2014 : jor cluster puchong - ust razif

Jor kawasan puchong/safar syura
Bayan takazah
Tarikh : 14/09/2014

4 tanda kebahagiaan - persiapan utk akhirat
1. dari segi agama  - pandang org yg lebih tinggi
2. dari segi dunia – pandang org yg lebih rendah
3. ingat dosa2 yg telah dilakukan sebab ianya telah ditulis oleh Allah
4. lupakan kebaikan2 yg dilakukan sebab belum tahu samada diterima oleh Allah

4 tanda kecelakaan ialah bertentangan dari perkara dia atas
1. dari segi agama  - pandang org yg lebih rendah
2. dari segi dunia – pandang org yg lebih tinggi
3. lupa dosa2 yg telah dilakukan
4. ingat kebaikan2 yg dilakukan

kita kena letak tahap agama lebih tinggi dari yg ada sekarang
kalau berpada dgn tahap agama yg ada sekarang, kita adalah org yg celaka di dunia & akhirat
kita kena sentiasa rasa kurang dari segi agama dan berusaha utk tambah
hanya agama yg akan bawa kejayaan dunia dan akhirat
segala kekuasaan, pangkat, harta, tentera, kerajaan tak menjamin kebahgiaan dunia dan akhirat
seluruh kekuasaan di seluruh dunia tak lebih dari sarang labah-labah – sekali sapu terus hancur
kekuatan Allah sangat hebat
kekuasaan dunia sedikit pun tak boleh bantu kita kalau azab Allah dtg
qarun, firaun, namrud semua telah dimusnahkan sebab tak bawa agama dlm kehidupan

satu org yg 100% taat perintah Allah, iman yg betul, ikut sunnah nabi, Allah suka dgn dia dan dia adalah org yg berjaya dunia dan akhirat
dpt Allah – dpt segala-galanya
hilang Allah – hilang segala-galanya

nabi didik sahabat/umat macam mana nak ambil takazah agama supaya amal agama meningkat sehingga dtg kpd agama yg sempurna
janji2 Allah bersama dgn umat – dlm janji Allah ada kudrat Allah
risau/rungsing nabi ialah bagaimana agama dpt ditingkatkan
org yg ambil takazah – Allah akan muliakan dia
Allah muliakan org2 aus dan khazraj / org2 ansar. Mereka sanggup korban segala-galanya utk nabi dan utk agama.
Mereka bantu agama Allah dari segenap penjuru
Mereka sangup korban harta & diri utk jaga nabi
Allah pilih mereka dan Allah muliakan mereka

Nabi kata sampaikan walau satu ayat…’ballighu anni walau ayah..’
Ballighu (taklif) – ada beban takazah agama - kena sampaikan - satu perintah
Anni (tashrif) – ada kemuliaan - jadi pembantu nabi saidul mursalin
Walau aayah (tahkif) – ada keringanan - seluruh umat bertanggungjawab

Umat kena ambil takazah agama
Di akhir hayat nabi/sakit nak wafat,nabi kata:’siapa lagi nak bela umat aku selepas ketiadaan aku’
Sekecil2 takazah/keperluan agama kena ada risau dan rungsing
Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri
Sebaik-baik manusia ialah dia yg paling banyak bagi manafaat pada manusia yg lain
Bawa agama yg sempurna dlm diri dan sebarkan ke seluruh alam

Seorang sahabat sulaiman abi hatim, tak dtg solat subuh, terus umar pergi ziarah dia
Umar telah pergi ke pasar dan tanya org yg berniaga , dah belajar hukum dlm perniagaan? Umar suruh tutup kedai dan pergi ke masjid belajar hukum berniaga
Abu hurairah telah pergi ke pasar dan tengok org ramai sibuk dgn dunia, beliau kata harta pusaka nabi sedang dibahagi-bahagikan di masjid
Semua perkara dikaitkan dgn masjid

Dlm masa 10thn di madinah, nabi s.a.w telah bentuk 150 jemaah.
Ada jemaah 10,000 org
Ada jemaah 30,000 org
Khalid al walid telah keluar selama 6 bln ke yaman
Semasa fatah mekah, nabi telah bawa 10,000 org. madinah telah dikosongkan demi agama. Selama 2 minggu, madinah telah kosong, semua lelaki telah bersama nabi ke mekah demi agama

Dakwah perlu dibuat dgn cara nabi s.a.w
Kita jadikan masjid kita sebagaimana masjid nabawi zaman nabi s.a.w
Kita jadikan kpg/bandar kita sebagaimana madinah munawwarah zaman nabi s.a.w
Setiap rumah dihidupkan dgn amalan agama
Amalan yg ada di masjid hidup di rumah
Dari masjid kita hantar jemaah ke seluruh dunia

Dlm hadith bukhari ada disebutkan nabi bentuk pasangan/pair/regu utk kerja dakwah
50 pasangan/pair sahabat telah dibentuk
setiap marhallah bagi azam berapa banyak regu/pair yg boleh dibentuk berdasarkan bilangan karkun
setiap regu/pair ni bentuk jemaah 3H/40H sendiri
Allah perintah utk azam – lepas tu tawakkal
Allah perintah utk usaha – natijah dtg dari Allah
Allah tak tengok hasil – hidayat di tangan Allah
Siang buat usaha  - malam doa pd Allah s.w.t

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir