2014 : bayan malam markaz KL - ust husnul
10/08/2014 - sri petaling
utk mereka yg bertaqwa, sudah beriman dan beramal soleh – kena ada 3 taqwa
taqwa yg pertama – menghindarkan diri drp perbuatan syirik secara terang-terangan
taqwa yg kedua – menghindarkan diri drp perbuatan dosa besar dan maksiat
taqwa yg ketiga – mengosongkan hati drp ghairullah, hanya ada Allah sahaja
syirik akan keluar drp umat bila umat buat kerja yg diberi oleh Allah pd nabi s.a.w.
apakah kerja yg dpt membebaskan diri dan umat drp syirik?
Kerjanya ialah , ‘qul hazihi sabili ad u ilallah….”
Katakanlah wahai muhammad, “ini jln aku, ajak manusia pd Allah…”
Mengajak manusia supaya mengagungkan Allah s.w.t, mengesakan Allah
Allah yg berkuasa, yg buat segala-galanya, makhluk tak boleh buat apa pun kecuali apa yg Allah telah tetapkan
Inilah kerja pertama yg diberi oleh Allah pd nabi s.a.w selepas dpt nabuwwah dan baginda telah buat kerja ini sehingga akhir hayat baginda dan baginda telah sediakan satu golongan manusia (sahabat) yg telah buat kerja yg sama sebagaimana nabi s.a.w telah lakukan.
Dakwah ialah mengajak manusia pd zat Allah.
Jika seluruh manusia berkumpul dgn kekuatan dan kehebatan yg ada pd mereka, utk bagi menafaat pd seseorang nescaya mereka tak boleh bagi menafaat kecuali apa yg telah ditetapkan oleh takdir Allah.
Jika seluruh manusia berkumpul dgn kekuatan dan kehebatan yg ada pd mereka, utk menghancurkan seseorang nescaya mereka tak boleh menghancurkan kecuali apa yg telah ditetapkan oleh takdir Allah.
Mengajak manusia pd Allah. Yg layak disembah hanyalah Allah, zat dan sifat yg hakiki. Yg besar hanya Allah. Ini adalah kerja seluruh nabi-nabi.
Firaun mengaku dirinya sebagai rob/tuhan...’rob bukumul aqla..’ Musa a.s telah diperintahkan utk dakwah firaun. Rob adalah pencipta, penaung, penguasa, pemilik, pengendali segala-galanya. Musa a.s kata, ‘Allah hurabul a lamin…’ Allah adalah rob sekelian alam. Pencipta dan pentadbir sekelian alam adalah Allah.
Firaun tanya: ‘siapa rob bul a lamanin tu?’
Musa jawab: ‘dialah rob pd 7 petala langit dan 7 petala bumi dan dialah rob diantara kedua-duanya’. ‘dialah rob pd timur dan barat’.
Firaun kata: ‘kamu merepek, kamu gila’. Dia mempersendakan dakwah musa a.s.
Tapi musa a.s tetap dgn dakwah kalimah.
Bila sesuatu kaum tak mahu menerima dakwah nabi2, maka kaum tersebut akan menggelarkan nabi tersebut majnun (gila)
Kerja dakwah adalah kerja nabi2 dan kerja umat nabi s.a.w. Mengajak manusia kpd Allah. utk mengeluarkan keyakinan yg ada dlm hati, yg telah sebati dlm hati, keyakinan pd berhala, keyakinan pd pangkat, keyakinan pd darjat, keyakinan pd harta, keyakinan pd kemewahan. Dakwah ialah melontarkan kalimah utk membesarkan Allah. nafikan makhluk semua tak boleh buat apa pun. Perlu disampaikan pd seluruh manusia. Dakwah adalah utk diri sendiri. Keyakinan pd diri sendiri perlu dibetulkan. Tugas yg diberi pd nabi s.a.w adalah juga tugas umat ini.
‘Ad din an nasihah’ – agama adalah nasihah.
nasihah dlm bahasa arab bukan bermaksud nasihat dlm bahasa melayu.Waiz adalah nasihat.
Sahabat faham bahasa arab. Sahabat adalah org yg faham mansha nabi. Mizaj nabi. Naluri nabi. Zahir nabi. Mereka bersama dgn nabi.
Sahabat tanya : nasihah itu utk siapa? Utk Allah, utk rasul, utk kitabullah, utk pemimpin dan utk seluruh umat. Agama adalah satu t/jawab. Allah bagi pd kita. t/jawab yg besar.
