2015 - jor karkun 4B : bayan subuh maulana osman
03/04/2015 - sri petaling
Tuan-tuan yg mulia,
Pertama sekali, kita semua patut bersyukur pd Allah s.w.t
atas ehsan dan kurniaan Allah s.w.t yg mana Allah s.w.t telah bagi kita taufiq
utk kita ambil bahagian dlm jor ini. Bukan kerana kehebatan, kebolehan yg ada
pd kita bahkan semata-mata kerana taufiq drp Allah. Seorang hamba tidak ada
kekuatan & kemampuan utk melakukan apa-apa ketaatan dan tidak ada kekuatan
utk tinggal apa-apa larangan & maksiat melainkan dgn taufiq dan hidayat
dari Allah s.w.t. lahaulawalaquwataillabillah…….
Mafhum hadith: sepagi atau sepetang di jln Allah s.w.t lebih
baik drp dunia dan seisinya. Lebih baik drp dunia dan isinya bukanlah bermaksud
benda-benda dunia, wang ringgit, emas, perak kerana dunia tidak ada nilai
disisi Allah s.w.t. walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk. Maksud lebih baik
drp dunia dan isinya ialah lebih baik drp seluruh amal-amal nafil/sunat yg
diamalkan di seluruh dunia. Kenapa? Satu org yg buat amal nafil, faedah hanya
utk diri dia sahaja akan tetapi satu org yg keluar di jln Allah, kesan usaha yg
dia buat, bukan sahaja dia akan dpt faedah bahkan seluruh dunia akan dpt
faedah. Bukan sahaja manusia dpt faedah tetapi seluruh makhluk Allah akan dpt
faedah. Asbab dia buat usaha agama, maka agama akan dpt diamalkan dan akan dtg
rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Bila tak buat usaha agama, manusia jadi
sesat, agama akan mati, maka kesan dari maksiat dan keingkaran yg dibuat oleh
manusia, seluruh makhluk akan dpt kesan buruk amal tersebut. Oleh kerana itu,
bila keluar di jln Allah, seluruh makhluk akan doakan maghfirah/doa keampunan
utk org itu. Semua malaikat, burung di udara, haiwan di hutan, ikan di lautan,
semut dlm lubang, semua makhluk Allah akan doakan keampunan.
Baginda s.a.w dan para sahabat telah buat usaha agama dan
sebarkan agama ke seluruh alam. Allah telah bagi pd umat ini t/jawab utk
sambung kerja nabi dan rasul. Sahabat telah belajar kerja agama dari nabi s.a.w
secara langsung. Nabi s.a.w telah tarbiyah dan didik sahabat bagaimana nak buat
usaha agama. Allah s.w.t telah perintah nabi s.a.w utk bermuzakarah dgn org2
beriman kerana ia memberi menafat pd mereka. Maksud Allah cipta manusia dan jin
utk beribadat kpd Allah. Muzakarah tentang agama, tentang usaha agama, macam
mana nak hidupkan agama, macam mana nak sebarkan agama. Muzakarah tentang
yakin, tentang ketaatan pd Allah, berkaitan dgn dakwah, taklim, zikir-ibadat,
khidmat, keikhlasan, muamalat, musyarat, akhlak. Muzakarah setiap bahagian drp
agama dan usaha agama. Nabi bukan sahaja telah ajar sahabat utk amal agama
tetapi juga bagaimana nak buat usaha agama. Allah telah jadikan sahabat sebagai
asbab tersebarnya hidayat ke seluruh alam.
