2014 : bayan malam markaz KL - ust razif

08/11/2014 – sri petaling

alhamdulillah – semata-mata dgn ihsan & kasih sayang Allah kita berkumpul dlm majlis ini utk fikir atas iman dan amal kita dan sebagai umat nabi s.a.w seharusnya kita juga kena  fikir atas iman dan amal seluruh umat

iman adalah keperluan manusia paling besar – utk kesejahteraan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat yg kekal abadi

org yg ada iman – dia ada segala-galanya
org yg tiada iman – walaupun dia ada seluruh harta dlm dunia, hakikatnya dia tiada apa-apa

org yg ada iman – Allah bersama dgn dia
org yg tiada iman – Allah akan serahkan dia pd keyakinan yg ada dlm hati dia – Allah tak peduli pd dia

org yg ada iman - bergantung pd zat yg maha berkuasa, zat yg maha kaya, zat yg maha hebat, zat yg maha agung
org yg tiada iman – terputus dari zat yg maha berkuasa, zat yg maha kaya, zat yg maha hebat, zat yg maha agung

semua org perlu pd iman – samada satu org yg buta huruf, terpelajar, org kpg, org bandar, org ajam, org arab, org miskin, org kaya, rakyat atau presiden – tidak ada keperluan yg lebih besar drp usaha atas iman – betulkan yakin pd Allah s.w.t – keluarkan keyakinan dari hati dari segala sesuatu selain drp Allah

Allah letak piawai/standard iman iaitu para sahabat
Seluruh umat hingga hari kiamat kena usaha atas iman sebagaimana iman para sahabat
Iman sahabat mantap macam gunung

Bila beriman sebagaimana sahabat beriman barulah akan dpt petunjuk/hidayat
Iman yg diterima, iman yg maqbul adalah iman para sahabat
Berpuas hati dgn iman yg ada dlm hati adalah tanda nifaq
Sahabat sentiasa bimbang dgn iman mereka
Sahabat sentiasa sangka buruk/tohmah iman mereka
Seorang tabiin kata dia jumpa 70 org sahabat yg tohmah iman mereka dgn mengatakan diri mereka munafik
Iman adalah satu perkara yg sangat berharga disisi Allah
Sebagaimana org kaya yg banyak harta – dia risau pasal harta dia
Macam tulah juga org yg kuat iman (sahabat) – sentiasa risau pasal iman dia
Org yg lemah iman – tak risau pasal iman – berpuas hati dgn iman yg ada

Kita kena usaha atas iman yg ada sekarang dari iman maujud kpd iman matlub
Sebagaimana iman yg dikehendaki oleh Allah spt iman para sahabat

Sahabat2 telah di didik oleh nabi s.a.w dgn perantaraan usaha dakwah dan amal masjid sehingga iman yg terbentuk membawa kpd ketaatan pd Allah – bergantung hanya pd Allah s.w.t – menaruh harapan hanya pd Allah

Allah adalah zat yg maha mendengar, zat yg maha melihat, zat yg maha mengetahui, zat yg maha berkuasa, zat yg maha kaya
Bukan sekadar beriman dgn kewujudan Allah tetapi beriman dgn segala sifat2 Allah yg maha sempurna sebagaimana selayaknya Allah diimani
Allah maha melihat
Allah melihat tanpa mata
Allah melihat tanpa cahaya
Tidak ada gelap yg boleh menghalang penglihatan Allah
Setiap zarah di atas mukabumi dpt dilihat oleh Allah
Begitu hebat penglihatan Allah
Penglihatan makhluk terhad

Allah maha mendengar
Allah dengar tanpa telinga
Tiada bisikan yg tersembunyi dari pendengaran Allah
Allah dengar dan Allah faham
Seluruh makhluk berdoa dlm hati – Allah tetap dengar – Allah faham semua permintaan

Allah maha mengetahui
Tiada apa2 yg tersembunyi dari pengetahuan Allah
Allah tahu semua perkara sejak dari azali lagi
Apa yg telah terjadi, sedang terjadi, akan tejadi – dlm pengetahuan Allah
Semua berlaku dgn kudrat Allah
Pengetahuan Allah terlalu detail/terperinci – Allah tahu khasiat, Allah tahu rupa, Allah tahu bentuk, Allah tahu saiz, Allah tahu segala-galanya dari setiap benda

Tuntutan iman yg Allah hendak – menyakini dgn sifat2 Allah – taat pd Allah, harap hanya pd Allah, bergantung hanya pd Allah

Maha kaya Allah yg memiliki segala-galanya – Allah tak perlu kpd apa yg dimilikiNya
Allah maha kaya lagi terpuji
Kita berhajat pd Allah
Tapi bila usaha atas iman tak dijlnkan – kebesaran Allah tak masuk dlm hati – kita berhajat pd benda2 selain dari Allah
Kita mengemis dari segala sesuatu selain dari Allah
Pengemis tak mengemis dari pengemis – bodoh – tak dpt apa2
Org yg bodoh ialah org yg tiada kebesaran Allah dlm hati
Segala sesuatu tak lebih dari pengemis – tak boleh memberi
Yg memberi hanya Allah

Sulaiman a.s minta kerajaan yg hebat yg tiada tolok banding – Allah terus bagi – maha kaya Allah – Allah maha memberi - dgn iradah sahaja tanpa kata ‘kun’ terus jadi

