2015 - jor karkun 4B : bayan subuh maulana abdul wahab
sifat da'i
05/04/2015 - sri petaling
Syukur pd Allah kerana telah mengumpulkan kita di sini.
Bukan kita dtg sendiri tapi kita didatangkan oleh Allah. kita berkumpul atas
satu maksud iaitu sebagai umat nabi s.a.w. atas satu tugas dan t/jawab. Ini
adalah keberkatan nabi s.a.w. Begitu banyak khabar gembira dlm kerja ini dari
Allah dan dari nabi s..a.w. Kita telah mendapat mandat t/jawab ini dari Allah
s.w.t. Allah telah menerangkan t/jawab dan tugas kerja ini serta ganjaran2nya.
Pertama, Allah telah jadikan kita sebagai umat yg terbaik.
kamu adalah sebaik-baik umat. Allah sendiri yg kata baik,
adakah ada yg lebih baik drp itu. Dikeluarkan utk kebaikan dan faedah seluruh
manusia. t/jawab menyeru kpd kebaikan/perkara yg Allah redho dan cegah manusia
dari kemungkaran/perkara yg Allah tak redho. Apabila manusia amal perkara yg
Allah redho dan menjauhkan diri dari perkara yg Allah murka, Allah suka dan
Allah akan menyempurnakan semua kehendak dan keinginan mereka. Baginda s.a.w
telah mengorbankan seluruh hayat baginda dlm menjalankan t/jawab dan mendidik
umat ini dlm usaha agama. Kerisauan nabi bukan sahaja setakat org2 di mekah,
bahkan utk seluruh manusia. T/jawab ini diberi kpd nabi dan umat. T/jawab usaha
agama ini akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. t/jawab ini perlu
disempurnakan. Nabi tanya sahabat, ‘adakah aku telah sampaikan amanah/risalah
agama ini? maka semua sahabat telah jawab, ‘kamu telah sampaikan risalah
kenabian dan juga telah tunaikan hak menyampaikan’. Nabi inginkan kejayaan
setiap umat. Rambut nabi telah beruban bila turun surah hud dan surah2 yg
seumpama dgnnya yg menceritakan tentang t/jawab kerja yg kena buat.
Satu ketika nabi s.a.w minta ubay bin kaab r.hu baca quran,
beliau adalah qari umat ini, nabi suka dengar bacaan beliau. Ubay b kaab kata
adalah patut saya baca quran kpd tuan sedangkan quran diturunkan kpd tuan. Nabi
kata, ‘aku suka mendengar dari bacaan kamu’. Bia sampai di ayat 41 surah an
nisa, nabi mula menangis . inilah t/jawab yg dipikul oleh nabi s.a.w dan
dipikul oleh umat ini.
surah an
nisa ayat 41 : Maka bagaimanakah (keadaan
orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari
tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap
perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai
saksi terhadap umatmu ini?
Allah s.w.t telah letak kedudukan yg tinggi utk usaha ini.
Maulana ilyas kata, saya yakin bahawa usaha yg saya buat ini ialah kerja
kenabian. Kerja yg sangat tinggi, t/jawab yg sangat besar, kita harus
melaksanakan kerja ini sebagaimana hak kerja yg sebenarnya. Sekiranya kita
tidak menjalankan kerja ini dgn hak yg sebenarnya, hidayat yg sepatutnya dtg
dlm beberapa hari akan jadi berbulan-bulan. Tapi jika buat kerja dgn hak yg
sepatutnya, hidayat yg sepatutnya dtg berbulan-bulan akan jadi berhari-hari
sahaja. Kalau tak buat kerja dgn haknya maka ia akan jadi mainan. Kita
bertanggungjawab atas lambatnya dtg hidayat pd umat.
