu mahfum hadis nabi, di akhirat nanti seorang akan
memegang orang lain walaupun tidak kenal orang itu. Orang itu mengatakan ketika
saya melakukan kemungkaran dahulu di dunia, tuan tidak pernah mencegahkannya.
Kerja agama tidak perlu wang tetapi perlu penerimaan Allah s.w.t. Allah s.w.t
telah hantarkan kita untuk ke seluruh alam hingga hari kiamat. Kita tidak perlu
menjadi khalifah untuk mana-mana sheikh, kita perlu melihat umat ini samada
telah menjadikan dakwah sebagai kerja mereka atau belum.
Bani Tsaqif lambat menerima Islam, mereka pun
bertanggungjawab untuk membawa kerja nabi ke seluruh alam. Kita semua mampu
untuk membawa kerja nabi ke seluruh alam. Allah s.w.t yang membuat
segala-galanya. Kita makhluk tidak ada daya upaya. Kesusahan, kerugian yang
datang apabila kita membuat kerja nabi kita perlu lihat perintah Allah s.w.t.
Apabila susah atau lapar, apa perintah Allah s.w.t ketika itu. Kita semua bertanggungjawab
menyampaikan keesaaan Allah s.w.t ke seluruh alam dan memberitahu dan
menyediakan umat seluruh alam untuk membuat kerja nabi. Setiap orang, penjual
roti, penarik beca, drebar kereta, penyapu sampah, guru, doktor, peguam dan
seluruh umat adalah dihantar untuk sumber hidayat ke seluruh alam. Semua
manusia, orang Islam seluruh alam bertanggungjawab dengan kerja nabi. Pengayuh
beca juga bertanggungjawab membawa kerja agama di pekan mereka dan seluruh
alam.
Hari ini kita tidak bertaubat kepada Allah s.w.t kerana
tidak merasa satu kesalahan meninggalkan kerja nabi sebagai maksud hidup.
Kampung demi kampung penduduk di situ perlu dibangunkan dengan kerja dakwah
sebagai maksud kerja mereka. Kita perlu beritahu manusia fadhilat-fadhilat ia
mengamalkan agama. Seorang yang mengucap kalimah syahadah 100 kali setiap hari,
esok dalam kehidupan akhirat dia akan dibangkitkan dengan muka bercahaya. Kita
perlu jumpa umat dari pintu ke pintu, sediakan mereka untuk menjadikan kerja
nabi sebagai kerja mereka. Apabila kita sibukkan diri dengan kerja ini, esok
dalam kehidupan akhirat akan dibangunkan bersama-sama nabi-nabi dan anak dan
isteri kita akan dibangkitkan bersama-sama anak dan isteri-isteri nabi.
Semua amalan kita perlu kita buat dengan cara Nabi s.a.w. Apabila
kita bangun membuat kerja agama cara Nabi, Allah s.w.t akan turunkan
keberkatan. Sesuatu kerja yang kita buat perlu kita belajar bagaimana kerja
yang dibuat oleh Nabi s.a.w. Kita perlu bertaubat dan jangan cerita ghairullah
kepada sesiapa pun kecuali mengadu kepada Allah. Walaupun kita berlapar selama
3 hari, jangan mengadu kepada makhluk, Allah s.w.t akan beri rezeki yang halal
selama satu tahun.
Apabila kita melihat seseorang melakukan kemungkaran, kita
perlahan-lahan jumpa mereka beritahu kemungkaran itu dan nangis-nangis berdoa
kepada Allah s.w.t semoga Allah menjauhkan mereka dari kemungkaran itu. Kita
perlu fikir bagaimana umat di seluruh dunia membuat kerja nabi dan jangan lihat
poket kita dan doa pada Allah, “Ya Allah, ambil kerja dari saya dan hantar saya
ke seluruh alam dan kita perlu sayang kepada semua orang Islam kerana mereka
semua telah dijadikan asbab hidayat kepada umat seluruh alam.
Kita perlu sediakan setiap penghuni rumah untuk bangun
membuat kerja nabi dan kita perlu usahakan tidak seorang pun di kampung kita
yang tidak bersembahyang di masjid. Kita perlu belajar kerja agama dengan cara
Nabi s.a.w. Kita perlu fikir di tempat mana-mana di dunia perlu dihantar
jemaah. Kita perlu fikir dari masjid kita jemaah boleh dihantar ke seluruh
alam. Kita perlu hubungkan setiap orang Islam dengan masjid. Kita perlu
hidupkan masjid di seluruh alam dengan amalan masjid Nabi. Kita perlu sediakan
kawan-kawan kita untuk maksud kerja ini. Kita perlu bergerak dari kampung ke
kampung untuk membuat kerja Nabi ini.
Comments
Post a Comment