Allah telah hubungkan seluruh kejayan manusia dan jin dgn
agama. Allah telah hubungkan agama dgn usaha baginda s.a.w. Agama hanya akan
dtg dlm kehidupan manusia dgn perantaraan usaha nabi s.a.w. Pada hari pertama
nabi dilantik jadi rasul, nabi telah mulakan dgn usaha dakwah dlm umat ini ya ayyuhan nas qulu lailahaillallah tuflihu…,
wahai seluruh manusia di seluruh dunia hingga hari kiamat, yakinlah terhadap
kalimah lailahaillallah, jalanilah
kehidupan kamu bertepatan dgn kehendak kalimah lailahaillallah,
maka kamu akan mendapat kejayaan. Abu bakar, khatijah, ali r.a telah ucap
kalimah. Nabi telah buat usaha atas 3 golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Nabi s.a.w telah buat usaha atas setiap lapisan umat. Setiap umat yg ucap
kalimah lailahaillallah, nabi telah
fahamkan mereka tentang t/jawab kerja agama. Aku adalah penutup bagi segala nabi,
tidak ada nabi akan dtg selepas aku, dan tak akan ada umat yg akan dtg selepas
dari kamu. Setiap dari umat ini bertanggungjawab meneruskan fikir risau nabi
hingga hari kiamat.
Sahabat faham maksud & tujuan hidup mereka. Bila mereka
keluar di jln Allah, mereka terangkan maksud kedatangan mereka. Seorang sahabat
Ribbi bin amir telah pergi berjumpa raja kisra. Beliau telah masuk dlm istana
yg penuh dgn tentera dan senjata. Beliau dtg dlm keadaan yg kusut, kurus,
pakaian tak terurus. Raja tanya adakah kamu dtg sebab tak ada makanan dan
pakaian. Ribbi b amir kata kami bukan dtg tapi Allah yg hantar kami kpd kamu.
Utk kami keluarkan kamu dari penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd
Allah. Keluar dari kezaliman dan dtg kpd keadilan islam. Keluar dari kesempitan
dunia dan dtg kpd keluasan akhirat. Kami tak nak ambil apa-apa dari kamu tapi
kami nak bagi kebaikan pd kamu dan nak selamatkan kamu. Ribbi telah keluarkan
pedangnya yg patah, yg diikat dgn kain, sambil menghunus pedang, beliau kata ‘aslim taslam’ masuklah islam kamu akan
selamat. Sahabat telah buat usaha atas yakin dan tak terkesan dgn selain dari
Allah. Dlm hati mereka tak ada sedikit pun takut pd makhluk.
Bukan lelaki sahaja faham maksud mereka dihantar, kaum
wanita juga faham. Ummu haram r.ha, dia ada pertalian mahram dgn nabi s.a.w.
Dia dan suaminya telah masuk islam semasa di mekah. Mereka telah behijrah ke
madinah dan tinggal di pinggir kota madinah. Sekali sekala nabi s.a.w
pergi ke rumah dia utk berehat pd waktu tengahari. Sewaktu nabi tengah rehat,
tiba-tiba nabi bangun dan tersenyum. Ummu haram tanya apa yg telah berlaku.
Nabi kata aku dpt melihat satu jemaah dari umat aku menaiki kapal seumpama raja
di atas takhta sedang keluar di jln Allah. Ummu haram faham maksud dia dihantar
oleh Allah. Dia kata, wahai rasulullah, doakan supaya saya ada dlm jemaah itu.
Nabi telah doa utk dia. Lepas tu lagi sekali nabi terjaga dan tersenyum. Satu
lagi jemaah sedang menaiki kapal keluar di jln Allah. Ummu haram minta lagi
supaya dia berada dlm jemaah kedua itu. Nabi kata kamu ada dlm jemaah pertama
sahaja. Selepas kewafatan nabi, zaman abu bakar 2 thn, zaman umar 12 thn, pd
zaman sayyidina usman telah hantar satu jemaah utk keluar di jln Allah menaiki
kapal. Ummu haram dan suami ada dlm jemaah tersebut. sampai di sebuah pulau,
mereka telah buat dakwah dan semua masuk islam. Dlm perjalanan balik, ummu
haram telah terjatuh dari binatang tunggangan yg dinaikinya dan patah leher dan
syahid di jln Allah. Dia telah dikebumikan di pulau tersebut. pulau tersebut telah
dinamakan sebagai pulau perempuan yg solehah. Pulau cyprus . Wanita pun faham maksud mereka
dihantar.