Apa t/jawab hamba yg wajib pd Allah? jgn menyegutukan Allah dgn sesuatu pun. Dan t/jawab kita juga utk lepaskan seluruh umat dari kesyirikan. Tiada cara lain, hanya dgn cara dakwah yg diajar oleh nabi s.a.w.
Umat nabi terbahagi kpd dua. Satu ummati ijabah dan satu lagi ummati dakwah. Ummati ijabah ialah mereka yg dah terima kalimah/dah beriman. Ummati dakwah ialah umat belum sampai kalimah pd mereka. Jihad yg sentiasa berterusan. Jihad yg bermula sejak nabi s.a.w diutuskan sehingga seluruh umat jadi ummati ijabah.
Jihad ada 2. satu jihad dakwah, satu lagi jihad kittal (perang). Bila ayat ‘wallazi najahadu fina, lanah dian nahum subu lana..’ turun di mekah, barangsiapa yg bermujahadah/jihad di jln Allah, sedangkan pd masa tu belum ada kittal di mekah. Oleh itu ia adalah jihad fi dakwah. Perang hanya berlaku pd thn 2 hijrah iatu pd perang badar kubra. 13 thn kehidupan nabi di mekah 100% buat dakwah. Bila hijrah ke madinah 10 thn, baru dibahagi kpd dua, jihad fi kittal dan jihad fi dakwah. Tapi dakwah adalah maksud.
Sahabat tua tanya pd sahabat muda, berapa lama ambil masa nak menang perang? Sahabat muda rasa dia hebat. Sahabat tua pula masa di mekah asyik kena seksa sahaja.
Sahabat muda jawab : spt memerah 7 ekor susu kambing
Sahabat tua kata : innalillah hiwa inna ilaihorojiun…kami hanya ambil masa 3 ekor kambing shj
Masa yg diambil hanya 1 jam sahaja utk fattah dlm dakwah kittal..
Cth : Jika kita keluar 3hari 72 jam – hanya 1 jam sahaja masa diambil utk fattah dlm jihad kittal, maka lagi 71 jam lagi masa tersebut habis dimana? Masa dihabiskan utk dakwah dan amal.
Hadrat abu ubaidah r.a, ketua perang/panglima di zaman umar r.a, berkata kami ambil masa 1 jam sahaja utk menang dlm perang. Dlm satu peperangan, bila musuh dah mula memanah, sahabat muda mula nak balas, tapi dia kata jgn lagi, masih belum ada lagi berita dari langit. Pintu langit belum terbuka lagi. Bila pintu langit dah terbuka, rahmat Allah turun, baru kita perang. Di ilhamkan pd beliau pintu langit terbuka pd peperangan itu semasa waktu zawwal/gelincir matahari. Allahuakbar – angkat pedang, allahuakbar – masuk medan , allahuakbar - fattah medan . Sahabat tak keluar 3 hari – 72 jam. Sahabat di tashkil samada hidup atau mati. 1 jam sahaja utk fattah di medan dan masa selebihnya utk dakwah dan amal.
Dlm peperangan qadsiah, 30,000 sahabat lawan 60,000 musuh/yahudi arab/rom. Khalid al walid kata pd abu ubaidah b jarrah, hantar 6 orang cukup utk lawan semua. Amir sab kata, tambah lagi. Khalid minta 60 org utk lawan 60,000. Khalid kata, org yg nak pergi perang esok, malam ni jgn tidur. Tahajjud dan bermunajat dgn Allah.
Satu ketika di nizamuddin, masa maulana yusuf baca kisah badar pd mlm 17 ramadan, maulana ahmat lat kata kami semua merasai seolah-olah berada dlm medan badar. 1000 Malaikat turun dgn serban putih, kecuali malaikat jibrail turun dgn serban biru. Bantuan Allah dtg dgn pengorbanan.
Dakwah illallah. Inilah kerja umat. Bangun dan bagi azam. Keluar 4B/40H di jln Allah. Dgn pengorbanan jadi asbab hidayat. Hidupkan agama dlm diri, hidupkan agama dlm keluarga, hidupkan agama dlm kpg, hidupkan agama dlm negara, hidupkan agama seluruh alam. Setiap manusia umpama lombong. Setiap manusia yg kita dakwah ada kemampuan dan kebolehan.
Comments
Post a Comment