Ini adalah kerja ijtima’i. kita perlu kesatuan hati. Ijtima’i
qulub. Berkasih sayang. Nabi s.a.w memupuk sifat kasih sayang dan satu hati
dikalangan para sahabat. Terus buat usaha ini dgn satu fikir. Dan kena ada rasa
takut. Kena buat atas jln yg betul. 1. kesatuan hati 2. cara yg betul 3. fikir yg betul
Fikir bagaimana agama yg sempurna dtg dlm diri kita dan
seluruh umat. Cara bagaimana yg ditunjukkan oleh elders kita. Jgn setakat buat,
kena ada rasa takut samada betul atau tidak perkara yg dibuat.
Bagaimana nabi tunaikan solat? Siapa yg dpt menandingi
kehebatan solat nabi? Tiada siapa dpt menandingi. Walaupun begitu, selepas
sahaja bagi salam terus nabi istighfar. Minta ampun dari Allah. merasa
kekurangan diri kerana tidak dpt menyempurnakan hak Allah. Nabi doa minta
kesempurnaan wuduk, minta kesempurnaan solat, dan minta kesempurnaan keredhaan Allah. Dlm
melaksanakan segala perintah Allah kena sentiasa rasa takut & risau. Terus
minta doa dgn Allah supaya bagi taufik kpd kita utk buat usaha dgn cara yg
betul. Buat kerja sebagaimana Allah kehendaki. Dan kita tetap patuh pd elders
kita yg mana mereka adalah org yg telah jadikan quran dan hayatus sahabah
sebagai pedoman mereka dan mereka telah melalui kehidupan tersebut. Kita ikut
apa yg diberitahu pd kita. Kita ikut nasihat mereka. Jgn lalai.
Allah sangat suka dgn kesatuan hati. Kita kena lihat
kekurangan diri kita. Dan usaha utk baiki kelemahan tersebut. Carilah kebaikan
dlm diri org lain. Sekiranya ternampak kekurangan dlm diri org, kita
terjemahkan kpd kebaikan. Kalau kita cari kebaikan, dlm binatang pun kita akan
dpt kebaikan. Lihat keburukan dlm diri kita dan lihat kabaikan dlm diri kawan2
kita. Insan yg kamil adalah mereka yg jadikan kesalahan org lain sebagai
kesalahan dia sendiri. ‘Kalau aku elok, tentu perkara ni tak terjadi. Sebab aku
tak elok lah perkara ni terjadi pd kawan2 aku’.
satu org ahlullah memegang kelambu kaabah dan menangis dan
berkata, “wahai Allah, segala keburukan yg berlaku di dunia ini adalah sebab
kekurangan/kesilapan saya. Kalau saya jadi baik, sudah tentu mereka semua jadi
baik”. Oleh itu, kita kena lihat kebaikan org lain dan mencari
kelemahan/kekurangan kita.
Ibnu abi mulaika telah berjumpa dgn 30 org sahabat semasa
hayat beliau dan mereka semua takut dgn sifat munafik. Inilah hakikat para
sahabat. Mereka adalah ‘sirajul huda’, mereka umpama pelita hidayat, umpama
bintang di langit, menjadi sumber petunjuk perjalanan manusia dimukabumi.
Bagaimana keadaan sifat mereka? Mereka diberi khabar gembira oleh nabi s.a.w
tapi dlm hati mereka sentiasa takut, “apakah aku ini seorang munafik?” nabi
telah bagi senarai nama org munafik pd huzaifah utk disimpan. Umar pernah jumpa
huzaifah dan bertanya, “dlm senarai nama org2 munafik itu ada tak nama umar bin
khattab?” para sahabat sentiasa risau dan takut. Umar telah diberi khabar
gembira oleh nabi s.a.w. Mana-mana jln/lorong yg dilalui oleh Umar, maka
syaitan tak akan lalu jln/lorong tersebut. Diberi khabar gembira ahli syurga. Kalau
ada nabi selepas nabi s.a.w, maka umar lah yg layak jadi nabi. Umar adalah org
yg diberi ilham (mulhim) oleh Allah dikalangan umat ini. 16 tempat ayat dlm
quran diturunkan oleh Allah menepati keinginan/kehendak Umar r.a. Begitu tinggi
kedudukan beliau. Tapi dlm hati ada sifat takut wujud sifat munafik dlm diri.