Perkara pertama yg diusahakan oleh nabi atas sahabat ialah iman
“Ya Ayyuhannas Qullu La illaha Illallah Tuflihu” - “Wahai manusia ucapkanlah La ilaha illallah maka kamu akan berjaya dunia dan akhirat 
Betulkan keyakinan dlm hati – yakin hanya pd Allah – keluarkan makhluk dari hati
Tuntutan kalimah – jadikan hati hanya ada Allah – putuskan dari segala sesuatu selain Allah
Org arab/kafir quraish sangat faham dgn kalimah ini
Bukan kalimah yg main2 – bila disebut bukan lagi boleh buat dosa, bukan boleh ikut nafsu, tak boleh buat apa yg kita nak buat
‘illah’ dlm bahasa arab ialah sesuatu yg kita serah sepenuh jiwa raga padanya
kalau org kafir quraish tengok keadaan kita hari ni yg ucap kalimah – mereka akan kata kalau macam ni kami dah terima kalimah lama dah
tuntutan kalimah ialah utk kosongkan hati kita dari selain Allah
tempat kita bergantung hanya pd Allah, harap hanya pd Allah, minta hanya pd Allah

nabi s.a.w telah usahakan atas sahabat sehingga iman yg sempurna masuk dlm hati mereka dgn perantaraan usaha dakwah dan amal masjid
nabi telah libatkan semua sekali org yg ucap kalimah dgn usaha dakwah dan amal masjid
sahabat telah serah diri mereka, harta, keluarga, kenginan, kehendak mereka utk Allah
bila dtg keperluan2 agama – dgn sekali tashkil – seluruh org lelaki penduduk madinah akan tinggalkan kebun mereka, perniagaan mereka, kpg halaman mereka, isteri dan anak mereka – pergi utk sambut takazah agama Allah
dlm setiap keadaan – sambut takazah
inilah masyarakat yg telah dibentuk oleh nabi s.a.w
hati mereka betul sebagaimana kalimah yg mereka ucap – lailahaillallah
berkali-kali madinah kosong kerana sambut takazah
fatah mekah – 10,000 org
tabuk – 30,000 org
pada hari nabi wafat – abu bakar kerah seluruh penduduk madinah memerangi musuh/rom
inilah iman para sahabat
madinah telah dikosongkan utk sambut takazah agama

iman adalah perkara yg paling penting dlm kehidupan – samada dlm kehidupan dunia atau dlm kehidupan akhirat
sebagaimana kayu ukur iman adalah para sahabat
begitu juga kayu ukur kehidupan adalah para sahabat
kehidupan beragama kita hendaklah berdasarkan kehidupan para sahabat
barulah kehidupan kita akan diterima oleh Allah s.w.t
kemudian barulah dpt menafaat dari agama
dan Allah akan tunaikan janji-janjiNya
Allah janji akan bantu kita
Allah janji akan muliakan kita
Allah janji akan bagi pemerintahan pd kita
Allah janji akan menangkan kita atas musuh2

Tidak ada jln lain utk baiki seluruh kehidupan agama kita hanya dgn cara nabi s.a.w – perkara paling asas yg perlu dibetulkan ialah usaha atas iman – mantapkan yakin pd Allah – iman yg matlub

Usaha nabi ialah amal makruf dan nahi mungkar
Makruf – iman pd Allah
Mungkar – syirik pd Allah
Nabi telah bentuk regu/pair di kalangan para sahabat
Muzakarah kebesaran Allah di antara mereka – bergerak jlnkan dakwah di kalangan manusia
Di madinah ada lebih drp 50 regu yg nabi dah bentuk di kalangan para sahabat
Inilah usaha asas kita disuruh bentuk (oleh elders)
Dari masjid kita, jemaah dikeluarkan ke seluruh dunia

Bila sahabat berjumpa antara satu sama lain – mereka akan muzakarah pasal iman
‘Ijlis bina nukmin saatan’ – mari kita duduk sebentar muzakarah pasal iman
paling kurang mereka akan baca surah al asr
natijahnya  - wujud suasana iman
setiap org takut & harap hanya pd Allah

takazah paling besar ialah takazah mantapkan iman
hari ni umat seluruh dunia bercakap tentang perkara yg melemahkan iman
usaha atas iman adalah perintah Allah
bentuk jemaah/pair – bergerak ajak manusia dtg ke pusat iman iaitu masjid-masjid
masjid adalah tempat org bertaqwa
org yg taqwa – sentiasa jauhkan diri dari melakukan dosa
masjid adalah tempat utk hidupkan iman
kita buat usaha dan natijahnya dari Allah
yakin dgn usaha yg bertepatan dgn sirah nabi s.a.w
yakin dgn usaha yg bertepatan dgn cara sahabat – yg berlandaskan quran dan hadith
buat usaha dgn tertib dan usul
hati kena luas, sabar, cekal dan mengasihani
lagi org marah – lagi banyak menangis utk dia
Tufail dausi yg letak kapas dlm telinga – tak mahu dengar apa yg didakwahkan nabi
Allah ubah hati tufail – bila tengok nabi solat – buang kapas dari telinga

Buat usaha ikut tertib – Allah akan ambil t/jawab utk sebarkan hidayat
Buat ikut mansha/keinginan elders – ia juga adalah keinginan Allah – Allah suka dan Allah terima
Kalau banyak bagi alasan – tak maju dlm usaha
Sebanyak mana kita ikut mansha – sebanyak itu kita akan maju

Malam markaz – bawa jemaah tunai
Bukan sekadar habiskan masa
Tugas kita adalah utk hidupkan 5 amal di setiap masjid di seluruh dunia
Kerja makami tak meningkat sebab kita tak faham tugas/tanggungjawab
Kerja agama adalah t/jawab yg besar
Ganjaran Allah pun besar
Bagi azam utk keluar di jln Allah – 4B/40H

100% lelaki & wanita buat kerja agama
100% lelaki & wanita solat
100% lelaki & wanita ada hubungan dgn Allah – doa, zikir, baca quran
100% lelaki & wanita ada ihtisab – keinginan utk beramal
100% lelaki dtg solat berjemaah
100% wanita tutup aurat

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir