mesyuarat malaysia 1998 - bayan maulana ahmad lat
nizamuddin - 08/09/98 - 10.20 a.m Allah s.w.t dengan sifat penyayangNya kepada hamba-hambaNya telah menurunkan agama yang sempurna. Waktu selepas nabi Isa diangkat ke langit hingga kelahiran Nabi s.a.w ialah selama 650 tahun. Ketika itu sifat kemanusiaan telah terkeluar dari diri manusia. Untuk kembalikan sifat-sifat mulia manusia Allah s.w.t telah memberi dua usaha kepada Nabi s.a.w iaitu agama dan usaha agama. Perbezaan nabi Muhammad s.a.w dengan nabi-nabi dahulu ialah nabi-nabi dahulu diutus untuk kabilah, keluarga dengan umur yang panjang-panjang sedangkan Nabi s.a.w umurnya pendek tetapi usahanya meliputi seluruh dunia, seluruh alam hingga hari qiamat. Pada permulaan Nabi s.a.w memulakan usaha agama tiada seorang pun yang kenal Allah s.w.t dan Rasul tetapi ketika Nabi wafat, Baginda telah berjaya membuat usaha lebih 100,000 manusia yang dapat mengamal agama 100%. Baginda membuat usaha hingga ke tahap kesempurnaan agama. Di Padang A...