Mereka takut kesudahan akhir hayat mereka berkemungkinan meyimpang dari jln yg
benar.
Di akhir hayat umar r.a, semasa ibnu umar meletakkan kepala
bapanya diatas paha beliau, dlm keadaan sedih umar suruh anaknya letak
kepalanya di atas tanah. Mudah-mudahan dgn tanah yg melekat dimukaku, Allah
s.w.t.akan belas kasihan pd aku. Beliau mula menangis memikirkan kehidupan
akhirat, nak berjumpa dgn Allah, apa aku akan jawab bila Allah tanya soalan pd
aku. Kata abdullah bin umar, bukankah nabi s.a.w telah beri khabar gembira pd
amirul mukminin begini dan begini. Umar kata adakah kamu akan jadi penyaksian
sebegini? Ibnu umar kata, kalau Allah tanya, pasti dan pasti saya akan jadi
saksi. Inilah keadaan sahabat, walaupun kedudukan mereka tinggi, tapi dlm hati
mereka penuh dgn ketakutan kpd Allah s.w.t. Kemudian umar berwasiat pd anaknya,
dia pernah minta izin drp aisyah r.ha utk dikebumikan bersebelahan dgn nabi dan
abu bakar. Aisyah telah bagi izin. Beliau berpesan pd ibnu umar, bila dia
meninggal, bawa jenazah dia di depan rumah nabi dan minta izin lagi sekali dgn
aisyah, sebab dulu dia bagi izin mungkin sebab aku adalah amirul mukminin tapi
bila dah meninggal aku tiada apa-apa jawatan lagi. Kalau aisyah bagi izin,
kebumikan aku di situ, kalau aisyah tak bagi izin, kebumikan aku di janatul
baqi’.
Bila kita lama buat usaha dan jadi org t/jawab dlm usaha, kita
sentiasa kena ada ketakutan dlm hati. Nabi s.a.w telah diperintahkan oleh Allah
bahawa beratkan atas diri kamu sesuatu perkara dan utk org lain bagi targhib.
Utk diri kita buat ikut tertib, tapi utk kawan-kawan kita targhib. Inilah
pengajaran. Kita kena takut apa akan jadi dgn diri kita dan lihat kebaikan
kawan-kawan kita.
Usaha ini adalah jual beli kebaikan. Tukar-tukar kebaikan
dgn saudara2 kita. Hadratji kata, bila keluar 4B, bukan semata-mata keluar
habiskan masa, tapi keluar utk dptkan sifat2 mulia. Setiap karkun kena ada
sifat mulia dan terpuji. Kita kena usaha dan masukkan sifat mulia ini dlm diri
kita. Bila manusia buat kerja agama, akan dtg sifat ujub dlm diri. Kita rasa
diri kita baik. Merasa kehairanan dgn baiknya diri sendiri. Bila rasa diri baik
dan sempurna maka syaitan akan mengayatnya, memang benar kamu baik. Dan syaitan
akan bawa dia ke tahap yg lebih tinggi, iaitu sifat
khibir/bongkak/sombong/besar diri. Selepas sifat khibir, akan masuk tahap kekufuran. Kita kena
selalu rasa takut dan risau. Sifat yg dituntut dlm usaha ini ialah sifat
tawadduk. Tapi zahirnya sebab kita buat kerja agama, satu kerja yg tinggi,
kerja yg besar, maka akan dtg sifat tinggi dan besar. Inilah ujian sebenarnya
bagaimana nak bawa sifat kebesaran dan ketinggian dlm diri kpd sifat tawadduk.
Kita kena jadikan diri kita hamparan tikar. Siapa sahaja boleh pijak.