Kanak-kanak juga faham maksud mereka di hantar. Satu org
kanak-kanak sedih bila ayahnya diuzurkan drp keluar di jln Allah. Dia kata kata
saya sedih sebab ayah saya tak syahid di jln Allah, ayah saya mati dia atas
katil di rumah. Kawan-kawan saya yg lain akan berbangga bercerita tentang ayah
mereka syahid di sana , ayah saya syahid sekian-sekian tempat. Seorang
budak pun faham kemuliaan mati di jln allah. Kanak-kanak berlumba-lumba nak
keluar di jln Allah. Kanak-kanak yg belum cukup umur setelah ditafakud oleh
nabi sa.w tak dibenarkan keluar di jln Allah, mereka berjingkit atas jari-jari
mereka supaya nampak tinggi supaya mereka dipilih utk keluar. Seorang
kanak-kanak yg tak dpt keluar, telah jumpa nabi s.a.w dan minta izin nak
bergusti dgn abgnya utk membuktikan kekuatan dia yg dia pun layak utk keluar di
jln Allah. Nabi kata boleh gusti, kalau menang boleh keluar di jln Allah.
Semasa bergusti dia telah berbisik pd telinga abgnya, kau telah dipilih utk
keluar, sekarang kau buat-buat kalah supaya aku juga dpt keluar di jln Allah.
Inilah jasbah yg ada pd kanak-kanak utk keluar di jln Allah. Semua sahabat
lelaki, wanita dan kanak-kanak faham maksud mereka dihantar dan sanggup buat
pengorbanan apa sahaja utk agama Allah s.w.t.
Sahabat-sahabat hanya dikenali sebagai muhajirin atau ansar.
Muhajirin hijrah tinggalkan negara dan keluarga kerana Allah atau ansar yg
membantu org hijrah di jln Allah. Tidak ada golongan ketiga di klangan sahabat.
Golongan ketiga hanyalah org munafikin. Tapi hari ni kita gelar diri kita
seorang doktor, seorang engineer, lawyer, petani, peniaga, pekilang dan
macam-macam lagi kerja dunia yg kita anggap sebagai kerja kita. Allah tidak hantar
kita ke dunia utk kerja-kerja tersebut. Kerja dunia yg tak ada nilai disisi
Allah s..w.t. Allah telah pilih umat ini dan muliakan umat ini dgn kerja
nabi-nabi. Kerja yg paling besar, kerja yg paling mulia. Kita telah tinggalkan
kerja yg mulia dan ambil kerja yg tak ada nilai. Kita kena sedar. Kita dihantar
utk buat kerja dakwah. Sahabat faham dan Allah telah tundukkan dunia dibawah
tapak kaki sahabat. Hari kita telah lupa kerja yg sebenar dan buat kerja-kerja
lain dan umat islam telah ditindas di seluruh dunia. Hj Abdul Wahab kata bahawa
kita tak akan dpt faham maksud hidup kita ini melainkan dgn kita keluar di jln
Allah s.w.t. Walaupun kita dah keluar masih lagi belum dpt buat kerja ini
sebagaimana nabi dan sahabt telah buat ke tahap yg sebenar. Bagaimana umat ini
dpt dikembalikan ke tahap agama yg tinggalkan oleh nabi s.a.w dan tahap usaha
agama yg wujud di zaman nabi s.a.w. Sebab tu kita buat jor, buat ijtimak, utk
menghidupkan kembalikan usaha nabi s.a.w. Menghidupkan kembali pengorbanan yg
dibuat oleh nabi dan sahabat. Dng pengorbanan tersebut agama akan hidup kembali
sebagaimana dizaman nabi s.a.w.
Kita diminta utk keluar di jln Allah s.w.t. Sebanyak mana
kita bagitahu kpd umat maksud hidup kita maka sebanyak itulah Allah akan bagi
kefahaman tentang maksud hidup kita. Kerja kita adalah keluar di jln Allah dan
mengeluarkan org lain di jln Allah. Sahabat jadi contoh teladan dlm setiap
keadaan. Sahabat telah keluar di jln Allah dan buat usaha tempatan. Sahabat
keluar di jln Allah dlm apa sahaja keadaan, bila-bila masa, dgn siapa sahaja,
ke mana sahaja, apa sahaja takazah, setiap masa sanggup korbankan apa sahaja,
harta, diri, masa, kebolehan, kemampuan utk agama. Kita semua kena dtg ke tahap
tersebut. Seorang sahabat yg tak dpt keluar di jln Allah telah balik dan
menangis, apa silap saya, apa dosa saya, yg menyebabkan Allah tak pilih saya
keluar. Ini jasbah yg ada pd sahabat. Kita niat dan mulakan langkah, insyaAllah
satu hari nanti Allah akan sampaikan kita ke tahap pengorbanan sahabat. Kalau
kita mati sebelum sempat sampai ke tahap tersebut, Allah akan bangunkan kita
bersama para sahabat di akhirat nanti.
Umat tak faham maksud hidup mereka dan tak faham
kerja t/jawab mereka. Bila nak keluar dan buat kerja, apa yg dtg dlm
hati mereka ialah masalah rezeki. Apa anak, isteri nak makan bila keluar jln
Allah. Apa akan jadi dgn pekerjaan dan keperluan aku. Ini persoalan yg timbul
dlm fikiran umat.
Pertama, nabi telah fahamkan maksud hidup sahabat. Kedua,
nabi telah bina iman sahabat. Sahabat ada keyakinan yg mantap pd Allah s.w.t.
Mereka tidak ada risau sedikit pun tentang masalah rezeki mereka. Iman sahabat
dibentuk dgn perantaraan majlis-majlis iman yg diadakan di masjid nabi dan dgn
perantaraan dakwah iman yakin dikalangan mereka. Nabi telah sibukkan setiap
sahabat dgn usaha atas iman. Hati mereka tak terkesan sedikit pun selain dari
Allah. Kalau langit tak turunkan walau setitis air hujan dan bumi tak keluarkan
tumbuhan, sahabat tak ada syak sedikit pun yg Allah boleh bagi rezeki pd mereka.
Rezeki yg telah ditetapkan tetap akan sampai. Nabi telah bentuk yakin para
sahabat. Nabi juga telah bentuk amal sahabat melalui perantaraan taklim fadail.
Sahabat dengar kelebihan amal dan nilai-nilai amal sehingga mereka benci pd
dosa dan maksiat, meninggalkan segala perkara yg dilarang oleh Allah. Amal
mereka ada roh. Dgn perantaran amal dpt bantuan Allah dan selesai semua masalah.
Tidak ada satu benda pun yg dpt menghalang mereka dari keluar di jln Allah. Hari
ni, bila usaha tidak dijlnkan iman jadi lemah. Bila dlm rumah usaha atas iman
tak dijlnkan, isteri dan anak2 jadi penghalang kpd usaha.
Satu org sahabat telah keluar di jln Allah. Tinggalkan
sedikit keperluan dgn isteri di rumah. Selepas 3 hari makanan habis. Isteri dan
anak-anak lapar. Sahabiah tadi tak zahirkan masalah dia pd siapa-siapa. Dia
hanya mengadu pd Allah. Yakin pd Allah. Harap hanya pd Allah. Dia tak minta dgn
makhluk. Supaya jiran2 tak tahu yg dia tak ada makanan, dia nyalakan api. Bila
nampak asap keluar, jiran2 nampak dan tahu dia sedang memasak. Lepas tu dia
pergi solat. Sedang dia bersolat, dtg seorang jiran nak minta api nak masak.
Bila pergi ke dapur tengok banyak roti sedang di masak. Jiran tersebut
keluarkan semua roti dari tempat pembakar, susun elok-elok dan balik rumah. Para sahabat dan sahabiah sedikit pun
tak ada harap dgn makhluk. Dgn perantaraan amal Allah selesaikan semua masalah.