Maulana salman rah (khadim kpd hadratji) pernah tanya
hadratji rah, “syaitan telah perdayakan semua manusia. Siapa yg telah
memperdayakan syaitan?” Hadratjii jawab, “nafsu dia”. Bila Allah perintah utk
sujud pd Adam, dia ingkar dan enggan. dia menyombong diri. Dia kufur pd Allah. Kita
kena usaha sifat tawadduk/rendah diri wujud dlm diri. Allah perintah utk kita
bertaqwa pd Allah. Barangsiapa yg merendah diri kerana Allah, maka Allah akan
tinggikan dia. Allah akan muliakan dia. Merendah diri kerana Allah. Merendah
diri bukan utk kemuliaan.
Maulana saad kata kita berada dlm usaha ini hanya sanya atas
limpah kurnia Allah, pilihan Allah. kita kena pelihara dan jaga. Sifat2 mulia
dlm diri jadi bertambah baik. Karguzari yg diambil adalah karguzari kaifiat,
bukan semata-mata nombor sahaja. Elders nak dengar karguzari kaifiat. Yakni
selama mana kita buat usaha adakah sifat2 mulia dlm diri bertambah atau tidak. Iman
umpama pokok. Akar tertancap dibumi, dan dahan menjulang ke langit. Bila iman
dibajai dan diairi, ia akan tumbuh membesar dan bagi menafaat. Ada benda yg makin lama makin berharga
dan ada benda yg makin lama makin tak guna. Bila kita telah dipilih oleh Allah
utk buat kerja agama, dipilih utk keluar 40H, keluar 4B, keluar negara jauh,
kena wujudkan sifat2 mulia dlm diri.
Allah telah anugerahkan sifat2 mulia pd nabi s.a.w. Bersifat
lembut dgn para sahabat. Kalau bercakap kasar, nescaya sahabat akan menjauhkan
diri drp kamu. Kita kena berlembut, kasih sayang, menyayangi kawan2 kita dan
ahli keluarga, anak, isteri kita. Kita kena berakhlak mulia dgn mereka. Sabda
nabi, yg terbaik di kalangan kamu ialah yg terbaik akhlak dgn ahli keluarganya.
Nabi begitu akrab dan mesra dgn isteri2 baginda. Masuk rumah bagi salam.
Membantu menyalakan api di dapur, menguli tepung, menjahit sendiri pakaian yg
koyak. Nabi berkhidmat pd diri dan pd ahli keluarga. Nabi menghormati mereka.
Ini sifat nabi s.a.w. Bila nabi balik waktu malam, bagi salam, yg jaga boleh
dengar dan jawab salam dan yg tidur tak terganggu tidur. Nabi lewat balik sebab
urusan agama. Tapi kita hari ni lewat balik sebab buat perkara tak berfaedah,
pergi sana , pergi sini, saja-saja, bila ada benda tak kena kat rumah,
kita mengamuk, jadi ribut dlm rumah. Tanpa apa-apa sebab kita lewat balik dan isteri jadi mangsa kena
marah. Kita kena bawa sikap lemah lembut dan kasih sayang dlm diri.
Seorang wanita bani israil penzina/pelacur, ada sifat belas
kasihan pd seekor anjing/najis mughallazah, yg dahaga, penuhkan khuf dgn air,
bagi minum, Allah telah buat keputusan utk pengampunan dia. Seorang wanita yg
lain, telah mengurung dan mengikat kucing, tak bagi minum, tak bagi makan, tak
lepaskan dari kurungan, dia telah diazab oleh Allah dgn sebab seekor kucing.
Kasih sayang bukan setakat pd manusia aje. Kena berkasih sayang dan berakhlak
baik pd manusia dan juga binatang. Kita kena berusaha wujudkan akhlak yg mulia.
Pemeliharaan dan keselamatan dlm usaha sangatlah penting.
Semoga Allah pelihara kita dlm usaha, kekalkan kita dlm usaha. Cara utk kita
terpelihara dlm usaha ini ialah kita taat pd mesyuarat. Apa yg dimesyuaratkan,
apa yg diputuskan, itu yg kita buat, itu yg kita ikut. Nabi s.a.w adalah
sahibul quran, sahibul wahyi. Baginda tak bercakap dari hawa nafsu. Apa yg nabi
s.a.w cakap ialah apa yg diwahyukan pd baginda. Walaupun begitu, Allah perintah
baginda s.a.w utk bermesyuarat dgn para sahabat. Nabi s.a.w adalah contoh
ikutan sampai hari kiamat.
Peperangan yg nabi dan sahabat telah ditimpa kesusahan ialah
di Uhud. Pada pusingan yg pertama org2 islam telah menang. Pemanah2 yg telah
ditempatkan di bukit uhud melihat org2 musyrikin telah lari dan mereka anggap
peperangan telah selesai. Sebahagian drp mereka ingin mendapatkan harta
rampasan perang. Sebahagian lagi inginkan akhirat. Mereka ada sedikit
perselisihan ijtihad. Nabi telah berpesan jgn turun sehingga diberitahu.
Pusingan yg kedua, org2 islam telah diserang drp belakang dan mereka menerima
kekalahan teruk. Ramai sahabat yg telah syahid dan nabi juga mengalami
kecederaan. Antara yg syahid ialah Hamzah r.a. Nabi begitu sedih. Dlm keadaan
macam itu pun nabi telah diperintah oleh Allah s.w.t utk memaafkan mereka.
Sahabat2 yg turun dari uhud rasa begitu bersalah tapi mereka tak disuruh dtg
minta maaf dgn nabi. Walaupun langgar perintah nabi supaya jgn turun adalah
satu dosa. Sepatutnya mereka bertaubat dan istighfar. Tapi nabi disuruh istighfar
bagi pihak mereka kpd Allah. Nabi juga telah disuruh utk bermesyuarat dgn
mereka. Kalau kawan2 kita buat kesalahan, maafkan mereka, minta ampun utk
mereka. Buat usaha dgn kasih sayang dan satu hati.
Kita kena ihtimam dgn amalan infradi dan amalan ijtimai.
Jaga ibadat, quran, zikir, dll kena disempurnakan. Amalan infradi akan jadi
kekuatan pd amalan ijtima’i. Jaga solat, solat di masjid, duduk di saf pertama,
jaga takbiratul’ula. Kita juga kena jaga muamalat. Dgn ibadat dpt pahala, akan
masuk dlm buku catatan amal kita tapi ia akan keluar melalui muamalat kita,
jual, beli, pinjam, hutang, dll. Kita menyelesaikan hajat kita melalui org
lain. Bila muamalat tak betul, kita akan jadi org yg muflis di akhirat kelak.
Semua pahala amalan akan diberi pd org lain kerana tak tunaikan hak.
Kita kena ihtimam buat dakwah dgn cara yg betul. Kita
ikatkan diri kita dgn mesyuarat dan nasihat elders. Bila kita jln atas jln ini,
Allah akan pelihara kita. Allah bagi pd nabi 2 kekuatan iaitu kekuatan dakwah dan kekuatan doa.
Tingkatkan korban dan tingkatkan doa. Pd waktu malam sahabat adalah pendeta2
sentiasa beribadat, waktu siang mereka adalah pemacu2 kuda pejuang yg hebat.
Waktu malam menangis, waktu siang sentiasa tersenyum.
Inilah perkara yg kita kena bawa dlm kehidupan kita. Bila
tambah korban, Allah akan majukan kita. Kalau keluar ikut tertib dpt pahala
tapi kalau keluar ikut takazah dpt iman. Kaifiat berdoa akan bertambah.
Kehidupan kita akan berlalu tapi masa yg berlalu di jln Allah akan jadi sangat
berharga. Bila mujahadah akan dpt iman. Allah akan buka jln2 hidayat.
Comments
Post a Comment