Kita buat usaha ini dgn niat utk belajar. Tiada siapa yg
pandai dlm usaha ini. Maulana ilyas kata kita niat belajar dlm usaha ini sampai
mati. Kena ada 5 sifat : Pertama, kita kena faham maksud hidup kita. Kedua,
kena bina iman kita. Ketiga, usaha atas amal kita. Keempat, sifat ehsan.
Kelima, semata-mata kerana Allah. Kelima-lima sifat ini dibuat dgn mujahadah
nafsu dan bila kita angkat tangan doa pd Allah, pasti Allah akan terima doa
kita. Bila iman dan amal dibentuk maka mudah utk kita berjalan dlm usaha ini.
Bila usaha dakwah ditinggalkan, iman dan amal jadi lemah. Tak ada hakikat dlm
amal. Oleh itu, kita kena keluar di jln Allah. Kita keluar di jln Allah dan
ajak org lain keluar di jln Allah usaha atas iman dan amal mereka juga. Setiap
umat ini dpt digerakkan dari lorong ke lorong, kpg ke kpg, bandar ke bandar,
negeri ke negeri, negara ke negara, benua ke benua dgn jasbah dan cara sahabat.
Setiap umat sanggup korban apa sahaja, harta, diri, masa utk agama Allah s.w.t.
Apa maksud kita buat gasht? Belajar bergerak dlm umat dgn
membawa sifat seorang da’i semata-mata kerana Allah. Bergerak dgn zikir, fikir
dan risau. Kalau umat bergerak dlm keadaan yg lalai, maka umat akan terkesan
dgn dunia. Guru kita yg sebenar dlm usaha ini ialah Allah s.w.t sendiri. Bila
kita jaga adab dan usul, taat amir, maka Allah akan tarbiyah/didik kita.
Satu lagi perkara yg penting ialah agama akan tersebar dgn
akhlak nabi s.a.w. Kita kena bawa akhlak nabi s.a.w dlm diri kita. Dgn akhlak
nabi, org bukan islam pun akan dtg kpd agama. Bila semua org islam dtg kpd
agama yg sempurna, maka Allah akan buka pintu hidayat pd org bukan islam.
Semoga Allah jadi kita semua asbab hidayat seluruh alam.
Kita kena taubat dan istighfar pd Allah atas kelalaian kita
dan tak sungguh-sungguh dlm usaha agama. Kita bertaubat dan sediakan setiap org
utk bertaubat. Kita kena azam sungguh-sungguh jadikan kerja ini maksud hidup
kita. Kita kena buat usaha ini sebagaimana para sahabat telah buat. Buat
pengorbanan sebagaimana sahabat telah buat pengorbanan. Sahabat telah bergerak
ke seluruh alam. Mereka telah keluar selama 4B hingga 6B setiap tahun. Baki 8B
atau 6B buat usaha tempatan. Separuh siang, separuh malam, 8 jam setiap hari.
Inilah tertib lelaki yg sebenar. 4B setiap tahun, 10 hari setiap bulan, 8jam
setiap hari. Selama ni kita buat tertib wanita, 40 hari setiap tahun, 3 hari
setiap bulan, 2½ jam setiap hari. Bila dtg kpd tertib yg sebenar Allah akan
buat keputusan hidayat.
Maulana ilyas telah mulakan usaha ini sorang-sorang selama
10 tahun. Selepas 10 thn baru dpt 1 jemaah org mewat. Maulana ilyas sangat
gembira. Maulana kata akan berlaku satu revolusi/perubahan yg besar. 2-3 kali
maulana bagi bayan hidayat dan doa. Langkahan kamu ini akan menggegarkan kota London . Satu hari nanti kamu akan naik
kapalterbang pergi ke seluruh dunia. Org mewat nak cakap pun tak reti, mereka
cuma kata ucaplah kalimah dan solat lah. Dgn berkat, fikir, risau maka hari ni
jemah telah ada di seluruh dunia. Usaha ini Allah dah qabul. Allah dah terima.
Sekarang kita kena fikir bagaimana kita diterima dlm usaha ini. Siapa yg sedia
dtg kpd tertib lelaki? 4B setiap tahun…bangun bagi nama.
Comments
Post a Comment